"AMBOI kawan aku sorang lagi ni tersengih-sengih sendirian ni dah kenapa?" Tegur Erin apabila melihat Isya yang tersenyum sendiri menghadap telefon.
Isya masih fokus di telefon dan tersenyum sendirian tanpa sedar dengan teguran Erin.
"Alaaa Rin..orang tengah angau bercinta macam tu lah" ujar Tasya ketika itu duduk bersebelahan katil dengan Erin.
BUM!
"Weyhh!" Jerit Erin sambil membaling bantal tidurnya ke arah Isya yang berada di hadapan katilnya.
"Hishh kau ni suka betul baling barang-barang dekat aku" marah Isya. Telefon yang dipegangnya jatuh ke ribanya.
"Serve your right!" Jerit Tasya geram. Mana tak nya Isya fokus sangat dengan telefonnya sampai tidak dengar apa yang diperkatakan Erin dan Tasya.
"Lain kali bila orang bercakap dengan kau jangan buat-buat tak dengar pula."
"Bila masa pula aku buat-buat tak dengar memang aku tak dengar pun kau cakap apa"
"Mana nak dengarnya kalau asyik menghadap benda tu je." Balas Erin.
"Kau tengah berwhatsApp dengan sape tu?" Tanya Tasya. Tak pernah dia tengok Isya perangai pelik macam tu.
"Adalah...secret"
"Eeuu nak berahsia dengan kitaorang pulak."
"Suka hati lah" Isya ketawa kecil. Takkan lah dia hendak beritahu Erin dan Tasya dia berwhatsApp dengan Rayyan a.k.a her future hubby..huhu.
Erin berlari ke arah katil Isya yang berada di hadapan katilnya. Telefon di tangan Isya dirampasnya. Akibat terlalu fokus dengan telefon Isya tidak sedar dengan kehadiran Erin menuju ke arahnya.
"Rayyan?" Erin melihat nama whatsApp yang di save oleh Isya.
"Bagi sini lah phone aku tu.. kau ni Rin tu kan privasi aku."
"Siapa Rayyan?" Tanya Tasya kehairanan.
"Baik kau beritahu siapa Rayyan. Kalau tak aku tak bagi phone kau ni"
"Hishh kau ni takpayah nak ugut aku macam tu la" Isya mencebik
"Okay lah kalau taknak beritahu aku takkan bagi phone kau ni" Erin berlalu ke arah katilnya. Segaja dia mengayung tangannya mengusik Isya.
"Okaylah okaylah aku beritahu.."
"Sebenarnya Rayyan tu Yen lah aku pernah cerita tu"
"Oooo" ujar serentak Erin dan Tasya.
"No aku tu adik dia yang bagi dekat dia dan lepastu katanya dia hendak whatsApp aku sebab nak kenal dengan aku. Kan aku nga dia tak pernah jumpa."
"Oooo...lagi-lagi lepastu" tanya Tasya.
"Apa lagi? Tu je lah."
"Yeke..habis tu kenapa kau tersengih-tersengih berwhatsApp dengan dia. Dah jatuh cinta ke" kata Erin
"Ehh Rin try kau tgok ada gambar dia tak kat profile whatsApp"
"Takde" belum sempat Erin tengok isya dah menjawab.
"Kau pun tak letak gambar kau"
"Ha 'ah nasib baik aku ni jenis yang tak suka letak gambar sendiri. Kalau tak mesti dia dah tahu rupa aku."
"Alahh apa salahnya kau tu cantik. Bukannya si buruk rupa." Erin dan Tasya ketawa serentak.
"Taknak la aku. Tak kisah la cantik ke huduh ke kau kenal kan aku ni macam mana. Aku tak suka post gambar aku dekat mana-mana. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat terutama lelaki."
"Kalau kau tak percayakan lelaki habis tu kenapa kau layan dia?"
"Saja"
Isya malas hendak beritahu kawanya yang dia berasa selesa dengan Rayyan. Rayyan boleh dikatakan lelaki yang profesional dan beradab. Semua tu boleh nampak dari segi dia bermesej dengan Isya. Sangat-sangat menjaga perasaan orang lain.
"Dah bab sini phone aku" Erin menghulurkan telefon kepada Isya.
"Dah lah jom tidur. Lewat dah ni"ajak Tasya
"Dah jom." Jawab Erin dan Isya serentak.
Mereka kembali ke katil masing-masing untuk tidur.
"ISYA?"-panggil seseorang dari belakang. Suaranya cukup dikenali oleh Isya.
Isya berpaling ke arah suara tersebut.
"Encik Haziq" ujar Isya
"Sorang je ke? Mana dua orang kawan awak tu?
"Err..Erin dan Tasya dah balik hostel."
"Habis tu awak tak balik hostel lagi kenapa?"
"Emm saya nak pergi library jap. Nak pinjam buku."
Sememangnya menjadi kebiasaan Isya ke library setiap hari Khamis untuk meminjam buku untuk study pada setiap hujung minggu.
"Patutlah best student sebab rajin belajar." Puji Haziq
"Erhh taklah mana ada..biasa je"
"Encik Haziq pula kenapa tak balik lagi?" Sambung Isya.
"Saya baru habis meeting dengan Tuan Farid..ni pun dah nak balik tapi tiba2 terserempak dengan awak. Apa kata kita pergi minum dulu saya belanja."
"Err takpe lah Encik Haziq. Saya nak balik hostel."
Isya tidak mahu diperkatakan orang kalau nampak mereka berdua sahaja. Mulut manusia susah nak jangka dan sometimes dalam diam ada yang dengki. Bila dah dengki dengan seseorang pastinya macam-macam yang akan diperkatakan nanti.
"Tadi kata nak pergi library"
'ALAMAKK! Kau ni pun nak tipu agak-agak lah jugak' getus hati Isya.
"Err.. yelah memang saya nak pergi library . I mean lepas pinjam buku saya nak terus balik hostel sebab ni kan dah lewat petang."
Apa-apa jelah asalkan tak keluar dengan dia..
"Takpe lah kalau macam tu ..lain kali lah. Boleh kan?"
'Dia ni dah kenapa. Seram pulak rasa' Bisik hati Isya lagi.
"InshaAllah" jawab Isya sepatah.
"Takpelah encik Haziq. Saya pergi dulu."
"Okay"
Malas hendak menunggu lama , Isya berlalu pergi meninggalkan Haziq di situ. Haziq sekadar tersenyum sendirian melihat Isya yang semakin hilang dari pandangannya.
TING!
Satu pesanan whatsApp masuk.
ASYRAF : AWK BUSY TAK ESK?
Tidak lama selepas itu Isya membalasnya setelah berfikir berkali-kali sama ada mahu balas ataupun tidak.
ISYA : SAYA TAK SURE LAGI LAH. KENAPA RAF?
ASYRAF : SAYA NAK AJAK AWAK KELUAR. TU PUN KALAU AWAK SUDI LAH KELUAR DENGAN SAYA.
ISYA : OUH..TAPI SAYA TAK BOLEH NAK CAKAP 'YES' OR 'NO' SEBAB SAYA TAK PASTI BUSY ATAU TAK. AWAK TAU KAN KADANG-KADANG KERJA TU BOLEH DATANG LAST MINUTE.
ASYRAF : TAKPE SAYA FAHAM.KALAU MACAM TU NANTI KALAU AWAK TAK BUSY BERITAHU LAH SAYA YE.
ISYA : INSYAALLAH
Isya mengeluh nafas lega. Harini sahaja dia dapat mengelak daripada keluar dengan Haziq dan Asyraf. Isya tidak tahu kenapa apabila mereka berdua ajak keluar Isya jadi teringat akan Rayyan. Apa yang Rayyan akan fikirkan nanti kalau dia tahu bakal isterinya keluar dengan orang lain? Walaupun hakikatnya Isya tidak pernah berjumpa atau mengenali siapa Rayyan 'sebenarnya'.
Isya terus menutup telefonnya setelah selesai membalas whatsApp dengan Asyraf. Dia kembali belajar di meja belajarnya di hostel. Erin dan Tasya pula sudah keluar katanya nak pergi beli barang sikit. Disebabkan Isya tidak mahu ikut jadi Isya terpaksa juga menunggu mereka berdua balik sambil mengulangkaji . Takutnya jugak nanti pagar hostel ditutup bila sudah lewat malam.
SEDAR tak sedar dah 3 bulan Isya dan Rayyan berkenalan walaupun melalui whatsApp sahaja.
Mereka berwhatsApp tanpa mengetahui mereka saling mengenali antara satu sama lain.
Isya cancel janji temunya dengan Asyraf kerana dia ingin pulang ke rumah mamanya.
Namun, terbit rasa bersalah kerana dia kerap menolak ajakan Asyraf. Niatnya bukan untuk menyakitkan hati Asyraf tetapi dia tidak mahu memberi harapan kepada Asyraf setelah mengetahui Asyraf suka akan dia.
Asyraf juga tidak mengetahui bahawa Isya akan dijodohkan dengan orang lain iaitu pilihan keluarga.
Share this novel