Bab 29

Romance Series 23528

ARIFF tersedar daripada perbuatan melampaunya itu. Dia telah menambahkan lagi kebencian isterinya terhadapnya.
Dia berhenti . Dia memandang wajah isterinya itu yang nampak jelas dalam kesakitannya.

Ariff bangkit dari menidih Isya. Dia terduduk di sebelah isterinya. Isya berganjak menjauh sedikit dari Ariff dan menyandar di kepala katil itu. Ariff mengangkat tangan untuk menyentuh bibir Isya yang terluka tetapi Isya menepisnya kasar.

"Keluar! " jerit Isya sekuatnya. Air matanya masih mengalir.

"sayang.." Ariff hilang kata-kata. Dia sedar keterlanjuran perbuatannya itu tadi.

"Keluar! aku cakap keluar! Keluarlah!" Kali ini tangisan Isya semakin kuat. Dia menangis teresak-esak lalu menarik selimut menutupi dirinya untuk menghilangkan rasa ketakutan itu.

Ariff cuba ingin meraih Isya dalam pelukannya itu. Tetapi gagal kerana Isya menolaknya dengan kuat.

"abang minta maaf sayang..Abang tahu abang hilang sabar" ujar Ariff. Kali ini air matanya juga menitis. Kesal dengan perbuatannya terhadap Isya walaupun dia masih belum berbuat apa-apa lagi selain dari mengucup bibir dan leher isterinya. Tapi, dia tahu Isya berasa takut dengannya sekarang.

Badan Isya mengigil kerana ketakutan.

"tolong keluar dari bilik ni" Isya merayu kepada Ariff kerana tidak mahu untuk menatap Ariff lagi. Dia sudah tiada daya untuk menjerit lagi.

"awak dah melampau" sambung Isya lagi dengan kedengaran suara yang lemah.

Ariff bangun dan turun dari katil. Dia perlu berikan masa untuk Isya bertenang. Ariff melangkah keluar dari bilik dengan terpaksa. Pintu bilik itu ditutupnya kembali.
Ariff menyandar di dinding bilik itu dari luar. Ariff meraut mukanya. Air mata turut mengalir.

"Arghhhh! " Jerit Isya dari dalam bilik sambil menangis sekuatnya. Bantal yang berada di atas katil itu dibaling satu per satu tanda dia tengah marah.

"Aku benci kau. Aku benci kau Ariff Rayyan.!" Jerit Isya lagi . Ariff dengar kata-kata itu.

AWAL pagi lagi sebelum azan subuh Isya sudah bangun. Ariff belum bangun lagi. Dia mahu keluar dari rumah itu tanpa perlu bertemu dengan Ariff.

Dia hanya memakai tudung biasa sahaja dan hanya perlu menyarungnya kerana perlu cepat Dia mahu pulang ke rumah mamanya.

Kedatangan Isya pada awal pagi telah mengejutkan Datin Karina.

Ting!
Loceng rumah berbunyi.

Datin Karina bergegas ke bawah untuk membuka pintu.

"Siapa pulak datang awal-awal pagi ni?" gumam Datin Karina.

Ting! sekali lagi loceng berbunyi.

"ya ya kejap"

Pintu utama dibuka. Datin Karina jelas terkejut.

"Adik...kenapa tiba-tiba.." pertanyaan Datin Karina terus mati apabila Isya hanya melulu masuk dan terus naik ke tingkat atas untuk ke biliknya. Datin Karina berasa pelik dengan anak perempuannya itu.

Datin Karina juga perasaankan mata Isya yang bengkak.

Mana tidaknya, sepanjang malam dia menangis kerana tidak dapat tidur dengan lena semalam. Dia juga tidak menyangka Ariff sanggup 'menyentuhnya' tanpa kerelaannya. Padahal, sebelum ini Ariff pernah berjanji kepada Isya bahawa dia tidak akan 'menyentuh' Isya selagi Isya belum bersedia.

Namun begitu, biasa lah manusia sekadar mampu berjanji tetapi tidak pernah menepati janji tersebut!

SELESAI solat subuh, Ariff terus ke bilik Isya. Dia mahu ajak isterinya berbincang secara baik. Dia juga mahu meminta maaf pasal semalam.

"Sayang.." Pintu bilik diketuk oleh Ariff berkali-kali tetapi pintu masih belum terbuka.

Ariff cuba membuka pintu dan sememangnya pintu tidak terkunci.
Ariff melihat katil Isya rapi seperti sudah siap dikemas. Tiada pulak bayangan Isya dalam bilik itu..

Ariff berfikir sejenak. Ariff mengerti Isya sudah keluar dari rumah tanpa pengetahuannya. Isya masih marah dengannya. Ariff meraut rambutnya hingga ke belakang. SERABUT!


-------
. .

8:30 AM

Ariff tahu isterinya itu pasti pulang ke rumah mak mertuanya, Datin Karina. Dengan itu, pagi-pagi dia terus bertolak ke rumah Datin Karina.

sampai sahaja dirumah Datin Karina. Ibu mertuanya itu menyambut kedatangannya dengan baik.

"Ariff , masuklah."

Ariff sekadar tersenyum. Dia melangkah masuk ke ruang tamu dan Dato Eman juga ada di situ.

"papa" Ariff menegur bapa mertuanya dan bersalam dengannya.

Ariff duduk di sofa dan berhadapan dengan Dato Eman.

"Kamu berdua bergaduh ke? Mama cakap pagi-pagi lagi sebelum subuh Isya balik sini. "

"ada salah faham sikit je pa"

"kalau ada masalah bawa berbincang elok-elok. Papa tahu Isya tu keras kepala sikit tapi dia tu juga senang dipujuk. " Kata Dato Eman sambil tersengih. Ariff faham maksud bapa mertuanya itu.

"inshaallah pa..Kami akan cuba berbincang dengan baik."

"Biasalah perkahwinan adanya pasang surut. Mama dan papa juga pernah bergaduh tapi apabila kami buang ego masing-masing. Alhamdulilah okay sampai sekarang. Anak pun dah 4 orang." ujar Datin Karina sambil membawa air tea o untuk Dato Eman dan Ariff.

Ariff sekadar tersenyum dan mengangguk.

"Dari tadi Isya tu tak turun. Asyik berkurung je. Cuba kamu pujuk dia turun makan. Dia tu tak breakfast lagi nantikan gastrik pula." ujar Dato Eman.

Ariff mengangguk. Dia bangun dan terus ke bilik Isya. Kalau ikutkan dia datang ke sini sekadar cukup untuk pastikan Isterinya itu betul-betul ada di sini. Lagi pula, dia tahu Isya masih marah kepadanya.

Ariff membuka pintu yang tidak terkunci itu. Terkejut Isya melihat Ariff di muka pintu biliknya. Isya yang dari tadi asyik termenung di luar balkoni itu. Dia sudah nampak Ariff datang ke rumah itu.

"Kau buat apa kat sini?" Panggilan itu terlalu kasar bagi Ariff. Kali ini dia berdiri sambil membelakangi suaminya.

"Sayang..kita kena bincang."

"nak bincang apa!? Aku rasa takda benda nak berbincang lagi."

Ariff beranikan diri mendekati Isya dan cuba menarik lengan Isya yang berbalut itu di bahagian siku.

"Don't touch me! " Isya melarikan tangannya.

"Abang minta maaf"

Isya tersenyum sinis

"maaf? macam tu je?"

"okay..Sayang cakaplah apa abang kena buat supaya sayang maafkan abang."

" Ceraikan aku"

Ariff terkejut.

"Abang boleh buat apa saja kecuali yang tu. Abang tak sanggup"

"tak sanggup? semalam kau sanggup pula buat aku macam tu"

" Abang betul-betul minta maaf pasal semalam. Abang terlalu ikutkan perasaan. Abang cemburu apabila awak mesra dengan lelaki lain. Please..forgive me"

Isya malas mahu melayan. Dia mahu pergi dari situ. Semakin sakit hatinya terutama apabila melihat Ariff.

"Sayang.." selangkah Isya bergerak lalu Ariff menarik Isya sehingga ke dalam pelukannya. Ariff memeluk pinggang Isya seeratnya. Isya meronta untuk dilepaskan kerana mereka terlalu dekat dan tubuh mereka juga saling bersentuhan.

"Lepaslah!!"

"abang takkan lepaskan selagi sayang tak maafkan abang."

Isya menjeling kepada suaminya. Taknak lepaskan ye!

Buk!

Isya menendang di bawah milik peribadi Ariff..

Auch!

"Aduhh sayang!!" ariff menjerit sambil menahan sakit di bawah. Automatik Ariff melepas Isya.

"padam muka!!" Ujar Isya rasa puas hati.

"sakitlah sayang! " gadu Ariff sambil mengosok belakang badannya untuk hilangkan rasa sakit itu.

Wajah Ariff berkerut menahan sakit. Isya pula rasa bersalah berbuat demikian.

Sampai hati buat suami macam tu!!

Namun Isya beriak seperti tiada apa yang berlaku!

"betul-betul sakit tau ni sayang"

"ada saya kisah?" panggilan itu kembali seperti biasa . Ariff menahan senyumnya . Tiada lagi 'aku kau'. Itu sudah cukup menenangkan hati Ariff.

Ariff rasa sakit itu makin kurang. Dia kembali berdiri tegak.

"Maafkan abang please"

"maafkan awak?" sengaja disoalnya.

Ariff mengangguk laju.

"boleh..tapi dengan satu syarat!"

"apa saja syaratnya abang akan turuti asalkan sayang maafkan abang"

Isya tersenyum sinis.

"terjun!" ujar Isya selamba

"hah?" pelik Ariff dengan kata-kata Isya itu.

"ya terjun. Terjun dari balkoni ni sampai ke bawah..Tadi cakap sanggup buat apa saja asalkan saya maafkan. Nak saya maafkan awak tak?"

"tapi sayang...Tadi awak dah pukul saya 'punya' ni takkan nak suruh saya terjun pulak. Kan patah tulang saya. Susah nak buat 'kerja ' nanti "

Isya mengecilkan mata memandang Ariff. PERVERT!!!

"Eii gelilah cakap macam tu. Tak serik kena tengking semalam"

Ariff ketawa kecil.
apa yang kelakarnya tak tahu!

"baiklah. Abang terjun kalau itu sayang nak. Tapi jangan salahkan abang kalau susah nak buat 'kerja' nanti."

"takda maknanya lah!! Jerit Isya lagi. GERAM!
"elehhh lambattt lagiii..entah-entah takkan langsung terjadi" Sambung Isya

"adakah anda pasti?"

Isya menyilangkan tangannya.

"of course...200%"

"yakinnya kamu!"

"mestilah ...cepatlah terjun!" Isya malas mahu berdebat lama dengan suaminya.

Nasib kau lah Ariff dapat isteri macam ni!! Nasib baik tingkat 2 je. Tapi, dua tingkat pun boleh patah juga tulang ni. Harap-harap ada yang datang selamatkan nanti.

Ariff mengambil kerusi yang berada di situ dan diletakkan berdekatan di hujung balkoni lalu naik ke atas kerusi itu.

"betul ni nak abang terjun"

Isya mengangkat keningnya . Sengaja pertanyaan itu tidak dijawab.

Kalau ikutkan hati takut juga Ariff mahu terjun. Nanti kan tak pasal-pasal patah kaki. Ariff sengaja menerima syarat Isya kerana mahu menguji isterinya sebaliknya Isya juga sengaja menguji suaminya jika benar suaminya itu menyesal dengan perbuatannya semalam.

"Ariff!"

Isya dan Ariff memandang ke bawah setelah kedengaran nama Ariff di panggil. Rupa-rupannya itu adalah Izzat. Izzat datang ke rumah mamanya pagi itu tapi isterinya tidak dibawa bersama kerana Sarah ada kelas mengajar hari ini.

"kau buat apa tu? Jatuh kan nanti."

"Adik perempuan along ni lah yang suruh terjun."

Izzat mempamerkan wajah terkejut.

"biarkan dia Long.." ujar Isya.

"takpayah perangai macam budak-budak boleh tak ! Dah turun ! jangan nak ikutkan sangat Isya tu."

"Sayang isteri lah katakan" ujar Ariff.

"sayang-sayang jugak tapi jangan sampai menyeksa diri"

"macam mana ni sayang? Abang ipar minta turun tu"

Isya menjeling.

"apa yang terjerit-jerit tu Along?" Muncul Datin Karina tiba-tiba kerana kedengaran suara Izzat dari luar.

"tu ahh anak perempuan mama buli suami dia."

"Ya Allah! Ariff.. Buat apa tu..tinggi tu."

"turun"

"alamak sayang! permintaan ibu mertua pulak kali ni." Ariff tahan senyum . Sengaja menyakat isterinya. Lagipun dia bukannya betul-betul nak terjun saja acah-acah je.

Mujur ada ibu mertua dan Abang iparnya! Kalau takk...

Ariff turun dari kerusi .

"okay saya takkan maafkan awak. SENANG!" Ariff dijelingnya tajam . Isya berlalu masuk. Dibiarkan Ariff di balkoni .

Izzat dan Datin Karina hanya mengelengkan kepala dengan perangai Isya dan Ariff tu!

"sayang" panggilan Ariff diabaikan. Isya turun ke bawah . Ariff mengikuti isterinya dari belakang.

Isya menahan GERAM! Walaupun niatnya saja menguji suaminya. Tetapi, Ariff tak nampak bersungguh- sungguh untuk memujuknya. Sayang isteri lah konon!

Nasib kau lah Ariff . Kena pujuk lagi tu!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience