Bab 46

Romance Series 23528

.
.

SESEKALI Zarul menoleh sebelah memandang Ariff yang tersandar di kerusi tempat duduknya. Zarul tetap fokus memandu kereta Ariff ketika itu. Manakala, Ariff pula tersandar sambil memejam mata tetapi berpeluh banyak. Tidak pernah Zarul melihat keadaan Ariff sebegitu sepanjang berkawan baik dengannya. Ariff tetap berpeluh walaupun suhu aircond sudah maksimun.

"Kau demam ke?" Soal Zarul.

Ariff mengeleng perlahan sambil mata masih terpejam. Cuba menenangkan dirinya.

"Kau yang ajak Anne join kita?"

"Yes.." Ringkas jawapan Ariff.

" Aku rasa kau silap makan ubat ni...Tiba-tiba dah macam orang mampu tak tentu arah "

"Aku tak makan ubat apa-apapun...Aku sendiri tak tahu..kenapa aku jadi panas macam ni.."

" Aku rasa kau ni dah macam tertelan pil perangsang.. Ke kau ada makan..?"

" Kau ingat aku gila sangat nak makan pil tu..." Ariff pandang Zarul dengan serius.

" Manalah tahu.."

Ariff kerling Zarul sekilas.

" Sudah lah..Daripada kau cakap benda mengarut..Baik kau cepat-cepat hantar aku balik...Nanti kau yang jadi mangsa "

"What! Werkk eeew" Zarul buat-buat nak muntah. Tiba-tiba rasa meremang bulu romanya. Tak boleh lama-lama dengan harimau yang tengah kelaparan dah tu..Nantikan kau yang jadi mangsa keadaan Rul!

Ariff tersengih geli hati.

Selepas 15 minit, akhirnya Zarul sampai menghantar Zarul di rumah. Ariff keluar dari kereta.

" Thanks bro..Kereta aku kau boleh bawa balik ..Make sure esok kau pulangkan.."

"Yelah..Kereta mercendenz kesayangan kau kan ni..Esok kau naik jelah kereta kau satu lagi pergi kerja..."

"Sorry esok aku tak masuk office.." Ariff jongket kening.

Amboi, tadi bukan main cakap nak uruskan kerja yang berlambak dekat office! Sekarang dah tukar fikiran pulak.

" Kurang asam kau! Yelah aku bagi chance ...Lusa masuk office! " ujar Zarul geram. Mentang-mentang bos.

" Alright Bossku..Aku masuk dulu.."

Zarul pandang Ariff yang makin jauh dari pandangannya itu.

" Kenapalah aku takda isteri..Hmm macam manalah nak ada isteri kalau girlfriend pun takda..Unlucky lah kau Zarul woii.." dendang Zarul pada diri sendiri. Lalu, berlalu meninggalkan perkarangan rumah Ariff.

.
.

ISYA dongak kepala pandang pintu bilik yang terbuka dari luar. Dahinya bertaut melihat Ariff sudah pulang. Padahal baru sahaja keluar setengah jam lepas..

" Bie..awal balik..." Isya turun dari katil dan menuju ke arah Ariff. Novel yang dibaca dari tadi diletakkan di atas meja lampu bersebelahan katil.

Ariff mendekati isterinya itu. Sebelah tangan menarik pinggang isteri tercinta supaya lebih dekat. Tubuh mereka saling melekat. Pipi Isya diusap lembut lalu bibir Ariff menyentuh pipi isterinya. Dikucup dengan penuh mendalam sambil membuka butang baju pijama warna merah yang bercorak bunga ros yang tersarung ditubuh isterinya.

Manakala, Isya terkaku. Terdiam dan juga pelik dengan sikap agresif suaminya secara tiba-tiba.

" Kenapa balik awal? Perjumpaan tu cancel ke?" Persoalan Isya masih dibiarkan tidak terjawab.

Belakang Isya diusap lembut. Ciuman tadi berpindah ke leher jinjang isterinya. Dikucup lembut . Bau haruman wangi isterinya itu membangkitkan lagi keinginannya.

"I want you.." Bisik Ariff dengan penuh aura godaan.

Isya terdiam. Bulu romanya meremang. Hembusan nafas Ariff menampar di lehernya. Terasa hangat!

Akhirnya, Isya menolak perlahan dada bidang Ariff supaya menjauh sedikit darinya. Mengharapkan Ariff faham dengan bahasa tubuhnya.

Isya mendongak sedikit memandang Ariff kerana ketinggiannya hanya paras bahu Ariff. Kedua belah pipi Ariff ditekup dengan tangannya.

" Are you okay...? " Soal Isya.

" No...I'm not okay.." Bisik Ariff perlahan sambil mengeleng perlahan.

" Isya tahu apa yang bie nak...tapi.." Belum sempat Isya menghabiskan ayatnya. Ariff menyambar bibir isterinya dengan lembut tetapi rakus. Isya hampir tidak bernafas. Pinggang Isya sekali lagi ditarik semakin dekat dan belakang Isya diusap penuh godaan.

Namun, Isya mengalihkan tangan Ariff di pinggangnya sehingga ciuman mereka terlerai. Dia tidak suka dipaksa. Ariff juga tahu tentang itu. Tetapi, sikap Ariff yang pelik malam itu menjadi tanda tanya buat dia. Apa yang sudah berlaku ketika Ariff keluar bersama Zarul?

" Isya taknak! Bie janganlah paksa saya " tegas Isya.

Sebaliknya, penolakan Isya itu diabaikan begitu sahaja. Dia terus mencempung tubuh isterinya dan dibawa ke katil. Isya diletakkan ke atas katil empuk bersaiz king itu dengan perlahan. Ariff kembali memaut bibir isterinya penuh romantis. Manakala, tangannya ligat membuka baju pijama isterinya yang tidak sempat dibuka sepenuhnya tadi.

Isya pula cuba menolak dengan menepis perlahan tangan suaminya yang asyik membuka bajunya itu sehingga terserlah apa yang tidak sepatutnya.

" Bie please Isya taknak.." Isya merengek manja. Isya menelan air liur apabila bertentangan mata hebat dengan suaminya yang sudah kelihatan serius.

" Abang taknak berkasar dengan sayang.."

Ariff membenamkan wajahnya ke leher jinjang isterinya sehingga mata isya terpejam kerana turut mula terbuai dengan setiap sentuhan suaminya. Dia cuba mengikut rentak suaminya yang lebih agresif malam itu sehingga rasa bengang di hati. Tetapi, sentuhan Ariff mula lembut dan penuh romantis apabila Isya tidak lagi membuat penolakan setiap kali sentuhan diberikan.

" If i'm hurt you. Just tell me.."

.
.

ANNE ulang alik di biliknya. Dirinya tidak tenang duduk sejak balik dari tadi. Dia memikirkan tentang Ariff.

Sudah berkali-kali dia cuba telefon Ariff tetapi tak dapat.

" Oh my god ! Mana you ni. Kenapa susah nak angkat call? "

Sekali lagi Anne cuba call tetapi masih tiada respon.

Akhirnya, dia menelefon Zarul sahaja kerana Zarul juga yang menghantar Ariff balik.

" Ah Helo..Ada apa call I?" Jawab Zarul dihujung talian setelah panggilan itu dijawab

"Ariff macam mana? Dia okay tak?"

" Okay je I nampak tadi. Siap bersembang, gurau-gurau tadi. Kenapa you tanya? "

" I risau lah. You ni soalan pun. Dia kan kawan kita.."

" You tak payah risau lah. Dia tu ada wife yang boleh tolong jagakan. I ni takda pula you nak tanya okay ke tak. "

Anne mencebik bibir.

" Buat apa I tanya pasal you. You tu okay je. "

" Mana you tahu I okay..."

" Habis tu.."

" I tengah sedih ni takda peneman hidup. I pun handsome juga walaupun tak setampan Ariff tu. "

" You nak tahu kenapa you takda peneman hidup..?"

" What? "

" Sebab perangai you tu tak berubah. Masih tak matang! "

"What! How dare you!" Zarul pura-pura sangat marah. Kerana tak terasa hati pun.

" Zarul, kenapa Ariff berpeluh betul tadi. Dia demam ke? Kenapa tak bawa pergi klinik dulu buat pemeriksaan? Baik you cakap betul-betul..Jangan nak tipu I"

" Jangan nak tukar topik lah Anne.."

Zarul sakit hati pula bila Anne bertanya pasal Ariff pula. Baru je nak buat-buat merajuk. Sekali sekala suruh Anne memujuk apa salahnya.

"I'm seriuos Rul..Malas lah layan sikap pramatang you tu "

Pang! Betul-betul terasa seperti tamparan yang hebat dengan kata-kata Anne.

" Sampai hati you.."

"I tak tipu..Kawan baik kesayangan you tu okay je. Dia tak demam pun. Buat apa pergi klinik. 'Penawarnya' tu isteri dia sendiri.." Sambung Zarul lagi.

" Maksud you?"

" Nanti you dah kahwin..You fahamlah nanti.."

" Macamlah dia tu dah kahwin..Dah la malas dah bercakap dengan you. Bye! "

"Ehh..Dia yang call kiter..kiter pulak yang kena..! "

Sempat Anne mendengar ayat itu dihujung talian sebelum talian dimatikan serta merta. Anne menjerit dalam hati. Sakit hati!

.
.

"SAYANG, don't be mad at me.." Ariff memujuk.

Dari pagi tadi Isya tidak bercakap dengannya. Pagi tadi Isya hanya menyiapkan sarapan seperti biasa. Selepas menyiapkan sarapan, Isya keluar ke office. Isya balik awal tadi ke rumah kerana tiada kerja penting hari ini. Sampai dirumah dia melihat Ariff ada di rumah. Barulah dia tahu yang Ariff tidak pergi office hari ini. Patutlah dia perasaan kereta Ariff ada satu sahaja di garaj kereta.

"Please forgive me.."

"I don't want to.."

Ariff melabuhkan punggung bersebelah dengan Isya di atas sofa. Isya langsung tidak menoleh sebelah dan sekadar menonton tv.

Ariff masih pening fikirkan macam mana nak memujuk. Macam mana dia nak beritahu yang semalam dia betul-betul tidak dapat mengawal perasaannya. Isya bangun berdiri tetapi ditahan oleh Ariff.

" Sayang...abang betul-betul minta maaf.."

" Bie ingat Isya ni apa? Bie paksa saya macam saya takda perasaan. Saya tahu yang saya ni isteri bie dan bie ada hak. Tapi, jangan layan saya macam pemuas nafsu semata-mata. Sedangkan bie tahu yang saya tak suka dipaksa.." Kata-kata itu begitu pedih didengari. Begitu sekali tanggapan isterinya.

Ariff pandang Isya seperti tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut isterinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya menganggap isterinya begitu. Dia ikhlas memperisterikan Isya sebagai isteri sahnya kerana Allah SWT.
Ariff melepaskan pegangan di tangan Isya perlahan-perlahan. Dia masih terkedu.

"Memang betul... sebelum ni abang pernah janji taknak paksa atau sakiti sayang. Sayang sendiri masih cuba suaikan diri dengan hubungan kita yang baru je okay walaupun kita saling mencintai..." Kata -kata Ariff terhenti seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia bercekak pinggang.

"Tapi..abang tak pernah terfikir untuk jadikan sayang pemuas nafsu abang semata-mata. Abang pun tak sangka sayang boleh cakap macam tu. Sebenarnya, semalam abang bukan sahaja keluar dengan Zarul tetapi Anne juga ada sekali. Abang minta maaf sebab tak beritahu. Semalam Zarul sampai lewat..Sementara tunggu Zarul, kami berborak tetapi tiba-tiba abang rasa lain. Rasa panas..Rasa inginkan sayang..Abang betul-betul tak tahu kenapa.."

Isya masih menatap suaminya yang masih bercerita kepadanya tentang semalam.

"Jujur abang cakap...walaupun sayang mungkin bukan yang pertama abang sayang tetapi abang nak sayang jadi yang terakhir perempuan yang abang cinta sampai akhir hayat abang.. Bahkan dalam ikrar perkahwinan pun abang berjanji kepada sayang yang abang akan jaga sayang dan lindungi sayang serta ikhlas menyayangi sayang.."

" I'm really sorry pasal semalam..." ujar Ariff perlahan lalu tinggalkan Isya yang masih terdiam di situ. Dia turut terkesan dengan kata-kata Isya.

Isya sedar akan keterlanjuran kata-katanya tadi.

"Ya Allah..Apa aku dah cakap ni..." Isya meraut wajahnya. Rasa bersalah dan menyesal dengan kata-katanya itu.

" He's my husband.."Air mata Isya mengalir jua.

"Isya minta maaf Bie..." Ujar Isya walaupun Ariff tidak mungkin mendengarnya. Dia mengesat air matanya yang jatuh di pipi.

Isya tidak nafikan bahawa dia bukannya marah atau sakit hati kerana Ariff minta bersama semalam tetapi dia marah dengan Ariff kerana Ariff tidak beritahu yang Anne juga ada bersama mereka. Pagi tadi, selesai solat subuh dia melihat banyak missed call yang masuk dari Anne dan juga terdapat beberapa mesej WhatsApp dari Anne. Itu yang membuatnya marah. Ya, dia cemburu!

Namun, Isya tetap salahkan dirinya. Sepatutnya dari awal lagi dia memberitahu suaminya yang dia tidak suka suaminya itu terlalu rapat dengan Anne.

Harap chapter ni dah okay dan cukup panjang... BTW, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT SEMUA Love from Ariff, Isya dan semuanya♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience