Bab 31

Romance Series 23528

ARIFF yang terkejut dengan jeritan tadi terus membuka lampu telefonnya..

Kaki laju melangkah ke bilik air. Pintu diketuk 2 kali.

"sayang, kenapa tu?"

"awakk.."meleret Isya bersuara. Bunyi suara macam nangis pun ada.

"ya kenapa? Abang kat sini ni. Buka pintu."

"tak boleh buka"

"hah? kenapa pula tak boleh buka?"

"gelap"

Ishh Isya ni beritahu lah betul ni tak sepatah-sepatah je jawab.

"kan sayang ada telefon tu. Suluh jer dengan lampu telefon"

"tak boleh...bateri telefon saya dah low "

Boleh pulak dia tak perasan bateri telefonnya hanya tinggal 20% tadi! Dia tu pula mandi lama.

"pulakk!..."

"macam mana ni..saya tak nampak apa-apa pun ni..gelap.."

"sayang ada kat mana tu. "

"emm saya dekat dalam bathtub ni."

"okay..sayang bangun lepas tu pusing kanan dan jalan straight je. Ingat kan pintu bilik air sebelah mana dari situ."

"emm ingat okay .."

"hati-hati"

Isya bangun berdiri dan berhati-hati melangkah keluar dari bathtub. Seterusnya , dipusingkan ke arah kanan dan berjalan perlahan ke depan sambil tangan meraba sekeliling.

"Saya rasa dah dekat pintu ni."

"buka pintu sekarang."

Isya menurunkan tangannya sedikit dan mencari tombol pintu itu. Diputarnya suis itu dan pintu dibuka.

Isya menutup matanya kerana silau dengan lampu telefon yang disuluh oleh Ariff.

"awak! cahaya tu. Sakit mata saya."

"Opss sorry.."

Ariff terkejut tadi apabila melihat Isya berkembam depannya dengan hanya memakai kain sarung batik sahaja. Nasib baik itu kebiasaannya Isya mandi dengan berkembam menggunakan kain sarung sahaja.

"mata tu pandang mana! " Jerit kecil Isya.

"Sayanglah seksi sangat. First time abang nampak sayang macam ni"

Isya mengecilkan matanya.

PANG! Pipi Ariff ditampar perlahan.

"PERVERT!"

Ariff mengosok pipi yang ditampar tadi tapi tak sakit pun. Perlahan sahaja Isya tamparnya.

"tak baik tau tampar suami"

"Siapa suruh gatal sangat ...bak sini telefon awak"

"telefon abang pun bateri dah kurang."

"habis tu..macam mana ni"

"abang temankan kat dalam..nanti kalau lampu telefon abang pula dah tak boleh pasang ..Memang gelap gelita nanti."

"saya lebih takutkan awak daripada gelap ni."

Ariff ketawa kecil.

"Kalau macam tu sayang mandi je lah seorang diri dalam gelap ni"

Isya mencebik.

"yelah. .Temankan saya. Tapi, kalau awak buat apa-apa. . Saya takkan maafkan awak lagi lepas ni"

"okay abang janji tak buat apa-apa. Teman je"

Ariff angkat sebelah tangannya tanda berjanji.

*****

Tergugat juga iman Ariff melihat isterinya mandi berkembam macam tu. Tapi, ditepiskan perasaan tu. Kan tak pasal-pasal merajuk pula lepas tu kena terjun tingkat 2 . Mampuihh lerr!

"jangan pandang saya?!..Pusing sana!" Geram pulak Isya dengan Ariff dari tadi duk pandang-pandang. Jolok kan mata tu baru tahu. Nasib baik dah halal!

"Yelah" Ariff pasrah sahaja. Badan dipusing dan membelakangi Isterinya. IMAN pun apasal lah lemah semangat sangat!

Setelah Isya selesai mandi.. Mereka berdua terus keluar dari bilik air. Siapa suruh ada bilik air yang besar. Kan dah tak pasal-pasal mandi berteman.

Kedengaran guruh kilat yang kuat!
Akibat terkejut, Isya laju melangkah ke arah Ariff yang sedang sibuk mencari sesuatu . Lengan Ariff dipeluknya. Tidak sempat dia mengambil pakaiannya di wardrobe

"kenapa ni?"

"owhh abang lupa pula. Along bagitahu awak takut bunyi guruh" sambung Ariff.

Ariff ketawa kecil

"nah hujan rasanya ini" ujar Ariff setelah berhenti ketawa.

Isya memberi jelingan yang tajam.

"nah.." Lampu suluh dihulurkan kepada Isya. Dia baru teringat dia pernah letak lampu suluh itu dalam laci di bilik itu sebelum mereka berkahwin.

"kenapa tak cakap awal-awal ada lampu suluh ni.. Saja je kan " marah Isya. Pelukan pada lengan masih belum dilepaskan.

"abang baru teringat je. Bukan sengaja pun..Dah pergi pakai baju. Nak minta iman abang makin turun ke tahapnya"

Isya tidak sempat ke wardrobe nya kerana bunyi guruh tadi. Setelah selesai mandi sampai sekarang masih berkembam memakai kain sarung batik.

"tak sangka pula abang, sayang suka pakai kain sarung batik"

"Kenapa? Ingat orang kampung je boleh pakai..orang bandar tak boleh pakai?"

"bukan macam tu maksud abang..saja tanya "

"daripada zaman remaja lagi saya suka pakai ..sebab tu dah terbiasa.. dulu arwah nenek pernah ajarkan macam mana cara nak pakai.."

"owhh patutlah..tapi abang suka ..Nampak lebih ayuuu je"

"dah lah malas nak melayan. Gatal!" Isya terus melangkah ke wardrobe untuk mengambil pakaiannya .

"ehh abang puji lah ni..jangan nak difikir bukan-bukan ye" Jerit Ariff perlahan-lahan namun Isya mendengarnya. Walaupun samar-samar sahaja Isya kelihatan tapi cahaya lampu suluh itu jelas kelihatan isterinya tidak jauh dari situ.

Tanpa sedar senyuman terukir di bibir Isya.


--------

Tuk! meja diketuk.

Ariff terkejut dari lamunan

"erhh Zarul...Bila kau masuk. Aku tak bunyi pintu diketuk pun."

"aku ni dah berpuluh kali ketuk tapi takda sahutan pun dari dalam. Pintu tak kunci jadi aku terus masuk lah. Macam mana nak dengar kalau dah termenung jauh sambil tersenyum sampai ke telinga. Kemaruk cinta sangat kau ni. Maklumlah orang dah berkahwin ni lain sikit perangai"

"Memang lah ..hanya orang sudah berkahwn je faham. Lain lah kau single lagi. " Ariff ketawa kecil.

"Maklum lah tak handsome macam kau sebab tu takda siapa yang nak"

"kau tu je jual mahal..Kenapa tak pikat je hati Anne dulu?"

"malas lah aku.. dia tu gedik sangat..asyik nak berkepit je terutama dengan kau"

"hmm tahu pun"

mereka berdua ketawa kecil
Takda makcik bawang-bawang , sekarang pakcik-pakcik bawang pulak ke! Sedap mulut tu mengata dekat Anne. Kan tak pasal-pasal terbatuk orang tu.Tapi ada betulnya..Ariff dan zarul dah tahap hilang keselesaan je bila ada si Anne tu.


------

Ariff tersenyum sekali lagi apabila teringat kejadian semalam.

"Terima kasih lah lampu sebab terpadam semalam . Dapatlah juga tidur sambil berpelukan dengan Isteri semalam" Bisik hati Ariff.

Disebabkan takut tidur keseorangan dalam gelap, Isya terpaksa benarkan Ariff temankannya tidur.

Lena betul tidur semalam ! Berpelukan dengan si isteri pulak tu.

Ariff teringat sekali lagi peristiwa semalam.

Disebabkan bunyi guruh yang kuat ia menganggu tidur Isya. Dalam ketakutan dia bangun dari katil menuju ke pintu untuk keluar dari bilik itu dengan cahaya lampu suluh di tangannya.Tanpa ragu-ragu kaki terus melangkah ke bilik sebelah. Belum sempat pintu diketuk. Pintu terus dibuka dari dalam. Jelas terpancar Ariff di pintu.

Terkejutnya Ariff melihat Isya di depan biliknya. Mana tak terkejutnya kalau dengan rambut panjangnya itu dibiarkan lepas begitu sahaja dalam suasana gelap pula tu.

"ya allah...sayang nih terkejut abang. " ujar Ariff sambil mengosok dadanya.

"boleh saya tidur sini?"

"tahu dah sebab tu abang niat nak ke bilik sayang tadi. Pasti tak boleh tidur"

"boleh kan?" tanya Isya lagi.

"Mestilah boleh"

Isya terus melulu masuk ke dalam bilik Ariff dan terus naik ke katil. Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Mata terus dipejam.

"haihh cepatnya. Terus tidur macam tu je. Penat betul nampak tu"

Ariff mengukir senyuman. Dia juga ikut sama baring disebelah isterinya. Tangan diangkat dan terus memeluk isterinya. Tapi tiada penolakan !

Pelik! Ariff mengangkat sedikit badannya untuk menjenguk isterinya.

"laa tidur betul-betul ke..ingat pura-pura je tadi..Cepat betul..Penat melayan rasa takut sendiri..!"

Apabila peluang terbuka luas pelukan tadi dieratkan. Isya memusing badannya dan membalas pelukan Ariff dengan mata masih terpejam.

Ariff membetulkan kedudukannya untuk memberi keselesaan kepada isterinya. Wajah Isya terus menempal di dada Ariff. Dia juga semakin erat memeluk Ariff tanpa sedar.

Kalau terjaga pagi esok ni memang jadi hantu raya Isya ni menjerit kalau tahu Ariff peluk dia. Memang nak kena teranjang ni. Ambik kesempatan dalam kesempitan!! Fuh!


--------

Selepas singgah di rumah Datin Karina. Isya dan Ariff terus ke rumah Datin Rohani. Sudah lama juga mereka tidak balik ke sana.

"hah Yen Isya...tak cakap pun nak datang."

"tak rancang pun ma.. Kebetulan lalu sini singgah jap.." ujar Ariff lalu bersalam dengan Datin Rohani.

"dari office ke?"

"Tak maa.. dari rumah mama tadi lepastu terus singgah sini" Balas Isya.

"ooo yeke..dinner kat sini ye.."

"Boleh juga tu. Lagipun Yen rindu masakan mama. Masakan seorang ibu sentiasa terbaik"

thumbs up ditunjukkan ke arah mamanya. Datin Rohani hanya mengelengkan kepala sambil tersenyum..Ada-ada aje anak bertuah ni!

"haihh dah kahwin pun masih nak mama masakan "

"Yelah maa..masakan ibu lain..masakan isteri lain"

" mama tengok ni kamu yang dah berisi ni. Tapi , Isya ni kenapa nampak kurus je ni..Ariff kerap buli kamu ke..?"

"Dia yang buli ariff maa"

Mengadu lah tu! macam budak-budak!

"aduhh! sakit sayang..Tengok lah ni maa..Suka betul cubit-cubit ni" Isya mencubit lengan Ariff.

"saje je dia ni maa..macam mana tak naik berat badan kalau setiap kali Syaa masak tambah nasi je kerjanya."

"sebab sayang masak sedap.."

"Ada-ada je lah kamu berdua ni. Okay lah mama pergi masak dulu.. Kejap lagi tu balik lah papa kamu tu."

"Ain mana maa?" Tanya Ariff.

"Tadi dia cakap nak keluar dengan kawan-kawan . Kejap lagi tu balik lah. Tadi dia call cakap balik lewat sikit sebab singgah rumah Laila . Lagipun dah pukul 7.30 pm ni...Mungkin lepas Isyak tu balik lah."

"Kamu berdua dah solat maghrib belum?"

"belum maa.."

"kalau macam tu pergilah solat dulu. Mama nak pergi dapur dulu.. Siapkan dinner."

"mama dah solat ke..Kalau belum jomlah solat berjemaah"

"Mama ABC hari ni. Kamu solatlah dulu nanti turun dinner.

"ABC? " Ariff mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

"Orang lelaki tak tahu apa-apa baik diam..Ni hal orang perempuan..kan maa?" ujar Isya

Datin Rohani mengeleng sambil tersenyum.

"kamu ni Yen sepatutnya apabila dah kahwin dah tahu ABC tu apa."

Ariff mengaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

"Lepas solat syaa tolong mama ye.." kata Isya.

Tak elok juga biarkan ibu mertua masak sorang-sorang. Ibu mertua pun ibarat ibu kita juga. Kalau nak Ibu mertua kita sayang kenakan pandai ambil hatinya dan sejukkan hati supaya dia berasa selesa dengan kita.

"Elok juga tu.. boleh lah mama rasa air tangan menantu mama ni.."

"okaylah sya naik solat dulu"
Pantas Isya menarik tangan Ariff yang masih nampak blur itu.

Isya dan Ariff naik ke bilik mereka untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai umat islam.


--------

"Wow banyaknya makanan. " tegur Ariff yang baru turun ke bawah selepas selesai solat maghrib dan Isyak. Sempat dia mengaji bersama isterinya dulu sementara tunggu isyak.

"mana Isya? Kenapa tak turun sama-sama?"

"Kejap lagi tu turunlah. Dia tengah bercakap dengan seseorang di telefon."

"haa tu pun dah turun."

Isya melangkah ke meja makan sambil mengukir senyuman manis.

"kamu berdua duduklah dan makan dulu mama pergi panggil papa jap kat atas."

"okay maa"

"KAK ISYA!" Jerit Ain mengejutkan Isya.

"Ya allah Ain terkejut akak"

Ain ketawa kecil sambil menekup mulutnya.

"sorry"

"amboi anak dara keluar rumah baru nak balik yer"

"alaa abang Yen ni.. Ucu pergi rumah Laila je pun"

"Ain dah makan ke? Jomlah makan sekali"

"Dah kak..Untunglah Ucu dapat sister in law yang baik ..tanya Ucu dah makan ke belum .Ni tak membebel je mengalahkan orang tu lah Abang Yen ni"

Ain memuncung tanda merajuk.

"Alololo Merajuk ehh..Tapi, malas nak pujuk..Dah besar panjang kan masih nak perangai budak-budak"

"tengok lah Abang Yen ni kak.. Sakit hati Ucu."

Isya mengukir senyuman melihat hubungan dua beradik ni. Rindu pula akan abang-abangnya. Mereka pun apa kurangnya mesti nak mengusik si bongsu.

"dah takyah layan Abang Yen ni. Kita kan dah geng sekarang"

"yeayy!" teruja Ain mendengarnya. Dah ada geng perempuan sekarang. Tubuh Isya terus dipelukknya.

"amboii..manja ye "

"elehh padahal cemburu ..kan Kak Isya?"

Isya dan Ain ketawa kecil.

"okaylah..Ucu naik dulu"

Isya mengangguk.

Ain terus melangkah naik ke biliknya.

"Dengan Ain boleh pula ye peluk-peluk. .apabila abang peluk sayang marah"

"Jangan nak mengada-gada ehh"

"nak peluk juga" rengek Ariff manja sambil mendepakan kedua belah tanganya dan terus memeluk Isya.

Isya sembunyikan senyumannya

"janganlah..Malu lah nanti orang tengok!" Isya cuba menarik lengan Ariff tapi pelukan Ariff di pinggangnya sangat erat.

"takda siapa pun. Kita dua je kat sini..Nak peluk jap macam minggu lepas" Suka Ariff apabila dapat mengusik Isterinya. Membahang rasanya pipi Isya sekarang diusik oleh suaminya

Isya terus teringat minggu lepas macam mana dia terkejut kerana tidur dalam pelukan Ariff setelah terjaga. Lampu terpadam punya pasal dan ditambah pula bunyi guruh!

Tetapi dengan bantuan 'pelukan' itu dia dapat tidur dengan lena..Rasa malas hendak bangun pergi kerja pulak!

Isya mengeluh perlahan. Dibiarkan Ariff memeluknya. Dia juga tidak tahu mengapa sejak Ariff kerap memeluknya dia seakan mahu Ariff memeluknya selalu. Tenang rasanya dalam pelukan Ariff.. Terasa nyaman dan juga selamat.

Ariff apa lagi terasa bahagia teramat bila dapat peluk Isya sebegitu. Senyum terukir sampai ke telinga.

"Kalau awak peluk saya macam ni ..bila nak makan ni?"

"Ehh lupa pulak"

Isya menjeling sekilas kepada Ariff.

Ariff melepaskan pelukan tersebut. Isya terus mengangkat pinggan nasi Ariff dan menyedukkan nasi untuk suaminya.

Tanpa mereka sedar..Datin Rohani sedang memerhatikan mereka berdua sambil tersenyum.

"Alhamdulilah Ya Allah. Perancangan-Mu sentiasa yang terbaik. Semoga kebahagiaan mereka kekal selamanya dan peliharalah rumahtangga mereka. " Gumam Datin Rohani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience