bab 12

Romance Series 23528

"MAMA.." panggil Ain.

"ya"

"Boring lah ma. Kalau cuti sekolah selalunya keluar jalan-jalan dengan abang Yen. "

"Nak buat macam mana abang kamu pergi belajar bukannya holidays..bila tiba masanya cuti sem dah habis kenalah balik sana"

"Ermm ..rasanya baru abang Yen balik kelmarin."

"Kamu ni..abang kamu baru je balik london 2 hari lepas dah rindu."

"Of course lah Maa..nak harapkan abang Haikal tu memang ke sudah tak bawa ucu pergi jalan2."

Ain lebih rapat dengan Ariff berbanding dengan abang sulungnya,Haikal. Haikal pula seorang abang yang tegas dengan adik-adiknya.

"Abang Haikal kamu tu lain. Dia dah kahwin.."

"Alaa..sama je.. masa belum kahwin pun jarang bawa ucu jalan-jalan. Kalau bawa pun tika abang Haikal dating dengan Kak Mirah masa diorang masih bertunang. Ucu pula jadi tunggul tgok diorang dating.

Puan Rohani menggelengkan kepala. Mata kembali fokus menonton tv. Ain pula terus berbaring di sofa dan kepala diletakkan ke atas peha Mamanya.

.
. LONDON

"Joshua, have you seen my book? Ariff masih giat mencari bukunya. Habis rak buku diselokanya.

"Which book? Tanya Joshua roommates Ariff.

"My red book"

"I'm sorry. Don't even see it!

"Hish, where do i put my book?" Kepala yang tidak gatal digaru.

"What are you looking for,Ariff? " tanya Zarul kehairanan apabila melihat tingkah laku Ariff yang tidak tenang tu.

Zarul merupakan kawan baik Ariff sejak dari zaman sekolah lagi. Zarul juga turut mendapat tawaran belajar di london.

"Buku aku. Yang warna merah tu. Kau ada nampak tak?"

"Takde" Zarul mengeleng.

"Hadushh.. mana ni.."

"Penting ke buku tu?"

"Penting kut"

"Kut? What do you mean 'kut'?" Zarul ketawa kecil.

Ariff pulak terfikir takkan lah dia nak bagitahu Zarul yang dalam buku tu ada sekeping gambar bakal isterinya yang mamanya kasi.

"Biarkan lah" Ariff mengeluh berat. Niatnya nak tgok gambar tu tapi tak kesampaian pula walaupun sebelum dia kata taknak tengok tapi tiba2 hatinya tergerak nak tengok.

Buku Fizik di ambil di dalam bag hitam yang selalu digalasnya ke kuliah. Ariff kembali belajar di meja belajarnya. Begitu juga dengan Zarul dan Joshua sedang menghadap laptop masing-masing.


TElEFON dicapai di atas meja. Satu pesanan ringkas dihantar kepada Isya.

TASYA: BABE, LAMBAT LAGI KE NAK SAMPAI.

Selang beberapa minit pesanan dibalas.

ISYA: KEJAP LAH. DAH NAK SAMPAI NI.-ERIN

Isya tengah memandu. So, Erin yang reply mesej. Mereka berdua sudah berjanji dengan Tasya untuk temankannya dirumah kerana papa dan abang Naimnya pergi outstation 3 hari di Singapura. Adik bongsunya, Aliya berada di Pahang ada kem PT3.

TASYA: LAMBAT LAH KAU NI. CEPAT LAH SIKIT.

ISYA: BOLEH SABAR TAK?KITAORANG DAH MASUK DI BLOK PERKARANGAN RUMAH KAU NI. TUNGGU KAT LUAR.

Setelah terima mesej. Tasya terus keluar. Dia menunggu di pintu utama. Tidak lama kemudian,Isya dan Erin sampai dan kereta diparking di garaj kereta rumah Tasya.

"Assalamualaikum" Erin dan Tasya memberi salam serentak. Mereka berpelukan seperti biasa setiap kali berjumpa.

"Walalaikumussalam, sampai pun" balas Tasya.

"Kau ni patutnya bersyukur kitaorang sampai dengan selamat. Ni tak nak marah2 pula." Marah Erin.

"Korang tu lah. Janji pukul 10am sekarang dah nak masuk tengah hari."

" Sorry lah babe. Aku ada hal kat butik tadi sekejap."

"Takpelah aku faham. Saja je..hehe"

Erin menjeling merajuk kepada Tasya. Belum dijemput masuk Erin sudah masuk ke dalam Rumah. Maklumlah dia dah biasa pergi rumah Tasya. Dah macam rumah sendiri dibuatnya.

Isya dan Erin merebahkan tubuhnya di atas sofa. Hidung mereka menangkap sesuatu. Bau haruman sup menusuk ke hidung. Mereka yakin sup itu datang dari dapur. Mereka menuju ke dapur.

" Macam mana? Sedap tak bau sup buatan aku?" Sapa Tasya dari arah belakang.

Mereka memalingkan wajah.

"Kau masak semua ni Tasya" Tanya Erin seperti tidak percaya.

"Yup!" ujar Tasya sambil mengangguk.

" Macam tak percaya"

"Terpulang pada korang sama ada nak percaya atau tak. Tapi memang aku yang masak."

"Bukan kau beli?" Tanya Erin sambil ketawa.

"Sampai hati kau. Aku dah penat-penat masak,kau tuduh aku beli pulak"

"Yalah, mana tahu kalau kau beli. Lagipun sebelum ni kau tak pernah masak. Selalunya Isya yang rajin masak."

"Aku sempat belajar masak dengan arwah mama aku dulu. Aku kan anak perempuan sulung kena lah pandai masak. Tapi semenjak arwah takde aku dah jarang masak jadi bibik aku je yang masak."

Isya dan Erin berubah muka apabila Tasya menyebut pasal arwah mamanya. Mereka tahu sekarang ni dia dan papanya belum berbaik lagi. Pada malam dinner dia bergaduh dengan papanya. Tasya tidak berhenti nangis masa video call dengan Isya dan Erin sehingga bengkak matanya.

"Perut aku ni pun dah berkeroncong bau masakan kau. Jomlah kita makan" ajak Isya

"Jom..aku pun lapar ni! Mesti sedap masakkan kau ni." Erin cuba menceriakan keadaan yang sedikit hiba tadi.

"Ofcourse lah" balas Tasya sambil tersenyum. Dia happy ada sahabat macam mereka . Yang selalu memahaminya.

Isya dan Erin membantu Tasya meletakkan lauk dalam pinggan dan disusunnya di meja makan. Apabila semua sudah siap mereka menjamu selera.

12.30am

"Hey, korang tak mengatuk lagi ke? " tanya Isya apabila melihat kawan-kawanya masih bermain telefon.

"Tak"

"Tak"

Erin dan Tasya balas serentak.

"Kau tidur lah dulu kalau mengantuk dah" sambung tasya.

"Macam mana nak tidur, tak boleh tidur lah padahal dah biasa tidur rumah kau."

"Ke teringat kan bakal encik husband" sambung Erin pulak mengusik Isya.

Bantal peluk yang dipeluk Isya dibaling ke arah Erin. Betul-betul terkena di kepalanya. Padam muka! Cakap lagi macam tu dekat Isya.

Erin dan Tasya gelak kecil.

"Nak teringat macam mana rupa pun tak kenal lagi. Mana pernah jumpa dia"

"Hah?" Terkejut Tasya dan Erin. Mata yang difokuskan kepada telefon kini difokuskan kepada Isya.

"Yelah. Mana pernah kenal."

"Takkan gambar pun kau tak pernah tengok" Tanya Erin.

"Tak pernah"

"Kenapa?" Tanya Tasya pula.

"Salah ke kalau tak tengok gambar? Lagipun aku dah cakap awal lagi kepada family aku..nama dia ke gambar dia ke aku taknak tengok! Sebab tu family aku tak bagi apa2 . Mereka kena setuju dengan syarat aku.

"Kau biar betul syaa..takkan nama dia pun kau tak tahu?"

"Tak..tapi yang aku tahu family dia selalu panggil dia YEN.

"YEN? Tu je kau tahu" Erin dan tasya mengeleng. Isya mengangguk.

"Kau jangan sya..macam mana kalau nanti kau tahu dia tu gelap, gemuk, tak handsome tapi kau dah kahwin dengan dia" Erin dan Tasya ketawa terbahak. Erin saja mengusik Isya.

"Tasya, macam mana plan kita nak sambung belajar bersama di form 6.?" Isya saja mengubah topik. Malas di layan kawan2nya itu.
"Takyah nak tukar topik lah" kata Erin.

"Mana ada tukar topik."

Erin menjeling ke arah Isya.

"Abang Naim kata Papa aku cakap dia akan benarkan aku sambung belajar asalkan terus masuk universiti dan ambil jurusan bisnes.. lepas tamat belajar papa aku suruh kerja dengan dia selalu. Tak payah sambung form 6. Katanya result spm aku sesuai untuk belajar di universiti yang bagus. Korang?"

"Aku okay je mana-mana asalkan dapat teruskan pengajian. Tapi kan kalau masuk u lalu kena belajar di diploma 2 tahun juga.. sama je nga f6 tapi f6 tamat awal sikit. Beza 3 bulan je" Ujar Erin.

"Macam ni lah nanti aku cuba pujuk pak ngah lah. Mana tau hatinya lembut nanti bagi kau sambung beljar."

Mereka berdua berfikir panjang. Betul juga yang dikatakan Erin. 2 tahun diploma lepastu ijazah 6 semester jurusan bisnes(3 tahun) sehingga masing masing terlelap akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience