Bab 11

Romance Series 23528

LANGKAH kaki diatur menuju ke tingkat atas setelah pulang ke rumah. Pintu biliknya di tolak perlahan. Haruman Lavendar menusuk ke hidung. Terasa tenang dan damai. Lantas tubuhnya direbahkan ke katil. Dia memejamkan mata. Dia ingin menikmati ketenangan itu walaupun seketika.
Tapi......

Krik! Krik!

Perut Isya sudah berbunyi menandakan hendak diisi.

"Ni semua pasal lelaki tu. Kalau tak terserempak dengan mereka adik beradik mesti sekarang ni aku tengah makan di Restoran Japan Style. Teringin nak makan sushi..errgghh geramm nya." Isya menjerit perlahan.

Dia terus bangun dari katil dan berlalu keluar dari bilik. Dapur menjadi sasaran dia apabila dia terhidu aroma yang sedap dari dapur.

"Ma.." tegur Isya.

"Aihh anak mama dah balik."

"Mama ni macam taknak bagi Isya balik je."

"Ye lah.. orang tu keluar shopping dengan kawan-kawanya kan.. happy lah" saja Datin Karina mengusik anaknya.

Isya terus memeluk lengan mamanya..Bermanja.

"Lauk lunch tadi ada lagi tak ma?" Tanya isya. Datin Karina mengerutkan dahi.

"Ehh takkan keluar shopping tadi tak singgah mana-mana kedai makan"

"Tak sempat ma" lega isya bila dia melangkah ke rumah mamanya berada di dapur. Kalau bertembung dengan mamanya pasti pelik tengok dia hanya balik dengan tangan kosong.

"Hish kamu ni.. ada tu ahh..kat atas dapur tu"

Isya mengukir senyuman manis. Terus diambil pinggan dan dibubuhnya nasi dan lauk ke dalam pinggan.

" kamu nak makan mana tu?" tanya Datin Karina melihat anaknya berlalu dari meja makan di ruang makan. Kebetulan datin Karina sedang memotong kek coklat yang baru dibuatnya di situ.

"Kat depan tv maa..hehe"

"Hishh bertuah anak dara".

Izzat yang baru pulang dari kerja terus menuju ke ruang tamu apabila kelihatan adik bongsunya disitu sedang makan.

"Dik" panggil Izzat. Isya memandang alongnya sekilas.

"Ya..ada apa?"

"Penatnya.." ngadu Izzat dan kepala nya diletakkan di bahu adiknya.

"Awal balik harini"

" kerja habis awal baliklah awal"

Muncul Datin Karina membawa jus oren dan kek coklat. Satu gelas jus oren diambil oleh Izzat dan diminumnya.

"Thanks maa..macam tahu-tahu je along rasa dahaga."

"Ehh perasan. Mama bawakan untuk adik lah" isya mengenakan abangnya.

Izzat terus menjeling ke arah Isya.
Datin Karina menggeleng-geleng.

"Mama ingat nak buat majlis kesyukuran malam besok. Sempena adik dapat keputusan cemerlang tu"
Ujar Datin Karina.

"Elok juga tu maa.." balas Izzat.
Isya menghulurkan tapak tangannya kearah Izzat

"Apa?" Tnya Izzat tidak mengerti.

" janji..janji.. Along dah janji kan kalau adik dapat 7A keatas along nak belikan adik handphone baruu.." isya menuntut janji yang izzat janjikan kepadanya.

"Ehhh..bukan adik dapat 7A kan.."

"Yelah..kan 7A keatas..kalau 7A tu dah dapat lah."

"Tak..kena 8A,9A baru along kasi"

"Hishh mana aci..along dah janjikan. Dulu acik along bagi pula. "Isya mula merajuk tidak puas hati.

"Acik tu lain.. Dia dapat straight 'A " Izzat mengusik adiknya.

"Maa..tgok along ni..dia dah janji dah hari tu."

"Kamu ni pun long..dah janji dah mungkir pula." Isya mengukir senyuman bila mamanya menyebelahinya.

"Tak lah maa.along saja je nak kenakan dia. Along ingat janji along." Kata Izzat sambil menarik pipi Isya. Isya menjeling ke arah abangnya. Izzat terus berlalu ke bilik untuk membersihkan diri.

Datin Karina juga berlalu pergi tinggal Isya keseorangan di ruang tamu.

"SIAPA dia tu, kenapa mesti nak lari?takut sangat ke nak jumpa aku ni" Bisik hati Arif sendirian. Dia asyik mengingati gadis yang dikatakan bakal menjadi isterinya sejak peristiwa tengah hari tadi.

Ring! Ring!

Lamunana Ariff terhenti apabila nada telefonnya berbunyi.

Jelas tertera nama ANNE di skrin telefon. Panggilan tersebut dijawab.

"Hello Anne" Ariff memulakan bicara.

"Hello.. how are you, Rif?." Kedengaran suara yang lembut seakan mengoda di hujung panggilan. Tapi diabaikan oleh Ariff suara itu. Dia kenal perangai gedik Anne bila bercakap dengannya.

"I'm good. You?"

"Yup. Me too."

"Well.. bila nak balik london .I miss u" Ariff membulatkan masa. Tak sampai 5 bulan kenal dah berani luah begitu.

"Maybe Next week"

"Ouhh.. i will wait for you" jelas suara gediknya.

"Urmm.."balas Arif ringkas. Kalau ikutkan hati malas dia mahu menjawab panggilan Anne tapi kalau tak jawab nanti dikatakan sombong.

"Okay lah Anne. I kena letak fon dulu . Mama i dah panggil." Tipu Ariff. Malas dia melayan perangai Anne. Makin lama makin gedik perangai but only for Ariff. Memang betullah dia sukakan lelaki tu.

"Ouhh yeke.. okay lah kalau macam tu. And please send my regards to your parents or My future parents in law..hehe" Anne ketawa kecil. Ariff pula dah mengerutkan dahi dan kepalanya yang tidak terasa gatal itu digaru.

Panggilan tersebut terus dimatikan.

TASYA
. .
Tasya sedang makan malam bersama ahli keluarganya.

"Bulan depan kakak masuk office." Dato'Azlan bersuara tegas.

"What? But why? " Tasya tidak mengerti apa maksud papanya. Tasya memandang abangnya sekilas. Naim yang berada di situ hanya diam.

"Papa nak kamu start kerja dengan papa next month. Kesian abang Naim kamu sorang-sorang buat kerja. Kerja banyak sangat sampaikan jodoh pun tak sempat nak cari." Naim memandang papanya. Dia tahu papanya suruh dia kahwin tapi jodoh belum sampai. Naim mengeluh perlahan.

"tapi Pa, kakak taknak kerja dengan papa.. Lagipun Kakak masih mahu teruskan belajar."

"Kalau kamu belajar tinggi sehingga menara gading pun nanti kamu juga akan uruskan company papa. Kalau bukan Anak-anak papa siapa lagi."

"Pa..menuntut ilmu tu penting untuk pengetahuan. Kalau kakak kerja dengan papa sekarang pun takda apa yang kakak boleh tolong. Pengetahuan kakak tentang syarikat kosong." Wajah Tasya sudah mencuka. Tidak faham dengan sikap papanya yang semuanya dia nak atur. Kalau lah arwah mamanya ada lagi pasti mamanya akan menyebelahinya.

"Yang tu takyah risau. Abang Naim kamu boleh tolong ajarkan. Kalau kamu dapat tawaran belajar mana-mana papa nak kamu tolak sahaja tawaran tu. Kerja dengan papa lebih senang dan dapat jawatan pun tinggi."

"No pa.. i said NO! Apa guna kakak belajar pandai-pandai , dapat keputusan cemerlang tapi tak dapat sambung belajar" Tasya terus bangun dari tempat meja makan dan hendak berlalu naik ke atas tapi...

"Puteri Atasha" nama penuhnya dipanggil oleh papanya. Langkahnya terhenti.Dato Azlan terus mendekati Tasya.

"Papa buat semua ni untuk kamu. Untuk anak papa. Bertahun tahun papa uruskan company tu takkan papa nak bagi orang lain uruskan kalau bukan kamu semua." Dato Azlan cuba memujuk.

"Keputusan kakak muktamad. Kakak nak sambung belajar sama sama dengan Erin dan Isya."

"Papa tak kira!!. Mulai bulan depan kamu kerja dengan papa. Faham! " tegas kedengaran suara Dato Azlan.

"Pa!.. kalau mama ada pasti mama tak setuju dengan keputusan papa. Kenapa mesti mama yang meninggal masa excident tu. Kakak benci papa. Semua benda papa nak control. Kenapa bukan papa yang pergi! " jerit Tasya.

PANG!

"Tasya!!"

Serentak Tasya di tampar oleh papanya dan ditengking oleh abangnya.

Tasya naik ke tingkat atas sambil memegang pipinya yang masih terasa sakit ditampar oleh papanya . Air matanya mengalir laju.

Pintu bilik dibuka dan terus di ambil bingkai gambar yang terletak di meja lampu bilik. Ditatapnya dengan air mata yang menitis laju.

"Maa..kanapa mama tinggalkan kakak. Kakak rindu mama." Gambar mamanya di sentuh lembut.

"Kakak rindu nak peluk mama..Maa.." hanya itu mampu diluahkan oleh Tasya saat dia bersedih. Namun dalam hatinya tetap rasa bersalah sebab berkata begitu kepada papanya. Pasti hati papanya sudah terguris.

"Sorry pa" bisik hati Tasya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience