2.01.2014
BERMULALAH minggu pertama Nur Isya Qaisara atau lebih dikenali sebagai Isya melangkah masuk ke sekolah sebagai pelajar menengah.Kini,semuanya akan lebih mencabar berbanding dengan zaman sekolah rendah.Isya mendapat 5A 1B UPSR.Walaupun ,harapannya untuk mendapat straight A tapi dia bersyukur kerana mendapat keputusan yang cemerlang.
usai sampai di kelas 1Elit.Dia ditegur oleh kawan baiknya Erin dan Tasya.
"Hai syaa.."tegur Erin
"Hai girls.." Isya membalasnya
Isya bersyukur kerana kawan baiknya satu kelas dengannya.Sama dengannya Erin dan Tasya turut mendapat keputusan cemerlang .Jadi mereka bertiga diletakkan di kelas no 1 bersama.
JAM sudah menunjukkan pukul 9 pagi.Masa sekarang merupakan mata pelajaran Bahasa Melayu.
"Asssalamualaikum semua pelajar.."-tegur cikgu Rahimah,guru bahasa Melayu dan juga Guru kelas.
"waalaikumussalam cikgu..."
"Baiklah,sebelum kelas start,saya nak ambil kehadiran kamu semua dulu yer"
selesai mengambil kehadiran pelajar,cikgu Rahimah memulakan sesi pembelajaran.
MINGGU ketiga persekolahan..
Isya asyik termenung dalam kelas ketika mata pelajaran bahasa Inggeris.Lamunannya terhenti apabila Erin menegurnya.
"ehh..kau dah kenapa termenung jauh?" Erin berbisik kepada Isya.
"takda pape"..
"yelah tuu ..macamlah aku baru kenal kau sehari dua..kita kawan sejak tadika lagi tau"
ya memang betul apa yang Erin katakan..bagi Isya ,Erin adalah sahabatnya dunia akhirat.Segala masalah yang dihadapi akan Isya ceritakan kepada Erin..Kepercayaan dia kepada Erin melebihi segalanya kerana Erin pandai menyimpan rahsia..
"Okay class..we see tomorrow and pliss finish your homework.." Sir Zam terus berlalu pergi setelah kelasnya tamat.
tamatnya kelas dengan Sir zam maka sudah masanya waktu rehat pukul 10:30.
Isya seakan-akan malas untuk ke kantin disebabkan kejadian minggu lepas.Sejak dari minggu lepas Isya selalu diperhatikan oleh seorang lelaki.
Dalam perjalanan ke kantin sekali lagi Isya terserempak dengan lelaki tersebut.seperti biasa,lelaki tersebut akan tersengih sambil melihatnya.Isya berasa tidak selesa.
"korang,aku takda selera la nak makan..aku balik ke kelas dulu yer"
"alaa Isyaa,dah nak sampai kantin kan..jom lah nanti kau lapar pula..takkan la aku nga Tasya jer "
"aku dah breakfast pagi tadi..kau pergi makan dengan Tasya jer la"..Tipu Isya walaupun sebenarnya dia lapar tapi disebabkan bertemu dengan lelaki tersebut jadi Isya takda mood hendak membeli di kantin.
Isya terus berlalu pergi meninggalkan Erin dan Tasya..Erin dan Tasya terpaksa akur sahaja dan terus menuju ke kantin sekolah.
"Alhamdulilah kenyang kan Rin"
"ha'ah"
terdengar suara mereka berdua dari belakang .Nampaknya mereka sudah selesai makan.Isya pula rasa menyesal tidak ikut mereka ke kantin.
"Ni disebabkan lelaki tu la kalau tak aku takkn terpaksa berlapar macam nie"-gumam isya sendirian
"Nah.." Erin menghulurkan 2 biji donut kepada Isya
"untuk aku ke?Korang belikan?"
"yelah.." Erin dan Tasya jawab serentak
"thanks korang.."
PEJAM CELIK PEJAM CELIK DAH HAMPIR 2 TAHUN ISYA BERSEKOLAH DI SMK PUTRA..
Selama 2 tahun itu juga Isya asyik terserempak dengan Ashraf setiap hari.Ya namanya Ashraf, lelaki yang selalu memerhatikannya.Isya dapat tahu namanya pun dari rakan sekelasnya. Secara kebetulan si Ashraf adalah senior rakan sekelasnya ,Aimi masa sekolah rendah..
masa berlalu dengan pantas.Isya akan memasuki Tingkatan 3.Setelah itu,Isya sudah jarang bertemu dengannya kerana waktu rehat mereka sudah berbeza..Isya masih rehat pada pukul 10 :30 kerna isya masih menengah rendah manakala ashraf sudah tingkatan 4 ..maknanya ashraf adalah menengah atas dan rehat lewat 15 minit dari Isya..Tambahan pula,bangunan kelas mereka juga sudah jauh tidak seperti sebelum ni ibarat berjiran..
"Isya,nah ..ashraf bagi" Tegur Aimi sambil menghulurkan satu kotak kecik yang dibalut dengan pembalut hadiah bercorak bunga.
"Terima kasih"
"Sama-sama"-Aimi berlalu pergi ke mejanya
"Dah kenapa dia ni tiba-tiba bagi aku hadiah"-gumam Isya sendirian
"Wahh wahh dah ada peminat syaa"-Tasya tegur dari belakang secara tiba-tiba
"Siapa beri?"-tanya Erin
"Si Ashraf tu lah"
"Hahh biar betul dia tu..rasanya memang dia betul-betul suka dekat kau lah"-kata Erin.
Erin dan Tasya sudah tahu pasal Ashraf sebab Isya sudah ceritakan semuanya kepada mereka sejak mereka pelik kenapa Isya asyik malas ke kantin.
"Hishh kau ni ..dia takda cakap apa-apa pun..yang kau lebih-lebih dh kenapa" Geram pula Isya dengan Si Erin ni
"Kalau katakan dia suka kau..kau terima tak dia..kau suka dia?"-Tasya pula menanyakan soalan
"Aku pun tak tahu dengan perasaan aku..siapa la tak suka Ashraf tu dah la handsome, tinggi, putih macam mat salleh, bergaya..Hish apa yang aku fikirkan ni sampai ke situ pula." bisik hati Isya.
"Eh Syaa ..kau dah kenapa mengelamun..berangan erhh haha
?"-Erin dan Tasya ketawa kecil
"Takda lah..mana ada beranggan"
"Buka la hadiah tu nak tengok"-kata Erin
"ha ah..buka la syaa"-tasya pula menyuruhnya
"Hishh korang ni..hadiah ni dia bagi dekat aku..yang korang pula excited ni dah kenapa?"-geram Isya dengan dua orang kawan baiknya itu.
"Alaaa..kita orang nak tengok juga dia bagi apa"-kata Si Erin
"Nanti nanti la balik sekolah aku buka dekat rumah.."-Isya terus menyimpan hadiah itu dalam beg ..malas dia melayan kawan-kawannya itu
"Yelah"-jawab mereka berdua secara serentak dengan nada yang sedikit hampa.
Share this novel