Bab 25

Romance Series 23528

2 MINGGU kemudian.

Tok! Tok!
Pintu terus dibuka dari luar.

Isya memandang ke arah figura yang mengetuk pintu itu . Isya tersenyum. Kawan baiknya iaitu Erin dan Tasya sudah datang untuk majlis pernikahannya hari ini dan dia akan dinikahkan di rumahnya sahaja atas permintaan Datin Karina kerana Isya satu-satunya anak perempuannya. Dia mahu menjadikan ia sebuah kenangan di dalam rumah itu.

"apa lagi tercegat kat pintu tu. Masuklah! "

Erin dan Tasya menuju ke arah Isya.

"cantiknya kawan aku ni. Dah macam puteri raja"

Sememangnya dah puteri raja pun!! Isya mengenakan busana pengantin yang berwarna putih suci . Baju itu kelihatan simple sahaja tetapi apabila Isya memakainya ia kelihatan sangat cantik. Baju itu direka khas oleh pereka terkenal iaitu Rizalman Ruzaini. Datin Karina sememangnya tahu kehendak pilihan anak bongsunya itu. Isya sangat suka akan sesuatu itu nampak simple tanpa perlu ada bunga yang banyak atau besar, manik yang terlalu banyak dan sebagainya. Tetapi, cukup sekadar apabila seseorang itu memakainya ia akan kelihatan sangat cantik dan indah sekali.

"thanks"

"berseri-seri kau syaa. Seri pengantin katakan" ujar Tasya pula.

Isya tersenyum manis.

Isya pula memandang ke arah Erin dan Tasya pelik. Kenapa tersenyum ibarat orang yang kemaruk cinta sambil memandangnya.? Kalau ya pun Isya tu nampak cantik , tak perlu lah pandang Isya macam nak korek biji mata je.!

"Kenapa korang ni tersenyum pelik macan tu?"

"takda lah sebenarnya kami baru jumpa bakal suami kau. Pengantin lelaki dah sampai. Ada kat bawah tu.

"Ha'ah. Tak sangka pula kan"

"tak sangka apa?" soal Isya.

"yelah, sebenarnya suami kau tu.." Belum sempat Tasya habiskan ayatnya. Datin Karina muncul.

"Tak siap lagi ke? Ramai dah tunggu tu. Jom turun.

"ha ye ma. Dah jom turun" ajak Isya gembira sehingga dia lupa apa yang ingin dikatakan oleh Tasya.

Isya berjalan menuruni tangga itu dengan diiringi oleh datin Karina, Erin dan Tasya.
***

Isya berjalan menuju ke ruang tamu. Disitulah pelamin pengantin terletak. Sangat cantik segala gubahan pelamin. Isya berasa teruja kerana dia mahu melihat siapakah bakal suaminya itu yang hanya dikenali sebagai Rayyan sahaja.

Langkah Isya terhenti serta merta disaat memandang figura lelaki yang berada di hadapan tok kadi itu yang berbaju melayu putih serta bersampin
Adakah ini semua mimpi sahaja atau realitinya?

"Ariff?" Gumam Isya.

"itulah bakal suami kau, abang Ariff. Tu lah benci-benci. Akhirnya jadi suami kau.!" Tasya berbisik kepada Isya apabila melihat Isya memandang Ariff dengan riak terkejut. Cukup didengari oleh mereka bertiga sahaja.Erin dan Tasya tersenyum

"dikk!" Datin Karina memanggilnya.

"Kenapa berhenti ni? Orang tengah tengok ni." Sambung Datin Karina lagi.

Saat itu semua tetamu tertumpu ke arah Isya. Isya perasankan keadaan itu.

"dia terkejut sebab suaminya sangat kacak." ujar erin sambil ketawa kecil . Begitu juga Tasya

Datin karina mengeleng kepala sambil tersenyum . Isya sudah mengecilkan mata memandang mereka berdua. Panas terasa hatinya!!

Mereka meneruskan langkah menuju ke arah pelamin yang cantik terletak di bahagian rumah itu. Datin Karina duduk disebelah Isya. Manakala Erin dan Tasya sudah duduk bersila bersebelah dengan Sarah dan Mia.

wajah yang teruja tadi terus berubah menjadi suram. Namun tidak begitu kelihatan kecewaan di wajahnya kerana Isya yang kelihatan cantik dengan make up yang tidak terlalu tebal kerana dirinya sudah cantik semula jadi.


-----
"Pengantin lelaki dah ready ke?" Soal Tok Kadi yang juga merupakan imam di masjid berdekatan dengan kawasan perumahan Dato Eman dan Datin Karina.

"bukan setakat dah ready tok imam. Dah tak sabar ni nampaknya." saja Izzat mengusik bakal adik iparnya itu sambil menepuk bahu Ariff perlahan. Semua yang berdekatan dengan mereka turut ketawa.

Merona merah wajah Ariff menahan malu.

"okay kita mulakan" ujar tok Imam lalu menghulurkan tangan kanannya ke arah Ariff. Ariff menyambut tangan tersebut.

"Ariff Rayyan bin Abdullah Jefry?"

"ya saya"

"aku nikahkan engkau dengan Nur Isya Qaisara binti Eman dengan Mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai." ujar tok kadi

"aku terima nikahnya Nur Isya Qaisara binti Eman dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai." lafaz Ariff

"sah?"

"sah"

"alhamdulilah" ucap semua berada disitu. Semua menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi. Ariff berasa bersyukur dan lega kerana kini gadis yang dicintai selama ini menjadi miliknya. Ariff memusingkan badannya dan memandang sekilas ke arah Isya yang berada di dibelakangnya ketika itu diatas pelamin. Sangat cantik!

Tiba masanya untuk Ariff menyarungkan cincin dijari manis milik Isya. Datin Karina bangun dan berdiri di tepi bagi memberi ruang kepada Ariff untuk duduk di sebelah Isya. Isya dan Ariff saling berhadapan.

Isya menghulurkan tangannya. Cincin emas permata diamond itu disarung dijari manis Isya. Selepas itu giliran Isya pula menyarungkan cincin dijari milik Ariff.

Isya menyalami tangan Ariff. Selepas itu, giliran Ariff pula mengucup dahi Isya dengan penuh lembut dan lama bagi memberi masa kepada jurugambar untuk mengambil foto mereka. Isya turut memejamkan matanya seketika.

Kini , Nur Isya Qaisara sah bergelar isteri kepada Ariff Rayyan.

Selepas itu, jurugambar meminta mereka berdiri untuk mengambil gambar pengantin.
Ariff memeluk Isya dari belakang. Terbit juga berasa malu dengan tindakan Ariff tetapi dia tahu bahawa jurugambar yang meminta mereka berbuat demikian untuk mengambil gambar pengantin.

selepas gambar pengantin sudah diambil beberapa keping. Sekarang, giliran keluarga serta saudara mara mengambil gambar bersama dengan pengantin.


------

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. majlis pernikahan juga sudah selesai sejak dari pukul 11 malam tadi. Ramai tetamu sudah pulang. Yang tinggal hanya saudara mara sahaja masih belum pulang.

Ariff mencari Isya yang dari tadi tidak nampak.

"mama.." Ariff menegur ibu mertuanya yang sedang berbual dengan saudara mara di halaman rumah itu.

"ya Ariff kenapa?"

"Dari tadi Ariff cari Isya. Dia mana yer?"

"ehh takkan lah baru tak jumpa sekejap dah rindu" usik salah seorang saudara mara disitu yang dikenali Aunty Zaiton juga merupakan ibu saudara Isya sebelah mamanya.

Ariff pula berasa malu dengan usikan tersebut.

"Mama rasa Isya ada kat dalam bilik kut. Tadi dia kata penat, nak rehat."

"ooo yeke. Okay mama. Ariff naik dulu yer."

"Tau tak tu bilik mana satu?" Tanya Datin Karina sudah tersenyum memandang Ariff yang sudah malu itu.
Ariff tayang gigi. Tersenyum!

"bilik yang kat tengah ye" sambung Datin Karina.
Ariff mengangguk dan terus melangkah masuk ke dalam rumah dan naik ke bilik Isya.


------
Ariff membuka pintu bilik yang tidak terkunci.

Ariff tersenyum memandang susuk tubuh yang berada di atas katil . Isya sedang tidur lena. Mungkin betul dia keletihan sejak dari majlis pernikahan tengah hari tadi sehingga lah ke majlis persandingan disambung pula selepas isyak tadi.

Ariff terus mengambil tuala dari beg pakaian yang dibawa bersama tadi. Ariff terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri supaya badannya berasa segar.

Selesai mandi Ariff menyarung baju tshirt lalu merebahkan tubuh di atas katil.
Huh! penat sungguh rasanya hari ini.

Ariff memusingkan badannya dan memandang Isya disebelahnya.

"tidur pun cantik" gumam Ariff.

Ariff mengucup ubun-ubun Isya dengan penuh lembut. Sungguh dia cintai gadis di hadapannya sekarang ini.

Tangan terus dibawa ke pinggang Isya dan memeluk isterinya itu erat. Ariff turut terlena disisi isteri tercinta.

Happy New Year!>2021 Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah :) -Know that the pain will pass and when it does we will be stronger- #QayshaEliyaa♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience