Bab 19

Romance Series 23528

"MAA" Ariff terus mendapatkan mamanya di dapur yang sedang memasak.

"ada apa?kenapa menjerit-jerit ni. Perangai tak berubah."

hehehe

"takdelah maa..saja rindu mama"

"ehh pulak..ada-ada je kamu ni. Ni mesti ada benda lain ni"

"ke situ pulak mama ni"

"macam lah mama tak kenal kamu tu. Kalau bermanja macam ni , ni mesti ada benda. "
"cakaplah nak cakap apa" Datin Rohani saja menduga.

"emm..maa.." meleret Ariff memanggil mamanya..Datin Rohani mengeleng. Dari awal dia dah boleh agak.

"cakaplah"

"boleh tak Ariff nak kahwin"

"hah? kamu jangan main-main Yen. Kan mama dah pilihkan anak aunty Rina untuk kamu.

"mama ni. Belum sempat Yen cakap habis dah kesitu pulak di fikirnya"

"yelah..dah kamu tiba-tiba cakap macam tu..

"okay..sebenarnya maksud Yen. Yen nak percepatkan rancangan mama dengan kawan mama tu untuk satukan Yen dengan Isya"

"hah?..betul ke apa yang mama dengar ni? Tapi kenapa tiba-tiba pulak. Kamu ada buat salah ke..?"

"takdelah maa. Yen kan dah habis belajar jadi apa salahnya kahwin awal."

Datin Rohani berkerut dahi..pelik dengan sikap anaknya itu.

"ouhh sebab itu je ke.."

"boleh kan maa?"

"kalau mama lah mama lagi suka sebab mama dah lama berkenan dengan Isya tu. Tapi tu lah mama kena berbincang dengan keluarga sana dulu."

"okay takpe. Mama bincang dulu dengan aunty Rina. Nanti apa-apa update dekat Yen yer."

"emm yelah."

"thank you.. love you" Ariff mengucup pipi mamanya sebagai tanda terima kasih dan berasa gembira. Datin Rohani sekadar mengeleng.

harapan Ariff agar Isya bersetuju dengan cadangannya untuk mempercepatkan perkahwinan tu.


---------
. .
.
Macam biasa setiap kali hujung minggu , Isya,Tasya dan Erin keluar bersama-sama untuk hilangkan stres.

"Apa plan korang esk?" Tanya Tasya.

"Pergi tengok wayang nak? Lama gila dah tak pergi" jawab Erin.

"Alaa taknak lah. It is better kalau kita pergi joging nak? Aku rasa berat badan aku ni dah naik dah sebab asyik makan"

"Tu lah kau Tasya. Sejak couple dengan Asyraf ni nampak makin berisi"

Erin dan Isya ketawa serentak.

"Orang tengah bahagia kan" isya mengusik sepupunya itu.

RiNG! Telefon bimbit Isya berbunyi.

"Kejap ya korang. Mama aku call.." Isya bingkas bangun menuju tingkat bilik hostelnya sebelum menjawab panggilan tersebut sambil memandang diluar tingkat tersebut.

Lama Erin dan Tasya menunggu Isya . They was curious. What they are talking about?. Reaksi Isya nampak lain bila bercakap dengan mamanya.

Selepas Isya selesai berbual dengan mamanya di telefon. Erin dan Tasya pula tidak sabar untuk bertanyakan soalan kepada Isya.

"Kenapa Isya? Tiba-tiba mama kau yang call sendiri? Tanya Erin kehairan. Tidak sabar menunggu jawapan daripada Isya sebab kelihatan hal yang dibualkan sangat serius.

"Sorry korang. Hujung minggu ni aku takdapat join sebab nak balik rumah mama aku. Mama aku cakap ada benda nak bincang pasal aku dan Rayyan."

"Serius sangat nampak. Bincang pasal apa?"

"Entah lah. Mama aku takde cakap apa-apa pun. Korang rasa apa yang diorang nak bincangkan?"

" jangan-jangan si Rayyan tu dah ada perempuan lain and then dah kahwin dengan seorang perempuan kat sana."

Buk! Lengan Erin ditepuk Tasya yang berada di sebelahnya. Mulut Erin ni memang nak kena cili ke apa ahh? Langsung tak boleh jaga perasaan orang. Sedap mulut je cakap macam tu kalau tak betul tu boleh jadi fitnah tau.

"Aduhh sakit lah" Erin mengosok lengannya yang ditampar oleh Tasya tadi."

"Tau pun sakit tapi sakit lagi orang kat depan kau apabila kau cakap macam tu"kata Tasya sambil memandang Isya yang berada di depan mereka.

"Sorrylah..aku cakap je."

Tasya mengeleng kepala.
Nasib lah dapat kawan macam Erin ni.

"Sorry tau Isya" Erin meminta maaf sekali lagi kepada Isya.

"Takpe lah Rin. Aku dah terbiasa dengan kau ni. Tapi memang betul juga cakap kau tu. Tapi aku juga tak kisah lah kalau dia dah ada perempuan lain . Lagipun kitaorang bukannya kenal antara satu sama lain pun."

Tasya dan Erin hanya mengangguk mendengarnya.

"Apa kata kita balik sama-sama hujung minggu ni lagipun kita cuti 3 hari kan sebab kelas hari isnin dibatalkan."

"Betul juga tu. Aku setuju. Lagipun cuti sebelum ni aku tak balik . Kan bagus kalau cuti ni kita balik."

"Oraitt..kalau macam tu minggu depan kita balik sama-sama"

"Okay" jawab Erin dan Tasya serentak.


-------

"Isya!?" Kedengaran seseorang memanggilnya dari belakang.

Isya berpusing dan memandang ke belakang. Begitu juga dengan Erin dan Tasya.

Satu garis senyuman terukir melihat figura lelaki yang menuju ke arah nya.

"Acik!" Jerit Isya keriangan.

Abangnya itu dipeluk erat.

"Lajunya jalan. Penat acik kejar tau"

"Yelah..kita orang nak balik kemas baju nak balik KL"

"Bila abang Irfan balik?" Tasya mencelah dalam perbualan dua beradik itu.

"Ha'ah bila acik sampai KL. Tak cakap pun nak balik. Ingat kan dah duduk London lama tak ingat nak balik padahal belajar dah habis."

"Amboi, perli acik nampaknya!"

"Acik sampai KL 2 hari lepas lagi. Saja taknak bagi adik tahu sebab nak surprise kan adiklah tapi tak sangka pula adik yang surprise kan acik"

"Hah? Tak faham.Maksud acik?" Tanya Isya kehairan. Yelah ,bila masa pulak dia surprisekan abang dia ni.

"Takde pape lah..dah pergi kemas baju now. Acik tunggu dekat pondok pengawal . Erin dan Tasya pun. Balik dengan abang. Nanti nak balik sini pulak abang hantarkan ."

"Okay baik bos! " jawab mereka bertiga serentak.
Irfan hanya mengelengkan kepala.

Selesai mengemas beg pakaian . Mereka terus bertolak balik .


-------
. .

Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga Datin Karina Dan Dato' Eman berkumpul di ruang tamu apabila ada hal yang mustahak ingin dibincangkan.

"Abanglah cakap" kata Datin Karina kepada suaminya

"Hish saya pula. Awak lah cakap. Awak kan mama dia" balas Dato'Eman

Isya memandang dengn penuh hairan dan bersilih ganti memandang kearah mama dan papanya.

"Abanglah. Abangkan papanya."

"Ma..pa..ada apa ni? Kenapa ajak semua berkumpul ni." Tanya Isya yang duduk menghadap mama dan papanya.

"Adik tau kan Rayyan dah tamat belajar?"

Isya sekandar mengangguk.

"So, Rayyan mahu percepatkan proses ni" sambung Datin Karina lagi.

"Proses?" Isya mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

"Ya. Proses perkahwinan adik"

"What!? Maksud mama, dia nak kahwin dalam masa terdekat ni."

"Tak bukan macam tu. Maksud mama, dia nak bertunang dulu . Jadi, senang lepas adik tamat belajar adik boleh kahwin. Mama dan papa okay je. Lagipun adik dah tamat belajar and then kerja pun nanti dengan papa. Rayyan pun tak kisah kalau adik nak kerja lepas kahwin."

"NO! Adik taknak bertunang lagi. Dia dah setuju kan dulu kami akan bertunang lepas adik tamat belajar dan berkahwin selepas setahun bertunang.

"Adik, bertunang je dulu. Rayyan tu bukan apa dia cuma takut adik jatuh cinta dengan lelaki lain. Apabila adik bertunang nanti, pasti adik ingat batas adik." Tambah abang sulungnya,Izzat.

"Maksud along. Isya tak jaga batas pergaulan Isya lah sebelum ni."

"Bukan macam tu maksud along. Along tau adik along ni tahu semua hukum. Tahu mana baik dan buruk. Tapi, ikatan pertunangan ni sebagai tanda seseorang itu akan jadi milik kita dengan izin Allah."

"Betul tu cakap along. Angah setuju dengan along. Tak salah pun bertunang awal."

"No i said NO!..adik taknak dengar dah pasal semua ni. Ikut je syarat yang adik bagi dulu. Sesuka hati dia nak ajak bertunang lepas 2 tahun menyepi takde khabar berita. Dia ingat adik ni siapa. Patung! Yang takde hati dan perasaan. Adik ni manusia tau."

Irfan mengelengkan kepala.

"Kenapa cakap macam tu? Apa maksud adik 2 tahun menyepi?" Tanya Irfan.

"Takde pape. Dah Isya taknak sesiapa lagi cakap pasal benda ni"

"Isya.. kalau macam tu Isya cakap takpe lah. Mama ikutkan saja. Nanti mama beritahu aunty Hani." Kata Datin Karina selepas senyap dari tadi. Datin Karina terus naik ke atas.
Diikuti suaminya.

"See? Apa adik dah buat..adik tahu tak mama excited sangat bila aunty Rohani cakap Rayyan nak bertunang awal. Adik dah kecewakan mama tau."


"Tapi..."

"Kalau mama terasa dengan adik. Itu dah berdosa tau. Mama tu cuma nak tengok adik ada orang jaga. Kalau dulu takpe lah kitaorang ada. Tapi, lepas kami semua kahwin mesti kami jaga isteri dan anak-anak kami pula. Adik tu dah besar. You need to have your own life." giliran Ian pula bersuara.

"Adik fikirlah baik-baik" kata Irfan pula.

Mereka bertiga turut naik ke atas untuk tidur. Tinggal Isya sendirian di ruang tamu. Tidak lama selepas itu, isya turut melangkah naik ke bilik.


------

"Macam mana maa? Isya setuju tak?" Tanya Ariff tidak sabar.

"Entahlah..mama tak sure lah..aunty Rina tak cakap apa-apa lagi"

"Kenapa mama tak call?"

"Hish kamu ni takkan mama nak call pula. Nanti kan dia kata kamu ni gelojoh sangat nak kahwin. Biarlah aunty Rina yang call mama. " datin Rohani mengeleng.

"Emm yelah" mengeluh berat Ariff

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience