ISYA mengeliat kecil. Dia tersedar awal . Jam baru menunjukkan 5.30AM. Dahinya berkerut kerana terasa sesuatu sedang menidih perutnya.
Isya memikirkan sesuatu. Dia baru teringat dia berkahwin dengan Ariff. Dia sangkakan mimpi rupa-rupanya satu realiti.
Isya memandang ke sebelah.
"Arghhh!" Automatik Isya terduduk dari baringannya. Wajah Ariff begitu dekat dengannya . Dia terkejut kerana Ariff memeluknya. Mereka tidur dalam satu selimut yang sama dan katil yang sama.
Ariff yang terkejut dengan jeritan tersebut terus membuka matanya.
Jadi, Ariff terus bangun dari baringannya dan terus menatap Isya yang berada di hadapan.
"Kenapa ni sayang?" Soal Ariff. Dia mengosokkan matanya yang masih mengantuk itu.
"Awak tanya saya kenapa! Yang awak tidur kat sini kenapa?"
Isya menyelak selimut yang menutupi separuh badannya. Dia mengeluh lega kerana dia masih berpakaian lengkap dengan baju tidur pijama semalam.
Nasib baik Ariff tidak buat apa-apa terhadapnya semalam.
"Ya Allah, sayang kita kan dah kahwin. Tak salah pun tidur sekatil."
"Saya belum bersedia lagi lah. Awak tak faham ke? Lagipun kita kahwin atas pilihan keluarga jadi tak payah nak tunjuk sweet sangat."
Ariff terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Isya. Ariff sangkakan selepas mereka kahwin, Isya akan semakin okay dengannya. Namun lain yang diharapkan lain yang terjadi.
Isya bangkit dari katil. Dia mengambil tuala yang disidai.
"Sayang nak mandi ke?" soal Ariff. Lagipun baru pukul 5.30 pagi takkan dah nak mandi. Subuh pun belum lagi.
"yelah, takkan nak masak pula"
"Awal lagi ni kan. Nanti takut tertidur pula selepas siap mandi."
"Alaa..lagipun lagi 25 minit sebelum azan subuh. Saya ni jenis mandi lama. Jadi siap mandi tu mestilah dah azan subuh."
"abang nak mandi sekali boleh?" Ariff bangkit dari katil menuju ke Isya.
"eh..eh Jangan nak gatal sangat. Saya tak suka mandi dengan orang lain." Isya menahan depannya dengan kedua tangannya bagi menahan Ariff meneruskan langkahnya. Ariff berhenti di depan Isya.
"Orang lain apanya. i'm your husband, sayang.."
"Husband ke, abang ke, kawan ke . Kalau saya tak suka tak suka lah. "
Ariff mengeleng kepala. Kenalah bersabar dengan isterinya ni.
"Yelah yelah. Tapi, nanti kita solat berjemaah. " Ariff terpaksa akur. Dia juga tidak mahu menambahkan kebencian Isya terhadapnya.
"Emm okay"
Isya melangkah ke bilik air.
apa yang perlu dilakukan sekarang ni adalah menambat hati isterinya.
Isya sudah siap mandi. Azan subuh kedengaran.
"Cakap orang yang sambung tidur tapi sebenarnya dia" Gumam Isya melihat Ariff yang lena tidur di atas katil. Isya melangkah ke arah katil untuk mengejutkan suaminya solat subuh.
"Ariff " Masih tidak menunjukkan untuk bangun. Lena dibuai mimpi.
"Awak bangunlah!" kejut Isya lagi.
Ariff bergerak sedikit. Dia sudah sedar namun sengaja buat-buat tidur. Mata masih dipejam. Hendak tengok sejauhmana isterinya itu mampu kejutkannya. Janganlah disimbah air sudah!
"Hish dia ni kan. Tidur mati ke" ngomel Isya sendirian. Geram! Ariff pula menahan daripada ketawa tercetus mendengar omelan isteri tercinta.
"Awak bangunlah! Isya mengoyangkan badan Ariff sedikit. Ariff masih berpura-pura tidur.
Isya tersenyum sinis. Dia berfikir sejenak. Apa kelemahan lelaki yer?
"Abang sayang ..bangunlah!" meleret Isya menyebutnya. Sengaja buat nada mengoda. Bukan itu ke kelemahan lelaki. Pantang dipanggil dengan panggilan manja.!
Namun Ariff masih berpura-pura tidur.
"Wahai Suamiku sayang yang handsome lagi bergaya. Bangunlah!"
"Ya isteriku yang cantik lagi jelita" Mata terus dibuka. Ariff membalasnya. Ariff ketawa kecil.
Hah! Bangun pun. Ingat selama-lamanya taknak bangun.
"Bangunlah! Solat subuh" Isya memberikan jelingan kepada Ariff. Terasa panas juga pipinya dipanggil sebegitu. Ariff pula yang berbunga-bunga.
"Alaa baru nak bermanja dengan sayang"
"tak payah! bangunlah cepat. Tadi kata nak solat subuh sama-sama. Kalau awak taknak bangun, saya solat sendirian."
Tadi bukan main ajak orang nak solat sama-sama. Dia pula buat perangai.
"Okay-okay, abang bangun tapi morning kiss dulu" ujar Ariff sambil tersengih.
"Penampar ada, nak ke?"
"Amboi, biniku gangster ke ni"
"bangunlah!"
"Yelah" Ariff bangun dari katil.
"Nah tuala" Isya menghulurkan tuala kepada Ariff yang sudah berdiri didepanya. Ariff mengambil tuala ditangan Isya.
CUP! Morning kiss.
Sempat dia mencium pipi isterinya sebelum berlari ke bilik air
"Ariff Rayyan!!" Isya menjerit . Lantaklah orang kat bilik sebelah nak dengar pun. Yang pasti dia tengah geram ni!
Ariff sudah ketawa dalam bilik air.
"Love you sayang!' Jerit Ariff dalam bilik air. Bahagia!.
"Hate you! "
Setelah Ariff siap mandi. Mereka solat subuh berjemaah. Selepas bacaan doa, Isya bersalaman dengan Ariff dan Ariff mengucup dahi isterinya. Walaupun sekeras mana hati isterinya. Dia tahu pasti ada juga kelembutan sebagai seorang isteri.
8.30 AM
ISYA keluar dari bilik dan turun ke bawah. Ariff sudah terlebih awal keluar dari bilik setelah menerima satu panggilan telefon. Entah siapa yang telefon pagi-pagi ni!
"Wah, nasi lemak!"
Datin Karina sedang meletakkan makanan di atas meja.
"Ada apa-apa adik boleh tolong" Sambung Isya lagi.
"Takpa. Tinggal kena buat air jer. Adik pergi panggil dia orang kat luar tu masuk. Sarapan dah siap ni" ujar Datin Karina.
"Ariff pun ada kat situ ke maa?"
"Hish kamu ni. Suami sendiri tak tahu ada kat mana"
"Yelah maa..Dia yang turun awal tadi. Lain lah kalau turun sekali."
"Ada tu ah "
Isya mengangguk.
Isya terus berjalan ke halaman rumah. Kelihatan abang-abang dan suaminya sedang gelak ketawa. Entah apa yang dibualkan! Mengumpat pasal dia ke!
"Hai abang-abangku dan suamiku. Mama panggil sarapan pagi." Tegur Isya. Mereka berempat terus berpaling ke arah Isya sambil tersenyum.
"Dah jomlah, nanti kita berbual lagi"
Mereka terus bangun dan berlalu memasuki rumah. Hanya tinggal Ariff dan Isya di situ.
"Taknak masuk ke?" Soal Isya. Dari tadi Ariff tidak lepas pandang Isya. Dah macam orang angau bercinta. Tapi, memang tengah angau pun. Angau dengan isteri sendiri!
Ariff menghampiri Isya. Pinggang Isya dipeluk oleh Ariff dengan hanya sebelah tangannya. Sebelah lagi tangan dimasukkan dalam poket seluarnya. Cool pulak nampak dia ni!
Ah Berangan!
"Apa peluk-peluk ni " marah Isya. Rimas rasanya!
"Takkan lah nak peluk isteri sendiri tak boleh kot"
"Sayang"
"Emm"
"Tadi cakap nak pura-pura bahagia depan keluarga. Ni lah masanya."
Isya menjeling ke arah Ariff.
Ni bukannya berpura-pura, ni namanya ambil kesempatan!!
Ariff tayang gigi.
Ingat handsome sangat buat begitu! Tapi, dia memang handome pun.
"Yelah" Isya akur. Kali ni dia mengalah tapi lepas ni tak dah!
"WOW lovebirds!" Ujar Ian.
Semua yang berada di meja tersenyum melihat kemesraan Isya dan Ariff.
Isya senyum terpaksa.
Ariff dan Isya mengambil tempat duduk. Mereka duduk bersebelah.
Tanpa berlengah, Isya mengambil pinggan makanan Ariff untuk diletakkan lauk yang ada.
"Kenapa tak bubuh sekali sambal udang tu?" Tanya Datin Karina. Isya hanya mengambil sambal ikan bilis, telur rebus dan timun untuk Ariff.
"Ariff elergic dengan udang maa"
"Laa.. yeke? Mama tak tahu pulak"
Ariff sudah tersenyum, terharu rasanya! Mungkin, Isya masih ingat tentang kejadian dulu semasa mereka keluar makan beramai-ramai, Ariff makan nasi tomyam yang tak disangka ada udang didalamnya menyebabkan wajah Ariff terus bengkak termasuk mata dan ada bintik-bintik merah.Sehinggakan 3 hari Ariff tidak datang ke sekolah.
"Wah, hebat! Baru kahwin dah tahu dah" usik Sarah. Semua di situ ketawa kecil. Merah muka Isya menahan malu.
"Mestilah tahu awak, dia orang kan satu sekolah dulu. Pernah berkawan pula tu" ujar Izzat pula.
Isya terkejut yang abangnya tahu tentang itu. Padahal sebelum ini dia tidak pernah bercerita soal kawan lelaki kepada abang-abangnya.
"Tak payah buat muka terkejut dik. Ariff dah beritahu kita orang tadi"
Hish dia ni tak boleh simpan rahsia langsung!! Habis lah kena perli dengan Izzat, Ian dan Irfan lepas ni!!
Isya mengecilkan mata memandang Ariff. GERAM!
Semua ketawa kecil.
"Emm ..maa paa. Ariff hajatnya nak duduk rumah sendiri nanti." Ariff bersuara sejak dari tadi hanya diam sahaja melihat isterinya diusik oleh abang-abang iparnya itu.
Isya memandang Ariff. Tak berbincang pun pasal ni!
"Baguslah macam tu. Biar hidup berdikari dalam rumahtangga ni supaya lebih matang" ujar Dato Eman.
"Bila kamu dan Isya nak pindah? Dah beli rumah ke?" Soal Datin Karina.
"Dah, lepas bertunang tu Ariff dah carikan. Insya-Allah, mungkin minggu ni juga"
"Baguslah kalau macam tu. Kami okay jer"
Ariff yang perasankan riak wajah Isya tidak puas hati memandangnya. Ariff berbisik kepada isya perlahan-lahan. Silapnya juga tidak berbincang lebih awal dengan isterinya dahulu.
"Nanti kita bincang pasal ni" bisik Ariff. Cukup di dengari mereka kerana yang lain sibuk berbual tentang perkara lain.
-----
"Papa harap kakak boleh jalankan tanggungjawab ini dengan baik. "
Tasya telah dilantik oleh papanya sebagai pengarah pemasaran.
Manakala naim sudah dinaikkan pangkat sebagai CEO Syarikat Mega holdings milik Dato Azlan. Dato Azlan mengharapkan agar anak-anaknya mampu membangunkan syarikatnya dengan lebih cemerlang.
"Insha-Allah pa, terima kasih sebab percayakan kakak untuk uruskan bahagian pemasaran."
Dato Azlan tersenyum. Dia yakin dengan kemampuan Tasya dalam pengurusan.
"Lepas ni papa dah boleh rehat dah. Tapi, tu lah kalau ada cucu lagi best"
"Alaa pa ni. Suka sangat cakap pasal ni. Suruh je abang naim tu kahwin."
"Nak suruh kahwin macam mana kalau calon pun takda" ujar Naim tiba-tiba dari muka pintu bilik kerja Isya.
Tasya sudah tersenyum.
"Alaa anak aunty Sofea yang kawan arwah mama kan ada. Apa nama dia paa..Erm.. Amylia? Ah betul lah Kak Amy" Sengaja Tasya mengusik abangnya itu dengan menyebut nama Amylia.
Tasya dan Dato Razman ketawa kecil melihat muka Naim sudah merah menahan malu. Mana taknya!Naim sukakan Amylia sejak dari zaman sekolah tapi tidak pernah diluahkan.
"Emm.. entah-entah dah kahwin "
"Dia tak kahwin lagi . Papa baru jumpa aunty Sofea minggu lepas. Dia baru balik dari German. Katanya, Amylia juga ikut sama balik sini. "
"Wow paa, lain macam bunyinya. Nak carikan kita orang mama baru ke?" Giliran dato Azlan pula diusik oleh Tasya.
"Hish ke situ pulak! Orang tengah bercakap pasal abang kamu . Papa ni setia kepada yang satu tau. Arwah mama sentiasa dalam hati papa. Papa pernah berjanji dengan mama . Walau apapun yang terjadi papa takkan pernah duakan arwah. Kalau arwah masih ada pasti dia bangga dengan kamu berdua sekarang" Ujar dato Azlan dengan nada sebak. Terasa rindu dengan arwah isterinya yang tercinta itu.
Tasya dan Naim turut terasa sebaknya. Mata Tasya juga sudah berkaca. Bila-bila masa sahaja air mata akan menitis. Dia juga rindukan arwah mamanya.
Tasya memeluk papanya. Selepas itu, giliran Naim juga. Mereka bertiga berpelukan. Tanpa sedar air mata yang ditahan menitis jua.
Suasana yang ceria tadi terus bertukar menjadi sayu dengan perasaan rindu terhadap insan tersayang.
"Kakak sayang papa. Kakak janji takkan sakitkan hati papa lepas ni . Papa jugalah bapa dan ibu untuk kami adik beradik." Air mata yang menitis dikesat.
"Papa juga sayang akan anak-anak papa"
Dato mengeratkan pelukan. Sebelah kanan memeluk anak perempuannya itu dan sebelah kiri memeluk anak lelakinya itu.
-----
"Awak tak cakap pun dekat saya nak pindah"
"Sorry sayang. Lagipun lepas ni sememangnya kita kena duduk berasingan dari ibu bapa kita sebab kita dah kahwin."
"Ye saya tahu. But , at least berbincang dengan saya dulu."
"Okay, abang betul -betul minta maaf sebab buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan sayang."
"Dah la malas nak cakap dah pasal benda ni lagipun awak dah beritahu mama dan papa pun." Isya berasa sakit hati dengan tindakan Ariff yang suka hati buat keputusan sendiri.
Tapi takpa, lepas ni dah tak payah nak tunjuk 'bahagia' depan keluarga mereka.!!
"Lepas ni kalau nak buat apa-apa keputusan tak payah berbincang langsung dengan saya . Anggap je kita buat hal masing-masing. Okay?" Sambung Isya lagi. Dia terus melangkah mahu keluar dari bilik. Dah takda guna nak cakap pasal itu. Nasi sudah menjadi bubur!!
"Sayang.." Isya mengabaikan panggilan Ariff.
Ariff mengeluh berat.
"Ya Allah, lembutkan hati isteriku untuk menerimaku sebagai suami dan mencintaiku sepenuh hati.." Doa Ariff di dalam hatinya setelah Isya hilang dari pandangannya.
Mungkin lebih berat dugaan dan cabarannya selepas ini!
Qaysha Eliyaa♡ Bagi yang belum tahu, Qay hanya update 1 bab seminggu sahaja. Yang minggu lepas sahaja 2 bab sebagai bonus tahun baru kan..huhu tqvm kepada readers yang setia tunggu bab seterusnya. Novel ni hanya rekaan semata-mata. Kalau ada kisah atau nama yang sama harap maafkan Qay yer. Biasalah baru nak belajar tentang penulisan novel ni. :)
Share this novel