3 HARI KEMUDIAN
Ariff dan Isya telah pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama. Kereta BMW M5 yang dibawa oleh Isya ke Langkawi dipandu oleh Ariff pula ketika pulang ke Kuala Lumpur.
"Bie, boleh tak nanti singgah Aeon Mall kejap sebelum balik rumah. Isya nak beli barang sikit."
"Okay" Ujar Ariff. Isya dipandang sekilas sambil tersenyum.
SELEPAS sejam kemudian mereka sampai di Aeon Mall. Ariff meletakkan kereta di kawasan letak kereta.
"Err Bie tak payah ikut la. Isya pergi seorang je. Lagipun kejap je ni. Mesti Bie penat kan. So, bie boleh rehat kejap."
Mana tidaknya kalau dari tadi hanya Ariff yang bawa kereta. Aku meminta dia supaya bergilir-gilir dia tak bagi. Aku pula rasa serba salah dengannya.
"Takpa. abang ikut la. Bosan juga seorang kat dalam kereta ni. Yeke sekejap je ni?"
Isya tersengih.
Yelah kan orang perempuan cakap je sekejap tapi dalam sekejap dia tu ambil masa sejam juga. Tak kira la pergi shopping, bersiap dan sebagainya pasti ambil masa lama.
"Okay la kalau bie nak ikut. Jom!"
Mereka berjalan memasuki Mall sambil berpegangan tangan.
"Sayang , nak beli apa?"
"Hm..barang keperluan Isya."
"Okay jom" Isya mengikuti Ariff .
Isya kerut dahi. Dia faham ke maksud aku?
Mereka berhenti di hadapan sebuah kedai yang menjual pakaian wanita sahaja. Ada juga yang menjual pakaian dalam khas untuk perempuan. Memang sah dia faham maksud aku tadi!
Ariff baru sahaja melangkah ingin masuk ke kedai tapi ditahan oleh Isya.
"Eh eh hmm Bie nak pergi mana?" Soal Isya. Lengan Ariff dipaut.
"Abang nak temankan sayang la."
"Hmm tak payah la. Bie tunggu kat luar."
"Kenapa pulak? Sayang malu dengan abang ke?"
Ya. Hakikatnya , Isya berasa segan untuk memilih pakaiannya nanti kalau Ariff ada di sebelahnya walaupun Ariff tu suaminya. Lagi pula, dia mahu beli pakaian dalam .
"Apa salahnya abang masuk? Boleh abang tolong pilihkan"
Wajah Isya membahang. Isya tepuk lengan Ariff perlahan.
"Gatal " Isya mencebik.
"Gatal dengan isteri sendiri bukannya dengan perempuan lain" Bisik Ariff perlahan.
"Bie tunggu dekat luar je la. Please.."
"Hmm yelah. Tapi, nanti kalau nak abang pilihkan panggil abang ye" Wink! Ariff kenyitkan mata.
"Bie! Malas layan" Isya terus melangkah masuk ke dalam kedai ditinggalnya Ariff di situ. Ariff ketawa halus. Seronok dapat mengusik isterinya. Harinya terasa sangat bahagia .
SAMPAI sahaja dirumah, Ariff terus merebahkan badannya ke sofa setelah meletakkan bagasi di sebelah sofa. Penat!
Tu la, orang minta bergilir-gilir bawa kereta tak nak.
Isya mengeleng melihat suaminya yang tengah baring di sofa.
Alah, kesian betul suami aku. Penat sangat tu.
Isya mahu mengambil bagasi pakaian untuk dibawa ke atas.
"Sayang, takpa la tinggalkan je dekat situ nanti abang bawa naik atas" Kedengaran suara Ariff berkata.
"Takpa. Isya boleh angkat sendiri."
"Mari sini abang yang bawakan" Ariff terus berdiri dan menuju ke arah isterinya. Beg pakaian itu di ambil oleh Ariff.
Ya Allah dia ni. Orang cuma taknak susahkan dia sebab tau dia kan penat sekarang tu.Isya hanya mengikuti Ariff dari belakang naik ke bilik.
"Kalau bie nak mandi pergilah mandi dulu. Nanti Isya mandi lepas bie siap mandi."
"Kita mandi sekali lah. Lepas tu kita solat Isyak sama-sama."
"Taknak la. Isya nak mandi sorang je"
Isya terus menjerit kecil apabila dirinya dicempung oleh Ariff.
"Bie!" Automatik Isya memaut leher Ariff. Sempat Isya tangkap senyuman nakal Ariff.
Tadi bukan main letih semacam. Sekarang dah bertenaga balik pula dah! Ariff ...Ariff
MEREKA duduk berteleku di atas sejadah seketika setelah siap solat. Selesai membaca doa Ariff memusingkan badannya ke belakang. Isya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya. Ariff menyambut huluran tersebut. Isya mencium tangan suaminya manakala Ariff mengusap lembut kepala isterinya lalu satu kucupan singgah di kepala isterinya.
Kemudian, Isya membuka telekung yang dipakainya. Sejadah Ariff dan juga dirinya dilipat. Serentak itu,, Ariff baring dan kepalanya diletakkan di atas riba isterinya. Tangan Isya ditarik perlahan lalu diletakkan di atas dadanya. Ariff bermain dengan jari jemari Isya .
Isya kesian melihat suaminya tak cukup rehat hari ini. Isya mengusap kepala Ariff lembut. Isya menundukkan sedikit dirinya. Satu kucupan diberikan kepada suaminya di atas dahi.
Ariff mendongak memandang isterinya. Hilang segala rasa letih hari ini melihat wajah cantik isterinya. Tangan Isya yang digenggan oleh Ariff di bawa ke bibir dicium dengan dengan penuh kasih sayang.
"Boleh sayang tolong urutkan abang nanti? Soal Ariff.
Isya mengangguk perlahan "Boleh Bie.."
"Dah bangun, Isya nak turun ke dapur nak masak. Tadi cakap lapar kan"
Ariff terus bangun .
Sejadah dan telekung yang dilipat diletakkan di atas almari kecil. Kemudian, mereka berjalan menuju ke bawah bersama-sama.
"Sayang nak masak apa?"
" Hmm Bie nak makan apa? "
"Abang teringin pula nak makan mee goreng basah yang sayang masak masa sambutan hari lahir Maisara dulu."
Isya tersenyum mengingati saat itu.
"Bie ingat lagi mee goreng basah tu?"
Ariff mengangguk "Mestilah!"
Isya tak sangka suaminya masih mengingatinya. Isya masih ingat bagaimana masa itu walaupun Ariff sudah makan nasi dagang yang dibuat oleh Kak Maisara tapi dia juga makan makanan yang dimasak oleh Isya dengan berselera.
Malahan, ketika itu juga, Isya tergerak hati hanya mahu meletakan ayam dan daging sahaja dalam mee itu. Mungkin kerana Isya tahu Ariff tidak boleh makan seafood. Apa lagi! Dua pinggan Ariff makannya. Yang lain turut terkejut melihat selera Ariff.
"Boleh, bie tunggu je dekat ruang tamu. Nanti bila siap Isya hidangkan"
"Ala, abang nak tolong sayang masak"
"Takpa, bukannya susah pun goreng mee"
"Betul ni taknak abang tolong.
"Yaa bie.."
"Okay la kalau macam tu. Abang pergi tengok tv kejap"
Isya mengangguk sambil tersenyum . Sempat Ariff kucup pipi isterinya sebelum melangkah ke ruang tamu.
"Sempat ambil kesempatan" Gumam Isya.
SETELAH hampir setengah jam berpung pang di dapur. Akhirnya, mee goreng yang di masak sudah pun siap. Isya meletakannya di dalam pinggan. Tak lupa juga Isya untuk menyediakan minuman kegemaran suaminya. Cukup hanya menggunakan 3in1 coffee yang dicampur dengan susu pekat manis. Bersama dulang kecil Isya membawa minuman dan satu pinggan mee goreng basah itu menuju ruang tamu. Dulang itu diletakkan di atas meja.
"Dah siap. Silakan bie" Ucap Isya setelah meletakkan dulang itu.
Ariff mengambil air nescafe itu lalu diteguknya dengan perlahan.
"Nah. Hati-hati masih panas tu" Isya pula menghulurkan makanan kepada Ariff.
Ariff mengambil makanan itu. Lalu , satu suapan dibawa ke dalam mulut.
"Hmm sedap! Thank you sayang" Puji Ariff. Masakan isterinya tidak pernah mengecewakan dari dulu lagi . Rasanya juga masih sama.
Malahan, ucapan terima kasih tidak pernah lupa diucapkan oleh Ariff. Bagi Ariff, itu sebagai tanda kita menghargai isteri kita.
"Sama-sama"
"Sayang tak makan ke?"
"Tengok suami makan je pun dah kenyang"
Ariff mengecilkan mata sambil tersengih. Apa salah ke? Betul apa aku cakap.
"Mari sini abang suapkan" Ariff meghulurkan satu suapan kepada isterinya. Isya juga menyambut suapan itu.
Isya turut berselera makan. Ye la, suami tolong suapan lagilah berselera. Seronok juga dapat bermanja dengan suami. Kadang-kadang susah untuk dapatkan moment begitu kerana masing-masing busy dengan kerja.
SEJAM KEMUDIAN,
Isya dan Ariff menonton tv bersama-sama.
Ariff pula selesa baring di atas sofa sambil meletakkan kepala di atas paha Isya seperti selepas solat tadi. Kedudukannya mengiring memandang ke arah tv.
"Sejak bila sayang minat cerita korea ni?" Soal Ariff. Matanya masih fokus menonton cerita itu. Setahu dia Isya tidak suka tengok Kdrama ni. Hanya Erin dan Tasya yang meminati Kdrama.
"Sejak tengok cerita ni. Heronya hensem tau bie. Kalau la Isya tahu hero cerita korea ni hensem-hensem macam ni mesti dari awal lagi Isya dah tengok Kdrama."
Amboi, bukan main lagi puji hero cerita ni.! Jangan lupa Isya suami ada dekat depan tu.
"Tengok la tu. Hensem kan. Dah la hensem, sado pula tu, tinggi .. Song jongki, Lee dong wook, Park bogum ..semua la hensem." Sambung Isya lagi. Satu persatu Isya menyebut nama itu. Hakikatnya, dia mana tahu sangat mana satu tuan punya nama sebab tak pernah tengok cerita korea. Nama tu pun dipetik sebab Tasya dan Erin pernah sebut. Hahaha!
"Elehh, abang lagi hensem. Kalau nak kata sado, abang lagilah sado. Six pack abang berketul-ketul. Abang pun tinggi. Apa lah sangat kalau nak dibandingkan." ujar Ariff. Kedengaran nada suara berbeza tu.
Isya tahan tawa melihat wajah cemberut suaminya. Cemburu la tu! Saja la tu nak sedapkan hati sendiri sebab takda orang nak puji dia. Puji sendiri pun jadilah!
Ariff terus mencapai remote yang berada di atas meja . Button merah ditekan.
"Kenapa bie tutup? Cerita tak habis lagi."
"Tak best!" laju Ariff jawab.
Yeke tak habis. Dari tadi tengok okay je. Tiba-tiba pula tak best. Padahal cemburu bila Isya puji lelaki lain. Tu pun nak cemburu kan. Bukannya Isya boleh jumpa pelakon korea tu. Bukan setakat jumpa, berkahwin lagilah tak boleh! Dah ada suami kan buat apa nal cari lelaki lain. Hensem macam mana pun orang lain, hensem lagi Ariff di mata Isya.
Tapi, betul la kata Ariff. Tak payah nak bezakan dia dengan lelaki korea yang hensem . Kalau Ariff tu dah memang hensem. Kacukan mat saleh kan!
"Err tadi bie cakap nak Isya tolong urutkan. Meh sini Isya urutkan" Isya cuba memujuk suaminya.
"Yela, suami Isya ni lagi hensem." Isya cuba memujuk lagi kerana Ariff diam sahaja.
Senyuman terus terukir di bibir apabila mendengar kata isterinya.
"Tahu pun.."
Isya tawa halus.
Ariff terus bangun dari baringan. Belakang badannya di dihalakan kepada isterinya.
"Pandai ke mengurut ni?"
"Boleh lah takda la pandai sangat. Mama yang ajarkan. Katanya boleh la urut suami bila suami penat ."
Setelah 10 minit , Isya berhenti mengurut Ariff. Itupun Ariff yang minta berhenti. Kalau ikutkan boleh je dia terus urutkan.
"Pandai sayang urut. Lega sikit rasa badan ni"
Ariff kembali baring seperti tadi. Tapi, kali ini wajahnya disembamkan ke perut kepis Isya. Isya sedikit terkejut melihat Ariff bertindak sebegitu.
Ariff menjarakkan sedikit wajahnya dari perut isterinya lalu perut itu diusapnya perlahan. Ariff tidak sabar untuk melihat perut itu membesar mengandungkan zuriatnya. Jujur, Ariff rasakan dirinya sudah bersedia untuk memiliki anak namun dia tidak tahu bagaimana pula dengan Isya sebaliknya. Adakah Isya turut bersedia untuk memiliki anak?
"Sayang nak berapa orang anak?"
"Isya tak kisah berapa pun. Asalkan semuanya sihat."
"Kalau abang la, abang nak 10 orang nak. 5 lelaki 5 perempuan. Baru meriah rumah ni. Lagipun rumah ni besar kalau seorang atau dua je tak meriah lah."
Amboi, banyaknya! Dia ingat nak beranak ni senang ke macam petik jari je tup tup terus keluar, macam tu? Nak dapatkan anak pun bukannya senang. Kena berusaha lebih.
"Ramainya. Boleh ke jaga nanti ?"
"Mestilah boleh. Senang je"
Em yela la tu senang. Kita tengok boleh ke dia dengar baby menangis malam-malam, bangun malam-malam buatkan susu , mandikan baby, tidurkan baby dan sebagainya. Jangan ingat boleh senang-senang bagi tugas tu dekat isteri je. Suami pun kena banyak membantu dari sudut itu. Barulah harmoni rumahtangga saling membantu antara satu sama lain.
Ariff terus bangun. Isterinya direnung.
"Kena usaha dari sekarang ni.."Ujar Ariff. Isya cuba menghadam kata-kata suaminya. Sekarang? Maksudnya?
"Aaa! Isya menjerit kecil apabila tubuhnya terus dicempung oleh Ariff. Isya dibawa naik ke tingkat atas.
"Bie nak buat apa ni? Nanti jatuh la . Turunkan Isya!" Automatik Isya memaut leher suaminya kerana takut jatuh ketika mereka menaiki tangga.
"Nak buat anak la. 10 orang kan..kena usaha lebih"
Gulp! air liur ditelan kesat.
Isya terlopong!
Tubuh Isya diletakkan di atas katil dengan perlahan setelah sampai ke bilik. Ariff menidih tubuh isterinya. Ariff merenung dalam mata isterinya.
Isya beranikan diri membalas tenungan itu. Susah dia mahu tafsirkan tenungan suaminya itu. Tajam! Dah macam harimau yang ingin menerkam mangsanya pun ada. Mangsanya itu adalah dia sendiri.
"Habislah aku malam ni. Mana mau lari?!" Bisik hati Isya
Ariff dekatkan wajahnya ke wajah Isya dan bibir Isya dipagut lembut.
"I can't wait any longer. I want you now. Boleh abang nak bersama sayang?" Bisik Ariff perlahan.
Isya gigit bibirnya mendengar itu. Lalu, dia beranikan diri mengangkat kedua tangannya naik memeluk leher Ariff. Isya mengangguk perlahan sambil tersenyum.
"Just do whatever you want, Bie! I'm yours now!" Bisik Isya perlahan pula.
Ariff terus tersenyum nakal. Yes! You are mine now . Jiwanya semakin bergelora. Bibir Isya terus dipagut sekali lagi dengan rakus. Sebelah tanggannya membuka butang baju pijama yang dikenakan pada tubuh Isya dengan pantas sehingga butang terakhir.
Ariff melepaskan ciuman itu. Ariff mengangkat tubuhnya lalu bajunya turut dibuka.
Gulp! Isya telan air liur.
Bukannya ini pertama kali dia melihat tubuh Ariff yang berketul-ketul itu tapi perasaan malam ini sangat terasa berbeza.
Ariff terus sembamkan wajahnya ke leher isterinya dan digigitnya lembut meninggalkan kesan. Isya terpejam mata menikmati sentuhan itu. Isya rela apa sahaja yang akan dilakukan oleh Ariff. Ariff adalah suaminya. Ariff mempunyai hak ke atas dirinya. Isya tahu Ariff meluahkan segala apa yang terpendam selama perkahwinan mereka. Isya mahu menjadi milik Ariff sepenuhnya.
Akhirnya, malam itu buat pertama kalinya telah menjadi saksi cinta mereka yang terbina.
Happy Reading! Maaf sebab sudah lama menghilang. InshaAllah, esok or lusa Qay(K) update lagi satu bab. Follow ig qaysha_np kalau nak tengok vid sebab K terus update dkt story ig . Sometimes lepas tu K akan delete balik. Jadi yang sempat tengok sempat lah. Yang tak sempat K minta maaf. Memang K jenis tak suka sgt up vid lama2. Hehe Kepada yg dh follow K tqsm yer. LOVE!!!
Share this novel