TOK! TOK!
"masuk"
Pintu dibuka dari luar.
Ierah melangkah masuk ke arah Isya. Ierah merupakan setiausaha Isya.
"Morning Puan, ni fail yang puan minta"
Satu fail berwarna hitam dihulurkan kepada majikannya itu.
"Thanks Ierah..ada apa-apa lagi"
"ohh ye tadi Dato Eman cakap nak jumpa" Ujar Ira
"Okay..kejap lagi saya pergi jumpa papa"
"Kalau takde apa-apa, saya keluar dulu ."
Isya menggangguk.
PINTU diketuk dua kali sebelum dibuka.
"Pa" Isya menegur papanya yang sedang berbual dengan seseorang. Tapi, tidak kehilangan wajahnya hanya nampak dari belakang.
"Ada apa papa nak jumpa sya?"
"Nih ahh papa nak kenalkan kamu dengan someone."
Isya melangkah ke arah sofa di bilik pejabat Dato Eman dimana Papanya berbual dengan tetamu tersebut.
Orang itu berdiri dan berpusing ke arah belakang. Terkejut Isya melihatnya.
"kenalkan ni Syafiq. "
"awak?" ucap Isya masih terkejut.Tidak sangka mereka berdua akan berjumpa lagi selepas kejadian 2 minggu lepas. Namun, lain pula reaksi Syafiq, hanya nampak bersahaja.
"Hai Puan Isya.." ujar Syafiq sambil tersenyum.
Manakala Dato Eman sudah berkerut dahi.
"kamu berdua dah kenal ke?" Soal Dato Eman.
"Ha ah tapi baru je kenal secara kebetulan"
"baguslah kalau macam tu. Senanglah nak berkerjasama nanti."
"Bekerjasama?" Soal Isya
"Yes! Isya ingat lagi tak papa pernah beritahu kamu yang papa ada tolong kawan papa pasal satu projek ni."
"Ingat"
"Dia tu lah ayah Syafiq, Tuan Shamsul...jadi disebabkan kami dah dapatkan projek tu. Tuan Shamsul mahu kami sama-sama uruskan projek tu. Kami dah dapatkan tapak untuk projek tu. Jadi, kami mahu Isya dan Syafiq sama-sama uruskannya.
"Papa dan Tuan Shamsul dah tandatangan surat perjanjian projek pembinaan hotel tu. Nanti yang lain kamu berdua uruskan.
Isya mengangguk tanda mengerti.
"Kalau takda apa-apa lagi, saya minta diri dulu Dato sebab saya ada meeting lepas ni"
Dato Eman menggangguk. Syafiq bersalaman dengan Dato Eman.
"Ya saya rasa cukuplah sesi perkenalan je hari ni." Dato Eman tergelak kecil
"betul Dato"
Sempat Syafiq memandang Isya sekilas sambil tersenyum sebelum melangkah keluar. Isya turut membalasnya dengan senyuman juga.
"Jumpa lagi" ucap Syafiq.
Syafiq hilang dari pandangan mereka.
"Pa..kalau takda apa-apa lagi, Isya pun keluar dulu ye"
"yelah..."
SETELAH selesai semua kerja di Office , Isya terus pulang .JAM baru menunjukkan 8 MALAM.
Isya duduk sekejap di sofa untuk melepaskan lelah .
Isya mengerutkan dahi pelik kerana bunyi sesuatu dari dapur. Setahu dia Ariff memberitahunya akan pulang lewat hari ni daripada kebiasaannya. Tapi, siapa pulak yang berada di dapur tu?
Kaki melangkah dengan perlahan-lahan ke dapur. Jantungnya berdegup laju. Siapakah gerangan yang berada di dapur itu?
Batang penyapu yang berada di tepi dinding diambil. Bersiap sedia sebelum apa-apa terjadi.
1 langkah
2 langkah
3 langkah
Tik! Lampu tiba-tiba terpadam.
"arghhhhh.....! "jerit Isya sekuatnya. Dalam ketakutan bunyi bising di dapur ditambah pula dengan lampu terpadam!
"aduhh" Jeritan Isya perlahan apabila terdengar suara seseorang seperti terlanggar sesuatu.
Dalam keadaan gelap Isya tidak nampak apa-apa.
"Siapa tu? Kau nak apa hah? Jangan kacau aku?"
Isya rasakan dirinya bersentuhan dengan seseorang. Hampir nak tercabut rasanya jantung ni.
"Jangan sentuh aku! Pergi! pergi!." Jerit Isya. Penyapu di tangan digerak-gerakan seperti memukul seseorang.
"Aduhh sakitlah"
"Kejap! macam kenal suara ni" bisik hati Isya.
Isya mengayunkan lagi penyapu itu walaupun tidak nampak apa-apa.
"Sayang...sakitlah. Boleh tak jangan pukul abang"
"Awak?!"
"Abanglah ni. Sayang ingat pencuri ke tadi?"
"Awak cakap ada meeting. Balik lambat!"
"Last minute, cancel . Tu pasal abang balik awal."
TIK! lampu kembali menyala.
Fuh nasib baik!
Jelas Ariff berada di hadapan Isya.
PANG! Isya menampar bahu Ariff.
"Aduh! sayang ni tak habis-habis nak pukul abang"
"Padam muka! Kenapa tak cakap nak balik awal. Tak pasal-pasal saya fikir bukan-bukan.."
"okay sorry. Lepas ni tak buat lagi. Promise!"
Isya menjeling.
Penyapu diletakkan kembali di tempat asal.
Tik! Lampu terpadam kembali.
"ehh ehh dia main-main pula benda ni" ujar Isya...Kali ni dia tak menjerit kerana dia tahu Ariff ada juga disitu.
"Rasanya tadi tanda amaran lampu nak terpadam. Tengok semua tempat gelap. Kalau menyala pun mungkin tengah-tengah malam nanti."
"Dah lah saya nak naik mandi" Malas melayan! orang penat ni!
Nasib baik mereka menggunakan enjin air automatik . Jadi, walaupun lampu terpadam , air tetap masih ada dan boleh digunakan.
"Awak boleh tolong ambikkan telefon saya dalam beg tu dekat sofa." Dengan lembut Isya bersuara.
Apabila bercakap dengan Ariff bukan main lagi tone suara tu macam malas melayan. Tapi, apabila minta tolong bukan main lagi manja suara tu!
"kejap" Ariff berjalan sambil mengerakkan tangannya seakan mencari sesuatu dalam gelap untuk melangkah supaya tidak terlanggar apa-apa.
Kaki tiba melangkah di sebuah sofa . Dan, dia mencari beg tangan Isya dalam keadaan gelap.
"hah ni pun " Lampu telefon dibuka dan nampak sedikit suasana di rumah itu.
"dah jom kita naik sama-sama"
Isya mengikuti Ariff. Mereka menaiki tingkat atas dengan hanya menggunakan lampu telefon.
"TELEFON saya?" Isya menghulurkan tangan meminta telefonnya dari Ariff.
Ariff menghulurkan telefonnya."nak abang temankan mandi?"
Isya menjeling." TAK PAYAH!
Ariff ketawa
"Pergi masuk bilik awak"
" Takpelah biar abang kat sini dulu. Nanti kalau jadi apa-apa dalam gelap ni.. susah pulak nanti."
"Emmm.."
Ariff mengeling sambil tersenyum.
Walaupun bilik itu diterangi dengan cahaya telefon tetapi masih lagi nampak betul-betul gelap di setiap hujung penjuru. Hanyalah wajah mereka berdua kelihatan.
Isya melangkah masuk ke bilik air setelah mengambil tuala..Pintu ditutup.
Ariff baring sendirian di atas katil bilik Isya. Selang 10 minit....
"AWAKK!! jerit Isya dari bilik air.
sorry ye semua.. Qay dah lama tak update..Busy betul sekarang ni..
Share this novel