"THANK YOU Isya sebab sudi teman saya" ujar Haziq
"Sama-sama. saya tak kisah pun lagipun Erin temankan saya harini."kata Isya sambil memandang sekilas Erin yang tersengih macam kerang busuk dah tu.
"Takkan ucap 'thanks' dekat Isya jer.. saya takde ke? "tanya Erin. Lengannya dicubit lembut oleh Isya. Erin hanya menjeling ke arah isya.
Dia ni kan . Kalau tak malukan aku memang tak sah!.
"Yela thanks juga Erin sebab sudi temankan saya dan Isya hari ni" ujar Haziq.
"Most welcome" tersengih Erin.
Isya hanya mengelengkan kepala.
Asal lah Aku ajak Kau. Kalau bukan sebabkan Tasya ada hal lain hari ni memang aku hanya ajak Tasya je. Biar Erin duduk kat Hostel sorang-sorang sebab mengedik sangat. PADAM MUKA!!
"Encik Haziq, jom kita pergi makan dulu. Saya terasa lapar lah pulak" ujar Erin tanpa malu.
Ya Allah..sabar je la Isya dapat kawan macam ni.
Isya dah rasa macam nak cabut lari dari situ dah. Boleh pula dia ajak Haziq pergi makan. Eh budak ni!
"Boleh juga. Kan Isya? korang nak makan apa?"
"Err ha'ah encik Haziq. Ikutlah apapun." jawab Isya tergagap.
"Saya terasa nak makan K-Food lah pula" ujar Erin. sekali lagi Lengannga dicubit isya.
"K-Food? apa tu?"
"Korean food lah Encik Haziq. "
"Laaa..saya ingatkan apalah K-food tu."
mereka ketawa kecil.
"Kalau macam tu jom lah. Kita cari kedai makanan korea kat Mall ni" ujar Haziq
"Jom ..saya tahu kat mana tempatnya" ujar Erin teruja. Isya mengeluh perlahan.
ISYA balik rumah mamanya sekali lagi.
Maklumlah dekat sahaja jadi senanglah ulang alik dari Uni ke rumah mamanya.
Termenung seorang diri di luar balkoni sambil mendongak kepala memandang bintang-bintang pada malam itu. Indah sungguh ciptaan Allah!
"Apasal dah lama dia tak whatsapp aku. Busy sangat ke? takkan rindu kut" ujar Isya sendirian di balkoni biliknya.
Tu lah orang cakap bila jauh rindu kalau dekat asyik gaduh. Eh jap mana pernah gaduh sebab tak pernah jumpa. Apalah kau ni Isya Qaisara woi!
"emm dia tak ingat aku ke? Ke dah jumpa orang lain kat sana sampai dah 2 bulan lebih tak whatsapp, tak call"
"Arrrghhh.. apesal aku fikir pasal dia pula. Kenal pun tak apatah lagi nak rindu!!!."
Eleh! Kalau rindu tu mengaku je lah takpayah kelentong macam-macam. Macam lah tak kenal siapa Isya Qaisara !
Isya bercakap sendirian dalam bilik. Dia terasa pelik dengan Rayyan sebab dah hampir 3 bulan tak dengar khabar. Bila Datin Rohani call pun takde cakap apa-apa pula. Isya pun malu hendak bertanya. Nanti kan dikatakan gila dekat anak teruna orang. Anak orang pun bakal suami kau juga. !
1 TAHUN kemudian.
"Leganya rasa dah habis satu sem pula. Now, tinggal 2 sem lagi." ujar Erin
"Tulah kan pejam celik pejam celik lagi 2 tahun kita kat sini." kata Tasya.
"Kenapa? dah tak sabar nak kahwin ke?" Isya mengusik Tasya.
"Kau ni ke sini pula."
"Sedap je usik orang. Kau tu baru betul . Kau ada masa 2 tahun lagi sebelum bergelar wife" Erin pula mengusik Isya.
"Apasal pulak aku yang kena?" Isya mendegus geram.
"Erhh jap bukan ke Rayyan tu dah habis belajar?" Tanya Erin inginkan kepastian.
"Ha'ah" jawab pendek Isya.
"dia tak cakap apa-apa ke?"
"entah"
"entah?"
"Takkan lah kau tak tahu Rin. Dah 2 tahun Si Rayyan lelaki misteri tu dah tak contact kawan kita ni"
"Hah? biar betul."
"Korang rasa dia tu cuma nak mempermainkan aku je. Mula-mula je okay."
"Tak kut sebab hal perkahwinan kau ni rancangan family both of u . Husnuzon lah perhaps he's busy now."
"Betul tu . Aku agree with Erin. "
"Takpe. Aku tak kisah sangat pun sebab aku bukannya kenal dia pun. Biarkan lah dia tu. Lagipun kalau dia taknak kahwin dengan aku takpe lagilah aku hppy sebb aku still boleh rasa bebas."
"Tu lah kan. Kita ni dah stres belajar takkan lah tak boleh nak enjoy sikit lepas tamat belajar. Takkan nak stres memanjang."ujar Tasya lagi.
"Dah lah takpayah fikir pasal dia"
"Kau dengan Asyraf macam mana pulak Tasya?" tanya Isya.
Pada awalnya Isya dan erin terkejut apabila mengetahui Tasya dan Asyraf bercinta. Sekarang dah hampir 1 tahun. Dalam diam eh rupanya ada ubi berisi ye!
"Okay je. macam biasa"
"Tu je.?" tasya mengangguk.
"Tapi papa kau dah bagi green light kan kau dengan dia." ujar Erin.
Betapa gembiranya Isya dan Erin apabila Tasya memberitahu bahawa papanya merestui hubungannya dengan Asyraf . Lagipun Asyraf baik orangnya. Papanya juga sudah mengenali keluarga Asyraf. Jadi papanya yakin Asyraf mampu membahagiakan dan menjaga Tasya dengan baik.
Isya juga happy Asyraf sudah move on dengan kisah lama. Katanya Asyraf dia berterima kasih dengan Isya sebab menolaknya. Kalau bukan disebabkan itu dia tidak akan mengenali Tasya dengan lebih rapat walaupun sebelum ni mereka berempat berkawan baik. Tasya telah banyak membantu Asyraf lupakan kisah lama. Mereka mula rapat sejak 2 tahun lepas.
"Takpe lah Tasya. Insyaallah Allah akan permudahkan segalanya nanti kalau dia betul -betul jodoh kau. Aku harap sangat kau dan dia bahagia dan kekal sampai bila-bila. Lagipun Asyraf baik orangnya. "
"InshaAllah.Aaminn" jawab Tasya.
Mereka bertiga senyum sambil memegang tangan antara satu sama lain.
Share this novel