Bab 37

Romance Series 23528

ISYA turun ke restoran bawah untuk makan malam. Dia hanya sempat menjamah makanan tengah hari tadi sahaja. Walaupun dia sejenis yang tidak suka makan malam tapi terpaksalah juga gagahkan diri turun ke bawah untuk makan. Kalau tak kelaparan nanti . Lepastu jika perut kosong dia akan gastrik. Kalau gastrik nanti siapa yang susah. Dia juga ! Nak minta tolong dengan siapa dekat sini. Bukannya ahli keluarga dia ada bersama di sini.

Isya berjalan sendiri ke bawah. Walaupun Zarul sudah berpesan kepadanya kalau hendak keluar malam-malam jangan keseorangan. Tapi, takkan lah nak minta tolong Zarul yang temankan. Dia lebih rela berjalan seorang diri. Lagipun bukannya pergi jauh pun dekat-dekat sini sahaja.

Harap - harap tak terserempak dengan Ariff lah . Kalau tak naya lah dia tahu aku ada dekat Langkawi juga. Tak ready lagi nak jumpa! Nilah perempuan ego kan tinggi melambung. Lelaki pun sama! Masing-masing nak tunjuk ego masing-masing.

Alamak! Panjang umur baru je sebut.

Langkah Isya terhenti apabila ternampak dua jejaka yang cukup di kenali. Tak lain tak bukan si suaminya dan kawan si suami tu. Cepat-cepat Isya menyorok di tepi dinding. Isya curi-curi tengok mereka dari situ.

"Takda tempat lain ke nak makan . Kat situ juga tempatnya"

Kau ni pun satu Isya. Dah namanya tempat awam mestilah dia orang pun ada disitu. Namanya pun lelaki kalau tak keluar lepak memang tak sah. Minum-minum saja pun takpa janji dapat keluar.

Seorang perempuan yang memakai dress paras lutut dan rambut diikat seperti ekor kuda menuju ke arah meja Ariff dan Zarul. Lalu, perempuan itu melabuhkan punggung di sebelah Ariff sambil tersenyum mengoda.

"Patutlah call aku pun tak rupanya mengatal. Eh jap! Kenapa macam familiar je muka perempuan tu?"

"Yelah tu kan perempuan yang aku nampak dia berpelukan dengan Ariff dekat Mall tu. Dia lah punca aku bergaduh dengan Ariff. Cis! Takda apa-apa konon habis tu duduk rapat-rapat tu apa hah?!"

Isya hanya mampu berkata dalam hati sahaja. Geram pula bila tengok perempuan tu. Gedik semacam. Ariff pun satu yang pergi layan tu kenapa? Tak cukup dengan satu ke ? Berniat nak tambah satu lagi ke? Cuba lah buat kalau nak tengok Ibu singa ni mengamuk.

"Takkan nak pergi makan dekat restoran lain. " gumam Isya lagi.

Hish! Perut ni pun satu time-time macam ni lah dia nak sakit pun. Dahi Isya berkerut menahan sakit di perut. Tangannya menekan-nekan perut.

Isya tidak jadi makan malam. Dalam keadaan sakit ni tak laratlah nak jalan. Nak makan apa sekarang? Tu laa..tadi pandai-pandai pergi cancel makanan hotel tu apasal kan dah menyesal.

TUBUH terus direbahkan ke atas katil setelah sampai ke biliknya.

Isya baring mengiring bagi menahan rasa sakit. Lutut dibengkokkan

"Ya Allah , Sakitnya..."

"Mama sakit.." mata Isya berair. Terasa mahu menangis.

Kalau ada ubat kan senang boleh telan tapi masalahnya ubat tak bawa datang sini. Manalah nak tau yang tiba-tiba gastrik ni datang.

Ring-Ring!

"Siapa pula yang datang time orang tengah sakit ni?" Ujar isya. Dia gagahkan diri untuk bangun dan membuka pintu.

"Er .. Zarul" Zarul terpancak didepan biliknya.

"Nah" Zarul menghulurkan bungkusan plastik.

"Apa ni?"

"Nasi Goreng Kampung..Mesti awak belum makan lagi. Saya belikan untuk awak"

Terus terukir senyuman dibibir mendengarnya.

Nasib baik ada kawan si suami ni. Suami sendiri tak ambil peduli hal isteri. Aku sakit ke mati ke bukannya nak ambil kisah. Huh!

"Dalam plastik tu ada ubat tahan sakit. Jangan lupa makan selepas makan nasi tu" Pesan Zarul.

Isya mengangguk.

"Thank you"

Macam tahu-tahu je aku tengah lapar sekarang.

Setelah Zarul pergi , Isya menutup kembali pintu lalu melangkah ke ruang tamu kecil itu. Tempat yang Isya menginap itu dipanggil suite. Dalamnya ada sebuah bilik mempunyai katil bersaiz king. Ada mini ruang tamu . Terdapat permandangan pantai dari luar balkoni.

"Tapi, macam mana dia boleh tahu yang aku tengah sakit. Hmm lantaklah! Janji aku kenyang"

Isya terus menyuap nasi ke mulut sehingga nasi yang dibeli Zarul itu licin dimakannya.

Setelah itu, Barulah dia makan ubat. Lega sikit rasanya. Dah tak sakit macam awal-awal tadi.

Ariff pulak berulang alik ke kiri kanan menunggu Zarul. Sebenarnya dia yang minta Zarul hantarkan makanan itu untuk isterinya. Ketika di restoran tadi Ariff sebenarnya sudah nampak isterinya yang sedang menyorok disebalik dinding. Jadi, dia duga pasti Isya turun makan kerana dia tahu kalau Isya rela makan malam-malam bermaknanya dia belum makan apa-apa lagi dan tengah lapar.

Lagi pula , Ariff tahu yang Isya ada gastrik. Selalunya bila ada di rumah Ariff yang selalu ingatkan dia untuk makan. Jadi sebab itu dia belikan nasi goreng itu dan minta Zarul yang hantarkan.

Sejurus nampak Zarul masuk ke bilik terus Ariff melangkah ke arah Zarul.

"So, how?..wife ambil tak makanan tu?"

"Kau ni pun tunggulah aku tunggu duduk dulu"

Biasalah Zarul, suami mana yang tak risau pasal isteri kan?

"Wife aku ambil tak?"

"Habis tu kau tengok aku bawa balik bungkusan tadi ke?"

"Mana lah tahu kau buang bungkusan tu sebab nak jaga hati aku" Duga Ariff.

Inilah manusia , Apabila orang dah tolong dituduhnya bukan-bukan. Cubalah bersangka baik lepastu ucap terima kasih. Kan senang!

"Ubat tu macam mana? Kau dah pesan dekat dia suruh makan?" Tanya lagi Ariff tidak puas hati.

"Dah.." Ujar Zarul lalu berlalu dari situ masuk ke biliknya. Malas berlama di situ nantikan banyak soalan lagi si Ariff ni bertanya.

Reaksi muka sekarang ni pun dah tak puas hati. Selagi tak nampak didepan mata selagi tu la fikir yang negatif.

SUASANA pada pukul 3 pagi itu sungguh sepi. Pintu bilik Isya dibuka dari luar. Kedengaran sangat perlahan bunyinya.

Kaki yang melangkah masuk ke Suite milik Isya itu berjalan perlahan-lahan ke arah bilik Isya tidur kerana keadaan bilik itu tidaklah terlalu gelap dan tidaklah terlalu cerah. Ia hanya diterangi lampu tidur di sebelah kanan dan kiri katil.

Figura yang masuk ke Suite itu secara perlahan-lahan melabuhkan punggung di sebelah Isya yang masih ada ruang itu. Tubuhnya ditolak ke arah Isya . Wajahnya hampir tertaut dengan wajah Isya. Lalu, bibir dibawa ke dahi Isya dan dahi itu dikucup lembut dan lama. Terasa beban menanggung rindu selama seminggu ini tidak menatap wajah dihadapannya itu akhirnya terlepas jua. Lega rasanya!

Jari jemari bermain mengusap bibir lembut milik Isya itu.

"I miss you sayang.."

"Abang minta maaf..Abang takda niat nak tinggalkan sayang keseorangan di rumah ." ujar Ariff sebak.

Wajah itu dirapatkan sekali lagi ke wajah isterinya. Bibirnya menyentuh lembut bibir isterinya sambil memejamkan mata untuk melepaskan rindu walau hanya meletakkannya saja.

Isya mengeliat sedikit kerana terasa tidurnya di ganggu. Ariff terus melepaskan kucupan itu.

Ariff tersenyum apabila melihat Isya kembali lena.

"Good night sayang ..I love you" Sekali lagi Ariff mengucup dahi isterinya sebelum bangun .

Dia berlalu keluar dari bilik itu. Sebelum melangkah keluar dari Suite itu dia ternampak bungkusan tadi di atas meja di ruang tamu Suite itu.

Bibirnya terukir senyuman lalu mengelengkan kepala.

"Kenyang sangat sampaikan bekas makanan ni tak buang" Gumam Ariff.

Bekas makanan itu dimasukkan ke dalam plastik dan dikat kemas-kemas plastik itu lalu dibuangnya ke dalam tong sampah.

Kemudian, dia membuka pintu dan melangkah keluar dari Suite itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience