ISYA, Erin, Tasya seperti biasa bersiap untuk ke kelas.
Namun, Isya tiada mood hari ni untuk ke kelas kerana hari ni ada kelas Encik Haziq.
Mereka bertiga sampai ke kelas.
"Woww ada secret admirer lah kawan kita ni. Dulu kat sekolah sekarang dekat Uni pulak" ujar Erin apabila melihat ada beg kertas berwarna pink di atas meja.
"Sorry..ni siapa punya?" tanya Isya kepada semua rakan sekelasnya di dalam kelas tersebut. Semua student lain menggeleng kepala.
"Kau ni dah tentu-tentu lah kau punya. Sebab hadiah tu kat meja kau..takkan lah aku punya kut" Tasya berkata.
"Ermm tapi pelik siapa bagi" Isya kehairanan sambil mencari nama si pemberi tapi tiada.
"Macam dulu. Asyraf pernah bagi gift dekat kau. entah-entah kali ni dia juga yang bagi"
"Aku tak rasa lah dia bagi sebab aku dah beritahu dia aritu yang aku akan kahwin lepas tamat belajar. Aku beritahu dia yang aku taknak dia mengharapkan apa-apa dari aku."
"Tapiii mana tau dia masih sukakan kau"
"Betul juga cakap si Erin tu . Lagipun kau dengan Rayyan tu belum kahwin lagi . mungkin dia rasa dia ada chance lagi."
"Umm dah lah malas aku nak bercakap pasal benda ni" Isya ambil beg kertas tersebut lalu diletakkan di bawah meja. Dia terus duduk di kerusi dengan rasa tak puas hati. Hatinya juga rasa tidak tenteram memikirkannya.
Pembelajaran Subjek lain berjalan dengan lancar kecuali dengan subjek akaun. Isya tidak tahu kenapa dia tidak dapat menumpukan perhatian memikirkan gift yang diterimanya.
Usai kelas Encik Haziq.
"Isya, datang ke bilik kerja saya kejap" pesan Haziq lalu melangkah keluar.
"Kenapa tu? Kenapa dia nak jumpa kau?" Isya menghinjut bahunya tanda dia juga tidak tahu.
Isya terus mengikut Haziq dari belakang perlahan-lahan.
"Duduk!" Haziq menyuruhnya duduk usai sampai ke biliknya.
"Ada apa Encik Haziq?" Tanya Isya setelah mengambil tempat untuk duduk menghadap Haziq
"Awak dah terima ke hadiah yang saya bagi?"
WHAT!? Jadi Encik Haziq yang bagi tapi kenapa?Aduhh..Buat hal la dia ni.
"So, Encik lah yang bagi shawl tu" Haziq mengangguk.
"Awak suka? Saya tak tahu kaler apa awak suka jadi saya ambil je warna lembut. Perempuan kan suka warna-warna yang lembut"
"Err.. tapi ke..napa Encik bagi sa..ya? Tergagap-gagap Isya bertanya.
"Tanda terima kasih sebab awak dah tolong saya hari tu"
"Takde pape lah Encik Haziq. Kebetulan saya lalu disitu jadi saya tolong tumpangkan"
Isya baru teringat masa dia dalam perjalanan pulang ke rumah mamanya minggu lepas dia ternampak Haziq di tepi jalan sebab keretanya tiba-tiba rosak. So, dia tumpangkan Haziq kebetulan destinasi mereka ke arah yang sama.
"Aduhh menyesal pulak rasanya aku tumpangkan dia. " bisik hati Isya.
"Hishh asal aku cakap macam tu. Jangan isya nantikan tak berkat kau belajar sebab cakap macam tu" getus hati Isya lagi.
"Apa-apa pun saya nak ucap terima kasih. Kalau bukan sebab awak saya tak tahu nak mintak tolong sape. handphone pulak boleh tertinggal dekat rumah"
"Sama-sama. Takpe lah saya keluar dulu encik Haziq" haziq mengganguk.
.
"KAU kenapa ni sya?" Tanya Tasya kehairanan melihat sepupunya itu dari tadi nampak bad mood.
Isya tidak mendengar persoalan Tasya. Dia masih termenung memandang meja sambil straw di mulutnya tapi air tidak diminum.
Burp! Isya?
Panggil Erin sambil diketuknya meja.
"Err ah a..pa? Terkejut isya. Tergagap-gagap dia berbicara.
Erin dan Tasya menggeleng kepada serentak.
"Whats wrong with you..are you okay?
Isya menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal.
"Emm entahlah ..stress aku dengan semua ni" ucap isya dengan nada macam nak menanggis.
"Relaks relaks..cuba kau beritahu apa masalahnya?" Kata Tasya.
"Ha ah" erin mengangguk setuju dengan Tasya.
"Ke benda ni pasal hadiah kau terima tu?" Sambung erin lagi.
Isya mengangguk perlahan.
"Kenapa dengan hadiah tu? Kau dah tahu sape bagi?" Erin kelihatan excited ingin tahu.
Isya mengangguk lagi.
"Sape?" Serentak Erin dan Tasya bertanya..
"Encik Haziq"
"What!?"
Terkejut Erin dan Tasya.
"Asal dia bagi dekat kau?"
"Katanya sebagai tanda terima kasih sebab aku tumpangkan dia masa aku ternampak dia kat highway. Masa tu kereta dia rosak dan secara kebetulan aku lalu di situ masa OTW balik rumah aku."
"Laa sebab tu je kut. Yang kau nak stres sangat ni kenapa?" Si Erin mulut je banyak cakap tapi lambat tangkap dengan maksud Isya.
Susah ke si Erin ni nak faham yang Isya takut benda yang lepas terjadi lagi. Cukuplah Isya tertekan dengan Asyraf dulu. Bila dah okay dengan Asyraf Now dengan Lecturer sendiri pulak! Stres tau..
Pap! Tasya menepuk dahi Erin.
"Kau ni lembab lah. Macam mana lah boleh dapat keputusan cemerlang" ujar Tasya.
"Amboi2 sedap mulut cakap. Biarlah rezeki kejayaan aku Allah yang bagi"
"Dah lah takyah nak bergaduh. Makin stres aku dengan korang ni" isya bangun dari kerusi. Nasi goreng kampung yang dipesan tadi langsung tidak disentuh. Isya pergi dari situ.
"Kau lah ni Rin"
"Asal aku pulak..kau lah!"
Erin dan Tasya saling menuding jari. Dua orang ni kalau tak bergaduh memang tak sah!.
"Dah la takyah kita nak salahkan siapa-siapa..Jom pergi. Isya dah jauh tu."ujar Tasya
mereka berdua mengekori Isya dari belakang ke kelas.
DATIN Karina yang sedang menyedia bahan-bahan masak termenung seketika.
"Mama, jauh termenung.." tegur Izzat yang baru pulang dari kerja.
"Bila kamu balik?"
"Baru je..kenapa ni maa? Mama tak sihat ke?"
"Takde pape..mama cuba teringat tentang adik kamu"
"Siapa?..Angah? Acik atau Isya?"
"Isya.."
"Kenapa dengan dia?"
"Mama risau kalau-kalau dia jumpa lelaki lain kat Uni tu"
"Mama nak risau buat apa..Along kenal sangat perangai adik tu. Dia takkan mudah terpikat dengan mana-mana lelaki"
"Tapi..adik tu dah besar mungkin dia ada pilihan sendiri nanti"
"Mama takyah risau lah. Along gerenti dia takkan mudah jatuh hati dekat mana-mana lelaki. Dan along yakin 200% dia akan suka akan Ariff"
"Mama harap macam tu..lagi satu masa dia balik minggu lepas dia ada sebut pasal Rayyan. Rayyan tu sape?"
"Ya Allah maa..takkan mama lupa kan tu nama Ariff juga. Tapi, nama tu family dia sahaja panggil."
"Ya Allah " Datin Karina menepuk dahi nya sendiri.
"Macam mana mama boleh lupa. Tak pasal2 mama risau tak tentu pasal." Sambung Datin Karina Lagi.
Mereka tergelak kecil.
"Dah la maa. Along naik dulu. Badan ni rasa melekit sangat."
"Ha yelah pergilah mandi dulu. Nanti turun makan. Tolong panggilkan papa kamu jugak suruh papa turun makan malam"
"Baik Madam!" kata Izzat sambil memberi tabik hormat kepada Datin Karina.
Datin Karina menggeleng. Anak sulungnya yang sentiasa menjadi peneman di rumah. Ian sudah berkahwin . Yang dua orang lagi masih belajar.
TING!
Satu mesej whatsapp masuk! Aplikasi WhatsApp dibuka oleh Isya.
ENCIK HAZIQ : ASSALAMUALAIKUM . GOOD MORNING . SAYA MENGANGGU KE?
Isya mengeluh berat menerima mesej tersebut. Disebabkan dah tengok terpaksa lah Isya membalasnya.
ISYA : TAK MENGANGGU PUN. ADA APA ENCIK HAZIQ?
ENCIK HAZIQ : WEEKEND NI AWAK ADA PLAN TAK?
ISYA : PLAN?
ENCIK HAZIQ : YA. MUNGKIN AWAK ADA PLAN DENGAR ERIN N TASYA PERGI JALAN-JALAN WEEKEND NI.
"Korang sini jap" isya panggil Erin dan Tasy yang berada di depan katilnya.
Erin dan tasya bingkas bangun dan menuju ke kawannya itu.
"Tengok ni" isya menunjukkan whatsapp yang diterima kepada kawan-kawanya.
"What!" Serentak Erin dan Tasya
"Comfirm dia nak ajak kau keluar"ujar Tasya.
"So, macam mana ni korang?any suggest?"
"Alaa kalau betul dia ajak kau keluar. Kau terima je lah. Takyah nak bagi alasan bagai" kata Erin
"Betul tu. Lagipun dia lecturer kita . Kalau kau tolak and then dia terasa kau juga belajar tak berkat lagi."
"Tapi masalahnya bukannya aku tengking dia or apa-apa je. Takkan tu kira salah."
"Zaman sekarang syaa. Benda macam ni pun orang akan ambil serius."
"Aku rasa betul lah dia sukakan kau" erin menambah.
"Huhh habis lah aku lepas ni. Lepas satu settle datang pula satu lagi."
"Nasib lah kau. Sape suruh cantik sangat" ujar Erin.
"Hisshh kau ni. Semua allah cipta cantik-cantik. Takyah nak cakap macam tu."
"Yelah" ujar erin dan Tasya serentak.
Erin dan Tasya kembali ke katil mereka. manakala, isya kembali membalas whatsapp Haziq.
ISYA : TAKDE PLAN HUJUNG MINGGU NI.
HAZIQ : YEKE. KALAU MACAM TU BOLEH TAK HARI AHAD NI AWAK TEMAN SAYA PERGI CARI BARANG SIKIT .
ISYA : BOLEH ENCIK HAZIQ.
HAZIQ : ALRIGHT. NANTI SAYA DATANG AMBIL AWAK KAT HOSTEL. SAYA TUNGGU KAT LUAR PAGAR.
ISYA : TAKPAYAH LAH ENCIK HAZIQ. ENCIK HAZIQ HANTAR LOCATION NANTI SAYA PERGI SENDIRI.
ENCIK HAZIQ : OKAYLAH KALAU MACAM TU. SAYA PUN TAK BOLEH NAK MEMAKSA. AWAK SUDI TEMAN SAYA PUN DAH KIRA OKAY.
ISYA : OKAY ENCIK HAZIQ. JUMPA HARI AHAD NI. SAYA NAK SIAPKAN KERJA SIKIT NI. SAYA OFF DULU YE.
ENCIK HAZIQ : OKAY SORRY MENGANGGU
ISYA : OKAY.
Telefon dimatikan. Tidur lebih baik ! Tension! Susahkan jadi cantik ni. Aigoo..
Share this novel