Bab 38

Romance Series 23528

ISYA terjaga dari tidur. Dia mengeliat sedikit bagi membetul urat saraf yang terasa tegang itu. Selepas subuh tadi, dia kembali tidur. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

Kaki melangkah turun dari katil. Dia keluar dari biliknya dalam bilik Suite itu dan terus melangkah ke luar balkoni.

Tangannya didepakan ke kiri dan kanan. Kepala mendongak ke atas sambil memejam mata. Lalu, dia menghirup udara segar pagi itu. Suasana yang cukup tenang pada pagi itu rasa semua masalah hilang.

Kemudian, dia berlalu masuk kembali apabila terus teringat akan bekas makanan semalam yang masih belum dibuang. Semalam disebabkan terlalu mengantuk kerana terlalu kenyang dan selepas makan ubat dia terus tertidur . Jadi, bekas itu dia terlupa untuk membuangnya.

Apabila kaki sudah melangkah ke meja ruang tamu yang tempat dia makan semalam. Dia terkejut melihat meja itu kosong.

"Mana pergi bekas makanan semalam. Takkan aku dah buang. Tapi, rasanya tak lagi!" Gumam Isya.

"Jangan-jangan hotel ini berhantu ntah? "

Isya mengosok lengannya yang terasa bulunya meremang apabila menyebut pasal hantu.

Ring! Loceng bilik suite nya berbunyi sekaligus mengejut Isya.

Dia mengambil selendangnya lalu dililitkan di kepala dengan ringkas bagi menutup auratnya daripada dilihat yang bukan mahram.

Pintu bilik dibuka dan terpancak Zarul di depan pintu itu.

"Hai, good morning" Ujar Zarul.

"Good morning" Balas Isya.

"Saya nak turun breakfast . Awak nak ikut ke? Ataupun awak nak makan makanan yang pihak hotel dah sediakan."

"Takpalah tak kut. Saya makan makanan dekat hotel ni jelah"

Zarul mengangguk.
.

"Err Zarul.."

"hmm?"

"Dekat hotel ni berhantu ke?"

"Kenapa?"

"Awak ingat bungkusan makanan yang awak beri kepada saya semalam. Saya rasa semalam saya belum buang lagi tapi pagi tadi saya tengok dah takda. Kalau nak katakan pekerja hotel ni kemas bilik saya semalam takkan lah malam-malam kan?"

Apabila mendengar cerita itu daripada Isya. Zarul sembunyi tawa. Bila-bila masa sahaja boleh meletus tawanya Rasanya dia tahu siap yang mnyelinap masuk dalam bilik Suite Isya. Lagipun orang itu ada kunci pendua bilik Suite Isya.

"Saya ada juga benda yang sama awak beritahu ni daripada orang-orang dekat sini".

Reaksi Isya terkejut mendengarnya. Tangannya naik menekup mulutnya. Macam tak percaya!

"Semalam pun saya ada nampak seseorang masuk bilik salah seorang penginap dekat hotel ni"

Lagilah Isya terkejut apabila mendengar apa yang diberitahu oleh Zarul . Biar betul!

"Betul ke? Siapa? Awak nampak ke muka dia. Entah-entah dia juga yang masuk bilik saya. Tapi, kenapa dia yang tolong buangkan bungkusan makanan tu?"

Pelik!

Zarul mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu kenapa. Hakikatnya kejang sudah rasa pipinya kerana menahan ketawa dari tadi.

"Nampak. Serigala jadian kalau tak silap saya." Zarul menjawab pertanyaan Isya.

Hah!

"Serigala jadian?"

Zarul mengangguk.

"Ada orang-orang sini cakap serigala jadian yang satu ni dia jinak pada waktu malam"

Aikk! Bukankah selalunya serigala ni menyalak waktu malam-malam. Apasal pulak tiba-tiba jinak pada waktu malam.

"Hmm takpalah saya pergi dulu. " Zarul meminta diri dulu. Tak sanggup sudah dia duduk lama disitu. Nantikan ketawa dia meletus. Kantoi la!

"Okay"

Serigala jadian? Serigala jadian ni lain sikit kerana selalu menjadi idaman wanita.

Dirinya pulak masih terkejut mendengar cerita Zarul.

Zarul berlalu pergi .

"Serigala jadian wujud ke?" Gumam Isya.

Arggh!

Cepat-cepat dia menutup pintu. Takut!

"HAH... gelak lah lagi. Gelak lagi" Ujar Ariff.

"Serigala Jadian.." ujar Zarul. Sudah tidak tahan gelaknya.

HAHAHA

Zarul terus ketawa terbahak-bahak. Matanya juga sudah berair kerana asyik ketawa sahaja dari tadi . Geli hati dengan perkataan serigala jadian ni. Tadi depan Isya dia terpaksa tahannya. Sekarang dia sudah melepaskan tawanya depan serigala jadian yang kacak ni. Iaitu....

Ariff Rayyan!

"Kau samakan aku dengan serigala jadian"

"Apa masalahnya? Handsome apa serigala jadian yang depan aku ni.." Balas Zarul lalu gelak lagi.

Buk!

"Aduh sakitlah bro!" jerit Zarul. Dia mengosok lulutnya yang disepak oleh Ariff di bawah meja makan itu.

"Gelak lah lagi!"

"Okay-okay. Tak dah..! "

Zarul menarik nafas panjang sebelum dihembuskan bagi menenangkan diri walaupun dia terasa mahu ketawa lagi. Kalau dia ketawa lagi nanti bukannya lagi lututnya disepak tapi bakal menerima penumbuk daripada Ariff.

Apabila melihat Zarul sudah tidak ketawa lagi dan beriak seperti biasa. Lalu, Ariff bersuara.

"Kau takutkan wife aku yer. Nanti kalau dia tak boleh tidur malam ni aku kejarkan kau cukup-cukup biar masuk ICU."

Zarul kembali ketawa tapi tidak ketawa besar seperti tadi.

"Alaa.. Dah tadi dia bercerita hal tu aku terus tiba-tiba ada idea nak reka cerita lain" Selamba zarul menjawabnya..

"Kau pun satu . Kalau ya pun nak masuk bilik wife kau tu. Janganlah ditinggalkan bukti. " Sambung Zarul lagi.

"Dah semalam aku nampak bungkusan tu aku buanglah. Aku tahu dia mengantuk semalam lepas makan ubat sebab tu tak ingat nak buang. Manalah aku terpikir yang dia akan teringat lagi bungkusan tu belum buang."

"Kau ingat isteri kau tu ada penyakit amnesia. Benda macam tu boleh tak ingat. Hah!"

"Ah tak kisah lah apa kau nak cakap. Apapun kalau isteri aku tak boleh nak tidur malam ni aku salahkan kau."

Ya. Ariff kenal sangat perangai isterinya itu jika dia begitu rasa takut akan sesuatu dia akan rasa gelisah sahaja. Malam-malam pun dia sukar nak tidur.

Ariff terus teringat pernah dulu satu malam tu hujan lebat berserta bunyi guruh yang kuat yang menyebabkan Isya berasa takut. Jadi , Isya minta Ariff temankan dia tidur. Hilang segala perasaan benci pada Ariff. Dipeluknya Ariff begitu erat malam tu seperti tidak mahu dilepaskan dek kerana terlalu takut.

"Kau ni dah kenapa senyum-senyum pula. Tadi bukan main serius muka marahkan aku" Bidas Zarul.

"Takda apa-apa. Tapi, pasal aku cakapkan tadi aku tak main-main. Aku buat apa yang aku cakap kalau perkara tu betul-betul terjadi. "

"Don't worry bro. Malam ni Isya boleh tidur lena sebab akan ada orang yang temankan. Aku dah ada satu idea. " Ada aja agendanya si Zarul ni.

"Idea apa? Maksud kau?"

Zarul memberi Isyarat supaya Ariff mendekatka diri kepada nya. Ariff menolak tubuh ke hadapan sedikit. Lalu, Zarul berbisik kepadanya.

"Hah! Taknak lah aku. Nantikan makin benci dia dekat aku kalau dia tahu"

" Takyah lah kasi dia tahu!"

Ariff diam sejenak sambil memandang Zarul di depannya yang sedang tersengih sambil diangkat keningnya sebelah.

Susah apabila ada kawan baik yang panjang akal ni!

ISYA bersiar-siar di tepi pantai. Suasana hari ini sangat baik kerana tidak terlalu panas dan juga tidak terlalu mendung.

Isk! Isk!

Kedengaran suara budak menangis menyebabkan Isya mencari suara itu. Akhirnya jumpa. Dia melangkah ke arah seorang budak comel yang sedang duduk di bawah pokok.

Dia mendekati budak comel itu lalu duduk di sebelah. Umur budak comel itu lebih kurang 7 tahun.

"Kenapa adik nangis? Mama papa mana?"

Budak itu mengeleng sambil menangis tidak henti-henti.

"Adik nak Ice cream? Akak belanja"

"Nak" terus ceria suara budak comel itu terlalu teruja.Dia berhenti menangis.

Budak-budak dengan ice cream ni sememangnya berpisah tiada.

"Kalau macam tu, adik kena jawab dulu soalan akak tadi."

"Ibu ada dekat rumah." jawab budak comel itu.

"Ayah?" Tanya Isya.

"Ayah kerja jauh"

"Nama adik siapa? Kenapa sorang-sorang dekat sini. Bahaya tau"

"Nama saya Fara..Dah biasa datang sini sorang-sorang sebab rumah dekat sini je"

"Habis tu, kenapa Fara nangis?"

"Ada orang buli Fara tadi. Lutut Fara luka. Sakit. Fara takut nak balik nanti ibu marah."

Isya mengosok belakang Fara perlahan.

"Takpa. Kita makan Ice Cream dulu lepastu kakak hantar Fara balik . Okay?"

Fara mengangguk mengerti.

"Jom ikut kakak."

Fara turut berdiri lalu mengikut Isya. Mereka berjalan beriringan. Mereka sampai di sebuah kedai yang menjual ice cream di situ.

"Kak.. bagi saya ice cream dalam bekas plastik tu periksa Vanila satu dan coklat satu. " Isya memesan Ice cream .

Penjual itu menghulurkan Ice cream kepada mereka. Lalu, Isya membayar harga ice cream itu.

"Jom. Kita pergi duduk dekat kerusi sana"
Jari telunjuk ditunjukkan ke arah kerusi bangku yang terletak elok di bawah sebuah pokok yang besar. Sesuai untuk tempat para pelancong berteduh di situ.

Kemudian, Mereka berdua duduk di kerusi bangku yang masih kosong itu.

"Nak perisa apa?" Tanya Isya.

"Coklat.."

Isya menghulurkan ice cream berperisa coklat kepada Fara.

Nampak kegembiraan di wajah Fara!

Isya dan Fara makan Ice cream tersebut .

Isya mengelap mulut Fara yang comot dengan ice cream itu dengan tisu.

"Comotnya makan.." Saja Isya mengusiknya. Fara ketawa kecil.

"Sedap?" Tanya Isya lagi. Fara mengangguk.

Sambil-sambil Fara sedang makan Ice cream. Isya mengambil plaster yang sememangnya tersimpan khas di dalam handbag nya lalu menampalnya di lutut Fara yang luka ringan itu. Nampak kesan bergesel sedikit. Mungkin Fara terjatuh tadi kerana lari daripada budak yang membulinya. Duga Isya!

Setelah mereka sudah habis makan Ice cream. Isya terus menghantar Fara balik ke rumah.

"Assalamualaikum..Ibu..ibu " Fara memberi salam dan memanggil ibunya.

Isya pandang sebuah rumah di hadapannya itu. Melihat keadaan rumah kayu itu, Isya dapat menjangkakan keluarga ini bukanlah keluarga berada. Rumah itu rumah kampung biasa sahaja.

"Waalaikumussalam..Fara pergi mana? Risau ibu tahu tak?" Muncul Seorang wanita seperti dalam lingkungan 50an itu.
Tangan Fara digenggamnya.

"Fara pergi pantai jalan-jalan je."

"Eh ni siapa pula yang Fara bawa?" Tanya ibu Fara.

Isya mendekati wanita tua itu sambil tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Saya Isya. Tadi , nampak Fara sorang-sorang jadi saya tumpangkan dia balik."

"Terima kasih Isya tolong tumpangkan anak makcik"

Isya tersenyum manis.

"Jemputlah naik dulu."

Isya mengangguk. Fara pula sudah menarik tangan Isya bersama.

"Duduklah dulu. Makcik buatkan air."

Isya melabuhkan punggung di sebuah sofa.

"Ehh takpalah makcik."

"Panggil je Mak Leha. Orang-orang dekat sini panggil Mak Leha je. Takpa kejap je .Mak Leha buatkan air dulu.

"Baik Mak Leha" Isya akur sahaja. Jika ditolak lagi takut wanita itu terasa hati.

Selepas 15 minit. Mak Leha muncul dengan membawa dulang.

"Nasib baik tadi Mak Leha ada buat lepat pisang. Makanlah"

"Terima kasih Mak Leha" ucap Isya.

"sama-sama"

Isya ambil lalu makan lepat pisang tersebut.

"Sedap." puji Isya. Gembira Mak Leha mendengarnya.

"Mak Leha tinggal berdua je ke dengan Fara?"

"Tak lah. Mak Leha ada 3 orang anak. Semuanya perempuan. Fara ni yang bongsu. Kalau yang sulung umur 17 tahun dan nombor 2 pula 15 tahun. Mereka belum balik sekolah ada kelas tambahan katanya. Suami Mak Leha pula kerja dekat kilang kawannya di Terengganu. Sekali sekala dia balik juga sini. Jadi tinggal kami berempat jelah di sini."

Isya sekadar tersenyum mendengar.

Setelah hampir sejam berborak. Isya meminta diri dulu. Lagipun, jam sudah menunjukkan hampir pukul 4 petang.

"Isya balik dulu lah Mak Leha. Dah lewat ni."

"Dah nak balik ke? Makan malam dekat sini lah."

"Ha'ah lah Kak. Ibu masak sedap. Dinner lah dekat sini"

"Takpalah lain kali saya datang lagi.

"Janji kak?"

"Janji" Isya mengelus lembut pipi Fara.

"Saya pergi dulu. "

Fara bersalam dengan Isya. Setelah itu, giliran Isya pula bersalam dengan Mak Leha. Isya menghulurkan satu sampul surat kepada Mak Leha.

"Apa ni Isya?" Mak Leha cuba menolak sampul itu kepada Isya kembali.

"Takpa ambil la.. Isya ikhlas. Buat belanja barang dapur."

"Terima kasih nak" Isya mengangguk

"Kak Isya pergi dulu ye. Fara belajar rajin-rajin tau" Pesan Isya kepada Fara.

"Baik kak Isya"

Walaupun mereka baru kenal tetapi mereka sudah akrab. Tambahan pula, Isya tidak mempunyai adik. Jadi, Fara dianggapnya sebagai adiknya sendiri. Fara pula anak yang baik.

ISYA singgah di sebuah restoran sebentar untuk makan sebelum balik ke hotel. Risau jika dia tidak makan gastriknya akan datang pulak.

Lagi pula, dia hanya sempat makan tengah hari tadi sahaja. Sekarang pula, jam sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Perutnya terasa kosong kerana lapar.

Dia masuk ke sebuah restoran yang menjual makanan western. Yang jelas tertera di billboard restoran itu 'WESTERN FOOD ".

Dia mengambil tempat duduk dahulu sambil menunggu pelayan restoran mengambil pesanan makanan daripadanya. Dia mengambil tempat yang terlindung sedikit daripada pelanggan lain.


Iphone di dalam begnya diambil. Aplikasi galery di buka. Dia melihat gambar-gambar selfie yang diambilnya bersama Fara dan juga Mak Leha. Hatinya gembira melihat gambar-gambar itu.


Dia kembali menyimpan Iphonenya di dalam beg. Dia memandang sekeliling restoran itu sambil tersenyum. Moodnya sangat baik hari ini.

Restoran itu sememangnya sangat cantik seperti dirinya berada di sebuah restoran luar negara. Warna dinding yang sangat lembut itu dapat menyenangkan permandangan pelanggan yang datang ke situ.

Senyuman nya terus mati apabila melihat seorang lelaki dan perempuan yang sangat amat dikenalinya yang tidak jauh darinya terutama lelaki itu.

Dia tidak kisah jika hanya makan sahaja tapi ini berpelukan. Sanggup dia mengkhianati Isya. Isya mendekati mereka berdua. Hukum halal haram ibarat langsung tidak diendahkan oleh mereka.

"Ariff Rayyan?!"

Follow ig qaysha_eliyaa untuk dapatkan info update!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience