"MASA mana esok adik dan Ariff balik rumah kamu berdua?" Tanya Datin Karina.
Ketika itu ahli keluarga mereka berada di halaman rumah yang luas itu. Ariff dan abang-abang iparnya sedang bermain badminton. Manakala, geng-geng perempuan sedang berbual di kerusi bangku itu yang sering menjadi ruang bersantai mereka sekeluarga.
"Ariff kata pagi nak pindah sana. Sebabnya banyak lagi barang kena beli terutamalah barang dapur. Nak settlekan semuanya esok juga . "
"Baguslah macam tu. Adik dah tengok ke rumah tu?"
"Dah, lepas balik dari office tu terus singgah sana. Okaylah . Cantik juga. "
Datin Karina mengangguk.
"Cik Su, jom lah main sama-sama.." sedang rancak berborak. Thiana datang mengajak Isya bermain badminton sama-sama. Isya juga sebenarnya pelajar aktif bersukan juga dekat sekolah tapi sejak dah masuk universiti dah jarang bersukan. Jogging pun kadang-kadang jer.
"Takpa lah. Thia jelah pergi main dengan dia orang kat sana."
"Alaa jom lah" Thiana menarik tangan Isya supaya bangun dari duduknya dan ikut join bersamanya bermain badminton bersama baba dan bapa saudaranya. Hakikatnya, dia tak pandai bermain dan asyik tidak dapat menyambut buah tangkis tersebut tetapi Babanya tetap melayan anak perempuannya itu.
"Thia, ciksu penat tu. Thia pergi main dengan Baba jer okay." Mia cuba memujuk anak perempuannya itu agar tidak terlalu memaksa Isya.
"alaa ibu. Baba tak reti main. Thia nak main dengan Ciksu." Semua disitu tersenyum . Padahal sebenarnya dia yang tak reti main tapi Babanya pulak dipersalahkan.
"okay-okay. Thia main dengan Ciksu yer. Baba tu memang tak reti main kan. "
Mereka ketawa kecil .
Isya melayan sahaja kehendak anak saudaranya itu.
"Yeay! bersorak kegembiraan Thiana.
Thiana memegang tangan Isya dan berjalan beriringan ke arah Ian. Ian menghulurkan raket kepada Isya. Sempat Ian mencubit pipi Thiana . Geram!
"layankan aje dikk" ujar Ian sebelum join geng lelaki yang juga sedang asyik berlawan badminton.
Isya hanya tersenyum. Isya memandang ke arah Ariff yang sedang bermain juga. Ariff tidak perasaankan itu kerana asyik dengan permainan.
"not bad. Pandai juga dia main." puji Isya melihat Ariff yang sedang berlawan badminton dengan Izzat ketika itu.
Setelah itu, Isya sambung melayan Thiana bermain.
-------
"awak.." Isya duduk disebelah Ariff di Sofa ruang tamu. Namun jarak antara mereka 1 meter. Jauhnya! Ingat Ariff tu makan orang ke? Ariff yang sedang asyik menatap telefonnya berhenti seketika. Badan dipusingkan ke arah Isya.
Dengan selambanya , Ariff menarik Isya supaya lebih dekat dengannya. Isya membulatkan mata. Ingat Ariff ni tak kuat ke setakat nak tarik tubuh kecik Isya tu jer!!
"Hish dia ni kan" marah Isya. Dia menepis perlahan tangan Ariff yang melingkar di pinggang langsingnya.
"Hah hah , tak elok pukul suami macam tu!" Ariff tegaskan suara.
Isya mencebik. Okay fine!!
Isya membiarkan sahaja tangan Ariff memeluk pinggangnya. Nasib baik dekat rumah mama dia!
"ada apa sayang?" soal Ariff.
"Saya nak keluar dengan kawan-kawan kejap lagi, boleh?" Dah bersuami kan kenalah minta izin suami. Jangan ikutkan perasaan kebenciaan tu sangat!
"kawan-kawan? Lelaki atau perempuan"
"Habis tu awak rasa sebelum ni siapa kawan saya. ?" Boleh pula Ariff ni tanya. Cemburu lah tu! Dah tentulah Erin dan Tasya je kawan Isya.
"Erin dan Tasya?"
"yelah. Boleh pula dia tanya."
"tak boleh"
"Hah? mintak izin pun tak kasi keluar. Kalau tak minta izin kan kata isteri derhaka pula!" rajuk Isya.
"sayang, esok kan kita nak pindah. Banyak lagi barang nak kena kemas terutama barang awak"
"ada sikit je lagi tak siap kemas. Sempat lah saya balik tu kemas kejap. Lagipun esok pun sempat lagi nak kemas. Bukannya bertolak pagi-pagi buta."
"yeke?" Ariff menjungkit sebelah keningnya.
"yelah! Saya yang kemas semuanya. Saya tahu lah"
" Dah malam kan ni , sayang"
"baru pukul 8 malam lah. Kita orang nak keluar lepak-lepak sambil borak-borak. Hari tu keluar sebelum kahwin tak puas lagi rasanya keluar sama-sama."
"Kalau berdebat dengan awak memang ke sudah tak habis" sambung Isya lagi.
Susah lah apabila perangai degil Isya ni datang!! Dah tak dengar cakap orang lain.
"okay-okay abang kasi keluar tapi abang ikut sekali" Isya baru teruja dengarnya tapi apabila ayat last tu terus mati senyuman Isya.
"yelah yelah. Tapi, kalau awak bosan nanti jangan salahkan saya pulak!"
Ariff tersenyum . Apabila Isya merajuk nampak lagi comel !!
"saya nak pergi bersiap dulu" Ujar Isya. Ariff menarik kembali tangannya dari pinggang Isya.Isya bangkit dari duduknya terus melangkah untuk ke bilik.
"kenapa aku boleh rasa selesa jer dia peluk aku macam tu?No Isya..you hate him!!" bisik hati Isya semasa dia meninggalkan Ariff disitu.
-----
Mereka berdua tiba di sebuah restoran. Kelihatan Erin dan Tasya sedang duduk di sebuah meja. Ariff dan Isya mengambil tempat bersebelahan.
"Aik tadi cakap nak datang seorang jer. Taknak bawa suami. Takkanlah berjauhan kejap tak boleh" sengaja Tasya mengusik Isya di hadapan Ariff. Tapi, memang betul pun tadi Isya kata taknak ajak Ariff walaupun Tasya bagi cadangan bawa Ariff sekali.
"Isya cakap macam tu? Sampai hati sayang" Ariff memandang Isya yang berada di hadapannya setelah badannya dipusing ke arah sebelah. Sebelah tangan diletakkan di meja dan sebelah lagi di kerusi tempat Isya duduk. Seakan-akan mengunci Isya dalam pelukan.
Tasya dan Erin tersenyum. Geli hati melihat pengantin baru dihadapan mereka itu.
"jangan nak dekat-dekat sangat. Kita kat tempat umum ni. Malu lah sikit dengan dia orang kat depan kita ni" Marah Isya. Isya menolak Ariff perlahan supaya menjauh darinya. Kalau dibiarkan tu , wajah mereka boleh bertaut tau!
Ariff sekadar tersenyum dapat mengusik isterinya.
"alaa kita orang okay jer. " ujar Erin
"elehh yelah tu" kata Isya.
Erin mencebik.
"takyah borak-borak dah. Kita pesan makanan dulu. Saya belanja. " ujar Ariff. Buku menu dihadapan ditelitinya.
"betul ke ni? Mujur lah Isya bawa abang Ariff sekali. Tak membazir lah duit kita orang" ujar Tasya
"tak membazir lah sangat. Takyah! tadi kau kata nak belanja kita orang kan"
"alaa Isya , dah suami kau nak belanja. Apa salahnya." Tasya mencebik. Kedekut betul Isya ni. Guna duit suami dia juga bukannya dia.
"takpa lah sayang. Kali ni abang belanja, next time suruh Tasya belanja" ujar Ariff.
Tasya menjelir lidah kepada Isya. Ariff tidak perasankan itu kerana sedang melihat menu.
Yeay! abang Ariff sokong akulah!
Isya mengecilkan mata memandang Tasya. Mengada!
Mereka memesan makanan masing-masing.
setelah makanan yang dipesan sudah sampai dan terletak elok di meja makan. Mereka terus menjamu selera.
Selepas selesai makan, mereka berbual seketika dan setelah itu, terus pulang ke rumah masing.
****
Ariff membantu Isya mengemas pakaian yang masih belum dikemas selepas balik dari makan malam diluar bersama Erin dan Tasya.
Beberapa helai baju di tinggalkan di wardrobe untuk kegunaan apabila tidur di rumah Mama dan papanya. Jadi, tidak perlu bawa baju banyak jika mahu tidur di sini.
Ariff juga bakal kembali berkerja di syarikat papanya dua hari lagi. Begitu juga dengan isterinya, akan bekerja di syarikat Dato Eman.
"kereta sayang tu tinggal dekat sini dulu ye. Esok kita tolak ke rumah kita guna kereta abang." Ujar Ariff
"Kenapa pulak nak kena tinggal kat sini? Apa salahnya saya bawa selalu esok. Kalau tak macam mana saya nak pergi office nanti.
"yang tu takyah risau. Abang hantarkan"
"Office awak kan jauh dari rumah kita. Takyah susah-susah. Nanti awak lambat masuk office sebab nak hantar saya. Tambah pula, jalan nak ke office tak sehaluan."
"takpa sayang. Okay je. Biar abang hantarkan. Kereta sayang tinggalkan je kat sini okay?"
"emm yelah"
"baju kemeja awak ni nak bawa semua ke?" Sekarang Isya sedang melipat baju-baju Ariff setelah Isya selesai kemas bajunya.
"tinggalkan yang warna hitam dan biru tu kat sini."
"okay"
Isya menyangkut kembali kemeja berwarna hitam dan biru di wardrobe. Baju-baju lain dilipatkan kembali dan dimasukkan ke dalam beg pakaian.
"kalau sayang dah mengantuk , pergilah tidur dulu. Biar abang je kemaskan .Dah pukul 12 malam ni. "
"takpa. Sikit je lagi. Baju-baju awak bukannya banyak sangat pun"
Ariff tersenyum memandang isterinya.
"terima kasih sayang sebab tolong abang kemaskan baju-baju abang sekali"
"sama-sama"
"ni kan tugas sebagai seorang isteri. Walaupun kita tak suka seseorang pun. Tak semestinya perbuatan kita juga harus membencinya. Cukuplah sekadar hati yang membencinya. Itupun sudah memandai." Sambung Isya lagi.
Ariff terkedu mendengarnya.
Namun begitu, sebenci macam mana pun seorang isteri kepada suaminya mesti ada juga rasa sayang terhadap suaminya.
"abang akan tetap tunggu sehingga sayang boleh terima dan sayang abang juga. Abang akan tunggu apabila tiba masanya sayang maafkan abang walaupun abang sendiri tak tahu apa kesalahan yang abang buat sampaikan sayang benci abang sebegitunya" bisik hati Ariff. Rasa terguris juga dengan kata-kata isterinya. Tapi, dia kena kuat demi orang yang dia cintai itu. Dia percaya lama-kelamaan akan terbit rasa cinta isterinya itu terhadapnya. Cuma perlu tunggu masanya!
-----------
Sudah hampir 2 bulan Isya dan Ariff berpindah ke rumah sendiri. Hubungan mereka tetap sama . Bila berjumpa ada sahaja topik yang digaduhkan. Namun begitu, Ariff tetap bersabar dengan isterinya.
Isya sengaja mahu menguji kesabaran Ariff. Dia tahu Ariff sentiasa bersabar dengannya. Dia mahu Ariff hilang sabar dengannya kerana dengan itu lebih cepat Ariff lepaskan dia.
Bagi Isya, hidup dengan Ariff penuh dengan tekanan dan keseksaan.
---------
Malam sudah semakin TUA. JAM sudah menunjukkan pukul 10 MALAM tetapi Isya masih belum pulang. Perkara itu membuatkan Ariff risau. Dia tidak tahu dimana keberadaan isterinya. Apa yang paling menyakiti hatinya kerana Isya tidak memberitahu dia mahu kemana-mana atau balik pukul berapa. Ariff cuba telefon berkali-kali tetapi tidak berjawab.
Ariff tidak senang duduk. Dia yang dari tadi menunggu isterinya pulang di ruang tamu di tingkat bawah itu penuh dengan kegelisahan.
Kunci kereta dicapai. Laju kaki melangkah keluar dari rumah. Dia perlu cari isterinya!
Nombor Tasya didail. Kemungkinan Isya berjumpa dengan Tasya.
"Hello Tasya."
"ah ye Hello abang Ariff?"
"Isya ada kat rumah Tasya ke?"
"takda. Kita orang tak jumpa lagi pun hari ini. Kenapa? " Hari ni Tasya busy dengan meeting . Dia tidak sempat untuk mengajak Isya keluar makan tengah hari seperti beberapa hari sebelum ini.
"saya tengah risau ni sebab Isya masih belum balik. Selalunya paling lewat pun pukul 8 tapi ni dah lewat sangat."
"yeke..aduhh mana pula perginya dia ni. Abang Ariff tak try call dia ke?"
"dah . Tapi tak jawab"
"cuba call Erin. Mungkin Isya ada meeting malam kut" Tasya mahu menyedapkan hati Ariff. Dia tidak mahu lelaki fikirkan bukan-bukan pasal sepupunya itu yang juga merupakan kawan baiknya.
"Emm yelah ..Saya call Erin. okay Tasya takpa lah.
"okay"
Panggilan dimatikan. Setelah itu nombor Erin didail. Jawapnnya juga sama dengan dengan Tasya. Erin juga tidak tahu keberadaan Isya.
Ariff terus mencari Isya. Hendak ditelefon keluarga Isya tetapi takut keluarganya risau jika Isya juga tiada bersama mereka.
Ariff berhenti seketika . Badannya terasa penat. Hampir sejam mengeliling bandar KL itu mencari isterinya.
Mata terpandang insan yang amat dikenali itu di depannya yang sedang berdiri di hadapan sebuah Klinik 24hours itu.
"Isya?" Dia mahukan kepastiaan kerana ketika itu gadis itu sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki. Tak mungkin!
Namun kenyataannya YA! Memang benar itu isterinya. Dia tidak silap! sakit hatinya ! sanggup isterinya keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuannya. Marah pun ada!
"tapi, siapa lelaki itu?"
Share this novel