2 MINGGU sudah berlalu...
Sekarang, Isya hanya perlu tunggu result SPM keluar sahaja...sepanjang cuti sementara menunggu keputusan SPM keluar, isya kerap membantu mamanya di Butik..begitu juga dengan Erin dan Tasya..Mereka membantu datin Karina di butik..Datin Karina sememangnya menganggap mereka berdua sudah seperti anak sendiri lagipun parents dia orang adalah bisnes partner papa Isya..
Ring! Ring!
Telefon Isya berbunyi.Nama 'Aunty Rohani' jelas tertera di skrin telefon Isya.
Isya menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum,helo Isyaa"-ucap Datin Rohani
"Waalaikumussalam,helo aunty" Jawab Isya
"Isya sihat?" Tanya Datin Rohani
"Sihat alhamdulillah aunty. Aunty sihat?"- tanya pula Isya
"Sihat alhamdulillah"-jawab datin Rohani.
"Dah lama aunty tak jumpa isya. Isya busy ke sekarang ni. Exam dah habis kan?" Tanya datin Rohani
"Ha..ah busy la sikit. Isya tolong mama dekat butik ni .."- ucap Isya namun Isya pelik tiba-tiba aunty Rohani call dia.
"Ooo...honestly, aunty nak ajak Isya datang rumah ..Anak aunty yang tengah belajar kat london tu nak balik cuti semester next week..So, aunty berhasrat nak perkenalkan anak aunty dengan Isya.."-kata datin Rohani berterus terang .Tiada apa yang perlu diselindungi lagi. Memang itu hajatnya dari awal.
"Ooo"
"Boleh Isya datang rumah aunty?"-tanya Datin Rohani
"Syaa kena tanya mama dulu. Takutnya mama ada rancangan lain"
"Aunty dah tanya mama isya. Dia cakap okay jer"
Terkejut Isya bila mendengarnya. Rupanya datin Rohani awal-awal lagi bertindak..Nasib baik Isya tak bagi apa-apa alasan. Pada awalnya Isya mahu menipu sebab dia dah anggak dah kalau datin Rohani call mesti ada apa-apa.
"Ooo ..yeke..kalau macam tu okay la. Insha-Allah next week Isya pergi Rumah aunty"
"Baik Isya..Aunty tunggu isya datang tau"-kata Datin Rohani dengan nada suara excited . tak sabar dia nak tunggu next week..
"Ya aunty. Okay la aunty ada customer ni.Isya letak telefon dulu ye"-
"Yelah isyaa..sorry ganggu isya..assalamuaikum"
"Takda pape aunty tak ganggu pun..waalaikumussalam"-jawab Isya
Selesai bercakap dengan datin Rohani melalui telefon. Isya terus pergi melayan customer yang datang.
"ASSALAMUALAKUM"-seseorang memberi salam di pintu utama rumah Datin Rohani.
"Waalaikumussalam"-jawab Ain, anak bongsu datin rohani. Dia terus membuka pintu.
"Abang Yen!"-jerit Ain lalu peluk abangnya yang dirindui itu..
"Ucu sihat?"-tanya Ariff kepada adik bongsunya ketika masih memeluk adiknya
Panggilan 'Ucu' itu hanya dipanggil oleh ahli keluarga Datin Rohani..panggilan manja buat adik bongsunya..
"Sihat jer abang. Bukankah abang balik esok"?-tanya Ain pelik tiba-tiba abangnya balik awal sehari daripada yang dikatakannya minggu lepas.
"Memang la sepatutnya abang balik esok sebab abang ada rancangan lain tapi disebabkan rancangan tu cancel jadi abang balik la awal. Naik flight kejap je" kata Ariff sambil mereka berdua menuju ke ruang tamu.
"Ooo...patutlah.."
"Mama nga papa mana?"-tanya ariff apabila kelibat mama dan papanya tidak kelihatan
"Mama pergi Mall la nak beli barang dapur..Mama nak masak untuk abang la esk sebab mama ingatkan abang balik esk. Papa pula biasa lah dekat office dia"
"Ooo..abang tak bagi tahu sebab hajatnya nak bagi surprise.."
Kedengaran bunyi enjin kereta diluar menandakan datin Rohani sudah pulang dari membeli barang dapur. Sejurus melangkah masuk ke dalam rumah,terkejutnya melihat anak lelakinya sudah pulang dari london.
"Maa"-Ariff memanggil mamanya lalu bersalaman dengan mamanya
"Ya Allah yen,bila sampai? Tak cakap pun nak balik hari ni"-kata Datin Rohani sambil memeluk anak lelakinya itu.
"Saja,nak bagi kejutan"
"Ishh bertuah punya anak"-datin Rohani menepuk bahu anaknya..
"Berapa lama cuti ni"?-datin rohani tanya lagi
"2 minggu je Maa..lepas tu Yen kena balik london sebab nak kena settle kerja sikit. Ni pun Yen terpaksa tinggal sebab rindu sangat dekat family"-kata Ariff dengan nada yang mengeluh. Tak dapat dia meluangkan masa bersama dengan family dengan lama.
"Takpa la mama faham, asalkan anak mama dah selamat sampai"-datin Rohani tersenyum memandang Ariff yang berdiri di depannya.
Datin Rohani terus menuju ke dapur meletakkan barang basah. Seperti Datin Karina juga, datin Rohani tidak mengupah orang gaji.
Namun begitu, kadang-kadang ada la juga dia mintak tolong dengan Mak Kiah pengasuh anak-anaknya dulu tolong kemaskan rumah bila dia betul-betul busy. Mak Kiah sememangnya orang kepercayaan keluarga Datin Rohani sejak dari dulu lagi. Kini, Rahayu anak perempuan Mak Kiah pun berkerja dengan dato'Jefry sebagai penolong pengawai kewangan syarikat.
Ain menolong abangnya meletakkan baju dalam almari.
"Terima kasih Cu, tolong abang kemas baju"-ucap Ariff
"No hal lah abang..'terima kasih' diterima"-jawab Ain dgn menaikkan kening sambil memandang abangnya.
Mereka berdua ketawa..
"Abang?"-panggil Ain
"Yup"-jawab Ariff
"Esok kan, anak kawan mama nak datang..bunyi kata Mama berkenan dengan dia sebab dia tu cantik, baik"
"So?"-tanya Ariff seakan-akan tidak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Ain
"HISHH abang ni .buat-buat tak faham pula maksud ucu.."-marah Ain kerana geram dengan abangnya yang berpura-pura tidak faham.
"Ain nak cakap yang mama nak jodohkan abang dengan dia lah?"
"Yelah"-jawab ain sambil meletakkan baju dalam almari abangnya sambil dipandang oleh abangnya.
"Abang tak kisah pun..Abang yakin pilihan parents sentiasa yg terbaik."
"Ye tak ye juga kan, tapi takkan abang Ain yang handsome ni takda girlfriend..takda yang tersakut ke dekat london tu!?
Ariff termenung. Dia terus teringat akan Nur Isya Qaisara, perempuan yang dia cinta sejak dari zaman menengah. Love at first sight...Sudah lama dia tidak berjumpa dengannya. No telefon Ariff pula ditukar jadi semua contact number dah hilang..Hajatnya dia mahu contact Isya.."kat mana lah dia sekarang ..rindu pula"-gumam Ariff sendiri
"Abang!"-Ain memanggil abangnya yg sudah kelihatan termenung jauh
"ABANGGG!!"-jerit Ain
"Mmm ya ya ada apa?"- ariff tersedar dari lamunannya
"Ain tanya takda yang berkenan ke dekat perempuan london"-ain tanya lagi
"Ishhh takda la..tapi abang ada kawan perempuan orang sini..dia belajar kat sana sebab maknya orang sana."
"Apa namanya? Cantik tak? Abang berkenan dengan dia ke?"'tanya Ain tertubi-tubi
"Ana Suraya namanya tapi orang kat sana panggil dia ANNE termasuklah abang..namanya pun keturunan mat salleh..cantik la..macam Ain..kita orang kawan jer tak lebih dari tu..
Namun ariff tidak mengetahui bahawa Anne menyukainya dalam diam.
"Oooo..Ucu cantik erhh?"-tanya Ain terus ketawa
"Dah. Takyah nak berangan lebih..siap tak lagi tu simpan baju abang"
"Dah siap ..done!!"
"Okay good"- Ariff menujukan tanda "thumbs up" menandakan bagus..
Tuk! Tuk!
"Masuk"-ucap Ain
"Dah siap dah simpan baju"?-tanya Datin Rohani
"Dah siap maa"-jawab Ariff
"Kalau macam tu jom la turun ke dapur ..mama dah siap masak tapi mama buat ayam pedas masak merah jer.."
"Takpa maa..tu pun dah cukup"-kata Ariff tersenyum kepada mamanya sambil tangannya terletak di atas bahu mamanya..
"Takpa..esok mama masak banyak-banyak. Masak favorite food yen okay? Lagipun esok kan anak kawan mama nak datang..Yen ada sekali kan esk sebab mama nak kenalkan kamu dengan dia"?
"InshaAllah maa"
"Ermm ermm"-Ain membunyikan suara seakan-akan tercekik sesuatu. Dia sudah mengerti maksud mamanya kenapa mamanya nak sangat Ariff ada sekali.
"Dah kenapa ni Ucu..belum makan dah tercekik kea"-tanya Datin rohani
Ain ketawa kecil..
"Takda pape la maa"-jawab ain
Selepas selesai makan..mereka bertiga menunaikan solat asar berjemaah.. Datin Rohani berharap selepas Ariff berkahwin. Ariff dapat menjadi imam yang terbaik buat isterinya sepertimana dia selalu menjadi imam dalam keluarga.
"Isya..tak jadi ke kamu pergi rumah Aunty Hani tu?"-tanya Datin Karina sambil memandang anaknya yg sedang menaip di laptop.
"Jadi maa.."
"Habis tu kenapa kamu tak pergi lagi? Dah hampir pukul satu ni"
"Hahh pukul satu? Ya allah maa Isya dah lambat ni ..Isya janji dekat Aunty pukul 12:30"-terkejut Isya apabila melihat jam..Macam mana dia boleh tak perasan dah pukul 1. Dengan kalut Isya menutup laptopnya.
"Kamu ni syaa..kalau mama tak tanya comfirm kamu tak jadi dah lunch sekali dengan Aunty Hani dan familynya"
"Takpa la maa syaa pergi dulu..betul ni mama tak nak ikut sekali"?-tanya isya
"Ya..Mama nak pergi jumpa customer nnti ada benda nak bincang sikit. Kamu pergi la nanti kirim salam dekat semua yang ada"
"Okay maa ..isya pergi dulu"- isya bersalaman dengan mamanya sebelum berlalu pergi meninggalkan butik..
"Hati-hati memandu"-jerit Datin Karina ke arah anaknya
"Okay maa"-jerit isya sebelum keluar dari butik..
"Assalamualaikum"- isya memberi salam..
Share this novel