Bab 24

Romance Series 23528

SETELAH berbual dengan Erin dan Tasya hampir 15 minit berlalu..

Ariff menuju ke arah Isya yang sedang berbual bersama dengan rakan sekelasnya, Julie!

Ariff menghampiri mereka yang berada di kerusi bangku di taman universiti itu.

"Isya" panggil Ariff.

Julie menunduk sedikit ke bawah tanda hormat kepada pensyarahnya.

"ya Encik Ariff. Ada apa?" soal Isya dengan tenang.

"saya nak cakap sikit dengan awak"

"Tapi encik Ariff, saya ada hal penting nak bincang dengan Julie ni" Tipu Isya. Padahal dia sememang tidak mahu bercakap dengan Ariff.

Julie mengerutkan dahi. Pelik!. Bila masa pula dia orang nak berbincang. Bukan tadi Isya tiba-tiba tegur dia dan hanya bertanyakan pasal kerja yang akan dipilih oleh Julie nanti. Memang sah! Isya saja memberi alasan kepada Ariff.

"Err takpa Isya. Awak pergilah bercakap dengan Encik Ariff . Maybe ada hal penting tu." ujar Julie.

Isya memberi isyarat melalui mata ke arah Julie. Julie tahu maksud isyarat itu. Isya sememang tidak mahu bercakap dengan Ariff. Tapi, Julie segaja buat-buat tidak faham dengan maksud yang berikan oleh Isya.

"takpa lah saya pergi dulu." Julie terus berlalu meninggalkan Isya dan Ariff.

"Jue .." Isya memanggil Julie tetapi Julie pekakkan telinga dia. Segaja buat-buat tak faham.

"Hishh " jerit hati kecil Isya.Geram!.

Ariff terus melabuhkan punggung di kerusi bangku itu bersebelah dengan Isya. Automatik Isya terus berdiri. Duduk bersebelah? memang taklah!

Ariff terkejut dengan tindakan Isya. Begitu marah dan bencinya Isya kepadanya.

"ada apa Encik Ariff nak cakapkan?" Isya terlebih dahulu menanyakan soalan kerana dia tidak mahu lama-lama dengan Ariff.

"Awak bencikan saya ke syaa?" soal Ariff tenang.

"kenapa pula saya kena benci Encik Ariff? Ada sebab ke kena benci? " Selamba Isya menanyakannya.

"saya boleh nampak dari segi percakapan awak, cara awak tu sendiri seperti mahu mengelak je dari saya."

"Maybe perasaan encik Ariff je tu"

"see? Awak still panggil saya 'encik' walaupun dah banyak kali saya beritahu takyah berencik dah"

"Maaf encik Ariff. Encik Ariff kan pensyarah saya. Saya kenalah hormat."

"ye saya tahu. Tapi, kan saya sendiri yang beritahu tak payah panggil saya encik lagi. Tengok Erin dan Tasya, elok je panggil saya 'abang Ariff' sama seperti dulu"

"itu dia orang. Bukan saya."

Ariff mengeluh berat.

"saya harap sangat awak boleh berbaik dengan saya sama macam Erin dan Tasya."

"emm takpalah Encik Ariff. Saya rasa family saya tengah cari saya tu. Kita jumpa lagi ye." Isya terus meminta diri. Tanpa tunggu Ariff membalasnya, kaki laju melangkah meninggalkan Ariff di situ. Ariff mengeleng kepala dan pada masa yang sama Ariff mengeluh sekali lagi.

"saya harap sangat lepas kita kahwin awak boleh terima saya seadanya."gumam Ariff sambil mandang Isya yang sudah jauh dari pandangannya.


-----

"Hey bakal isteri orang. Baru turun ke?" Ian memerli Isya yang baru turun ke bawah. Sejak dari tengah hari tadi asyik berkurung dalam bilik.

"Ha'ah baru turun. Tapi, kalau ikutkan hati tahun depan baru nak turun." jawab Isya selamba. Nak perli orang sangat kan?

"amboi, kata-kata dia!"

Isya melabuhkan punggung di sebelah kak iparnya , Mia. Tubuh Mia dipeluk seperti bertahun-tahun tak jumpa. Mereka pasangan suami isteri itu kerap singgah ke rumah Datin Karina sejak Mia mengandung. Walaupun Mia yang mengandung tetapi Ian yang kuat mengidam. Tidak seperti semasa Mia mengandungkan anak sulung. Nasib baiklah Datin Karina itu rajin melayan kehendak anak-anaknya. Nak makan apa-apa pun boleh asalkan balik makan dekat rumah.

"sedap dia je peluk isteri Angah. Dah tak sabar nak peluk suami sendiri ke?" ujar Ian. Mia hanya mengelengkan kepala sambil tersenyum. Tak habis-habis suaminya nak mengusik Isya.

Isya menjulingkan matanya ke arah Ian.

"elok sangatlah tu biar juling betul-betul baru tau"

"dah. Bila berjumpa je dah macam anjing dengan kucing. Selalu je nak gaduh." Kata Mia. Tak petah lagi melihat dia orang ni. Ada saja benda yang tak kena.

"Angah tu lah kak yang mula dulu." Balas Isya. Tangannya masih melingkar memeluk lengan Mia pula kali ini

"Kak Mia, kenapa tak bawak Thiana sekali.? Isya rindu lah dengan dia. " Isya bertanyakan tentang anak saudara sulungnya itu yang kini sudah 4 tahun umurnya. Budak yang banyak mulut. Kalau dia tidak datang pasti rasa sunyinya di rumah itu.

"Thia duduk dengan nenek dia. Thia pun rindu dekat cik Su dia ni juga. Selalu tanya pasal Isya . Tapi, sekarang Kak Mia dah rasa tak larat sangat sebab kandungan dah mencecah 5 bulan. Mudah terasa penat. Kalau dulu masa mengandungkan Thia kalau 5 bulan masih larat lagi.

Isya tersenyum . Padahal baru 2 minggu tak jumpa. Dah rindu dekat budak comel tu!

"ooo..Maybe yang ni boy kot. Aktif sangat dalam perut tu yang selalu rasa penat."

"amboi pandai-pandai je dia!. Angah dan kak Mia pun tak scan lagi boy or girl." Ian bersuara.

"takpa lah boy or girl. Mana-mana pun okay asalkan baby dalam ni sihat je" Ujar Mia sambil tersenyum manis.

"betul tu" balas Ian

Isya mengangguk tanda setuju


-------

Isya, Erin, dan Tasya spend time bersama seharian hari ini dari tengah hari tadi sehingga ke malam sebelum mereka akan mula berkerja esok. Mereka berkerja dengan keluarga masing-masing. Maklum lah keluarga mereka ada syarikat sendiri.

Mereka berjalan-jalan di KLCC. Permandangan di situ amat cantik pada waktu malam. Tenang juga kelihatannya.

"Isya, lagi 2 minggu kan kau dah nak kahwin?

"Ha'ah Rin."

"macam mana hubungan kau dengan Rayyan. Okay?"

"okay je. Tapi, sekarang ni kami dah jarang contact masing-masing.

"owhh" kata Erin dan Tasya serentak.

"kau tak rasa berdebar ke?" Soal Tasya sambil makan aiskrim Baskin robbins. Malam-malam pun makan aiskrim.

"of course lah aku nervous sebabnya aku tak pernah jumpa dia kan"

"Jangan risau . Takkan lah mak long tu nak bermenantukan orang-orang yang seberangan. Mestilah dia tu elok. Almaklum lah keturunan omputih kan." Tasya dapat tahu sedikit sebanyak pasal tunang Isya melalui papanya juga.

"ermm . Entah . Nantilah kita tengok macam mana. Tapi sebenarnya aku pun rasa tak sabar nak jumpa dia. " Ujar Isya sambil tersenyum . Begitu juga dengan Erin dan Tasya.

"sabar.. Lagi 2 minggu kan." ujar Erin.

Mereka ketawa kecil.

#keepreading..Loveā™” #QayshaEliyaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience