.
.
ISYA turun ke bawah untuk mengambil air kerana dahaga. Gelas kaca diambil lalu menuju ke mesin air berjenama Coway yang bersaiz sederhana untuk mengambil air panas. Button untuk keluarkan air panas ditekan. Air milo panas dibancuh. Sedikit susu pekat dimasukkan untuk menambahkan rasa manis.
Setelah selesai, Isya kembali naik ke atas ke biliknya. Air yang dibancuh tadi diletakkan di atas meja kecil yang tersedia di dalam bilik. Sementara menunggu suaminya pulang, dia membaca novel kegemarannya seketika.
Air milo yang terletak di meja bersebelah dicapai lalu diminum beberapa teguk sebelum diletakkan kembali ke tempat asal tadi. Gelas berisi air milo tadi diletakkan tanpa menoleh ke sisi dan mata hanya memandang novel sambil membaca.
Buk! Serentak itu, gelas kaca itu terjatuh ke lantai. Dan, pecah berderai.
"Ya Allah ! " Isya yang terkejut sekadar mampu menekup mulutnya. Dia terus turun dari katil dan mengutip serpihan kaca tersebut.
"Auch !" Isya menjerit kecil apabila terkejut terkena serpihan kaca menyebabkan tangannya sedikit terluka.
Luka itu ditiup berkali-kali. Isya berdiri lalu menuju ke arah meja soleknya dan tisu di ambil olehnya bagi mengelap darah dilukanya.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati..?" Bisik hati Isya.
Tidak mahu terus berfikirkan negatif . Isya kembali mengutip serpihan kaca yang pecah dan membersihkannya. Luka tadi hanya ditampal dengan plaster untuk mengelakkan darah dari terus keluar.
.
.
ZARUL berhenti di stesen minyak dahulu untuk mengisi minyak kereta sebelum pergi berjumpa dengan Ariff.
Setelah selesai, dia meletakkan kereta dahulu di tempat letak kereta yang tersedia. Dia menuju ke tandas kerana dia sudah tidak tertahan ingin 'ke sungai kecil'
Selang 10 minit, dia kembali ke kereta. Baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam kereta miliknya. Zarul perasan tayar kereta hadapan di sebelah pemandu telah pancit.
" Hah pancit...aduh, macam mana boleh pancit pulak ni!" Geram Zarul. Dia meraup rambutnya hingga ke belakang. Baru sahaja tinggal sebentar tapi jadi macam ni pulak. Tadi elok sahaja.
"Takkan kena tukar dulu kut...dah lewat ni!" Zarul garu keningnya yang tidak terasa gatal pun. Pening memikirkan masalah yang baru timbul itu. Memikirkan Ariff yang sedang menunggunya itu lagi merungsingkan kepalanya.
Zarul bergerak ke bonet kereta di belakang. Bonet kereta dibuku.
"Oh god! Macam mana aku boleh lupa nak gantikan tayar baru. Menyusahkan betul lah kau ni kereta malam-malam buat hal" Zarul membebel sendirian. Dia memandang sekeliling. Dengan siapa dia mahu minta tolong.
Iphone miliknya di dalam kereta diambil lalu cuba mendail nombor Ariff. Namun, tidak terjawab.
"Come on Rif! Kenapa pulak tak boleh ni. Ariff, please answer!"
"Isy.." Keluh Zarul
Beberapa kali Zarul telefon Ariff tapi tidak dijawab. Akhirnya, jalan yang difikirkan lebih baik dia terus telefon Grab. Zarul membuka aplikasi Grab walaupun dia tahu waktu malam susah untuk dia dapatkan Grab car.
"Maaf encik, ada apa-apa masalah? Dari jauh saya nampak encik gelisah je" Tegur seseorang yang tidak dikenali. Lelaki itu menghulurkan tangan kepada Zarul untuk bersalam . Zarul membalasnya
"Ya...Tayar kereta saya pancit. Saya cuba call kawan tapi tak dapat.
"Takda tayar ganti ke? " Soal lelaki itu.
"Takda. Saya lupa nak gantikan." Kepala yang tidak gatal digaru. Malu rasanya.
"Macam ni lah saya ada tayar ganti . Encik boleh ambil yang saya punya dulu. Lagipun saya nampak macam encik tergesa-gesa ni."
"Ya memang pun. Saya perlu jumpa kawan nanti. Dia dah lama tunggu. " Ujar Zarul
"Takpa ke kalau saya ambil tayar kereta encik?" Soal Zarul pula.
"Takpa-takpa. Mungkin hari ni hari saya bantu orang.. mana tau suatu hari nanti encik pulak tolong saya..."
Zarul sekandar mengangguk sekadar mengerti maksudnya.
"Sekejap saya ambilkan.." Lelaki itu terus membuka bonet keretanya. Tayar kereta telah dibawa keluar. Zarul bernasib baik berjumpa dengan lelaki itu. Kebetulan lelaki yang nampak sebayanya itu meletakkan kereta bersebelah keretanya.
Lelaki itu bukan sahaja memberikan tayar kereta itu tapi turut membantu Zarul menukarkan tayar kereta. Zarul lega berjumpa dengan orang baik yang sudi membantunya. Setelah hampir 10 minit, akhirnya tayar kereta Zarul siap ditukar.
"Encik nampak seperti dah macam pro sangat ni tukar tayar. Sekejap je.." puji Zarul.
Lelaki itu tersengih.
"Sebenarnya saya ada bengkel kenderaan sendiri. Jadi, benda macam ni dah terbiasa..."
"Ooo patutlah.." Mereka ketawa kecil
"BTW , nama saya Zarul..." Zarul terlupa tadi mahu memperkenalkan nama dalam keadaan yang serabut tadi. Dari tadi sekadar ber 'encik' sahaja mereka berdua.
"Saya Iqbal.." Balas lelaki yang membantunya.
"Terima kasih banyak-banyak. Kalau encik Iqbal takda tadi mungkin saya terpaksa menunggu grab malam-malam ni.."
"This is my job! Tolong- menolong tu sikap yang bagus."
"Betul tu..Ni kad saya. Nanti kalau nak ajak minum bolehlah. Saya belanja encik Iqbal.."
"Ni pulak kad saya..Kalau ada masalah dengan kereta boleh telefon saya.." Mereka saling bertukar kad nama dan nombor telefon.
" All right "
.
.
"SORRY lambat. Dah lama tunggu?.." Tegur Ariff kepada Anne yang sedang menunggu keseorangan.
"Not bad la dekat 15 minit juga. Janji pukul 9.30pm tapi sekarang lagi 10 minit nak dekat pukul 10pm. Nasib baik I datang lewat sikit kalau datang awal, lagi lama I tunggu you. You selalunya tak macam ni but now banyak dah berubah since you're married."
Ariff terpaksa menadah telinga mendengar kata-kata Anne. Dia bukannya sengaja lewat . Biasalah Kuala Lumpur kalau tak jem memang tak sah. Tambahan pula, waktu malam macam ni lagi ramai lah orang keluar berjalan-jalan.
"Yelah I tahu salah I sebab lewat. You membebel dekat I je. Yang seorang lagi tu tak nampak pun lagi batang hidung"
"Tu lagi seorang. Dari zaman belajar sampai sekarang lewat je. Dengan you sekali dah berjangkit dengan penyakit 'datang lewat' dia tu. Nak kata ada bini dekat rumah belum kahwin lagi"
Ariff ketawa kecil melihat wajah Anne yang sudah berkerut sambil membebel.
"Dah lah tak payah marah nanti cepat tua. Dah elok tu cantik kan tak pasal-pasal berkedut pula."
Anne terkumat kamit berkata sesuatu. Mungkin sedang mengata orang didepan itu.
"Kalau you cakap I ni cantik kenapa you tak suka I.." Anne sudah penat menyimpan perasaan. Lebih baik diluahkan sahaja barulah rasa ringan sedikit beban yang ditanggung.
Senyuman Ariff terus mati mendengarnya.
"Mencintai seseorang bukan kerana rupa tapi kerana hati. Allah juga yang detikkan hati kita ni untuk mencintai seseorang.."
"Allah juga yang detikkan hati I untuk sayang you " Anne mencelah.
Ariff mengeluh perlahan.
"Tapi , I bukan jodoh you Anne. Allah juga tahu I hanya cintakan Isya Qaisara iaitu isteri I bukan orang lain. InshaAllah, akan ada orang yang lebih baik dan layak untuk you "
Pedih dan sakit tapi terpaksa juga menerima kata-kata itu. Anne tersenyum hambar.
"You tak pernah nak bagi I peluang untuk buktikan cinta I pada you."
"Please Anne . Jangan disebabkan cinta ia memberi kesan buruk pada persahabatan kita yang sudah terjalin sejak 5 tahun dulu. Honestly, I sayang You tapi tak lebih sebagai sahabat.
Mata Anne mula bergenang tapi dia tidak mahu terus beremosi. Perasaan cuba ditahannya walaupun terasa sesak di dada.
"Eh you belum pesan minuman lagi . Kita pesan dulu ye" Anne mengubah topik. Kerana dia tahu jika perbualan itu diteruskan hatinya yang rasa sakit. Anne menekan loceng kecil di atas meja dan seorang pelayan restoran datang untuk mengambil pesanan. Ariff memesan minuman yang dia mahu.
"Mana zarul ni? Dah lewat ni"
Ariff bersuara untuk memecah kesunyian yang mungkin disebabkan perbualan seketika tadi.
"Entahlah dia ni.."
Air yang dipesan oleh Ariff tiba.
"Thank you" Pelayan restoran itu sekadar mengangguk menerima ucapan terima kasih dari Ariff.
"Try call dia.."
Anne terus mendail nombor Zarul namum tidak dijawab.
"Not anwer.."
" Cuba you yang call " Ariff menyeluk poket seluarnya.
"Alamak! Iphone tertinggal dalam kereta. Takpalah biarkan dulu..kita tunggu dia " Ariff tepuk dahi perlahan. Macam mana boleh tertinggal. Mungkin sebab tengah cas tadi .
Anne mengeluh lalu mengeleng kepala." See ...kan I dah cakap.."
Ariff tersengih.
"hmm...mungkin Zarul tengah dalam jem lagi tu. Kita tunggu dulu sekejap kalau tak sampai juga kita balik je lah.." Kata Anne
Ariff sekadar mengangguk. Air yang dipesan tadi diminum. Gelisah juga menunggu Zarul tidak tiba-tiba.
Setelah separuh air tadi diminum. Kepala Ariff terasa pening sedikit secara tiba-tiba. Belakang lehernya diusap perlahan. Seluruh badannya rasa lain. Terasa panas secara tiba-tiba. Dirinya berpeluh.
Anne perasan dengan tingkah laku Ariff yang pelik itu.
"Ariff, kenapa ni.. Are you okay? " Melihat Ariff yang berpeluh tiba-tiba itu menambahkan lagi kerisauannya..
Ariff kerling Anne sekilas. Ariff sedaya upaya menepis perasaan yang di rasai.
Anne bangun dari kerusi dan melangkah sedikit ke depan ke arah Ariff. Bahu Ariff disentuh.
"You okay tak ni?" Soal Anne lagi.
"Don't touch...! No No please. Jangan sentuh I ! "
Dahi Anne berkerut. Kali ni berlapik-lapik kerana terlalu pelik. Kenapa pula dengan Ariff ni?
"Sorry, aku lambat. Kereta buat hal pula.. " Zarul muncul secara tiba-tiba setelah begitu lama Anne dan Ariff menunggunya.
"Zarul!"
"Kenapa ni? Ariff?.." Zarul turut pelik melihat Ariff yang berpeluh banyak itu. Dengan pula, si Anne berdiri di sebelah Ariff. Kenapa pulak Anne ada disitu. Zarul agak Ariff yang ajak, siapa lagi kalau bukan dia.
"Manalah I tahu..! " Jawab Anne gelabah apabila Zarul asyik pandang pelik ke arahnya.
"Kau okay, Ariff?"
"Aku balik dulu..aku dah tak tahan." Ariff terus berdiri.
Dahi Zarul dan Anne berkerut. Mereka berdua saling berpandangan.
Ariff bergerak selangkah ke arah Zarul. Lalu, berbisik sesuatu di telinga Zarul. " Aku tak tahan. Rasa lain.... I need my wife now." Mata Zarul membulat setelah mendengarnya. Zarul benar-benar mengerti dengan maksud kata-kata Ariff.
"Ehh kejap..Biar aku hantar. Risau pula nak biar kau drive sorang."
"Anne , you balik dulu. Biar I hantar Ariff. "
Anne sekadar mengangguk.
"Mana kunci kereta kau? Meh sini aku drive?" Kunci kereta diberikan kepada Zarul.
Akhirnya Zarul yang hantar Ariff pulang ke rumah.
Tanpa sedar, sepasang mata sedang memerhati mereka dengan penuh rasa marah dan sakit hati. Tangannya turut digepal erat. Segala plan yang diatur gagal. Semuanya disebabkan kehadiran Zarul.
Entah bagaimana Zarul boleh sampai tepat pada masanya. Setahu dia, dia sudah mengarahkan orang upahan itu memastikan Zarul lambat sampai atau mungkin tidak perlu muncul langsung pada malam itu. Tetapi, lain yang dirancang lain yang terjadi.
.
.
PANG!
Lelaki yang memakai hodie warna hitam itu ditampar kuat oleh bosnya. Wanita itu rasa bengang dengan segala plan yang diatur itu gagal. Berkali-kali dia menampar lelaki upahannya itu yang berada di depannya untuk melepaskan segala amarahnya.
" Macam mana kau buat kerja! " Tengking wanita itu.
" Saya dah buat apa yang disuruh "
"Apa yang kau buat ? "
" Saya dah pancitkan tayar kereta dia. Tapi, saya tak tahu bagaimana dia boleh sampai tepat pada masa Ariff terkena ubat peransang tu.."
" Bodoh! " Pistol yang berada di tangan wanita itu dihalakan tepat di kepala lelaki itu. Manakala, konco-konco lain terkejut melihat tindakan majikannya itu.
" Kalau bos suruh saya bunuh terus isteri dia tu sudah lama masalah bos tu selesai.."
Wanita itu ketawa sinis
" Kau nak ajar aku pula..Kau tu siapa! Kau tu cuma orang bawahan aku . Jangan nak beri nasihat pulak! Korang pun sama! " Pistol tadi dihalakan pula kepada konco-konco yang lain.
"Dengar sini..aku dah bayar korang mahal-mahal. Jadi, pastikan bayaran aku tu berbaloi. Kalau tak pecah berderai kepala masing-masing kat sini. Faham?! " Tengking wanita itu memberi ugutan.
" Faham bos!" balas konco-konco wanita itu.
"Sudah berambus! Jemy, kau tunggu sini.." Konco-konco yang lain sudah mula beredar seorang demi seorang. Tinggallah wanita itu dan pembunuh upahannya itu yang dikenali sebagai Jemy.
" Aku nak lepas ni segala plan berjaya. Pastikan semua anak buah kau buat kerja masing-masing. Aku bayar kau separuh juta. Jadi, jangan senang-senang boleh selesaikan semua dengan mudah. Aku nak perempuan tu menderita dulu sebelum mati.."
" Bos saya ada idea...Kalau cara kasar kita tak boleh selesaikan dengan mudah apa kata kita guna cara halus.."
" Cara halus? Maksud kau? "
Jemmy tersenyum sinis memikirkan rancangannya. Dia pasti rancangannya kali ini akan berjaya. Bukan sahaja perempuan yang bernama Isya Qaisara itu akan menderita tetapi juga akan kecewa setelah mengetahui kebenarannya. Sudah pasti majikannya itu akan berpuas tadi dapat melihat penyesalan dan kekecewaan Isya Qaisara.
I dah cuba sedaya upaya untuk menulis dengan baik...Hope you guys enjoy this chapter and happy reading...Tq sbb follow, vote dan komen....sorry jugak di atas kekurangan chapter ni....
Share this novel