Bab 32

Romance Series 23528

SEPERTI kebiasaannya, selepas solat Isya akan bersalam dengan suaminya . Manakala, suaminya mengucup dahinya dengan penuh kasih sayang.

Isya mahu berdiri dan melipat sejadah tapi ditahan oleh Ariff.

Ariff memegang tangan isteri tercintanya
"jap sayang"

Isya tidak jadi untuk bangun.

Mereka menghadap antara satu sama lain di atas sejadah masing-masing.

"ada apa?"

"minggu depan kita pergi honeymoon nak?"

"honeymoon?"

Ariff mengangguk.
"ya, sebab kita dah 9 bulan kahwin tapi abang tak bawa sayang pergi mana-mana pun"

Masa berlalu dengan pantas ..Tanpa sedar sudah hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga.

"takpe. Saya tak kisah pun"

"tapi abang kisah"

Isya diam sejenak.

"saya ada projek baru kena uruskan. Saya taknak kecewakan papa. saya harap awak faham"

"ooo yeke. Takpa lah kalau macam tu."

"next time okay? Saya bukannya taknak pergi langsung tapi saya betul-betul busy sekarang" Isya cuba bercakap dengan baik kerana tidak mahu suaminya fikir yang bukan-bukan. Bukan niatnya untuk menolak tapi dia terpaksa kerana dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk terima apa yang terjadi.

Ariff mengangguk. "takpa , abang faham."

Tapi Isya tidak pernah menyalahkan takdir. Mungkin itu takdir yang tertulis. DIA adalah sebaik -baik perancang.


------

Isya turun ke bawah setelah siap bersiap untuk keluar. Kelihatan Ariff sedang menonton tv di ruang tamu utama rumah mereka.

"awak , saya nak keluar kejap" Isya meminta izin dari suaminya.

"sayang nak pergi mana?"

"nak jumpa Erin dan Tasya. Dah lama kami tak keluar bersama. "

Sejak masing-masing berkerja, sudah jarang keluar bersama. Hari ni mereka tidak berkerja kerana cuti hujung minggu. Jadi, mereka berpakat untuk keluar bersama.

"boleh kan?"

" boleh..Abang pun nak keluar juga nanti. Dengan Zarul.."

"okaylah..kalau macam tu....saya pergi dulu."

Isya menundukkan badannya sedikit untuk bersalam dengan suaminya dan mengucup tangan suaminya.

Tapi, Ariff pantas menarik tangan Isya sehingga Isya terjatuh di atas ribanya.

"awak!? saya dah lewat ni.."

"kejaplah..Rinduuu.."

"Jangan nak mengada-gada boleh tak?"

Ariff tersenyum . "tak mengada pun.."

Isya jeling sekilas.

Ariff merapatkan wajahnya dengan Wajah Isya dan mahu mencium pipi isterinya. Isya yang perasan keadaan itu pantas menahannya dan menekup mulut Ariff.

"No!?" marah Isya.

Sejak Isya dah tidak marah apabila setiap kali Ariff memeluknya. Ariff asyik mengada je perangainya! eeeww

Ariff menarik tangan isterinya di mulutnya. Dengan pantas pipi Isya diciumnya bertubi-tubi.

"eii ..Ariff Rayyan ?! " Isya terasa rimas dan geram!

Ariff ketawa kecil. Walaupun Isya tak suka dengan tindakannya tapi dia suka melihat isterinya blushing je.

Ariff melepaskan pelukan di pinggang Isterinya. Isya pantas berdiri dan dengan cepat berlalu dari situ.

"sayang.. I LOVE you" Jerit Ariff sekuatnya supaya Isya yang sudah hampir di pintu mahu keluar mendengarnya.

"I HATE you"jerit Isya pula.

Kedengaran Ariff ketawa dengan kuat di dalam rumah. BAHAGIA!


----------
"hari ni aku nak makan sepuasnya..." ujar Erin..

"sukalah tu orang nak belanja"

"mestilah.."

Isya hanya tersenyum melihat dua rakan karibnya itu.

"Nak makan kat mana ni?" Soal Isya. Dari tadi berjalan keliling dalam Mall . Di tangan pun dah penuh dengan beg kertas. Banyak barang mereka shopping hari ni..Sekali sekala rewards untuk diri sendiri.

"tempat biasalah..."

"okay jom.."

"ehh jap , tu bukan abang Ariff ke?" Tanya Tasya untuk kepastian sambil tangan di tujukan ke arah seorang lelaki di hadapannya. Walaupun nampak belakang susuk tubuh itu sahaja tapi cukup dikenali.

"Ha ' ah lah ..Kau suruh suami kau join kita sekali ke?"

"takda lah, dia cakap tadi nak keluar dengan Zarul."

"Ouhh dengan Zarul...jomlah pergi tegur suami kau"

"tak payah lah..biarlah lelaki dengan lelaki..perempuan dengan perempuan. Kau ni nampak je Ariff terus nak dia ada sekali."

"Haih orang lain happy dapat keluar dengan suami tapi kau.."

"aku bukannya tak suka tapi aku cuma taknak dia rasa tak selesa. Ngerti gakk?"

"emm yelah mbak"

"Isya, tu siapa ?" Soal Tasya apabila melihat Ariff sekarang itu sedang bercakap dengan seorang perempuan cantik pula.Mesra pula tu.

Isya memandang ke arah suaminya yang tidak jauh dari mereka.

"Siapa tu kau kenal juga ke?" Tanya Erin pula.

"entahlah.. malaslah nak ambil tahu. "
tiba-tiba rasa tiada mood. Dari happy tadi terus terasa suram sahaja.

"jomlah balik.. Dah lewat ni" sambung Isya.

"kau ni tadi cakap nak belanja kami makan..ajak balik pula!"

"lain kali lah..Aku lupa ada kerja lepas ni." Sengaja Isya memberi alasan.

Erin dan Tasya bermain mata. Keduanya sudah faham dengan situasi sekarang. Mereka tahu Isya pasti sakit hati melihat kemesraan suaminya dengan perempuan lain.

"okay jom balik."

Mereka terus melangkah untuk keluar dari pusat membeli belah itu.

"Cakap keluar dengan Zarul tapi rupa-rupanya dengan perempuan.. Lelaki semua sama! " Bisik hati Isya.


-------

Pelukan daripada seseorang dari belakang mengejutkan Isya yang sedang termenung di balkoni rumahnya itu. Siapa lagi kalau bukan suaminya , ARIFF .

Isya menarik tangan itu supaya di lepaskan dari memeluk pinggangnya.
Isya berjaya meloloskan diri dari pelukan itu. Dia mahu melangkah masuk tapi ditahan oleh Ariff.

"Sayang , awak okay..?"

"okay je"

"sayang senyap je sejak balik petang tadi. Dengan abang pun taknak bercakap."

"saya penat..nak rest.." Isya mengabaikan kata-kata Ariff . Dia terus masuk ke dalam biliknya.

Ariff turut mengikuti isterinya dari belakang. Lengan Isya ditarik perlahan untuk menghentikan pergerakan Isterinya.

"sayang , wait!" Ariff memegang bahu Isya. Namun, mata Isya terarah ke arah lain walaupun Ariff berada di hadapannya saat itu.

"look at me!" walaupun perlahan Ariff bersuara tetapi tegas kedengarannya. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga isterinya sentap sebegitu.

Isya masih belum memandang Ariff.
Terus masing-masing diam!

saat!

dua saat!

Tiga saat!

Senyap! Tetapi Ariff masih memegang bahu isterinya.

Ariff terus menyambarkan bibir isterinya. Isya terkejut dengan tindakan Ariff. Ariff berbuat demikian kerana mahu menyejukkan hati isterinya yang sedang panas sekarang. Tetapi, lain yang jadi!

Isya terus menolak dada Ariff supaya melepaskan ciuman tersebut dan menjauh darinya.

"Ariff!? " jerit Isya. Hatinya makin panas menahan marah.

"Kenapa dengan awak ni ah? Jangan ingat saya layan awak dengan baik sekarang awak boleh ambil kesempatan sesuka hati je!. Jangan nak jadi lelaki miang!! " Isya melepaskan marahnya.

"sayang, abang cuba kiss je. Kenapa sayang nak tinggikan suara macam tu?"

"Kenapa? Berdosa? Kalau suami keluar dengan perempuan lain. Siap tipu lagi? tu tak berdosa namanya?"

"apa sayang cakap ni . Abang tak faham"

"Sudah lah Ariff . Tak payah nak buat-buat tak faham. "

"Ya Allah sayang. Betul ni abang tak faham apa maksud sayang yang abang tipu sayang?"

"Awak cakap awak keluar dengan Zarul! Tapi, hakikatnya keluar dengan perempuan lain. Kenapa? dah hilang sabar dengan saya? Baguslah kalau macam tu. Awak boleh lepaskan saya sekarang!"

"sayang! Berapa kali abang nak cakap abang tak suka bila sebut pasal cerai ni?!!"

"okay baik! Kalau awak taknak ceraikan saya sekarang saya beri awak masa setahun lagi..lepas tu awak ceraikan saya. Senang, cukup 2 tahun cerai . Mama papa pun nanti takda lah rasa kecewa atau bersalah. Maybe mereka akan ingat kita ni takda jodoh."

Isya sudah terasa penat. Banyak kali sudah dia maafkan Ariff dan beri peluang tetapi kenapa Ariff masih terus buat dia terluka?

"awak betul-betul nak saya ceraikan awak? Okay dengar sini baik-baik.."

Isya menelan air liur mendengar kata-kata Ariff. Dia betul-betul akan ceraikan aku ke? Habis tu macam mana dengan luahan dia selama ni? Dia tipu aku? Dia tak sayangkan aku? Macam - macam dalam fikiran Isya saat itu. Jantungnya berdegup laju. Mata terasa berair dan bila-bila masa sahaja akan jatuh air mata tersebut kalau dia mendengar lafaz cerai itu.

Bersambung....
Update esok pula ye!!!

Sorry sebab dah lama tak update..Qay tak janji akan update selalu tapi Qay akan cuba juga untuk update bab baru untuk korang yang sudi baca novel ni.. Thanks..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience