Bab 43

Romance Series 23528

*****

DARI tadi Isya berulang-alik di ruang tamu rumahnya. Dia berasa gelisah memikirkan suaminya. Sudah beberapa kali call tapi tidak dijawab. Talian telefon pun terus mati.

'Ya Allah, Aku tak tahu suami aku dekat mana sekarang tapi lindungilah dia walau dimana sahaja dia berada'

Dalam hati tidak berhenti berdoa untuk suaminya.

Dia mahu telefon Zarul. Tetapi, tidak mungkin lelaki tu tahu Ariff dimana kerana Isya sangkakan Zarul masih berada di Langkawi.

Isya berharap sangat suaminya selamat.

"ARIFF!?"

Brek!

Ariff membrek kereta secara mengejut apabila mendengar Anne menjerit kuat. Dia menekan brek kereta kerana ternampak kucing hitam melintas jalan secara mengejut di depan. Nasib baik keduanya memakai tali pinggang keselamatan kalau tak entah apa yang terjadi.

"Ya Allah..Astagfirullahalhazim! " Ucap Ariff lalu menarik nafas dalam.

"You okay?" Tanya Ariff kepada Anne di sebelah.

"Im okay..You tu okay tak? Kalau tak okay biar I drive. You masih penat tu"

"Takpa. I okay." Takkan lah dia nak bagi Anne drive pula. Ariff sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba dia tak perasan kucing nak melintas. Padahal dia fokus sahaja memandu. Ariff rasakan banyak benda yang aneh terjadi sekarang.

"Kalau You tak boleh drive bagi je I yang drive. I ni belum kahwin lagi tau. Kalau you ajak I kahwin dulu dah lama I ni berstatus 'married' ."

Ariff ketawa kecil mendengar omelan Anne.

"Tak perlu cakap macam tu Anne. You know that i dah ada wife. Kalau wife I dengar terasa hati dia."

"Im serious, okay?!"

"Yes I know..."

Anne menjeling ke arah Ariff. Kalau bercakap tentang itu Ariff tak pernah nak serius. Susah sangat ke Ariff nak faham perasaan dia. Ataupun, Ariff memang sengaja tak nak ambil kesah?

Argh! Sakit hatinya.

"Terus balik KL jelah"

"Tadi cakap nak pergi rumah kawan You"

"I takda mood. Lain kali lah pergi rumah dia. Bukannya jauh pun"

"Betul ni?" Tanya Ariff untuk kepastian. Kerana perempuan ni susah nak dijangka. Nantikan tak pasal-pasal mengamuk minta patah balik. Sebab tu kena tanya betul-betul walaupun dia tengah marah dengan kita. Ariff tu suami orang, tak pandai pujuk perempuan lain. Lainlah kalau isteri dia, pandailah dia pujuk. Kan.

Akhirnya, Ariff terus meneruskan pemanduan balik ke KL.

Ariff berhenti di sebuah restoran . Dia mahu berhenti makan. Dari tadi dia dan Anne tidak menjamah apa -apa makanan.

"Kita buat apa kat sini?'

"You rasa dekat depan restoran ni..? Makanlah apa lagi." Boleh pula dia tanya buat apa kat depan restoran ni. Dia ingat aku berhenti kat kawasan Theme Park ke.

"You tak lapar ke?" Soal Ariff. Mana tahu tengah jaga badan sekarang sebab dari tadi takda minta aku berhenti makan pun. Ingatkan tak lapar.

"Laparlah..You ingat I ni robot. Tak makan pun tak lapar" Jawab Anne geram. Dia mencebik bibir.

Ariff ketawa halus.

"Emm betul lah tu. I ingatkan you robot. Tak payah makan. " Sengaja mengusik.

"Ariff!"

Dia ni kalau tak sakitkan hati aku sehari pun memang tak sah. Ada je idea dia nak mengata aku! Tak boleh ke bercakap elok je dengan aku.

"Okay-okay sorry. You masuk dulu. Perempuan yang tengah lapar ni tak boleh bawa main..Nanti ada yang jadi singa kat sini" Sempat Ariff ketawa. Dekat London pun dia selalu mengusik Anne. Dekat sini pun apa salahnya mengusik.

"You!" Anne menjeling kepada Ariff. Dia memeluk tubuh. Tengah geram. Adanya menyesal juga ikut dia ni. Hish!

"Kenapa You taknak masuk lagi. ? "

"I nak call my wife sekejap."

"Dah dekat sini pun masih lagi nak call. Tak lari lah isteri you tu." ujar Anne. Makin panas hatinya apabila Ariff menyebut pasal isterinya.

Sebenarnya, mereka sudah sampai ke Kota Damansara. Namun, Ariff tidak terus hantar Anne ke rumah. Ariff berhenti makan dulu di sebuah restoran yang terletak di Kota Damansara iaitu Mum's Place . Nantikan tak pasal-pasal pengsan si Anne tu menyusahkan dia pula. Tambahan pula, Anne tu duduk sorang je kat Malaysia ni. Semua family dia ada kat London.

"I tahu lah. Tapi , I taknak dia risaukan I"

"Emm..." Pintu kereta dibuka. Dari tadi bercakap dalam kereta tak turun-turun. Anne keluar dari kereta dan meninggalkan Ariff yang masih berada dalam kereta. Anne pula sudah masuk ke dalam restoran.

Ariff membuka telefonnya. Terdapat 11 panggilan dari Isya. Ya Allah! Mesti isteri aku risau gila ni. Ada juga 3 panggilan dari Zarul. Tetapi, Ariff lebih memilih untuk menelefon isterinya dulu. Isteri kot giler tak sayang!.. Kawan baik takpa boleh tunggu .

Yelah tu Ariff.. Masa kau bergaduh dengan Isya dulu siapa yang kau cari dulu. Zarul juga kan yang kau cari?. Cis kurang asam punya kawan. Ketika susah cari ketika bahagia lupa kawan!

Ariff terus membuat panggilan dengan mendail nombor isterinya.

ISYA berasa lega apabila mendapat panggilan dari suaminya. Hilang sedikit kerisauan dari tadi yang tidak hilang-hilang. Tidak senang duduk dia memikirkan suaminya. Mana taknya kalau berkali-kali telefon tetapi tidak dijawab. Isteri mana yang tak risaukan suami.

"Ya Allah Bie. Banyak kali Isya call tak jawab" Ujar Isya setelah panggilan itu dijawab.

"Assalamualaikum sayang.."

Isya gigit bibir. Alamak lupa bagi salam. Kau ni pun satu Isya kalau ya pun risau bagilah salam dulu.

"Waalaikumussalam.." Balas Isya.

"Kan elok tu bagi salam dulu.."

"Mmm yelah..Isya tengah risaukan bie la. Keluar rumah macam tu je tak sempat nak tanya nak pergi mana. Ni sampai ke nak maghrib dah. Takda call or whatsApp pun." Ujar Isya dengan perlahan suara macam nak menangis. Biarlah dia nak kata aku ni mengada ke apa. Dia ni tak tahu ke rasa nak tercabut jantung ni orang risaukan dia.

"Sorry sayang ..abang bukan sengaja taknak jawab call sayang cuma Iphone abang takda bateri."

"Patutlah Isya call tak dapat"

"Tu lah..Tapi, no worries okay . Kejap lagi abang balik. Abang ada dekat restoran Mum's Place ni dengan Anne. Berhenti makan sekejap."

"Dengan Anne? Kenapa abang boleh ada dengan dia?" Tanya Isya menjerit perlahan. Terkejut. Kenapa pula perempuan tu boleh ada dengan suami aku. Ke Ariff memang ada apa-apa dengan Anne? Berani dia keluar dengan perempuan lain belakang aku. Siap bagitahu aku pulak tu. Ni kan ada yang tidur kat sofa nanti!

Tapi, kalau dia betul-betul curang dengan aku takkan lah dia boleh cakap pula keluar dengan Anne.

Isya cuba tepis perasaan negatifnya. Cuba mempercayakan suaminya.

"Biarlah abang habis cakap dulu sayang..." Ariff dah agak mesti Isya pelik kalau tahu dia bersama dengan Anne. Lebih beritahu terus kan daripada timbul fitnah lain nanti.

"Sebenarnya tadi abang keluar rumah sebab ada kemalangan berlaku di tapak projek pembinaan di Bangi. Jadi, lepas tu abang terus ke Bangi nak melawat pekerja abang yang terlibat tu. Disebabkan Zarul takda, abang ajaklah Anne tolong temankan abang. Sambil tu pergi balai polis buat report sebab polis siasat katanya ada kes khianat. Sebab tu abang tak balik rumah " Ariff bercerita panjang lebar.

"Owhh yeke kesiannya. Siapa lah punya kerja tu. So, how about them? Dia orang okay ke?" Barulah Isya tahu cerita sebenar.

"Alhamdulilah semua selamat. Mereka dekat hospital Bangi sekarang. Abang sendiri tak tahu siapa punya kerja. Tak mungkin pekerja abang sanggup khianati abang sendiri.."

Setahu Ariff dia tidak pernah bermusuh dengan siapa pun. Semua pekerjanya juga dilayan sama rata tidak mungkin ada yang sanggup menikam belakang kerana cemburu atau tidak puas hati dengannya. Walau siapa pun punya kerja , dia akan ambil serius kes itu kerana ia berkaitan dengan nyawa dan keselamatan orang lain. Siapapun pelakunya dia mesti di hukum.

" Syukurlah.." Lega Isya me dengarnya. Kalaulah berlaku kes kematian sudah pastinya perkara itu akan memburukkan imej syarikat mertuanya. Bukan itu sahaja, boleh memberi kesedihan kepada keluarga mangsa.

"Okaylah sayang, abang letak call dulu. Kesian Anne tu tengah menungu sorang-sorang dalam restoran. "

Kalau Anne dah pesan makanan tu pasti dah sejuk dah. Tetapi, makanannya takpa dah sejuk janganlah pulak yang memesan makanan tu panas api membara. Yelah. Menunggu Ariff tak muncul-muncul. Memang minta batang penyapu si Ariff nih!

"Eh kejap Bie.." ujar Isya laju. Takut Ariff terus matikan panggilan.

"Ye sayang"

"Err..er..takda apalah.."

Ariff tersenyum dihujung talian. Dia tahu mesti ada benda isteri dia nak cakap.

"Okaylah kalau macam tu..Abang letak call dulu. I love you." Luah Ariff penuh syahdu. Sekarang pun dah rasa rindu sangat-sangat. Alahai, tak sabar nak balik rumah.

Cepatlah Anne makan tu. Kesian Ariff tu dah kebuluran. Bukan kebuluran nak makan tapi kebuluran nak jumpa isteri. Nak peluk cium puas-puas. Macamlah dia sorang je ada isteri.

"I love you more.." balas Isya.

Panggilan terus dimatikan.

Isya berfikirkan pasal dia nak beritahu Ariff tadi tapi tidak kesampaian. Sebenarnya bukan apa. Isya cuma nak beritahu yang dia tidak suka Ariff terlalu rapat dengan Anne walaupun dia tahu Ariff selalu beritahunya yang Anne tu cuma kawannya sahaja. Tapi, bagaimana dengan Anne. Sudah pasti Anne ada menyimpan perasaan terhadap Ariff. Cara Anne pandang Ariff masa kat Langkawi tu pun Isya dah dapat rasakannya.

Isya percaya yang Ariff hanya cintakan dia. Tapi, dia tetap takut dengan orang ketiga dalam hubungan mereka. Sudah pasti dia tidak mahu perkara itu terjadi.

'Semoga Allah pelihara perkahwinan kami dan kekalkan hubungan kami hingga syurga kelak.' Doa Isya.

Maaf dah lama tak updated. Esok saya akan cuba updated lagi 1 bab okay. Tapi, tak janji tau. Happy Reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience