Bab 35

Romance Series 23528

"HAH dik, nak pergi mana pulak tu?" Soal Datin Karina apabila melihat Isya yang sudah bersiap cantik seperti mahu keluar. Datin Karina yang ketika itu berada di ruang tamu sedang menonton tv.

"Syaa nak keluar kejap maa.."

"Elok sangatlah tu..pergi cari suami kamu tu! Jangan nak ikut keras kepala sendiri tu" Sekali lagi Izzat bersuara ketika baru turun dari tingkat atas. Isya berpusing ke belakang memandang abang sulungnya dan satu jelingan diberikan.

Isya berlalu keluar. "Isya pergi dulu.."

"Along... biarkan dia" ujar Datin Karina.

KERETA terus dipandu menuju ke office bapa mertuanya, Dato Jefry dengan niat mahu berjumpa dengan Ariff. Kemungkinan Ariff ada di sana.

Isya terus ke bilik Ariff walaupun hanya beberapa pekerja sahaja tahu dia adalah isteri Ariff. Lagipun, itu adalah kedua baru kalinya, Isya ke office bapa mertuanya.

"Isya?" Zarul menegurnya. Isya terserempak dengan kawan baik suaminya, Zarul

"Err...Zarul! " Isya membalas teguran itu dengan melemparkan senyuman.

Isya sempat mengenali Zarul ketika majlis pernikahannya dengan Ariff.

"Nak jumpa Ariff ke?" Soalan apa pulak yang ditanyanya. Sudah tentulah nak jumpa Ariff suaminya takkan nak jumpa dia pulak. Aduhai!

"Ha'ah. Dia ada ? " soal Isya pulak.

"Ariff takda kat office. Dia pergi outstation. Dekat Langkawi. Takkan awak taktahu. Awak kan isteri dia" Segaja Zarul berkata sebegitu. Padahal dia sudah tahu yang mereka berdua bergaduh. Sengaja dia mengajukan soalan sedemikian.

Tersentap Isya mendengarnya. Isya memberi senyuman terpaksa.

"Emm takda pulak dia beritahu. Maybe dia lupa kot nak beritahu. Takpalah. "

Zarul mengangguk kepala perlahan-lahan. FAHAM!

"Isya!? " tegur pulak Dato Jefry tiba-tiba.

"Papa" Isya bersalam dengan bapa mertuanya.


"Kamu datang nak jumpa papa ke?"

"Err....tak. Sebenarnya, Isya datang nak jumpa Ariff."

"Aikk suami kamu kan pergi outstation. Takkan kamu tak tahu?"

Aduh, bapa mertuanya pulak bertanya! Tadi Zarul! Dekat rumah abangnya! Memang hari ni hidup penuh dengan keperlian ke! Tahu lah semua yang berlaku salah aku.

"Ariff lupa nak beritahu Isya kot."

"Bertuah punya anak. Padahal papa dah beritahu dia suruh beritahu kamu. Nak bawa kamu sekali pun takpa. Boleh pulak dia lupa beritahu. "

Si suami ni pun satu, kalau ya pun merajuk. Beritahulah sepatah dua ada dekat mana!

"emm takpalah pa kalau Ariff takda. Isya pergi dululah."
Isya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa mertuanya.

"Hmm yelah. Tapi Isya, kalau kamu nak pergi jumpa suami kamu tu nanti papa uruskan sebuah bilik dekat hotel sana."

Isya mengangguk "okay pa, nanti apa-apa Isya call"

Isya memandang Zarul sekilas juga sebelum berlalu pergi.

"ISYA, kau okay?" Tanya Tasya. Dia berhenti menaip dan terus memandang Isya yang berada di depannya.

Isya terus ke office bapa saudaranya untuk berjumpa dengan kawan baiknya Tasya setelah balik dari office Dato Jefry.

"Entahlah babe, aku pun taktahu. Semua orang nak salahkan aku"

"Syaa..pada pandangan akulah. Apa kata kalau kau pergi jumpa abang Ariff. And then, bincang dengan dia secara baik."

"Masalahnya, macam mana nak berbincang kalau dia pun dah 3 hari tak nampak batang hidung."

"Laa yeke. Aku taktahu pulak"

Isya menyandarkan badannya ke kerusi dan sambil memicitkan kepalanya . Pening memikirkan masalah yang dihadapi.

"Kau tahu tak tadi sebelum aku datang sini aku pergi office dia. Sakit hati aku dengan dia tu. "

"Kenapa pula?"

"Dia pergi outstation kat Langkawi langsung tak beritahu aku. Aku pergi sana buat malu je. Apa pulak kata bapa mertua aku nanti kalau dia tahu aku tak ambil tahu hal anak dia. Hakikatnya salah Ariff sebab tak beritahu aku."

"Kau ni pun syaa. Dah tentulah dia tak beritahu kau sebab dia kan tengah marahkan kau pasal kau bergaduh dengan dia malam tu."

"Kalau ye pun marahkan aku . At least beritahulah nak pergi outstation tu."

Tasya hanya mengelengkan kepala. Tidak tahu apa lagi yang hendak diperkatakan kepada sepupunya itu.

"Aku jumpa Kak Mai 3 hari lepas" ujar Isya sekali gus mengejutkan Tasya. Mana taknya dah 5 tahun mereka tidak berjumpa!

"Dia sihat? " soal Tasya.

"Sihat. Nanti aku hantar nombor dia dalam grup whatsApp."

Tasya sekadar mengangguk sambil terukir senyuman di bibir. Teruja mahu berjumpa dengan kakak angkatnya itu. RINDU!

Akan tetapi, Tasya dan Erin tidak ketahui apa yang berlaku semasa Isya dan Maisara berjumpa. Erti kata lain , mereka berdua itu tidak mengetahui tentang 5 tahun yang lepas mengenai Isya, Ariff dan Maisara .


------

"MAMA.." tegur Ain. Pelik melihat mamanya termenung. Air paip yang dibuka untuk menyiram pokok bunga di laman rumahnya itu mengalir begitu sahaja ke tanah.

"Ma.." Sekali lagi Ain menegurnya. Nampaknya , Datin Rohani tidak dengar sahutannya iti tadi.

Bahu Datin Rohani disentuh sehingga mengejutkannya.

"ha..ye a-ada apa!?"

"Mama ni..Ucu tegur pun tak perasan. Mama okay tak ni? Dari tadi Ucu tengok mama pegang paip air ni tapi pokok tak siram siram pun"

"ye mama dengar"

"yeke? Tipulah. Mama ni macam tengah fikirkan something je. Pasal apa?"

"Entahlah Ain. Hati mama ni sejak akhir-akhir ni tak sedap je rasa. Macam ada something yang happen."

"Perasaan mama je tu. Maybe mama terlalu overthinking. Mama fikirkan pasal siapa ni?"

"Abang Yen kamu tulah. Dah lama tak balik sini. Mama takut dia dan isterinya tu bergaduh ke apa"

"Lah kan papa dah cakap Abang Yen tu busy sangat sekarang. Nanti bila abang tak busy , papa sendiri yang akan minta anak menantunya tu datang rumah."

"Yelah kot. Hmm dah lah mama nak siram pokok-pokok ni dulu."

"yelah lah maa..Dari tadi air tu membazir macam tu je." Ujar Ain sambil tayang gigi.

"macamlah kamu yang bayar bil"

"HEHE.. Halah halah..Kesian pulak dekat mama siram pokok sorang-sorang. Takpa lah meh Ucu tolong siramkan. Mama rehat je tauu"

"eloklah tu. Ada anak dara sorang je pun tapi malas buat kerja rumah."

"Mana ada malas. Ucu tolong mama kemas rumah juga kan. Tolong basuh pinggan gelas mangkuk tu semua. Tolong basuh baju. Tolong Mama masak.." Ada-ada je jawapannya nak menjawab.

"hah mengungkit. Ingat baik sangat."

"takda lah. Ucu cakap je."

Datin Rohani mengelengkan kepala. Namun, senyuman tetap terukir di bibir.

"Nah ambil ni. Tolong siram semua pokok kat laman ni. " paip air bertukar tangan. Kini, Ain yang memegangnya.

"baik BOSS!!" kata Ain. SEMANGAT!

TOK! TOK!
Pintu bilik Isya diketuk sebelum dibuka dari luar . Kakak iparnya iaitu Sarah, isteri kepada Izzat berdiri di muka pintu itu.

"Isya" tegur Sarah.

"Ha ya Kak Long . Masuklah!"

Sarah melangkah ke arah Isya . Lebih tepat lagi ke arah katil. Isya yang ketika itu sedang menghadap laptop.

"Busy ke? Sorry lah kalau Kak Long ganggu Isya tengah buat kerja."

"tak jugak. Ada lah sikit kerja kena siapkan."

"Kak Long minta maaf lah kalau Isya terasa hati dengan Along tu"

"La kenapa pulak Kak Long nak minta maaf. It's okay. Isya tak ambil hati pun. Lagipun kenal sangat perangai Along tu macam mana."

"Isya kan adik dia. Mesti dia ambil berat pasal syaa. Kak Long dah cakap dengan dia supaya jangan masuk campur. Lagipun Isya dah besar sekarang boleh tentukan sendiri hal hidup Isya. Tapi, tu la.."

Laptop yang berada di atas riba . Isya alihkan letak di tepinya. Dia mendekati diri kepada Sarah. Tangan Sarah diraihkan dan digenggam erat. Sarah turut membalas pegangan tersebut.

"Kak Long, Isya tahu semua ni salah Sya. Memang betul apa yang Along cakapkan tu. Isya tak pernah hargai orang yang betul-betul sayangkan Sya. Kalau boleh Isya nak perbetulkan semua keadaan yang dah berlaku sebelum terlambat."

"Insha-Allah Sya, semuanya masih belum terlambat untuk diperbetulkan. Semua suami isteri diuji dalam berumahtangga. Allah beri ujian tanda DIA sayang. Apabila diuji kita kena sentiasa bersabar. Ada hikmahnya nanti disebalik kesabaran tu. Kak Long sentiasa doakan yang terbaik buat Isya. Ingat, semua yang berlaku itu sudah takdir yang tertulis. Allah adalah perancang yang terbaik. Hanya DIA yang tahu apa yang bakal berlaku di masa depan. Percayalah apa yang DIA beri kepada kita itulah yang terbaik buat kita.

Isya mengangguk mengerti.

"Thanks Kak Long" Isya memeluk kakak iparnya. Terharu rasanya dengan kata-kata itu.

Semua manusia buat silap. Tiada yang sempurna...

ARIFF terus melangkah meninggalkan Isya tanpa memandang ke belakang. Dari tadi Isya merayu kepada Ariff supaya memaafkan dia tetapi suaminya itu tetap berkeras hati dengan keputusannya untuk melepaskan isterinya.

Niatnya untuk berjumpa dengan suaminya untuk meminta maaf tetapi lain pulak yang jadinya.

Isya sekali lagi mengejar Ariff dan berlari ke arah suaminya .

Lengan Ariff dipaut pantas sebelum Ariff masuk ke dalam kereta.

"Lepas Isya!" Meninggi suara Ariff.

"No! Abang please... Isya tahu , semua ni salah Sya. Forgive me. Bagi Sya peluang untuk perbetulkan semuanya." Semakin laju tangisannya. Ariff langsung tidak memandangnya.

"Dah banyak kali saya beri awak peluang. Kesabaran saya juga ada hadnya. Yang paling saya tak sangka sanggup awak kahwin dengan saya hanya kerana dendam. Dendam dengan perkara yang awak terlalu fikirkan selama ni. Saya sememangnya cintakan awak dari zaman sekolah lagi. Tapi ,awak! Awak fikir yang saya cuma mempermainkan awak sahaja. Hanya kerana itu, awak berdendam dengan saya dan mahu mempermainkan cinta saya pulak. Awak memang melampau! Saya memang bodoh selama ini kerana jatuh cinta pada orang yang takpernah hargai cinta saya! "

"Syaa mohon sangat jangan tinggalkan Sya. Sya minta maaf dengan abang" tangan Ariff dipegangnya namun Ariff tarik tangannya dengan kasar sehingga terlepas dari tangan Isya.

"ingat Isya Qaisara! JANGAN pernah menidakkan atau menyalahkan takdir Ilahi.!! Tegas kedengaran suara Ariff . Kata-kata itu sengaja ditekankan supaya Isya faham maksudnya

"Isya tahu..tapi.."

"Awak tunggu sahaja surat mahkamah nanti untuk perbincangan perceraian kita." Ujar Ariff tanpa memandang isterinya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan menguncinya. Isya mengetuk cermin kereta berkali-kali

"Abang , please! Syaa minta maaf. Jangan ceraikan Syaa! Syaa sayangkan abang" Jerit Isya .

Tanpa menghiraukan Isya , Ariff terus berlalu pergi.

"Abang!!" Jerit Isya lagi sekuatnya namun Ariff sudah jauh dari pandangannya. Lututnya terasa lemah . Dia terduduk atas jalan di kawasan parking itu. Isya tidak peduli tentang orang-orang yang sedang melihatnya ketika itu

Isk! Isk! Dia menangis teresak-esak.

"Abang!!"

Happy reading!! Maaf kalau ada kekurangan dalam novel saya. Tq kpd yg baca novel ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience