bab 8

Romance Series 23528

LEGA Isya bila dia selamat sampai..nasib baik jalan tak sibuk. Nasib baik juga dia jumpa rumah Datin Rohani berdasarkan alamat yang diberi.

"Assalamualaikum" Terlebih dahulu Isya memberi salam.

"Waalaikumusalam Isyaa..jemput la masuk. Aunty ingat kamu tak jadi datang "

"Sorry aunty..Isya tengah buat kerja sikit tadi sampai tak perasan jam dah pukul 1. Janji dengan aunty pukul 12:30 tapi lain pula yang terjadi. Nasib baik jalan tak sibuk hari ni.

"Takpe la ..Isya dah selamat sampai pun bersyukur dah..lagipun aunty pun bru sudah masak dan Isya pun datang tepat masanya."

"Ooo yeke.."
Datin Rohani mengangguk mengerti.

Mereka terus menuju ke ruang tamu. Kelihatan seorang budak perempuan sedang menonton tv.

"Ucu..kenalkan ni la anak kawan mama..kakak Isya namanya..." Datin Rohani memperkenalkan isya kepada anak bongsunya.

"Hai kak Isya..saya Ain.."- Ain bersalaman dengan isya.

Isya tersenyum kepada Ain..

"Patutlah mama berkenan sangat dengan kak isya..memang cantik orangnya."

"Thanks"-jawab isya . Dia tidak tahu mahu membalas apa apabila dipuji.

"Yelah..bakal menantu mama kan ni"-kata datin Rohani pula.

"Mula dah mula dah"-bisik hati Isya..

Selepas dipujuk oleh abang-abangnya, isya terpaksa bersetuju untuk dijodohkan demi merealisasikan harapan mamanya. Namun Isya meletakkan syarat yang dia tidak akan berkahwin selagi tidak habis belajar kerana harapan isya mahu melanjutkan pengajian ke Universiti selepas STPM..Family Isya dan Family Ariff bersetuju dengan syarat yg diletakkan.

Pada hakikatnya, isya dan Ariff tidak mengetahui bahawa mereka akan dijodohkan bersama..

Sambil menjamu selera mereka berbual..

"Rugilah abang Yen tak dapat jumpa akak "-ujar Ain

Isya hanya tersenyum biasa walaupun sebenarnya isya sangat happy kerana dia tidak perlu berjumpa dengan lelaki yang hendak dijodohkannya itu.

"Sorry la Isya..anak aunty tu tiba-tiba keluar lunch dgn kawan-kawan ..biasalah lama tak jumpa kan..rindu dekat kawan-kawan katanya. Tapi dia janji nak balik awal..harap-harap sempat kamu berdua berjumpa.

"Takpa aunty..syaa faham"

Selesai makan lunch..mereka berborak di ruang tamu..selepas setengah jam lebih berborak isya meminta diri dulu ..

"Aunty..Isya mintak diri dulu yer..lagipun isya dah janji dengan kawan-kawan nak jumpa pukul 3 nnti..

"Laa yeke..tak sempat la kamu jumpa dengan anak kami"-kata Dato'Jefry

"Takpa la uncle..lain kali isya datang lagi..mungkin takda rezeki nak jumpa hari ni"balas Isya

"Okay la macam tu nanti kirim salam dekat mama dan papa."-kata datin Rohani sambil menghulurkan bekas kuih ..sedikit kuih yang dibuatnya dikirim kepada kawan baiknya.

"Inshaallah aunty..terima kasih aunty jemput isya lunch sekali dan terima kasih juga untuk kuih ni"-balas isya sambil mengangkat sedikit bekas kuih tersebut ditujukan kpd Datin Rohani..

"Sama-sama isya. Hati-hati drive"

Isya mengangguk.

"Akak..nanti Ain whatsApp akak yer..tak sempat nok borak panjang tadi"-ujar Ain

"okay. Tapi nombor akak dah ada ke?" soal isya

"takpa..nanti ain ambil dengan mama"

"Okay la kalau macam tu"

Isya terus berlalu pergi sehingga keretanya hilang dari pandangan mereka

Tidak lama kemudian , kereta ariff terpacak masuk ke dalam pagar rumah..diparkingnya di garaj kereta.

"Alaaa..kalau abang yen pulang awal sikit cepat la abang jumpa bakal isteri abang"-marah ain kerana geram abangnya baru pulang

"Dah balik dah kea? Abang dah balik awal ni..dia tu yang terlebih awal" Ujar Ariff yg langsung tidak rasa bersalah walau sikit pun.

Ariff terus berlalu meninggalkan adiknya keseorangan di pintu yang bercekak pinggang dan menuju ke arah mama dan papanya yang berada di ruang tamu..

"Maa ..paa.."-ariff bersalaman dengan Dato'Jefry dan Datin Rohani

"Kenapa baru balik..? Tadi janji dengan mama nak keluar kejap je"-tanya datin Rohani dengan nada sedikit merajuk

"Alaa maa..sorry la tapi Yen balik awal dah ni ..dia yang pulang lebih awal dari yen."

"Takpa laa..lain kali kita ajak dia datang lagi..lepas ni kalau dia datang kamu tak payah keluar pergi mana-mana"-kata dato'jefry

"Okay paa. Ariff naik bilik dulu" Jawab ariff dengan nada sedikit mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience