PAGI ini Haziq akan bertolak ke Kedah. Tugasnya mengajar di UKM sudah tamat. Kini, tugasannya di tempat lain pula.
Hari ini Haziq mengajak Ariff, Isya, Tasya dan Erin sarapan bersama untuk pertemuan terakhir mereka.
Jika berjodoh dan panjang umur pasti berjumpa lagi!
"Encik Haziq jangan lupakan kita orang kat sini nanti walaupun dah jumpa student lain lain" Ujar Erin.
"taklah! Takkanlah saya nak lupakan kamu bertiga. Kamu semua ni bukan sahaja student saya tapi juga kawan baik saya. Selalu bantu saya sepanjang dekat sini. Terima kasih banyak-banyak tau."
"sama-sama encik Haziq" balas Erin wakili mereka berjumpa.
"Nanti kahwin jangan lupa jemput. Mana tau jumpa jodoh orang utara" giliran Tasya pula.
"inshaAllah kalau ada rezeki disitu. Maklumlah 'orang kat sini' bakal jadi milik orang dah."
Haziq memandang sekilas ke arah Isya. Isya hanya tersenyum.
"Hah kau Riff ..nanti kahwin jangan lupa jemput aku. InshaAllah aku cuba apply cuti bila kau kahwin nanti." Haziq menepuk bahu Ariff dengan perlahan yang berada disebelahnya. Mereka berdua semakin rapat sejak Ariff tinggal serumah dengannya.
"janganlah risau. Aku jemput semua nanti. Tak gitu Isya?"
Isya menjeling ke arah Ariff.
Nantikan tak pasal-pasal ada orang makan penumbuk kat sini!
Semua memandang ke arah Isya pelik. Isya pun turut pelik apabila semua tertumpu ke arahnya.
apabila Ariff perasaankan keadaan tersebut. Baru dia sedar yang apa yang dikatakan telah mengelirukan mereka. Pasti difikirkan bukan-bukan.
"maksud aku..Isya kan akan kahwin nanti pastilah dia pun jemput korang juga"
"ouhh"
"okaylah. Saya minta diri dulu . Dah pukul 10 pagi ni. Nantikan jalan makin sesak pula."
Semua terus bangun dari tempat masing-masing. Mereka berempat menunggu Haziq membuat pembayaran dulu.
"okay dah settle" Haziq selesai membayar bil di kaunter.
"okaylah.Kami pun nak kena balik ke Universiti pula sebab tengah hari nanti ada kelas. "
"kamu semua belajar rajin-rajin. Saya doakan yang terbaik buat kamu semua sehingga hari graduasi nanti. Semoga dipermudahkan-Nya."
"InsyaAllah Amin." Ujar Tasya.
" Terima kasih juga Encik Haziq sebab mengajar kami sepanjang mengajar dekat sini." Ucap Isya . Isya juga menghulurkan sesuatu kepada Haziq dalam bentuk kotak kecil.
Ariff sudah memandang mereka berdua dengan cemburunya.
"apa ni?"
"sebuah hadiah dari seorang pelajar kepada gurunya sebagai tanda terima kasih."
Haziq tersenyum . Hatinya berbunga-bunga walaupun dia tahu hadiah itu takda makna lain selain apa yang dikatakan Isya.
"Thanks"
"most welcome"
"woww untungnya dapat hadiah" ujar Erin.
"alaa awak nak ke.? Takpe nanti birthday awak saya post dari Kedah." ujar Haziq.
"takpelah.."
semua ketawa kecil.
------
2 bulan kemudian...
Isya, Erin dan Tasya tamat belajar akhirnya. Mereka berdua hanya menunggu untuk graduation 's day.
Masing-masing sudah pulang ke rumah mereka.
Hari ini pula majlis akad nikah abang sulung, Izzat. Sekarang, tinggallah dia dan abang nombor tiganya , Irfan yang masih belum berumahtangga. Tetapi, Isya juga bakal melangsungkan perkahwinan selepas minggu hari graduasinya nanti .
"Isya!" Kedengaran suara Datin Karina memanggilnya.
Datin Karina sudah muncul di depan pintu bilik Isya.
"Yes maa?"
"kamu buat apa lagi tu. Dah turun cepat semua dah ada kat bawah tu. Nanti lambat sampai ke masjid."
"yelah maa..kejap. Nak pakai shawl ni.
"cepat turun. Mama tunggu dekat bawah."
"ya ..ya"
-------
.
" lambatnya anak dara sorang ni." kata Izzat.
"yelah dah siap ni" balas Isya sambil menuruni tangga. Semua orang hanya menunggu di ruang tamu.
"nasib lah si Rayyan tu nanti dapat isteri yang bersiap berjam-jam" Izzat menuju ke arah Isya. Dahi Isya ditolaknya lembut. Lepas ada isteri nanti susahlah nak bergurau manja dengan adik bongsunya itu.
"hish.." Isya menepis lembut tangan Isya.
"dah jom. Lewat dah ni" ujar Irfan. Irfan memeluk bahu Isya dan berjalan bersama dengan Isya.
Irfan sahaja yang kurang menyakat adik bongsunya .Disebabkan itu Irfan menjadi abang kesayangan buat Isya.
mereka semua bertolak ke masjid.
------
semua sudah siap menunggu di dalam masjid. Pengantin juga sedang menandatangan borang yang diberikan oleh Ustaz Kamil sebagai jurunikah mereka.
Dengan sekali lafaz sahaja, Izzat kini bergelar suami kepada sarah.
selesai menyarungkan cincin. Pengantin bersalaman dengan keluarga mereka yang hadir.
Isya tidak dapat menahan air matanya. Terasa masa berlalu dengan pantas. Suasana mungkin sedikit berbeza nanti. Sama dengan semasa abang nombor duanya kahwin iaitu Ian. Isya jadi sukar untuk bermanja dengan abangnya dan hanya sekadar bergurau melalui percakapan bukan perbuatan.
"alaa kenapa nangis ni. Sepatutnya along yang nangis sebab hari ni Along dah kahwin." Izzat mengesat air mata Isya yang jatuh ke pipi.
Isya menyalami abang sulungnya dan dipeluknya.
"Isya happy je "
"dah..jangan nangis." Izzat mengosok belakang Isya bagi menenangkan adiknya.
Semua yang berada di situ hanya tersenyum. Mereka dapat rasa apa yang tersirat dalam hati Isya.
-----
masing-masing sangat keletihan setelah selesai majlis persandingan Izzat dan Sarah.
Erin dan Tasya pula tidur di rumah Isya kerana turut membantu keluarga Isya mengemas apa yang patut setelah majlis selesai.
Segalanya diuruskan oleh keluarga dan saudara mara sendiri . Padahal boleh sahaja Datin Karina dan Dato' Eiman membayar orang untuk mengemas segalanya tetapi Datin Karina mahu segala diurus olehnya kerana Izzat adalah anak sulungnya.
------
"yeayyy ...settle sudah semuanya. Tak sabarnya nak kerja" Jerit Erin . Namun cukup sekadar didengari oleh Tasya dan Isya.
" kau ni ye pun excited takyah lah jerit macam tu. Kau tu perempuan" Ujar Tasya.
"eh best tau jerit selepas graduasi ni. Rasa segala beban selama ni semua hilang.."
"yelah aku tahu tapi malulah orang tengok."
"alaa..masing-masing tu tengah bergambar. Tak kisah dah apa yang berlaku kiri kanan."
*****
"Hai" tegur Ariff.
"tahniah semuanya nah" Ariff menghulurkan bunga kepada mereka bertiga.
"Thank you Encik Ariff" ujar Isya.
"sama-sama..Takyah nak berencik dengan saya. Awak semua kan bukan student saya lagi."
"takpa lah korang. Aku nak pergi jumpa yang lain jap" Isya mahu mengelak daripada Ariff sebenarnya tetapi tidak mahu ditunjukkan sangat. Cukuplah dia memberi alasan untuk bertemu dengan classmate yang lain.
"eh wait Isya! " panggil Ariff.
"ada apa Encik Ariff?" Isya masih menggunakan panggilan 'encik'
"Saya berhajat nak ajak kamu semua keluar makan. Saya belanja. Kita raikannya."
"takpa lah Encik Ariff. Saya nak raikan bersama family. Encik Ariff pergi je lah keluar makan dengan Erin dan Tasya."
"yeke? Kalau macam tu lain hari boleh?"
"dia ni tak faham bahasa ke. Takkan dia tak perasan lagi aku memang taknak keluar dengan dia" bisik hati Isya.
"Ha'ah lah .Lain kali lah abang Ariff. Nanti kami boleh pergi semua." ujar Erin. Isya menjeling ke arah Erin. Erin melarikan pandangannya.
Suka hati je cakap 'semua pergi' !!
"kalau macam tu , nanti saya whatsApp awak semua bila free"
"okay!" ucap Erin dan Tasya teruja.
Tanpa melengahkan masa, Isya berlalu meninggalkan mereka. Ariff tahu Isya masih marahkannya. Ariff menatap Isya yang berlalu pergi dengan perasaan sayu.
"Abang Ariff jangan terasa hati dengan Isya tu. Dia memang macam tu"
Erin mengangguk tanda setuju dengan Tasya.
"takpa lah Tasya. Saya faham."
Hai semua readers. Qay hanya akan update novel ni sahaja dulu sehingga bab akhir. Untuk novel 'layakkah untuk aku bahagia' , Qay akan update selepas novel ni tamat , okay? Sebab masa yang ada sangat terhad.. Sekarang ni pun Qay dah slow update. Sorry yer.. thanks kepada yang sudi baca novel Qaysha Eliyaa. Qaysha tak mengharapkan apa-apa pun. Qaysha tulis novel ni pun sebab nak isi masa lapang jika ada masa terluang. :) Novel ni pun start masa awal pkp tu...hehe kan masa tu masa free banyak..but now. masa sangat terhad. Harap semua readers faham ye. okay tu je nak beritahu..hehe #thankyou
Share this novel