Bab 2

Romance Series 23528

Setelah sampai dirumah.Isya terus berlari ke biliknya untuk membuka hadiah yang diberi oleh Ashraf..Alangkah terkejutnya isya melihat hadiah tersebut..

"biar betul dia ni"-bisik hati isya


KEESOKAN harinya...
Isya mengajak Erin dan Tasya untuk menemannya berjumpa dengan Ashraf..

"Rin..Tasya ..teman aku jumpa ashraf kejap dekat kelas dia.."

"Hahh..jumpa dia?nak buat apa?-tanya Erin
"kau nak pergi jumpa dia sebab kau nk cakap kau suka dia juga ke?"-tnya Tasya pula

"Eh takda lah. Aku nak jumpa dia sebab aku nak pulangkan balik hadiah yang dia bagi"

"Pulangkan?kenapa pula?apa yang dia bagi dekat kau?"-tanya Erin

"Nah..korang tengok ni"-Isya terus menunjukkan kotak kecil itu dan dalamnya terdapat satu rantai perak yang terukir nama Ashraf"

Erin dan Tasya menampakkan riak terkejut melihatnya..begitu sukanya dia dekat Isya sehinggakan rantai mahal itu dibelinya dan siap dengan ada namanya lagi.

Mereka bertiga terus ke kelas Ashraf sebelum masa rehat tamat..lagi 15 minit ada..Isya harap sempat lah..
Nasib baik masa sampai di kelas Ashraf..Ashraf berada di pintu kelasnya.
Isya terus pergi berjumpanya.

"Raf..boleh saya nak cakap dengan awak kejap?"-

"Boleh..apa dia syaa?"

Kawan-kawan Isya dan Ashraf terus pergi dan memberi ruang kepada mereka berdua untuk bercakap.

"Nah..awak ambil la balik hadiah ni"

"Kenapa syaa..awak tak suka ke?"

"Bukan macam tu tapi saya tak boleh terima hadiah dari orang yang saya tak rapat"

"Kalau macam tu kita couple la..awak kan tahu saya dah lama sukakan awak"-

"Sorry Raf..saya bukannya benci atau tak suka awak tapi kita masih belajar dan masing-masing ada impian..saya harap awak faham"

"Tapi syaa"-nada Ashraf bunyinya hampa

"Raf..please saya harap sangat lepas ni awak tak payah la bagi saya apa-apa lagi..dan saya harap kita tak jumpa dah lepas ni"

"Takkan kawan pun tak boleh Syaa..apa salah saya sampaikan berkawan dengan saya pun awak tak nak"

"Saya bukannya tak nak kawan dengan awak tapi saya tak nak ada orang lain yang terluka"

"Apa maksud awak"-tanya ashraf sambil mengerutkan dahi

"Takpa la nanti awak akan faham apa yang saya cakapkan ni"-

Selepas itu Isya terus berlalu pergi meninggalkan Ashraf.Sebenarnya pada tahun lepas Isya dapat tahu sepupu ashraf iaitu Ifa menyukainya ..Ifa adalah sama umur dengan Isya tapi dia kelas no 2 sementara Isya kelas no 1..Isya tahu ifa seorang yang baik dan masih tetap menegur Isya dengan baik walaupun dia tahu Ashraf menyintai Isya..jadi disebabkan itu Isya tidak mahu menyakiti hati Ifa..Lagipun Isya confius dgn perasaannya dia tidak tahu sama ada dia suka Ashraf ataupun tidak.

Selepas kejadian Isya berjumpa dengan Ashraf..Isya tidak lagi terserempak dengannya walaupun satu sekolah..Masa aktiviti kokurikulum juga isya tidak nampak Ashraf..selalunya dia akan nampak ashraf dengan kawan-kawannya sebab Isya juga satu kelab rumah sukan sama dengan Ashraf..

2 BULAN kemudian..

Ketika sambutan hari raya di sekolah.Isya perasaan ada sepasang anak mata yang sedang melihatnya..tapi orangnya itu bukan ashraf tapi adalah seniorny di sekolah itu.

"Kenapa dia tengok aku?maybe tak kut ..maybe dia tengok orang lain"-bisik hati Isya kerana pada ketika itu ramai pelajar perempuan di perhimpunan jadi isya tidak mahu memikirkannya sepertimana Ashraf dulu..

"Selamat hari raya Isyaa.."-tegur Erin dan Tasya secara serentak

"Selamat hari raya korang"-Isya tersenyum

"Jom ..pergi raya dengan kak Mai"-ajak Erin

"Jom"-Isya n Tasya membalas secara serentak dan mereka bertiga ketawa kecil..

Tanpa Isya sedar. Lelaki itu masih melihatnya..Dia tersenyum melihat gelagat Isya..

"Kak Mai..."-Isya ,Erin,tasya menegur Kak Mai sambil tersenyum manis

"Hai adik-adik akak"-kak Mai turut menegur Mereka bertiga dengan riak wajah yang happy

"Wahh cantiknya Kak Mai"-isya memuji kakak angkatnya itu..Kak Mai sememangnya seorang cantik ..orangnya tinggi,kurus dan putih gebu..

"Thanks..Isya pun cantik..persis bidadari..Erin n Tasya pun apa kurangnya"-Kak Mai turut memujinya

"Ha ah la Syaa kau nampak cantik sangat"-tegur Erin tersenyum

"Habis tu selama ni tak cantik lah?"-tanya isya dengan riak yang merajuk

"Sebelum ni kau memang cantik laa tapi hari ni lagiii cantiikkk"-kata Erin sambil menarik pipi gebu Isya tanda geram..

Mereka berempat terus ketawa serentak.Isya juga sememangnya cantik dari dulu lagi..wajahnya seakan akan ada mix dan orangnya putih berseri tapi sebenarnya ibubapanya orang melayu..kalau tak takkan la Si Ashraf tu tak jatuh cinta..

Selepas berbual dengan Kak Mai ..Kak Mai meminta diri untuk ke depan dewan ..

"Kak Mai pergi dulu yer..nk jumpa seseorang jap"

"Nak jumpa boyfriend la tuu"-kata Erin

"Macam tahu-tahu jer"-balas Kak Mai sambil mengenyitkan mata..lepastu mereka ketawa serentak

Isya cuma tau nama boyfriend Kak Mai adalah Arif tapi tidak pernah berjumpa dengannya..berbeza pula dengan Erin n Tasya mereka sudah mengenali Arif..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience