MEREKA mendaftar nama dahulu untuk program orientasi selama 3 hari .
"Isyaaa!
"ERINN!
"Tasyaa!!
Mereka berpaling ke arah suara yang menjerit nama mereka.
Mereka membulatkan mata tidak menyangka dengan figura lelaki yang melambai ke arah mereka.
"Asyraf?" Terkejut mereka melihat asyraf dihadapan mereka sekarang.
"Hey korang buat apa kat sini?" Tanya Asyraf teruja.
"Buat apa lagi kalau dekat universiti ni. Datang nak belajarlah." Jawab Erin
"Biar betul! Bukan korang kata nak masuk form six kan?"
"Takjadi, ada perkara yang tak dapat dielakkan." Jawab Tasya.
"BTW, kau buat apa kat sini. Bukan ke kau belajar kat Perak.?"Tanya Erin pulak.
"Memang lah tapi ayah aku tak jadi dipindahkan ke Perak. Sebab tu aku terus daftar dekat sini."
"Awak baru daftar atau dari mula-mula lepas Spm daftar masuk?" Tanya Isya pula.
" Awal last year lagi."
"Oooo..kira dah hampir setahun
"Ya..hey jom pergi minum kejap . Dekat cafe sini je"
"Boleh juga. Lagipun ada masa lagi ni . " Erin teruja.
"Tu lah.. lagi 2 jam sebelum check in masuk hostel" begitu juga dengan Tasya.
"Jom" ajak Asyraf
"Air dah sampai" Erin membawa air manakala Tasya membawa beberapa snack dan kuih.
Mereka minum air sambil berborak.
"Korang dapat jurusan apa?"
"Jurusan bisnes."
Ouhh
"Sya..asal kau senyap je"
"Awak okay" tanya Asyraf.
"Okay je" Isya senyum.
"Cepat lah minum.. nanti lambat pula." Ujar Isya lagi.
"Betul juga. Walaupun rasa lambat lagi tapi masa itu berlalu pantas."
"Tu lah.. saya pun ada kelas kejap lagi ."
"Ye ke. Kitaorang tak menganggu awak ke" tanya Isya.
"Tak pun. Kebetulan tadi saya dan kawan jalan-jalan kat kawasan Uni ni nak tengok junior2 daftar masuk."
"Kau ponteng kelas ehh?"
"Mana ada kau ni pun Rin . Kebetulan lecturer aku tak datang kelas hari ini ada emergency."
"Oooo"
Selesai minum. Mereka menuju ke dewan pendaftaran kembali.
"Okay lah aku masuk kelas dulu. Jumpa lagi"
"Okay" jawab Erin
Memang menjadi kebiasaan Erin paling banyak mulut.
Tasya dan Isya tersenyum ke arah asyraf yang melambai ke arah mereka.
CEPATNYA masa berlalu...
_ Dua tahun kemudian_
SUDAH 2 tahun mereka belajar di UKM . Diploma pun sudah habis. Sekarang tinggal degree sahaja.
Dengan Asyraf pun jarang berjumpa. Apabila Asyraf mengajak mereka keluar jalan-jalan pun Isya kadang-kadang kerap menolaknya. Pelbagai alasan diberinya. Dia tidak mahu memberi harapan kepada Asyraf.
Isya, Erin dan Tasya berada di kelas mereka untuk subjek seterusnya.
"Betul ke dengar kata Sir Syamsul akan pencen nanti?" tanya Isya.
"Ha' ah itulah apa yang aku dengar juga. Semua duk kecoh cakap pasal ni" jawab Tasya.
"Agak-agaklah kan sapa lah yang ganti Sir nanti. Agak-agaknya juga kita mudah faham tak belajar dengan pensyarah lain nanti. Sir tu lecturer lama dah kat sini. Pendek kata, yang paling senior dan legend. Bukan sahaja sporting tetapi juga hebat mengajar. Boleh katakan semua student mudah faham bila Sir mengajar " kata Erin.
"Yelah kan. Susah nak dapat lecturer macam dia tu. Harap-harap pengganti Sir nanti hebat macam dia." Ujar Tasya
"Insha Allah" jawab Isya.
"Ehh jomlah pergi cafe . Aku dah lapar ni" ajak Tasya.
"Yelah aku pun. Jom." Balas Erin.
Mereka bertiga ke cafe yang terletak di bangunan sebelah..Sesudah sampai mereka mengambil tempat duduk setelah membeli makanan.
Usai makan tengah hari mereka kembali ke kelas.
"Morning semua" Sir Syamsul memberi salam sejurus melangkah ke kelas mereka.
"Morning Sir"
"Saya pasti semua sudah tau yang saya akan bersara minggu depan. Jadi akan ada lecturer baru yang akan mengajar awak semua nanti. Saya harap tiada masalah dengannya nanti."
"Isya" panggil Sir Syamsul.
"Ya Sir"
"Saya harap awak teruskan kecemerlangan awak tu. Nanti kalau ada yang tidak faham boleh rujuk kepada lecturer baru walaupun mungkin pengajaran dia tak sama dengan saya. Awak boleh sahaja teruskan apa yang saya ajar. Saya pun sudah memberinya sedikit sebanyak bagaimana cara saya mengajar awak semua. Jadi saya harap awak faham apa yang dia ajar. Yang lain kalau ada yang tak faham boleh juga mintak bantuan daripada Isya jika Isya tahu jawapan. Isya teruskan kongsi ilmu yang awak ada kepada kawan2 yang lain."
"Baik Sir. Insyaallah." Isya mengukir senyuman
Sir Syamsul meneruskan pengajaran seperti biasa sehingga tamat.
5 HARI KEMUDIAN...
Mereka bertiga berbual di taman Universiti sambil minum.
"Aku dah tgok dia. Handsome weyh" kedengaran student lain yang berada di sebelah meja mereka sedang berborak.
"Betul, ramai kata nampak masih muda lagi."
"Untunglah student jurusan bisnes tu dapat lecturer handsome dan muda."
Erin,Tasya dan Isya mula berasa ingin tahu siapa yang orang sebelah mereka bicarakan setelah jurusan mereka disebut. Erin terus bertanya.
"Sorry mencelah. Tapi siapa yang korang cakapkan tu?"
"Pasal lecturer baru." Balas salah seorang antara mereka berdua.
"Lecturer baru? Ganti siapa?"
Isya, Erin dan Tasya berpandangan antara satu sama lain sekilas kerana terkejut.
"Ada student Jurusan bisnes cakap ganti Sir Syamsul"
Erin, tasya Isya terkejut lagi. Biar betul pensyarah muda?
"Ooo.okay takpelah thanks" orang sebelah mengangguk sambil tersenyum.
Mereka bertiga menyambung makan. Setelah selesai, mereka menuju ke bilih kuliah.Mereka tak sabar untuk mengetahui siapakah pensyarah baru itu kecuali Isya. Tidak langsung menunjukkan riak excited.
"Tak sabarnyaa nakk jumpa dia" Erin menunjukkan reaksi teruja sambil kedua tangannya dirapatkan lalu digengamnya.
"Kau ni. Pantang orang cakap handsome mulalah kau punya perangai gedik tu" Erin menjeling ke arah Tasya. Isya hanya mengeleng.
"Cepatlah jalan. Tak sabar ni" Erin menarik tangan Isya dan Tasya diminta jalan dengan cepat untuk ke kelas.
Tasya dan Isya hanya menurut.
Sampai di kelas terus mereka duduk. Tapi, pensyarah baru itu belum berada dalam kelas lagi.
"Lambatnya dia masuk kelas. Takkan tak jumpa kelas kita kut"
"Kau pun Rin. Kejap lagi masuk lah tu maybe ad urusan lain hendak diuruskan" kata Isya.
"Betul juga kan"
"Good morning semua" ucap seseorang sejurus masuk dalam kelas. Kelihatan pelajar perempuan sudah mula bereaksi teruja.
"Morning Sir" jawab semua student.
"Betul la dia handsome" bisik Erin perlahan Isya dan Tasya tapi cukup didengari oleh mereka sahaja.
"Ishh" Isya meletakkan jari telunjuk di mulut meminta Erin diam.
"Okay. Let me introduce myself first and after that you guys too.
Nama saya Ikram Haziq. Kamu semua boleh panggil saya Encik Haziq sahaja. Tak perlu panggil 'Sir' lagipun saya masih baru di sini. Saya yang menggantikan Tuan Syamsul iaitu mengajar account
"Maybe saya tidaklah sehebat lecturer kamu sebelum ni tapi i will try best to do the best. Saya masuk kelas harini bukan untuk mengajar tapi hanya sesi mengenali student saya dulu. Kebetulan saya datang sini hari ini untuk menandatangan beberapa borang so dengan kesempatan ni saya terus datang ke kelas kamu. Tuan Syamsul pula tiada hari ni. Ada urusan lain.
"Kamu semua dah tahu ke Tuan Syamsul akan bersara lusa?"
"Ya" Jawab semua student.
"Baguslah"
" Bagi tak mahu melengahkan masa jadi saya hendak tahu nama masing-masing dulu ye..Kita mulakan dari arah kanan saya dulu. Silakan awak..
Selesai semua memperkenalkan diri dan sekarang tiba giliran Isya.
"Nur Isya Qaisara"
"So, saya boleh panggil"?
"Just call me Isya."
"ISYA... sedap nama tu..awak boleh duduk"
Isya duduk setelah selesai memperkenalkan diri.
"Baiklah..ada apa soalan?" Tanya Haziq.
"Encik Haziq? " panggil seorang student di sini sambil tersenyum
"Yes"
"Encik umur berapa ? Dah kahwin ke? Nampak muda lagi"
"Amboiiii..soalan tu pula ditanyanya"
Semua Student dalam kelas ketawa kecil.
"Tapi takpe lah dah tanya jadi saya jawab je lah."
"Saya baru sahaja jadi lecturer 2 tahun. Sebelum ni saya mengajar di Kedah tapi saya ditukarkan ke sini untuk mengantikan Sir kamu."
Semua pelajar mengangguk.
"Umur baru 27 tahun sebab tu masih muda. Saya masih lagi "budak baru belajar" sebenarnya tapi saya diberi peluang untuk menjadi pensyarah. Umur baru 27 jadi belum kahwin lah"
Semua pelajar ketawa kecil.
"Awak semua umur sama ke?"
"Tak..ada yang 21 tahun dan 22 tahun." Balas Erin.
"Ouhh..takpe lah. Anggap je saya ni kawan awak semua . Lagipun beza umur kita tak jauh beza jadi sebab tu saya lebih selesa orang panggil saya ENCIK berbanding dengan SIR.
Haziq bercerita sambil tersenyum. Setiap soalan yang ditanya dijawab dengan dengan tenang. Tak kira soalan peribadi ataupun pelajaran sehingga tamat masa pengajaran.
Isya pula sentiasa tidak berasa selesa dengan pandangan Haziq yang memandangnya . Isya berasa pelik dengan pandangan tersebut.
Share this novel