Bab 44

Romance Series 23528

********

ANNE pandang Ariff dengan tajam. Dia ingat aku ni apa hah? Buat aku macam tunggul je menunggu dia.

Ariff ketika itu hanya selamba melangkah ke arah Anne. Dia bukannya tak nampak wajah Anne yang tengah berang tu tapi sengaja buat muka tak bersalah.

Ariff pandang meja yang kosong tu. Ingatkan bila dia masuk restoran tu Anne sedang makan. Rupanya lain yang terjadi. Nampaknya lambat lagi lah nak sampai rumah ni. Kesian bini aku. Eh tak kesian lagi aku!

Sabar je lah Ariff.

Sampai sahaja di meja makan Ariff mengambil tempat duduk dihadapan Anne.

"Kenapa lama sangat? You memang betul-betul ingat I ni robot?!" Ujar Anne. Geramnya rasa. Rasa nak sepak teranjang je orang kat depan tu. Boleh pula dia selamba tersengih . Dah macam kerang busuk!

"Cuba bersabar sikit. Sabar itu kan separuh daripada Iman.."

"I tahu lah.." Anne mencelah laju. Nak nasihat kan orang pula. Tak rasa bersalah langsung. Susah sangat ke nak minta maaf.

"Okay baiklah . I salah sebab buat you menunggu lama. Im sorry. "

Kan elok tu minta maaf. Ingatkan mulut tu ada emas susah nak ucap maaf.

"Okay I maafkan you. Sekarang ni I lapar. I nak makan."

" Kenapa tak pesan dulu tadi...?"

"I tunggu you lah. I bukannya biasa sangat dengan kedai makan kat sini. "

Serentak itu pelayan restoran datang ke arah mereka untuk mengambil pesanan buat kali kedua. Kali pertama dah datang tapi Anne minta dia tunggu dulu. Ariff melihat menu-menu yang ada. Dia mula memesan makanan. Pelayan restoran itu menulis sahaja apa yang dipesan oleh Ariff

"You, takda makanan lain ke? Kebanyakan makanan kampung je. "

"Bukan makanan kampung sangat pun. Inilah kebiasaan makanan kat Malaysia. Makan je yang mana ada. Bukannya naik berat badan pun makan makanan macam ni. Lebih baik you makan sambal petai ni daripada you makan makanan western tu. Itu lagilah mudah naik berat badan."

Anne hanya menjeling ke arah Ariff. Bercakap pasal makanan pula dah!

"Yelah I makan!.. " Daripada menahan lapar baik dia makan. Tak rugi apapun kalau dia makan sikit.

Ariff tahan ketawa. Pelayan restoran itu dari tadi berdiri di meja mereka menunggu mereka sahaja.

" itu sahaja dik. " Ariff menutup buku menu dan menghulurkan kembali kepada pelayan restoran itu. Pelayan restoran itu sekadar mengangguk sebelum berlalu pergi.

SETELAH selesai makan, mereka bergerak pulang. Ariff menghantar Anne ke office sebelum pulang ke rumahnya. Kerana teringat kereta Anne masih di office. Sebab itu, Ariff menghantar Anne ke office sahaja.

" Thanks Anne teman I separuh hari ni uruskan semua benda."

" Ya..You're welcome..." Balas Anne.

Baru sahaja Anne mahu bersuara tetapi kedengaran telefon Ariff berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Ya Rul.." Jawab Ariff kepada Zarul di hujung talian

Anne hanya jadi memerhati Ariff bercakap di telefon di sebelahnya. Mendengar nama 'Rul' dia yakin itu pasti Zarul.

" okay-okay , malam nanti kita jumpa."

Ariff terus mematikan panggilan.

"You nak jumpa Zarul malam ni..?" padahal Anne sudah mendengar kata-kata Ariff tapi sengaja bertanya sekali lagi kepada Ariff.

" Yes. I nak bincang pasal tadi dengan dia."

" I join korang boleh.. " Ariff berfikir sejenak menjawab. Nak bagi ke tak ni?

" Boleh tak?" tanya Anne lagi. Melihat Ariff tidak menjawab pun sudah menyakiti hatinya. Dia bukan apa . Cuma dah lama tak lepak sama-sama bertiga. Kalau dekat London, cuti je keluar lepak. Dia rindu saat itu.

" Emm yelah.." Akhirnya Ariff setuju sahaja Anne join mereka malam ni. Lagipun apa salahnya kalau Anne join. Anne pun pekerja di Syarikat papanya. Sama-sama dalam bidang urusan mereka. Jadi, tak salahlah kalau nak join perbincangan malam ni.

Anne tersenyum lebar.

"Malam nanti you beritahu location, I pergi sana terus.."

Ariff mengganguk "okay.."

ARIFF sampai ke rumah setelah menghantar Anne.

Secara kebetulan masuk sahaja ke dalam bilik, Isya juga baru keluar dari bilik air. Dia hanya memakai kain sarung batik yang di lilitkan hingga paras atas dada. Manakala, tuala dililitkan ke kepala bagi mengeringkan rambutnya.

"Bie.." Isya tersenyum apabila melihat suami di depan. Namun, pada masa yang sama dia berdebar sebab dalam keadaan begitu depan Ariff.

"Err..bie pergilah mandi dulu. Kita solat maghrib sama-sama..."

Ariff melangkah ke arah Isya yang masih kaku berdiri di depan pintu bilik air. Isya telan air liur. Ariff berdiri di hadapannya saat itu.

Isya ditarik makin dekat. Tangan Ariff melilit pinggang isterinya. Ariff merapatkan wajahnya ke wajah isterinya.

Bibir mula menyentuh pipi isteri sebelum beralih ke telinga Isya. Digigit lembut. Bau Harum wangi Lavendar terbit dari tubuh isterinya hingga menusuk ke dalam hidungnya. Bahu Isya yang terdedah dikucup lembut. Haruman Lavendar itu membuatkannya turut rasa segar.

Isya turut terbuai dengan sentuhan suaminya. Matanya terpejam seketika.

" Bie... Isya ada wudhuk la.." Dada Ariff ditolak lembut.

"Takpa..ambil semula nanti.." Ariff tersenyum nakal. Bahu Isya dikucup sekali lagi. Tadi sebelah kanan...sekarang sebelah kiri pula!

Hish dia ni ..Dah lebih-lebih ni!

"Solat lah bie..tak baik lah lewatkan solat.."

" Yelah..Abang pergi mandi dulu..Tunggu abang kita solat sama-sama.."

Isya mengangguk.

Seorang lelaki yang memakai hodie berwarna hitam berdiri sambil menyandar di sebuah kereta sedang menunggu seseorang yang sudah berjanji untuk berjumpa. Suasana yang gelap di sebuah taman langsung tidak memberi ketakutan kepada lelaki itu yang sudah terbiasa dengan kehidupan dahsyat dalam hidupnya. Dia merupakan seorang pembunuh upahan yang kini dibayar dengan jumlah yang tinggi oleh seorang wanita.

Lelaki itu hanya menurut perintah daripada wanita yang baru menjadi bosnya tentang apa yang perlu dilakukan. Jika sebelum ini dia hanya dibayar upah untuk terus membunuh orang yang dikehendaki. Setelah itu , barulah dia mendapat upah yang dijanjikan. Tetapi, kali ini adalah berbeza bagi wanita yang dia gelar 'Bos' itu. Kerana bukan sahaja 'orang' yang dia benci dan menganggu harapannya itu mati tetapi dia juga mahu 'orang' itu turut dibayar 'Cash' diatas penderitaannya selama ini.

Seseorang menepuk lelaki upahan itu menyebabkan lelaki itu menoleh ke sebelah. Batang rokok yang dihisap tadi dibuang lalu memberi tumpuan kepada orang yang dia tunggu .

"Bos.." lelaki itu tersenyum sinis setelah menghadap seorang wanita yang dipanggil 'Bos' itu.

"Ni upah kau...dia baru separuh. Lagi separuh aku akan beri setelah kerja kau settle semuanya.." Sampul berwarna coklat dihulur kepada lelaki upahan itu. Lelaki itu tersenyum puas melihat jumlah wang yang ada dalam sampul itu. Dia selesa dapat berkerjasama dengan 'orang baru' yang mudah menepati janji itu.

"Tapi ingat, kalau kerja yang kau buat tu tinggal kesan yang memberi masalah dekat aku. Jangan ingat aku boleh beri jumlah wang yang kau minta..!." Amaran diberikan kepada lelaki upahan itu daripada wanita itu.

Lelaki itu hanya tertawa kecil mendengarnya. Benda itu sudah lama tersemat dalam dirinya sejak dia menjadi pembunuh upahan. Apa yang membuatnya geli hati apabila orang berani membayar dia untuk membunuh tetapi tidak berani menanggung risiko.

"Bos jangan risau sebab saya memang profesional. Ia mungkin ada sedikit kesan tetapi tidak akan menjejaskan Bos.." ujar lelaki itu tenang.

Setiap 'kerja' yang dia lakukan sudah tentu ada kesan tetapi dia bijak manipulasi keadaan sekeliling. Mungkin sebab itu, ramai yang sanggup membayarnya melakukan kerja terkutuk itu iaitu membunuh sekaligus memberi ganjaran yang tinggi kepadanya. Tetapi, kadang-kadang 'kerja' yang dia buat itu turut memberi kesan kepada setiap orang yang mengupahnya disebabkan kebodohan orang itu sendiri yang tidak bijak cover 'rahsia' sendiri. Siapa yang rugi? Sudah tentu pengupah bukannya yang diupah.

"Malam ni kau jangan lupa. Ingat! Aku nak kau sentiasa berhati-hati. Jangan bagi perempuan tu yang seronok 'merasainya'. Aku cuma nak kau buat dia curiga nanti senanglah aku buat 'kerja' aku sendiri."

Wanita itu mengingatkan lelaki dihadapannya itu tentang tugas barunya untuk malam ini. Bagi lelaki itu, arahan untuk malam ini sekadar petik jari semua akan terus selesai berbanding kerja yang diarahkan olehnya 2 hari lepas untuk membuat cerobohan di tapak pembinaan di Bangi milik Syarikat JR Holding iaitu syarikat Dato Jefry di sana

"Baik Bos! Anggap sahaja semua kerja dah beres.."

Wanita itu mengangguk mengerti. Dia yakin dan percaya dengan kebolehan lelaki itu dalam menyelesaikan setiap arahannya. Kalau tak sia-sia sahaja lima ratus ribu ringgit yang dibayar.

ISYA pandang sekilas suaminya itu yang sedang bersiap mahu keluar. Dia ketika itu yang sedang membaca novel selepas solat isyak. Dia turun dari katil dan melangkah ke arah suaminya yang sedang berdiri dihadapan cermin.

"Lambat ke bie balik..?" Tanya Isya. Dia berdiri di sebelah suaminya.

"Tak tahu lah sayang. Tengok macam mana. Nanti abang call..Abang ajak ikut abang sekali taknak.."

"Kalau Sya ikut pun nak buat apa kat sana. Mesti bosan nanti.."

Ariff menghadap ke arah isterinya setelah siap menyembur minyak wangi ditubuhnya. Isya ditarik makin dekat dengannya sehingga dahi mereka bersentuhan. Dagu Isya dipegang lembut. Mata mereka berpandangan hebat antara satu sama lain.

"Kenapa ni?" Perlahan Ariff bersuara

Isya mencebik bibir.

"Bie baru je balik pastu nak keluar pula.." Ujar Isya tanpa berselindung. Dia yakin Ariff faham dengan kata-katanya.

"Kalau macam tu jom ikut bie keluar sekali.."

Isya pantas mengeleng kepala.

"Taknak pula..Jangan buat abang susah hati nak tinggalkan sayang kat rumah sorang-sorang ni.."

"Takpa. saya dah terbiasa.."

Jika ikutkan hati boleh sahaja Ariff berjumpa dengan Zarul esok di office. Tetapi difikirkan kerja yang berlambak itu akan membuatnya lagi tertekan dengan kerjanya kalau kerja tidak diselesaikan satu persatu. Ariff rasa bersalah terhadap Isya.

Namun, Isya memahami suaminya. Kerana dia juga berkerja dan memahami situasi sukar dalam perkerjaan. Tambahan pula, berkerja di syarikat besar dan diri sendiri yang merupakan ketua. Lagilah berat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Setiap majikan perlulah menjadi 'role model' untuk semua pekerjanya

"Abang pergi dulu. Take care sayang.." Ucap Ariff

Ariff mengucup dahi isterinya. Dari dahi turun ke pipi dan dicium kedua belah pipi isterinya. Akhirnya, bibirnya mencium bibir isterinya sekejap.

Isya tersenyum manis dan juga rasa malu. Wajahnya merona merah. Namun begitu, Dia sangat bahagia dengan layanan penuh kasih sayang yang diberikan oleh suaminya. Dia rasakan dirinya adalah perempuan yang paling bertuah di dunia kerana memiliki Ariff Rayyan sebagai suaminya.

" I love you so much" Bisik Ariff perlahan penuh romantik. Isya tersenyum lebar mendengarnya

"I love you more, more and more" Bisik Isya yang juga tidak mahu kalahnya. Pipi kanan Ariff dicium lama.

Ariff tertawa bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience