TOK! TOK!
Pintu bilik dibuka dari luar
"Assalamualaikum"- Datin Karina memberi salam lalu menuju ke arah satu-satunya anak perempuan kesayangannya itu.
"Waalaikumussalam Ma"
"Isya buat apa kat bilik ni..sejak dari tadi mama tunggu Syaa keluar bilik lepas lunch tadi"
"Ulangkaji Maa..kan dah nak exam ni"
"Ye ke..dari riak wajah syaa ..mama dah tau syaa ada masalah kan..apa yang syaa fikirkan sebenarnya?"
"Takda la Maa..Syaa okay jer..biasalah dah nak exam ni stress sikit"-Isya memandang wajah Mamanya sambil terukir senyuman diwajahnya agar mamanya tidak curiga apa-apa.."
Sejak akhir-akhir ini Isya asyik termenung..walaupun dia benci akan Ariff tapi dia tetap rasa bersalah sebab berkata sedemikian dulu hingga Ariff terasa dgn kata-katanya..
"Okay la kalau macam tu tapi ingat tau kalau betul-betul ada masalah nanti share dengan mama or your brothers or papa okay?"
Datin Karina dan Dato' Eman mempunyai 4 orang anak..Isya adalah anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan..dia selalu dimanjakan terutamanya oleh abang-abangnya.
"Okay Maa"
Datin Karina terus meninggalkan anak perempuannya itu sendirian..Bagi memberi ruang kepadanya..sebagai ibu..dia sangat mengenali anak-anaknya. Namun begitu, dia tidak pernah memaksa anak-anaknya bercerita tentang masalah mereka..hingga mereka sendiri yang sudi untuk berkongsi.
SETELAH selesai study, Isya turun ke bawah. Hidangan di atas meja makan menjadi perhatian. Lalu, dia menuju ke arah meja makan.
"Wah..banyaknya lauk..makan besar nampaknya malam ni"
"Mestilah..kan ada tetamu nak datang"
"Siapa nak datang Ma?"
"Kawan lama Mama..dia baru balik dari luar negara lepas hantar anaknya pergi sambung belajar..katanya rindu nak makan masakan melayu..jadi mama masakan untuk dia"
"Tapi kenapa dia tak masak sendiri..dia tak pandai masak ke?"
"Hish kamu ni tak elok cakap macam tu..dia cuma rindu masakan mama kan masa zaman universiti dulu mama selalu masak untuk housemates"
"Woww..rajin dan baiknya Mama Isya nii..masakan mama kan always the best"
Datin Karina tersenyum memandang anak perempuannya yang kerap memujinya itu..
Auch!
"Aduhh sakitlah"-isya menjerit kecil kerana rambut yang dikat seperti ekor kuda ditarik oleh seseorang dari belakang
"Padam muka..asal tak turun tolong mama masak tadi..kau tu perempuan..ni tak berkurung jer lepas lunch tadi..lepastu lepas isyak baru nak turun"-kata Izzat kepada adik bongsunya itu
"Mama..tengok Along ni..sakit tau dia tarik rambut Isya"-Isya menuju ke arah mamanya lalu mengadu.
Datin Karina hanya mengeleng-gelengkan kepala..Anak sulungnya itu memang suka benar mengusik anak bongsunya..
"Kesian dekat mama..masak sorang-sorang. Banyak pula tu"
"Isya bukan sengaja pun long..Isya study lah tadi kan dah nak exam..lagipun mama tak cakap pun kawannya nak datang.."
"Yelah Long..kesian dekat adik ni kan dah nak exam ni..biar la dia study..mama okay jer masak sorang-sorang ..macam la mama tak biasa"-Datin Karina terus bersuara..dia tidak mahu anak-anaknya terus bergaduh walaupun dia tahu anak sulungnya itu saja nak kenakan adiknya..
"Hahh..dengar tuu..werkk.."-Isya menjelir lidah kepada Alongnya
"Hishh tak baik macam tu syaa..dah dah..syaa tolong ambil pinggan dan gelas ye..letakkan dekat meja depan tu sekali dengan lauk.."
"Okay Maa"
"Arrghh Alonggg !! " Isya menjerit sekali lagi bila rambutnya ditarik sekali lagi ketika lalu di hadapan alongnya yang tercekak pinggang masa tu..
"Alongg!"-kata Datin Karina
Izzat terus berlari sambil ketawa terbahak-bahak..
"Tengok la nanti...Isya beritahu dekat Kak Sarah yang along sukakan dia"-Isyaa menjerit kepada alongnya yang sudah menuju ke tingkat atas ..cuba untuk mengugut alongnya tapi tak berhasil.
"Tak perlu susah-susah lah nak beritahu dia dikk..Along dah beritahu dekat dia.."-Izzat ketawa terbahak-bahak
"Hahh?"
Isya terus mengikuti abangnya naik ke tingkat atas setelah meletakkan pinggan dan gelas di meja makan ruang makan rumahnya.
"Along..beritahu lah bila Along cakap dekat kak sarah yang along suka akan dia?..bukan selama ni along takut nak beritahu dia.."
"Menyibuk jer dia ni"
"Alaaa long..cakap la..ke along tipu sebenarnya"-Isya terus tercekak pinggang berdiri di depan abangnya itu yang duduk di atas kerusi berdekatan meja kerjanya sambil mengadap laptop.
"Tak payah menyibuk orang cakap..dah pergi tolong mama dekat dapur tu"
"Alaa..semuanya dah siap la..tunggu tetamu datang jer..cakap la Long"
"Minggu lepas abang cakap dekat dia"
"Lepas tu macam mana?terima ke tak luahan tu?" Isya ketawa kecil.
"Of course lah terima. Siapa lah taknak dekat alonng adik yang handsome ni"
"Hihh perasannya"
Tapi sememangnya Izzat juga kacak orangnya. Tinggi dan berkulit putih. Boleh dikatakan anak-anak Datin Karina dan Dato' Eiman semuanya cantik dan kacak.
Izzat ketawa kecil
"Macam tu jer dia terima..biar betul..tak kan dia takda boyfriend kot"
"Dia cakap memang dari zaman belajar lagi dia juga suka dekat along..jadi dia still tunggu along sampai sekarang .She looks so happy when i said i love her..so..she also said she love me too..settle!"
"Ooo..patutlah..bila along nak beritahu dekat mama dengan papa..comfirm dia orang happy sebab anak sulung dia yang terlajak tua dah ni nak kahwin"-isya ketawa kecil
"Amboi,amboi ..sedap jer cakap along ni tua..Along baru 27 tahun okay..belum masuk 30 pun lagi.."
"Bulan januari next year dah 28 tahun..dah sesuai untuk kahwin..nanti lama-lama kak sarah dikebas orang"- Isya menyanyi sambil ketawa lagi. Bahagia.
"Cukup 30 Along kahwin la..Kak sarah pun cakap okay.."
"Ikut suka hati along la..jangan sampai adik dengan acik pula langkah bendul.."
"Gatal nak kahwin dah ke..kamu berdua tu masih belajar lagi.."
"Adik gurau jer lah"
"Adik! ..Long!..mama panggil turun..cepatlah!"- Panggil Ian, anak kedua.
"Ehh Angah..bila sampai?-isya terus menuju kearah angahnya yang tercegat berada di depan pintu..isya bersalaman dgn angahnya..
Sejak Ian berumahtangga, dia tinggal berasingan kerana sudah mempunyai keluarga sendiri. Dia akan datang ke rumah mama dan papanya apabila hujung minggu dan apabila ada majlis di rumah itu.
"Baru jer..kebetulan angah dan kak Mia sampai..kawan mama pun sampai"
"Dah sampai dah ke..jom dik turun"-ajak along
"Kejap adik nak pakai tudung dulu"-Isya terus ke biliknya dan manyarungkan tudung biasa sahaja..
Izzat dan Ian menunggu adik bongsu mereka seketika.
"Dah jom"-ajak isya selepas selesai memakai tudung
Mereka bertiga menuruni tangga ke tingkat bawah..ada sepasang suami isteri yang sedang berbual dengan mama dan papa di ruang tamu.
"Hah Hani..ni Isya,satu-satunya anak perempuan saya..anak bongsu..yang tengah tu anak sulung ,izzat namanya..yang tepi sekali tu dah berkenalan tadi kan. Anak nombor dua"
"Hai Aunty..sihat?"-Isya terus bersalaman dengan Datin Rohani, kawan baik mamanya sejak zaman universiti lagi . Manakala, Izzat bersalaman dengan Datuk Jefry
"Sihat alhamdulilah..besar dah isya..masa kecil dulu jer pernah tengok..makin besar makin cantik ye. Untung siapa jadi suami Isya nanti"
"Ada-ada jer la aunty ni..apapun thanks"-isya berasa malu dgn pujian tersebut..merona merah pipi gebunya itu. Berpura-pura tudung yang disarung itu dibaikinya.
"Elehh malu konon..padahal suka orang puji dia"-kata Ian
Along dan angah serta yang berada di situ terus ketawa.. Isya mencebik.
"Biasa lah Hani..anak-anak lelaki saya suka mengusik adik bongsu dia orang ni"
"Anak-anak muda zaman sekarang..tak macam zaman kita dulu.."-dato'Eman pula menyambung kata2 isterinya
"Sama lah dengan anak-anak saya..macam ni la juga. Biasalah yang bongsu juga perempuan"
Semua terus ketawa
"Dah la jom makan..dah lewat ni ..nanti lauk sejuk tak best pula"-ajak Datuk Karina
"Betul tu ..jom.."-kata Dato' Eman
"Rina, nanti ada benda saya nak bincang lepas makan ." Datin Rohani berbisik kepada Datin Karina semasa mereka berjalan beriringan ke meja makan.
"Okay" balas Datin Karina.
Datin Rohani tersenyum lebar. Tak sabar untuk luahkan hajat yang tersimpan dalam hati.
Share this novel