"YOU, thanks tau teman I shopping hari ni" ujar Anne. Happy lah dia apabila dapat luangkan masa dengan Ariff.
"Tiada hal lah. Lagipun hari ni kita takda kerja nak buat kan. Tapi, pagi esok jangan lupa ada client kita kena jumpa."pesan Ariff mengingatkan Anne supaya Anne sentiasa ingat yang mereka datang ke Langkawi atas urusan kerja bukannya datang untuk bersantai.
"You janganlah risau. Selagi you ada dekat dengan I selagi tu I takkan lupa pasal benda penting ni." Yelah, asalkan dapat bersama Ariff selalu takkanlah dia nak lepaskan peluang yang ada ni.
Ariff sekadar tersenyum.
"Takpalah I nak balik ke bilik dulu. Esok kita jumpa pulak"
"Alaa you...jomlah teman I jalan-jalan sekitar tempat ni. You tahu kan I baru balik Malaysia. Manalah I tahu sangat jalan dekat Malaysia ni."
"Emm yelah I temankan" Ariff ikutkan sahaja lagipun kalau tak perginya sekarang sudah tentu di hari lain dipaksa oleh Anne juga nanti. Kenal sangat perangai Ana Suraya tu!
Anne terus gembira mendengarnya.
"Okay jom" Tangan laju memaut lengan Ariff.
Ariff menarik kembali lengannya minta dilepaskan.
"Anne please. Tak elok orang pandang."
"apa salahnya. Mesti dia ingat kita ni pasangan suami isteri. "
Mestilah orang akan berkata begitu. Masalahnya Ariff tu suami Isya Qaisara bukannya Ana Suraya.
"Anne..I ni suami orang lagipun kita ni dekat Malaysia. Bukannya kat London. Ramai yang mengata. Kalau kat sana takda orang yang mengata sebab orang kat sana kebanyakan dah terbiasa hidup bebas."
"Alaa orang bukannya tahu you tu bukan suami I"
"Yes I know but, I still tak suka you pegang pegang I macam ni.
"Yelah...! " kedengaran nada merajuk.
Ariff malas melayan Anne yang tengah merajuk . Dia terus berjalan meninggalkan Anne yang masih tercegat di situ.
"Ariff.. tunggulah I! " Rengek Anne dengan manja. Ariff menghentikan langkahnya dan menunggu Anne. Kemudian dia menuju ke arah Ariff dengan senyuman.
Mereka terus naik kereta. Ariff yang memandu kereta itu. Ariff juga ikutkan sahaja kemahuan Anne ke mana-mana sahaja.
Anne pulak tidak jadi mahu merajuk lama-lama kerana takut Ariff akan berasa bosan dengan dia. Selagi ada peluang itu, dia mahu terus meluangkan masa bersama Ariff tanpa diganggu oleh siapapun terutamanya Isya.
TING!
Satu mesej WhatsApp masuk.
Isya yang sedang fokus menyiapkan kerjanya yang ditinggalkan 2 hari lalu berhenti menaip buat seketika. Iphone nya di ambil di tepi laptop tersebut.
Aplikasi WhatsApp dibuka.
Terdapat mesej daripada nombor yang tidak dikenali oleh Isya.
"UNKNOWN : TAKLAMA LAGI AKU AKAN PASTIKAN KAU BERCERAI DENGAN ARIFF."
"UNKNOWN: KAU TAK LAYAK UNTUK ARIFF. "
"UNKNOWN : HE IS MINE!! "
"Apa motif dia cakap begitu.? Aku kenal dia pun tak! Siapa dia ni sebenarnya? Macam mana dia boleh ada nombor aku " gumam Isya. Dia hairan kenapa orang tersebut cakap sedemikian kepadanya. Setahu dia , dia tiada musuh. Takkan musuh dalam 'selimut' ? ENTAHLAH!
Sejak seminggu yang lalu lagi, Isya kerap menerima mesej yang sama dari nombor itu. Cuma, Isya tidak mengetahui siapakah dia?! Dia juga kerap menerima mesej dari nombor yang sama yang ugut dia supaya bercerai dengan Ariff.
Apabila Isya cuba menelefon nombor tersebut langsung tidak dijawab. Isya teringat tentang mimpinya semalam yang Ariff begitu marahkan dia sehingga mahu menceraikannya. Adakah mesej yang diterima itu adalah petanda bahawa hubungannya dengan Ariff tidak lama.
Satu pesanan whatsApp dihantar kepada Zarul. Nasib baik dia pernah ambil nombor telefon Zarul daripada Ain .
ISYA: ASSALAMUALAIKUM, BOLEH JUMPA?
ZARUL : WSLM , SURE. DEKAT MANA?
ISYA : NANTI SAYA HANTAR LOCATION.
ZARUL : OKAY..
Iphone dimasukkan ke dalam handbag . Isya terus melangkah keluar dari bilik pejabatnya kerana mahu keluar berjumpa dengan Zarul.
SUDAH hampir setengah jam Isya menunggu di sebuah restoran yang dijanjikan namun Zarul tidak muncul.
Sebelum Isya sempat mahu pergi dari situ. Baru tiba-tiba Zarul muncul.
"Sorry lambat. Ada masalah sikit tadi" Zarul mengambil tempat duduk dihadapan Isya.
"it's okay." balas Isya.
"So, ada apa ajak jumpa?'
"Saya tahu awak mesti dah tahu apa yang berlaku antara saya dengan Ariff."
Walaupun Isya berkata demikian namun dia cuma agak sahaja. Lagipun , sudah pasti Ariff mengadu masalah kepada Zarul kerana Zarul sahaja rakan baiknya yang dia ada. Zarul pulak boleh dipercayai. Mereka sudah berkawan karib sejak zaman belajar lagi.
Untuk sementara ini, mungkin Zarul dapat membantunya.
"saya perlu tahu Ariff tinggal dekat mana di Langkawi."
"Kenapa tak mintak tolong dengan Dato Jefry.?"
Eh! Eh ! Dia ni! Cuba lah fikir takkan lah aku nak mintak tolong dengan bapa si anak. Memang sengaja kan tanya begitu !? Kau nak ke nantikan tak pasal-pasal timbul peperangan dengan keluarga mertua. Aku tak nak! Mama dan papa dah begitu baik layan aku macam anak sendiri walaupun aku hanya menantu je.
"Memang lah boleh je saya mintak tolong dengan papa tapi..."
Belum Isya habiskan ayatnya, Zarul dah potong sekerat jalan
"Takpa, saya faham apa yang awak nak katakan "
Tahu pun faham! Habis tu yang pergi tanya lagi soalan tu buat apa? Sudah gaharu cedana pulak!
"Macam ni lah, saya akan pergi sana lusa . Kalau awak nak ikut pun boleh." Kata Zarul memberi cadangan.
"okay boleh"
"Tapi, saya pergi sendiri. Lagipun senang nak balik nanti Ariff balik dengan saya . Itu ikut perancangan kami lah."
Ya tak ya jugak sebabnya Ariff pergi sana pemandu pejabat yang hantarkan.
"Kalau macam tu , saya bawa kereta sendiri juga. Nanti jangan lupa text saya pukul berapa nak bertolak"
Zarul mengangguk perlahan. "okay"
"Saya pergi dulu. Jumpa nanti!"
Isya terus melangkah pergi meninggalkan Zarul.
ISYA sedang mengemas pakaiannya untuk dibawa . Hanya beberapa helai sahaja baju yang dibawa kerana niatnya ke sana untuk berbincang secara baik dengan Ariff bukannya hendak pergi bercuti. Pakaian yang dibawa cukup untuk 4 hari sahaja.
TOK!
Datin Karina menjergah di pintu bilik Isya.
"Ma.."
Datin Karina melangkah ke arah Isya. Punggung dilabuhkan dihujung katil.
" Dah beritahu mak mertua kamu yang kamu nak pergi sana. Lagipun dia nak pergi Mekah minggu ni takkan kamu taknak jumpa dia dulu. Nantikan dia cakap apa pulak"
"Dah ma. Esok sebelum bertolak pergi sana Isya pergi jumpa dia dulu."
Walaupun pada awalnya ,Isya serba salah mahu beritahu ibu bapa mertuanya .Tapi, kalau tidak diberitahu pasti hati mereka terasa. Bukan sahaja ibu bapa Isya yang mengharapkan kebahagiaan anak menantunya tapi begitu juga dengan ibubapa Ariff.
SEPERTI yang dijanjikan, setelah berjumpa dengan ibu bapa Ariff . Isya dan Zarul terus bertolak ke Langkawi.
Isya hanya mengikut Zarul dari belakang.
Setelah beberapa jam perjalanan, mereka tiba di Hotel The St. Regis
Mereka terus ke sebuah kaunter.
"Selamat datang ke Hotel The St Regis " Ujar salah seorang pekerja yang menjaga kaunter tersebut.
" Saya ada tempah 1 bilik atas nama Zarul bin Zaid."
"oo Encik Zarul ye. Pihak atasan dah ada beritahu kami yang bilik encik sudah ditukarkan. Kami dah sediakan bilik VIP untuk encik atas nama Dato Jefry.
"yeke?" Dua pekerja di kaunter itu mengangguk serentak sambil tersenyum.
"Dato Jefry takda beritahu apa pun" Ujar Zarul sambil memandang Isya di sebelah. Isya mengangkat kedua bahunya tanda dia juga tidak tahu apa-apa.
"Kenapa 1 bilik je ? Soal Isya
"Laa awak kan sebilik dengan Ariff sebab tu saya tak booking untuk awak"
"Taknak! " Isya menekup mulutnya. Alamak! Terlepas pulak. Coverlah sikit.
"T- takk.. maksud saya, saya taknak jumpa dia lagi . Mungkin esok saya jumpa dia. Boleh tak awak jangan beritahu dia lagi yang saya ada dekat sini."
Zarul tatap Isya lama. Macam tak percaya apa yang Isya cakap. Nak jumpa suami pun kena bersedia dulu ke? Aigoo!
"Yelah"
"kalau macam tu , Awak ambil je bilik tu dulu."
"Habis tu awak? Tempah bilik lain?"
"Takpa. Untuk sementara ni saya tumpang bilik Ariff dulu. Ah, awak jangan fikir bukan-bukan pulak. Saya buat macam tu nanti senang kalau awak dah berbaik dengan Ariff . Dia boleh pindah ke bilik awak. Takda lah nanti satu bilik tinggal kosong"
Betul juga apa yang dia cakap. Tak sangka briliant juga dia ni. Tapi, yeke aku boleh berbaik dengan Ariff?
"tak..tak..mana ada. Saya percayakan awak berdua"
Zarul terus menghulurkan kad dan kunci bilik kepada Isya .Mereka terus naik lif ke bilik. Senanglah kalau Dato Jefry tempahkan bilik itu kerana bilik itu di tingkat sama dengan bilik Ariff. Hanya jarak 2 bilik sahaja dari bilik Ariff. Mereka masuk ke bilik masing-masing. Isya yang masuk ke bilik dahulu sebelum Zarul menekan loceng bilik Ariff. Itupun Isya yang mintak kerana dia tidak mahu suaminya tahu dia juga datang bersama Zarul.
"KAU tak rasa bersalah ke dekat Isya?" Tanya Zarul. Mereka sedang minum di sebuah restoran yang sudah tersedia di hotel tersebut. Memang tidak dapat dinafikan hotel itu sungguh mewah kerana bertaraf 5 bintang.
"Apa maksud kau tanya aku macam tu?"
"Takde lah ni aku pulak yang rasa bersalah dengan Isya tu. Tak pasal-pasal aku kena menipu dia padahal aku dah beritahu kau awal-awal lagi yang dia ikut aku sekali datang sini."
"Kau ni..Bukannya dia tahu pun. Kau buat-buat la berlakon yang kau tak beritahu aku apa-apa lagi"
"Kau senanglah cakap.Yang kena hadapnya aku ni. So, apa plan kau seterusnya?"
Ariff angkat kening sebelah.
Nak berahsia lah sangat. Last-last aku juga yang kau minta tolong nanti.!
"Cakap jer lah"
"Secret lah. Mana boleh tau."
"Berahsia lah dengan aku. Nanti kalau kau mintak tolong jangan harap aku nak tolong nanti."
Ariff sekadar tersenyum. Smirk!
Geram pulak hati aku!
Senyum jer yee..tengoklah nanti siapa yang terkena dulu!!
Share this novel