Bab 22

Romance Series 23528

5 BULAN kemudian..
final semester!

Petang ini Isya berjanji untuk bertemu dengan Haziq di sebuah restoran setelah kuliahnya tamat.

seperti yang dijanjikan Isya terus ke sebuah restoran. Dari awal, Isya sudah memberitahu rakan-rakannya yang dia akan berjumpa dengan Haziq petang ini. Isya mengajak mereka sekali tetapi mereka menolaknya. Kata mereka kemungkinan ada hal penting yang Haziq mahu beritahu kepadanya sehingga perlu berjumpa di luar.

"Assalamualaikum Encik Haziq" Isya terus menyapa Haziq.

"waalaikumussalam, duduklah!" jawab Haziq.

"sorry lambat , jalan jem."

"takpe saya faham."

"kenapa Encik Haziq mahu berjumpa saya?"

"ada perkara penting saya nak beritahu. Selagi saya tak beritahu awak, selagi tu rasa jiwa ni terseksa."

" apa? nampak penting sangat tu."

"saya...sebenarnya" Rasa sukar untuk diluahkan tetapi Haziq hilangkan perasaan gugup itu. "sebenarnya..saya sukakan awak"

Terkejut Isya. Apa yang ditakutkan selama ini terjadi juga.
Isya cuba beriak biasa.

"Encik Haziq ni janganlah buat lawak macam ni."

Isya tersenyum kelat.

"tak..saya serius Syaa. Saya memang suka akan awak sejak dari first time saya nampak. Hati ni rasa berbeza bila saya pandang awak. Saya bukan cintakan awak sebab awak cantik. Tapi, saya cintakan awak sebab saya tersentuh dengan keikhlasan awak yang selalu membantu orang sekeliling. Awak baik orangnya. Awak ibarat satu dalam sejuta."

Alamak! lebih-lebih pula Haziq ni memuji. Isya pun tak terkata-kata.

"encik Haziq, itu yang awak nampak tapi yang awak tak nampak."

"yes i know because everyone is not perfect."

"Encik Haziq pun tahu kan saya ni tunangan orang."

"ya, saya tahu dan saya tahu juga awak tak kenal pun siapa tunang awak. Macam mana awak nak hidup dengan lelaki yang awak tak kenal Syaa? Sanggup awak seksa jiwa awak?"

"Bagaimana Encik Haziq tahu?"

"Daripada kawan awak. Tapi, awak jangan marahkan dia orang pula. Dia orang takde niat pun nak beritahu tapi terlepas cakap. "

"Tetapi, walaupun saya tak kenal dia, saya tak mungkin sanggup putuskan pertunangan ni."

"saya tak mintak pun awak untuk putuskan pertunangan ni tapi bagi saya sudah cukup awak dah tahu tentang perasaan saya terhadap awak."

"saya minta maaf kalau saya terguriskan hati Encik Haziq."

"kalau rasa kecewa tu rasalah juga but at the same time saya rasa tenang" Masih terukir senyuman dibibir walaupun pahit untuk ditelan kenyataan itu.

Isya turut tersenyum pahit.

"Ada satu lagi perkara saya nak beritahu"

"apa?"

"saya akan berpindah mengajar ke Kedah bulan depan"

"sebab saya ke? "Isya rasa bersalah pula. Adakah sebab Haziq mahu mengelak daripadanya setelah hati dilukai.

"taklah . Saya memang dah rancang awal lagi untuk pindah ke Kedah sebab situ kampung saya. Pada masa sama , saya akan uruskan padi sawah milik arwah ayah saya."

Isya mengangguk tanda mengerti.

"saya harap segala urusan awak dipermudahkan-Nya"

"Amin"


-----------

Dahi Erin berkerut pelik memandang Isya seperti tidak selesa duduknya. Wajah Isya juga nampak pucat.

"Syaa , kau okay ke?" Tanya Erin dengan perlahan kerana takut didengari oleh student lain di dalam kelas. Lagipun masa tu Ariff yang sedang mengajar.

Isya sekadar mengangguk. Hakikatnya dia tak okay!

"tapi, muka kau pucat tu. "

"takde pape lah . Im okay"

Erin berasa risau melihat Isya seperti sedang menahan sakit.
Erin terus membisik kepada Tasya yang duduk disebelahnya kerana dia berada di tengah-tengah antara Isya dan Tasya.

"Tasya, aku rasa Isya tak sihat lah. Muka dia pucat."

Tasya terus memandang Isya dan seterusnya Erin. Selepas itu, Tasya mengangguk.

"Isya, betul ke kau okay ni" kali ni Tasya bertanya kepadanya.

"aku rasa, aku gastrik kut"

"kau tak breakfast lagi ke?"

Isya mengeleng.

"tu lah kau, aku ajak breakfast sekali dengan abang Ariff kat cafe tadi kau taknak."

"takpelah , nanti aku makan."

"tapi muka kau pucat ni"

Memang betul muka Isya pucat waktu itu menahan sakit. Kepalanya juga terasa pening.

"jap" ujar Erin. Isya pelik!

Erin bangun dari duduknya dan mengangkat sebelah tangannya serta memandang ke arah depan.

"abang Ariff!"

semua student tertumpu ke arah Erin. Erin menepuk dahinya. Dia tersedar kerana tersilap memanggil Ariff dengan panggilan 'abang'. Tasya turut menepuk dahi dan Isya pula sudah menahan sabar.

Ariff mengeleng. Dia tahu Erin terlepas panggil sebegitu. Mereka kenal sangat perangai Erin.

"Sorryyyy" ujar Erin menahan malu jugak.

Erin perasaan student di situ memandangnya pelik.

"Ada apa Erin? " Tanya Ariff

"Isya.."

Ariff memandang mereka pelik.
"kenapa dengan Isya?"

"Isya .. gastrik. "

"hah?" Ariff terus menuju ke arah Isya.

"ya Allah Syaa.. Muka awak pucat ni. "

"takpe..Saya okay." Isya tetap berdegil.

"tak, awak tak okay ni. Erin, Tasya bawa Isya pergi bilik kesihatan."

Erin dan Tasya mengangguk.

"jom" Erin dan Tasya memegang Isya dan membantunya bangun . Takutnya rebah nanti

Ariff risau memikirkan keadaan Isya. Tetapi, dia tidak boleh meninggalkan kelas begitu sahaja. Memberi ilmu kepada para pelajar ini juga salah satu amanah yang perlu dilaksanakan sebagai pendidik


--------
Setelah habis mengajar, Ariff terus ke bilik kesihatan untuk menjenguk Isya. Walaupun semasa dalam kelas tadi dia audah bertanyakan keadaan Isya kepada Erin dan Tasya setelah mereka berdua menghantar Isya ke bilik kesihatan.

Terbit rasa cemburu apabila melihat Isya sedang berbual dengan Haziq. Dia juga tahu Haziq juga suka akan Isya.

"Assalamualaikum"

"waalaikumussalam" Jawab Isya dan haziq serentak.

"Bagaimana keadaan awak Isya?"

"alhamdulilah okay dah sikit. Nasib baik Encik Haziq bawakan makanan."

Haziq tersenyum manakala Ariff pula nampak wajahnya tak puas hati.

Isya perasankan riak wajah Ariff berubah.

"Kenapa Encik Ariff? " saja Isya bertanya.

"takda apalah. Takpa lah ,korang boraklah saya masuk bilik saya dulu."

Isya dan Haziq hanya memandang ke arah Ariff yang sudah berlalu pergi.


-------

Petang itu , Isya terus balik ke hostel setelah keadaannya bertambah baik. Nasib baik , sudah tiada kelas selepas itu.

Chirps!

bunyi nada mesej masuk melalui whatsapp. Isya tersenyum melihat nama tertera. Rayyan!

"AWAK APA KHABAR? SIHAT?" saja Ariff bertanya padahal dia tahu Isya sakit pagi tadi.

"ALHAMDULILAH SIHAT *emoji senyum"

"ERM BAGUSLAH . MESTI ADA ORANG SELALU JAGA DIA."

Aikk! Isya berasa pelik. Macam merajuk je. Apasal pulak ni cakap macam tu.

"KENAPA CAKAP MACAM TU? "

"YELAH, SAYA TAKDA KAT SANA NAK JAGA AWAK. MESTI ADA ORANG LAIN YANG JAGA AWAK"

Ariff masih merajuk dengan hal tengah hari tadi. Apabila Isya dengan Haziq, Isya selalu nampak bahagia . Senyum. Tapi , apabila dengan dia asyik masam je muka. Asyik-asyik nak mengelak daripadanya. Sebab tu gastrik kerana diajak untuk breakfast bersama tapi ditolak.

"TAK PAYAH LAH MACAM TU. SAYA OKAY LAH. LAGIPUN KAT SINI ADA KAWAN-KAWAN SAYA YANG AKAN JAGA SAYA. OKAY?"

"OKAY.. SATU JE NAK PESAN"

"APA?" balas Isya

"JAGA HATI AWAK UNTUK SAYA"

Isya sudah tersenyum sendirian. Walaupun 'tak kenal' tetapi hatinya terasa bahagia.

"INSYAALLAH"

"JANJI?" Ariff masih tidak puas hati.

"KAN SAYA DAH CAKAP INSYAALLAH."

"EMM YELAH"

Isya sudah ketawa kecil.

"SAYA ADA KERJA SIKIT NI. NANTI KITA CHAT PULA YE"

"OKAY. TAKE CARE * Emoji Heart"

"YOU TOO"


--------

"Isyaa!? " panggil Erin. Yang baru pulang dari berjoging di taman bersama Tasya. Pagi ini mereka tiada kelas. Tengah hari nanti baru ada.

"Ada apa?"

"nah" Erin menghulurkan beg kertas kepada Isya.

"apa?"

Erin dan Tasya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sebelum dia hendak balik ke bilik tadi pak guard hostel bagi mereka. Tertera nama penuh Isya di beg kertas tersebut .

"takkan lah kita orang nak buka. Tu kan milik kau. Tapi, ada bau macam makanan je" ujar Tasya.

Isya terus membuka beg kertas yang telah dipinkan .
Isya keluarkan isi yang terdapat dalam beg kertas itu.

"kan aku cakap" kata Tasya. Apabila melihat makanan yang diisikan dalam bekas bersegi empat.

Ada surat juga diletakkan di dalamnya.

SELAMAT PAGI,
SAYA ADA MASAK SIKIT TADI. TERUS TERINGATKAN AWAK. MAKAN TAU JANGAN TAK MAKAN . NANTI SAKIT SAYA PULA YANG RISAU TAU.

-RAYYAN-

Isya tersenyum. Tapi, pada masa yang sama, dia pelik takkan lah Rayyan tu sanggup bertolak dari pagi untuk sampai sini pun dah hampir setengah jam. Sekarang baru pukul 8.30 am. Masak sendiri pula tu.

"amboi senyum. sape bagi?" tanya Erin.

"adalah mana boleh beritahu. Secret!"

"elehhh nak berahsia pula. "

"Habis tu, roti canai yang aku belikan untuk kau ni sape nak makan pula" ujar Tasya pula.

"koranglah..aku dah ada sarapan pagi aku" balas Isya sambil ketawa. Makanan diletakkan di atas meja.

"ermm makin gemuk lah aku. Untung lah ada orang hantarkan makanan"

"alahh..kau mintaklah Asyraf hantarkan makanan untuk kau."

"dia? erm lambat lagi. "

"kenapa pula?"

"sebab dia tu tak pernah nak bersweet langsung. Katanya, cukup lah saya sayang awak, awak sayang saya."

" sweet lah tu " ujar erin kali ni.
Isya dan Erin Ketawa .

"suuwittt lah sangat!" meleret Tasya jawab .
Buatkan Erin dan Isya bertambah kuat gelakkannya

Terima kasih kepada yang masih setia menunggu karya penulisan Qaysha!!! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience