TOK! TOK!
Masuk!
Pintu bilik Datin Karina dibuka dari luar.
"Assalamualaikum " Isya memberi salam sambil menuju ke arah mamanya.
"Maa.."
"Ya anak kesayangan mama ? Ada apa?"
Isya mengambil duduk di sebelah duduk mamanya di sofa dalam bilik itu.
"Maa..im sorry pasal semalam.i know its my fault. Adik tak sepatutnya tinggikan suara macam tu "
Datin Karina tersenyum. Dia sangat mengenali anaknya. Ada sebab kenapa dia membantah semalam.
"its okay. mama faham sayang. Mama tahu kamu takde niat pun . Ni mesti ada sebab kenapa aku taknak cepatkan tunang tu."
Isya mengangguk perlahan. Isya tahu mamanya sangat memahaminya.
Datin Karina tersenyum.
"okay now tell me. Apa masalahnya? mama faham sangat anak-anak mama"
"Rayyan tu lah maa"
"kenapa dengan dia?"
"sebenarnya, 2 tahun lepas Rayyan ada contact Isya lepas tu juga berwhatsapp sama-sama lebih kurang 3 bulan macam tu..Tup tup lepas tu dia senyap and hilangkan diri macam tu je sampai sekarang."
"pasal tu jah ke? Mama ingatkan apa tadi.."
"maa..mama tahu tak sakit hati ni rasa macam dipermainkan saja."
Datin karina ketawa.
"boleh pula mama ketawa. Im serious maa. "
"okay-okay.."
"adik ni takkan tak faham lagi. kan dia sama umur dengan acik kamu. Masa tu dia nak fokus study rasanya . Perhaps! . Janganlah difikir bukan-bukan. "
"but, at least bagitahulah Isya. ni tak! diam macam tu je. Entah-entah tengah berfoya dengan perempuan london kat sana"
Datin Karina menepuk peha Isya.
"hish kamu ni ke situ pulak! cuba fikir positif je. Jangan nak negatif sangat fikiran tu"
"dah siap kemas baju ke belum? Harini kamu masuk asrama kan?"
Isya mengangguk "ha ah dah siap kemas maa..tunggu acik balik je lepastu nak pergi ambil Tasya nga Erin."
Isya menarik nafas dalam-dalam untuk hilangkan rasa berdebar sebelum hendak beritahu mamanya perkara penting itu.
"maa.."
"emm"
"Isya dah fikir masak-masak. Uh isya setuju untuk percepatkan pertunangan ni."
Datin terkejut. Tidak percaya dengan kata-kata tu. Semalam bukan main lagi menidakkan perkara tersebut.
"betul ke ni? Mama tak salah dengar?"
Isya mengangguk perlahan.
"Isya setuju benda ni sebabkan mama ke? Sebab Isya terpaksa terima demi mama? Walaupun kata hati Isya sebenarnya taknak.." datin Karina cuba menduga dengan menanyakan soalan sedekimian.
"emm.. tu salah satu sebabnya tapi sebab lain sebenarnya when i thinking about it. Apa yang abang-abang Isya cakap tu betul juga. Tak salah kalau percepatkan benda yang baik kan maa..Isya taknak nanti mama dan papa terlalu risaukan Isya."
Datin Karina memegang erat tangan anaknya. Mata sudah berkaca. Terharu dengan kata-kata anaknya. Rasa bertuah dapat anak yang baik macam Isya.
"meh sini mama peluk anak mama ni" ujar Datin Karina.
air mata Isya terus mengalir. Mamanya dipeluk erat olehnya. Begitu juga dengan Datin Karina memeluk erat anaknya.
Isya menangis kerana berasa sedih kerana nanti dia terpaksa tinggalkan mamanya dan tinggal bersama suaminya kelak. Dia masih belum bersedia untuk berenggang dengan mamanya.
"Isya sayang mama"
"mama pun sayang Isya."
--------
.
.
"bila kau nak bertunag syaa?" Tasya teruja sangat.
"akhir bulan ni"
"serious? " Isya mengangguk.
"tak sangka pula kau setuju. Kalau ikutkan lagi 2 minggu lah kawan kita dah nak jadi tunang orang kan Rin?
Erin mengangguk
"kalau macam tu. Jom lah cari baju tunang kau. Harini kan kita semua free" ajak Erin teruja.
"tak payah"
"kenapa pula?" serentak Erin dan Tasya bersuara dengan dahi yang berkerut.
"aku dah minta mama aku uruskan semuanya."
"biar pun...Habis tu kau takde ke rasa nak design sendiri apa yang patut.."
"alaa...majlis pertunangan tu hanya dihadiri ahli keluarga je . Aku nak buat majlis biasa je.
"emm kalau aku kan. Biarlah majlis tunang pun tapi nampak 'amazing' " kata Erin sudah membayangkan impiannya.
"tu kau! bukan aku.."
Erin memuncung tanda merajuk. Tahu lah tengah marah tapi jangan dimarahkan orang lain.
"cantik sangatlah tu mulut memuncung macam tu.. Nak jadi mulut itik ke?" ujar Tasya sambil ketawa. Begitu juga dengan Isya.
"taknak kawan!!" marah Erin dengan manjanya.
Tasya dan Isya bertambah kuat gelak mereka. Erin pula muka dah merona merah menahan malu.
"okay-okay sorry. Dah jom kita pergi jalan-jalan. Aku belanja kau harini.." Tasya cuba memujuk.
"betul ni"
"yaaa betull"
"yeayyy..Yahuuu!! ada orang nak belanja harini" erin melompat seperti kanak-kanak dapat coklat.
Isya dan Tasya mengeleng melihat perangai kawan baiknya.
---------
Ring!!!
telefon Isya berdering tapi panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali kerana tiada nama tertera. Hanya nombor telefon sahaja.
"hi assalamualaikum" kata seseorang di panggilan telefon tersebut.
dahi Isya berkerut. Pelik! kerana kedengaran suara lelaki.
"ya, waalaikumussalam."
"tengah buat apa tu?"
sekali lagi Isya berasa pelik. lelaki mana pula yang telefon malam-malam buta ni lepas tu tiba-tiba tanya tengah buat apa.
"sorry yer ..siapa ni ? "
"takkan tak cam kot"
"sorry memang saya tak cam pun" selamba Isya menjawabnya.
iyelah sebelum ni mana pernah dia bercakap dengan lelaki yang tak kenal melalui telefon kecuali abang-abangnya dan asyraf.
"ini sayalah, Rayyan.."
"Rayyan! serius lah.."
"serius lah ni"
"owhh hidup lagi rupanya" DEEP! selamba ye dia perli begitu..
"amboi, kasarnya!"
"uh yelah sebab dah lama menghilang tiba-tiba muncul."
Rayyan ketawa.
"ehh boleh pulak dia gelakk..apasal?"
"awak rindukan saya kan "
"werkk werk" Isya membuat seperti orang nak muntah. Sekali lagi Rayyan ketawa terbahak-bahak.
"takde maknalah nak rindu"
"yelah tuu"
"betul lah!! dah lah malas nak layan"
"ehh jap...."
tiba-tiba Isya mematikan panggilan tu begitu sahaja. Tapi, Isya tidak tahu kenapa hatinya rasa berbunga-bunga. Dia tersenyum sendirian. Adakah betul Isya rindukan Rayyan.? walaupun tak pernah kenal.
---------
.
.
"tahniah Isya" ujar Erin
"congratulations my beautiful cousin" Giliran Tasya pula.
"terima kasih korang. Aku pun tak sangka dah bergelar tunang orang"
Erin dan Tasya ketawa.
"ehh mana tunang kau? kitaorang nak kenal juga. Handsome ke tak.." Erin melilau mencari seseorang
"entah" isya menghinjut bahunya tanda tak tahu.
"entah? boleh pula kau jawab macam tu" kata Tasya geram.
"yelah memang aku tak tahu . Aku rasa dia tak datang pun. Lagipun yang sarung cincin mamanya bukannya dia."
"tapi, mestilah dia datang juga walaupun bertunang je. Kau ni! "
"ehh korang , aku nak turun bawah nak pergi ambil air jap."kata Erin.
"okay" jawab Isya dan Tasya serentak.
--------
.
.
sedang Erin mengambil air di dapur. Dia ternampak figura yang cukup dikenali.
"abang Ariff? betul ke tu dia. Tapi dia buat apa kat sini."
"abang Ariff!!" panggil Erin
Ariff memusing ke belakang apabila terdengar namanya dipanggil.
"Erinn?...tanya Ariff inginkan kepastiaan. Takutnya silap orang.
erin mengangguk dengan senyuman.
"abang Ariff buat apa kat sini"
"arr abang hantar mama abang"
"owhh..ni mesti mama abang Ariff kawan Aunty Rina kan?
"ha 'ah" Ariff mengosok belakang lehernya.
Memang betullah Ariff hantar mamanya cuma Ariff tak beritahu yang dia hantar mamanya untuk menyarungkan cincin kepada perempuan yang dicintainya..
"abang dah jumpa Isya ke?"
"hah Isya? kenapa pulak abang kena jumpa dia? " saja Ariff buat-buat tidak mengerti padahal dia tahu Isya itulah tunang dia.
"lah abang ni ..ni kan rumah dia. Dia lah yang bertunang hari ni."
"owhh yeke..abang tak tahu pula" tipu Ariff lagi. Selamba saja dia buat macam tak tahu apa-apa.
" Abang dah habis belajar kan? bunyi kata abang sambung belajar dekat london."
"ha ah betul lah tu. Tahun lepas lagi abang dah habis belajar.."
"ni mesti tak lama lagi makan nasi minyaklah."
"maksud Erin?"
"yelah takkan takde girlfriend kat sana. Hensem dan segak macam ni takkan lah takde orang nak kan"
"hish apalah Erin ni. Abang mana ada girlfriend"
"yeke tak percaya lah hensem macam ni takde girlfriend"
"ye betul lah"
mereka ketawa kecil kerana saling bergurau.
"takpelah Erin masuk dulu lah."
"okay.. nanti jangan lupa ucap 'tahniah' buat Isya atas pertunangan dia"
"baik inshaAllah. Abang pula jangan lupa jemput kitaorang bila dah kahwin nanti."
"inyaAllah'
"mestilah abang jemput nanti. Kalau tak merajuk lah kawan baik Erin tu kalau kawan-kawanya takde." gumam Ariff setelah Erin hilang dari pandangannya . Tiba-tiba tersenyum kerana terasa bahagianya apabila orang yang dicintai bakal jadi milik kita sepenuhnya.
-------
.
.
"hi girls" jerit Erin dengan gembira.
"kau pergi buat air ke pergi ambil air" perli Tasya.
"ambil air lah" satu jelingan sampai kepada Tasya.
"habis tu kenapa lama sangat. Kitaorang dah habis 2 bab mengumpat pasal kau."
"amboi-amboi mengumpat pasal aku ye"
"gurau je lah" ujar Tasya.
"aku jumpa abang Ariff tadi. Aku berbual kejap dengan dia. Makin hensem wehh dia sekarang.."
"Arif?" terkejut Isya.
"yaaa...Aku rasa lah dia tu jodoh aku..haha" Erin buat-buat seperti orang ketawa. Berlagaknya!
"Beranggan lah kau sampai ke gunung everest pun. Macam langit dengan bumi kau dengan dia" ujar tasya.
"amboi-amboi sedap mulut. Aku ni cantik juga okay. Cuma tak secantik Isya je.." Erin memuncung. "kalau lah dia tu jodoh aku. Aku rasa akulah princess yang sebenar macam dalam kartun Barbie tu." Tasya mengeleng. Aduhai kawan kau ni punya impian.!
"kau kenapa senyap je syaa.?" tanya Tasya . Dari tadi dia senyap. Hanya Erin dan Tasya sahaja bersuara.
"takde pape"
erin dan Tasya saling berpandangan. dua-dua menghinjutkan bahu masing-masing
"kenapa kau mesti muncul kembali Ariff?" gumam Isya berbisik dalam hatinya. Berat terasa untuk menerima kenyataan itu.
"Ya Allah, kenapa aku rasa tak sanggup untuk berhadapan dengannya. Kenapa hati ini sakit apabila memikirkan kembali 'hal ' dahulu."
"Aku benci dia...aku benci dia..aku benci dia" Isya mengulang perkataan kata-kata itu berulang kali..
Share this novel