Majlis penyampaian result SPM bagi pelajar cemerlang bermula. Masing-masing berdebar menunggu keputusan mereka.Begitu juga dengan Isya Tasya dan Erin.
Tiba lah masa nama Erin dipanggil...
"Engku Syazerin binti Engku Syazwan. Tahniah diucapkan menjadi antara pelajar cemerlang SPM 2019 dengan keputusan 7A 2B" ucap pengerusi majlis.
"Wow..tahniah Rin"
"Tahniah Erin"
Ucap Tasya dan Isya kepada Erin. Erin tersenyum bahagia.
Isya dan tasya masih berdebar menunggu nama mereka dipanggil. Selepas 2 orang nama pelajar dipanggil. Nama Tasya pula disebut oleh pengerusi majlis.
"Tahniah Puteri Atasha binti Dato'Azlan, juga merupakan antara pelajar cemerlang SPM pada tahun ini dengan keputusan 6A 1A+ 2B+."
"Tahniah Tasya" ucap Isya sambil menepuk lembut belakang Isya kegembiraan.
Isya makin berdebar menunggu namanya dipanggil. Isya takut jika namanya tidak dipanggil sebagai antara pelajar cemerlang.
Sekarang sudah 2 nama lagi dipanggil oleh pengerusi majlis
"Mungkin takda nama aku kot" isya mengeluh
"Janganlah cakap macam tu..adanya nanti" ujar Tasya mahu sedapkan hati Isya.
"Kalau takda pun takpa lah aku redha. Maybe keputusan aku biasa je"
"Don't say that sya..kau bijak kut dari dulu lagi bijak dari kita orang pulak tu"
"Tapi tak semestinya sekarang pun aku dapat keputusan cemerlang lagi..rezeki tu allah yang bagi"
Erin dan Tasya saling berpandangan. Erin mengangkat bahu.
"Saat yang dinantikan..saya akan umumkan pelajar terbaik sekolah yang mendapat keputusan SPM paling cemerlang ialah...."ucap pengerusi majlis
Isya tidak mahu berharap. Wajahnya ditundukkan ke bawah.
"Nur Isya Qaisara binti Dato' Eman dengan mendapat keputusan 7A+ 2B+. Pelajar ini selalu menjadi kebanggaan sekolah sejak dari dulu lagi. Tahniah diucapkan "ucap pengerusi majlis panjang lebar..
Orang ramai yang berada di dewan bertepuk tangan.
Isya mengangkat wajahnya yang tertunduk tadi dipandangnya Erin dan Tasya yang berada di kiri kanannya. Mereka berdua bersorak.
"Wow syaa..kan aku dah kata tadi kau boleh" kata erin
Isya bangun dari kerusi dan menuju ke pentas dewan.
"Tahniah " ucap pengetua SMK Putra
"Terima kasih" balas isya smbil menundukkan kepalanya sedikit sebagai tunjuk hormat. Senyumannya terukir dibibir betapa gembiranya. Jika family dia ada pasti dia sudah menangis kegembiraan.
"Tahniah diucapkan sekali lagi kepada 10 orang pelajar terbaik SPM. Kami guru-guru mendoakan semoga anda semua terus berjaya dunia akhirat. Perhatian kepada pelajar-pelajar lain,bolehlah berjumpa guru kelas masing untuk mendapatkan keputusan SPM. Trima kasih kepada hadirin yang datang pada hari ini. Assalamualaikum." Pengerusi Majlis menutup majlis penyampaian Keputusan SPM.
Pelajar-pelajar lain sudah bangun dan menuju ke arah guru kelas masing- masing.
"Ahhhh" jerit mereka bertiga
"Tahniah korang"ucap Isya.
"Tahniah juga sya..kan aku dah cakap yang kau memang sentiasa the best" kata Tasya sambil menunjukkan thumbs up ke arah Isya.
"Alhamdulilah..syukur kehadrat ilahi..kita bertiga dapat keputusan yang bagus.."ucap isya lagi
"Ha ah..alhamdulillah" balas Erin dan Tasya serentak.
SELEPAS selesai semua urusan, mereka terus keluar makan angin bersama. Mereka singgah di pusat membeli belah dahulu sebelum pulang. Reward untuk sendiri sekali sekala apa salahnya.
Tasya katanya nak belanja . Lagipun, papanya beri kad kredit kepadanya untuk belanja kawan-kawan.
"Hey Korang, sebelum kita shopping jom pergi makan dulu..lapar lah. Dah nak dekat pukul 1 ni" setelah mereka sampai di Mall. Isya mengajak mereka makan lunch dulu.
"Kau ni asyik lapar je pastu makan banyak tapi badan tetap kurus macam tu je" ngomel Erin. Mana taknya antara mereka Isya yang paling kurus dan Isya juga yang paling kuat makan. Dia makan banyak setara manapun beratnya tak naik.
"Dah dah tak payah nak sibuk pasal berat badan. Jom kita makan." ajak Tasya.
Mereka berjalan seiringan mencari kedai makan dalam mall tu yang boleh membuka selera. Tapi tiba-tiba isya terkejut kerana namanya dipanggil.
"Kak Isya!"
Isya berpaling kearah pemilik suara itu. Isya tersenyum.
"Ain"panggil Isya setelah Ain datang mendekatinya.
"Kak Isya buat apa kat sini?"
"nak beli barang sikit..Ain datang dengan mama ke?
"Tak lah..dengan abang Yen. Dia mintak Ain temankan dia beli barang sikit untuk bawa balik london nanti. Tadi dia cakap nak pergi toilet jap."
"Oooo yeke . By the way, ni kawan-kawan akak..ni kak Erin dan ni pula kak Tasya."
"Hi kak" sapa Ain kepada mereka berdua.
"Okay lah Ain. kak Isya pergi dulu yer. Tak boleh nak bual lama. Mama akak suruh akak balik awal . Lagipun kak Isya tak beritahu mereka lagi result akak. "Tipu Isya . Padahal dari awal lagi dia dah snap gambar keputusan SPM dan dihantarnya ke dalam grup WhatsApp family.
Kelihatan Erin dan Tasya sudah mengerutkan dahi tidak mengerti kenapa Isya perlu tipu budak tu.
"Ooo.. akak dapat berapa?"
" 7A"
" Wow tahniah kak"
" Thanks. But Sorry i have to go now."ujar Isya. Tidak mahu melengahkan masa lagi.
"Kejap la kak. Jumpa abang Yen dulu."pujuk Ain.
"Hah tu pun abang Yen" ain teruja bila nampak abangnya .
"Abang..sinilah"jerit Ain sambil melambai ke arah Ariff yang berada dibelakang isya. Jarak Ariff 3 meter sahaja dari belakang Isya, Erin dan Tasya.
"Hishh dia ni panggil abang dia pulak datang sini"bisik hati Isya sendirian.
"Its okay Ain. Akak kena pergi sekarang ..sorry tau. Next time yer." Ujar Isya tergesa-gesa. Dia belum bersedia untuk berjumpa dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu. Tangan Erin Tasya ditarik oleh Isya tanpa menoleh ke belakang menyebabkan mereka berdua terkedu.
"Kak " Ain masih memanggil Isya walaupun Isya kelihatan tergesa-gesa pergi.
"Abang ni " marah Ain kepada abangnya setelah Ariff sudah betul-betul berada di hadapannya. Tangannya disilangkan menandakan dia tengah merajuk.
"Kenapa pula?. Siapa mereka tu?kawan ucu ke"tanya Ariff yang tidak menahu apa-apa.
"Kawan apanya, she is your future wife lah "marah Ain.
"Ouhh yeke. Dah la,biarkan dia. Jom balik" Ariff menarik tangan Adiknya. Ain pula menahan geram dengan sikap abangnya langsung takda perasaan. Tiada perasaan teruja pun untuk berjumpa bakal isterinya.
Share this novel