Bab 21 -

Romance Series 23528

"ASSALAMUALAIKUM semua" masuk seorang lelaki dengan penuh segak dan bergaya memakai kot berwarna hitam ke dalam kelas. Begitu tegas kedengaran suaranya.

"waalaikumussalam"

Isya, Tasya dan Erin terkejut melihat figura tersebut. Tasya dan Erin menutup mulut mereka yang terlopong. Manakala, Isya tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Abang Ariff?!" serentak Erin dan Tasya. Cukup didengari mereka bertiga sahaja. mereka berdua berpandangan dan tersenyum.

"Okay semua.Nama saya Ariff Rayyan. Boleh panggil saya Encik Ariff. Saya akan mengajar tentang Pemasaran dan Kepenggunaan bagi menggantikan puan Sarimah. Semua tahu keadaan puan Sarimah yang tidak menginzinkan sekarang dan dah hampir 3 bulan dia melawan sakit yang dialami. Jadi, untuk sementara itu saya akan mengambil alih tempat beliau sehingga beliau betul-betul sembuh.

Setelah bertunang dengan Isya. Ariff membuat keputusan untuk berada lebih dekat dengan Isya. Dia sanggup berpindah dari damasara ke Bangi . Jadi, dia dapat menjaga Isya dengan baik walaupun Isya tidak mengetahui bahawa mereka sudah bertunang. Keluarga Ariff menyokong dengan pilihannya itu. Untuk sementara, abang sulungnya akan mengantikan tempatnya di Syarikat.

Ariff perasaan isya memandang ke arah lain setiap kali dia bercakap seperti ingin mengelak darinya.

"kita akan mulakan pembelajaran hari ini juga. Kita juga kesuntukan masa disebabkan ketiadaan Puan Sarimah 3 bulan sehingga kamu semua juga terpaksa menanguhkan pembelajaran kamu."

"baik Encik Ariff!"

"bagus. Nampak bersemangat semuanya hari ni"

"okay. Jom kita mulakan."

Ariff meneruskan pengajarannya sehingga masa kelasnya habis.

sepanjang itu juga Isya hanya fokus terhadap apa yang dibentangkan oleh Ariff melalui slide show dan bukan pada Ariff. Dia cuba mengelak daripada bertentangan dengan lelaki itu.


-------
. .
"cepat Tasya. Jomlah. Nanti tak sempat kejar" ujar Erin keterujaan. Cepat-cepat dia mengemas buku di atas mejanya.
Begitu juga dengan Tasya.

"kejap lah. Nak letak buku dalam beg dulu."

"alaa kau ni lambat lah..cepatlah" Erin sudah tidak sabar. Mentang-mentanglah dia dah siap kemas semuanya.

"ehh kejap. Korang nak pergi mana kalut sangat ni." tanya Isya kehairanan.

"nak pergi jumpa abang Ariff lah" jawab Erin.

"hah? buat apa?"

"kau ni syaa. Kan kita kenal dia tak salah pun kita pergi tegur dia. "

"tak payah lah. Yang korang nak sangat jumpa dia tu kenapa. Biarlah kenal or tak. He is our lecturer. Respect lah sikit!!Jangan mentang-mentang kita pernah kenal dia sesuka hati nak pergi tegur macam kawan baik! " tegas kedengaran suara Isya membuatkan Erin dan Tasya juga terkejut. Kenapa tiba-tiba nak marah diorang pulak!? Erin dan Tasya cuba nak tegur sapa sahaja. Takkan itu pun boleh hilang respect.

"yang kau nak tinggikan suara macam ni dah kenapa?! kitaorang cuba nak tegur biasa je. Lagipun dia kenal dah kita. Hampir 3 tahun kita kenal dia masa dia couple dengan kak mai. Tak salah pun kalau kita berbaik, berkawan dengan dia walaupun dia jadi lecturer kita dah sekarang. Bukannya kita nak pergi marah dia or cari gaduh ke apa!".. balas Erin. Dia pun benggang dengan perangai Isya. Kejap okay kejap tak. Nak apa entah!!

"ikut suka hati korang lah. Nak tegur sangat pergilah.!!"

"kau nak pergi mana pula tu?" soal Tasya apabila melihat Isya sudah berjalan keluar kelas."

Isya mengabaikan pertanyaan Tasya walaupun sebenarnya dia dengar Tasya bertanya kepadanya. Hatinya tengah marah, sakit buatkan mood dia tak stabil.

"dia tu dah kenapa!?"

"entahlah aku Rin. Aku pun taktahu apa masalah dia sebenarnya."

"biarkan lah dia tu. Dah jom"

"kita nak pergi jumpa juga ke?!

"buat apanya. Komfom abang Ariff tu dah sampai dekat bilik kerjanya. Tadi nak kejar kalau sempat tapi Isya ni pula tiba-tiba naik angin macan tu."

"tu laa..Dah lah jom balik hostel. "

"jom"


--------
. .
isya terus ke library. Setiap kali dia tertekan pasti dia ke pustaka. Pelik kan ke library pun boleh hilang stres ke. Aneh!! Tapi, sebenarnya Isya ke sana membaca novel. itu saja cara dia hilangkan tekanan iaitu dengan membaca novel.

Kalau balik ke hostel pasti lagi bertambah stresnya sebab kena hadap Erin dan Tasya. Isya berasa geram dengan perangai mereka berdua hari ni.

"hi seorang je.."tiba tegur Haziq.

"ehh Encik Haziq"

Haziq tersenyum. Jadi, Isya turut membalasnya.

"mana lagi 2 orang ?"

"siapa?! Erin dan Tasya ?"

Hazid sekadar mengangguk.

"entah. Perhaps balik hostel.."

"kenapa ni? korang gaduh ke?"

"biasalah En.Haziq..nama pun kawan xsah kalau tak gaduh."

"emm betul lah tu tapi jangan marah-marah buruk padahnya nanti"

Isya sekadar mengangguk.

"xpelah En.Haziq saya nak balik hostel dulu..Banyak lagi kerja kena siapkan"

"okay xpe..saya faham."

"oraitt saya minta diri dulu. Bye. Assalamualaikum." Isya mengukir senyuman. Hubungan mereka juga semakin bertambah baik. Isya serba salah kerana tersilap sangka dengan Haziq. Apabila dah lama kenal barulah tahu rupanya Haziq bukanlah seperti yang disangkakan itu.


---------
. .
Isya berjalan bersendirian ke cafe. Dia masih belum bertegur sapa dengan Erin dan Tasya sejak kejadian 2 hari lepas Masing-masing ego. Takut hendak mengaku kesalahaan masing-masing.

Langkah Isya terhenti apabila ternampak figura yang berjalan ke arahnya.

"nak terus berjalan ke or patah balik? "gumam Isya.

"in case aku teruskan nanti dia fikir lain pulak" kata Isya lagi.

Okay Teruskan!

Isya terus melangkah berjalan tapi matanya memandang ke arah lain. Tidak sanggup memandang ke depan!!

Okay dah dekat. 1.5 meter lagi. Hadushh!

Isya cuba mengelak dengan memandang ke bawah sambil berjalan. Nasib lah tempuh tiang ke apa janji aku tak tengok dia!

Tapi apakah daya. Kalau dah jodoh tak ke mana!!!

"Isya" tegur Ariff dengan senyuman. Dari tadi dia perasan Isya tak tentu arah apabila nampaknya dan cuba hendak mengelak darinya.

"emm" jawab Isya. Dia terpaksa juga berhenti kerana Ariff berdiri betul-betul depannya.

"awak cuba mengelak dari saya ke?" Duga Ariff.

"mana ada...takkanlah saya nak elak dari lecturer sendiri." Isya masih memandang ke kiri kanan. Mengelak daripada memandang lelaki di hadapannya itu. Kurang 1 meter berdiri. Dia ni tak ngerti ke diorang dekat uni ni sekarang.

"saya harap kita boleh jadi kawan macam dulu. Jangan terlalu anggap saya ni lecturer awak je. Lagipun macam Erin dan Tasya juga,kita dah lama kenal."

"emm okay" ringkas jawaban isya.

"Hai?!" Tegur Haziq dari belakang. Entah sejak bila muncul.

"kenapa ni . ada problem ke ? Tiba-tiba berhenti bercakap dekat laluan orang lalu ni." ujar Haziq lagi.

"takde lah. Biasalah sebagai lecturer dan student. " jawab Isya.

"Isya, jangan lupa petang ni"

Hadushh! "kenapa lah pergi cakap depan Ariff pulak dia ni" gumam Isya.

"okay"

"kenapa dengan petang ni?" Tanya Ariff dengan serius.

"aku nak ajak dia keluar. "

"keluar? Isya..awak tau kan awak tu tunang orang kenapa masih nak keluar dengan lelaki lain!?" tegas kedengaran suara Ariff membuatkan Isya berkejut.

"encik Ariff, saya keluar bukannya berdua. Saya akan ajak kawan-kawan saya temankan saya. Bukannya saja nak keluar jalan-jalan tapi nak pergi cari barang belajar sikit sebab secara kebetulan Encik Haziq nak cari barang mengajar untuk assignment baru nanti. Saya tau lah saya ni tunang orang tapi saya masih tau jaga diri." jawab Isya. Ada juga rasa marah kerana sikap Ariff yang melarang dia bersama dengan lelaki lain masih ubah macam dulu.

"kau ni Ariff. Takkan lah aku nak bawa tunang orang sesuka hati sana sini."

"Aku ikut" selamba je Ariff berkata.

"hah?!" terkejut Isya.

"nanti boleh lah saya cari barang juga. Almaklum lah masih baru.So, banyak lagi barang tak beli."

"sesuka hati kau lah Ariff. Aku okay je"

"dia ni dah kenapa. Ish geram nya!!" bisik hati Isya.

"awak okay tak Isya." soal Haziq.

"okay-okay" balas Isya.

Isya rasa sesak nafas berada di antara dua lelaki itu. Dia terus meminta diri dan meninggalkan Ariff dan Haziq di situ.

"saya pergi dulu"


---------
. .
walau bergaduh macam manapun . Mereka bertiga tetap berbaik semula. Isya berani meminta maaf kepada Erin dan Tasya. Isya tahu dia tidak sepatutnya terlalu ikutkan amarahnya. Tak pasal-pasal bergaduh mereka bertiga!

seperti yang dijanjikan. Ariff, Haziq, Isya, Erin dan Tasya keluar bersama-sama untuk ke SMO berdekatan.

mereka ingin membeli barang-barang keperluan belajar mereka.

selesai memilih Ariff pula nenawarkan diri untuk membayar semuanya kecuali Haziq yang membayarnya menggunakan duit sendiri.

"untungnya harini..ada orang belanja. Terima kasih Encik Ariff" ujar Erin.

"thanks juga encik Ariff"ujar Tasya.

"thanks" Isya bersuara. perlahan kedengaran tapi Ariff mendengarnya.

"no hal . kita dah lama kenal kan. Dah lama saya tak belanja awak semua."

betul juga kata Ariff. Kalau dulu dia yang selalu belanja. Belanja makan, belanja minum, belanja main bowling, belanja tiket wayang.

"untunglah dah lama kenal" ujar Haziq.

"alaaa encik Haziq. Kita semua kan dah berkawan rapat dengan Encik Haziq. Encik Haziq pun ada juga belanja kitaorang" ujar Tasya.

"okaylah encik Ariff encik Haziq. Kami minta diri dulu" kata Isya. Nasib baik dia bawa keretanya sendiri jadi tak perlu susah payah Ariff or Haziq mengambil dan menghantar mereka.

"taknak pergi makan dulu ke? Saya belanja" kata Ariff

"nak!" jawab Erin.
Isya mengecilkan matanya memandang Erin memberikan Isyarat.

"emm takpelah Encik Ariff. Sekarang ni pun dah hampir pukul 6.30. tak Elok pula kalau kami balik malam" ujar Tasya

"ya. . betul juga tu" kata Erin. Amboi, tadi bukan main lagi excited sekarang dah setuju dengan Tasya pula. Takutlah tu kena pandangan tajam dari Isya.

"takpelah kami pergi dulu" Isya dulu mengajar Erin dan Tasya pulang. Ariff dan Haziq sekadar mengangguk tanda mengerti.

Dari sudut lain, Ariff tahu Isya masih cuba mengelak darinya.

"kenapa awak benci sangat dekat saya syaa?" gumam Ariff.

Kereta yang dipandu isya hilang dari pandangan

Haziq juga meminta diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience