IMBAS KEMBALI
.
.
"Ada apa awak nak jumpa saya pagi-pagi ni?" Soal Maisara kepada Ariff. Awal subuh lagi Ariff menelefon Maisara minta Maisara datang awal ke sekolah hari ini kerana katanya ada hal penting hendak diberitahu.
"Lagi 2 bulan kita dah nak tamat tingkatan 6. Jadi, saya rasa awak perlu tahu hal ni."
"Tentang apa? Serius je nampak!"
"Maisara..s-saya suka akan adik angkat awak"
Maisara terkejut mendengarnya. Macam tidak percaya!
"Siapa ?" Tanya Maisara untuk kepastian walaupun dia tahu siapa orangnya diantara tiga adik angkatnya itu kerana dia pernah perasan akan diri Ariff apabila setiap kali sebut pasal mahu keluar bersama dengan adik angkatnya pasti "orang itu" selalu ditanya ikut atau tidak.
"Isya!"
Maisara mengangguk sambil tersenyum sinis. Maisara sudah agak mesti Isya orangnya!
"Sejak bila?"
"last year. Saya pernah nampak dia masa sambutan hari raya tahun lepas. "
"Cinta pandang pertama? Hebat!!" Tangan ditepuk berkali-kali.
"Jadi, dah setahun lebih awak simpan perasaan ni. Habis tu kenapa awak masih teruskan hubungan kita ni?!"
"Sebab tu saya beritahu awak sekarang ni. Dulu, mungkin saya tak berfikir betul-betul pasal semua ni. Tapi, apabila saya fikirkan semula lebih baik saya beritahu awak juga."
"Saya kecewa lah dengan awak! So, sekarang ni apa? Awak nak putus dengan saya pastu nak bercinta dengan adik angkat saya.. DIA tu adik angkat saya Ariff!!"
"Ya saya tahu. Tapi.."
"Isya tahu awak sukakan dia?" Maisara menyekat kata-kata Ariff.
"Tak. Tapi saya akan beritahu dia hari ni juga"
"Ariff!!" Marah Maisara.
"Awak rasa kalau awak beritahu dia pasal perasaan awak tu dia akan terima ke? Tak Ariff. Sebaliknya dia benci awak sebab dia akan rasakan awak punca kami jadi musuh nanti." Sambung Maisara.
"Apa maksud awak?"
"Kalau awak beritahu dia tentang perasaan awak tu. Saya tidak akan anggap dia macam adik saya lagi. Saya akan benci dia. Awak tahu kan bertapa rapatnya kami. Cubalah kalau nak tengok hubungan antara kakak dan adik yang dah terjalin selama 4 tahun musnah macam tu je. "
Ariff terdiam. Betul apa yang diperkatakan oleh Maisara itu. Ariff tahu Maisara dan Isya sangat rapat. Dia tidak sanggup menjadi punca permusuhan antara mereka.
-----
FLASHBACK LAGI!!
"Isya" Ariff menegur Isya yang sedang tekun melihat Erin dan Tasya bermain bowling. Ariff mengambil tempat duduk disebelah Isya.
"Kenapa tak main sekali dengan mereka? "
"Tak pandai. Kalau saya main nanti masuk kat dalam longkang tepi tu"
Ariff ketawa mendengarnya.
Isya pandang sekilas .
"Nak saya ajarkan"
Belum sempat Isya berkata. Datangnya Maisara.
"Hey! " Maisara mencelah dan datang ke arah mereka. Dia perasankan dari tadi Ariff dan Isya berbual.
Ariff terus berubah riak wajahnya.
Isya tersenyum kepada Maisara.
"Borak apa tu? " soal Maisara.
"Borak kosong je kak"
Maisara mengangguk. Ariff di pandang sekilas sebelum kembali memandang ke arah Isya.
"Tu ahh abang Aiman ajak Isya bergambar dengan dia."
"Ah yeke?"
Maisara mengangguk
"Awak, jomlah main sama-sama" Maisara mengajak Ariff. Dia juga tidak mahu Ariff selalu bersama Isya. Dia tidak mahu Ariff meluahkan perasaannya.
"Takpa lah. Isya pergi sana jap" kata Isya. Jari ditunjukkan ke arah Erin dan Tasya yang sedang bermain bowling. Aiman turut join mereka berdua.
"Okay"
Isya berjalan ke arah kawan-kawannya.
"saya nak pergi toilet jap" ujar Ariff. Dia malas berada disitu. Tambahan lagi apabila kena melihat Isya bergelak ketawa dengan Aiman walaupun Erin dan Tasya ada di situ juga tapi dia tetap rasa cemburu.
"Okay."
Ariff meninggalkan Maisara disitu keseorangan. Maisara melihat ke arah mereka berdua sambil memeluk tubuh. Dia tersenyum sinis.
"Saya tahu awak cemburu tengok mereka berdua bermesra." Bisik hati Maisara.
"Mana dia ni? Tahulah tengah merajuk tapi cubalah angkat bila orang call ni! " Isya membebel sendirian. Dari tadi dia ulang alik di ruang tamu rumahnya itu. Banyak kali dia call suaminya tapi langsung tidak diangkat.
"Hish jangan buat orang risau boleh tak?!" Ujar Isya lagi.
Isya cuba menelefon suaminya lagi. Dan lagi!! Tapi, masih tidak dijawab.
Sampai ke malam Isya menunggu Ariff pulang tapi tidak juga pulang. Dia rasa mahu menangis apabila setiap kali dia menelefon suaminya tapi tidak diangkat. Rasanya dah berpuluh panggilan masuk !
Ariff sememangnya sengaja tidak mengangkat panggilan daripada isterinya. Biar Isya rasa apa perasaannya sekarang apabila tidak dihargai dan diabaikan. Rasakan! Tinggikan suara sangat dekat suami! Buat suami terasa hati! Bukan dia tidak tahu bahawa suaminya itu adalah syurganya sekarang setelah berkahwin!?
Keesokan harinya,
Isya tiada mood untuk ke office. Oleh sebab itu, dia mengambil cuti. Isya ke rumah Datin Karina walaupun dia tahu akan banyak soalan yang bakal ditanya oleh mamanya tentang Ariff. Tapi, pandai-pandailah jawab nanti! Bosan juga kalau duduk sendirian di rumah.
"Nah, mama ada buat kuih seri muka ni . Makanlah! " kata Datin Karina kepada Isya. Dulang yang berisi segelas air teh ' O dan sepinggan kuih yang dibawanya itu diletakkan di meja bulat di hadapan Isya.
Isya pula termenung sendirian di luar laman rumah itu. Walaupun ketika itu, Ian sedang mandi dalam swimming pool dengan anaknya.
"Kenapa dengan adik ni? Ada masalah dengan Ariff ke?" Soal Datin Karina. Ibu mana yang tidak risau apabila berkaitan dengan anaknya
"Takda pape lah ma. Kami okay je! "
"Okaylah SANGAT! Macam lah Along tak tahu yang Ariff tu keluar rumah. Kamu tak tahu pun dia ada kat mana sekarang kan?!" Tegur Izzat secara tiba-tiba datang dari belakang mereka. Izzat mengambil tempat duduk di hadapan Isya.
"Please lah Long.. Boleh tak jangan masuk campur hal rumahtangga adik" balas Isya.
"Hey dik , kau tu adik aku . Kalau kau silap , aku kena tegur."
"Itu bukan tegur namanya tapi PERLI!"
Isya pelik juga macam mana Izzat tahu bahawa Ariff keluar rumah dah 2 hari tidak balik.
"Tu lah, bila orang dah sayang dilayannya macam takda perasaan!"
Belum Isya menjawab , Datin Karina mencelah. Tidak mahu anak-anaknya bergaduh.
"Sudah..sudah.. Jangan pula nanti kamu berdua yang bergaduh ! "
Ian yang mendengar suara Datin Karina terus berpaling ke arah mereka bertiga.
"Along, takpayah masuk campur hal rumahtangga dia orang. Biar dia orang selesaikan sendiri. Kamu pun dik jangan nak cari silap suami kamu je. Silap kamu pada dia pun kena tahu. Minta maaf bila salah. Mama tak tahu apa masalah adik dengan Ariff tapi selesaikan dengan bijak. Jangan terlalu ikutkan perasaan! " sambung Datin Karina sebelum dia berlalu pergi dari situ.
Isya menjeling ke arah abang sulungnya sebelum dia turut berlalu pergi dan naik ke bilik.
Izzat hanya mengeleng kepala memikirkan perangai Isya itu.
Ariff pula menetap di rumah Zarul sudah hampir 2 hari kerana Zarul juga masih belum berkahwin dan tinggal sendirian di rumah . Dia tidak mahu pulang ke rumahnya atau rumah mamanya. Dia perlukan masa untuk ubati perasaan yang terluka itu. Terluka dengan kata-kata isterinya!
Dia mendapat 38 panggilan telefon daripada isterinya tapi satu pun dia tidak jawab. Merajuk betul tu! Selalunya tidak pernah Ariff macam tu kan.
"Ariff, aku ni bukannya nak menghalau tapi saja nak cakap. Apa kata kau balik rumah pastu bincang baik-baik dengan isteri kau. Kau tak terfikir ke pasti dia tengah risaukan pasal kau . Dah dua hari kau tak balik ni "
"Dia tak pernah nak risaukan aku Rul. Biarlah dua hari ke , seminggu ke, sebulan ke. Dia bukannya ambil kesah pun"
"Tak baik kau cakap macam tu bro. Isteri mana yang tak risau pasal suami. Tak elok juga kau tinggalkan isteri macam tu. Keseorangan dekat rumah "
"Tak payah risau lah Rul . Along dia dah whatsApp semalam. Isya ada dekat rumah mamanya. Sebab tu aku tak perlu risau. Biarkan. Aku nak beri pengajaran sikit. Biar dia ingat yang cerai ni tidak boleh bawa main "
"Macam mana abang ipar kau tahu pasal ni"
"Sebenarnya sejak aku kahwin dengan Isya , aku dah makin rapat dengan abang ipar aku tu. Dia dah macam nujum pak belalang semua benda boleh tau. Kalau jumpa dengan dia, dia dah boleh hidu kalau aku dengan Isya tu tengah ada masalah ke tak."
Zarul ketawa kecil. Sampai macam tu sekali Izzat ye. Hebat!
"Aku rasalah kan mungkin sebab Isya tu adik dia. Jadi, sebagai abang dia tahu sangat perangai adik dia tu. Keras kepala sikit dan garang"
"Kau jangan nak cakap wife aku macam tu ye. Walaupun dia begitu tapi dia tetap wife aku dan aku tetap sayang dia"
"Emm yelah. Tapi, garang-garang dia pun nasib baik cantik. Masa aku jumpa dia tu bukan main lagi serius muka tapi mujur cantik. Kalau tak seram nak tengok."
Memang betul kata Zarul. Kalau dipandangnya sekali memang serius sahaja. Muka pun nampak garang. Kalau jadi cikgu tu comfirm semua anak murid takut. Tapi, Isya juga cantik orangnya. Kecantikannya yang terserlah itu menutupi segalanya. Sebab tu ramai lelaki yang berminat. Namun, Ariff juga yang dapat milikinya dan insan yang bernama Nur Isya Qaisara itu sahaja yang akan bertakhta di hati Ariff Rayyan. Tiada wanita lain dihatinya.
"Amboi, puji isteri aku nampak! Kau jangan macam-macam Rul."
"Nak buat macam mana nak puji isteri sendiri takda isteri lagi . Kenalah puji orang lain."
"macam-macam lah kau ni! Orang suruh kahwin taknak!"
"apa susah, aku pun hensem jugak tauu. Sekali petik jari sekali je terus ramai perempuan beratur nak jadi teman hidup aku"
"Elehh , perasan je lebih kau ni!"
Mereka berdua ketawa.
Sekali sekala Ariff menumpang di rumahnya bolehlah juga hilang bosannya sebab ada teman berborak. Kalau tak hari-hari menghadap tv je. Kadang-kadang , tv pulak yang kena hadap dia!
Share this novel