ARIFF begitu terkejut melihat Isya di depannya sekarang. Dia terus bangun berdiri di hadapan Isya.
"You , siapa dia ni ? Suka hati nak tengking orang."
PANG! Satu penampar kena di pipi Ariff.
"Heyh!!" Anne menengking Isya. Isya merenung tajam ke arah Anne sebelum dia berpaling kepada Ariff kembali yang masih memandangnya.
"Sayang .." Ariff cuba untuk memegang tangan Isya tapi Isya mengelak.
"Awak memang hebat. Pandai berlakon. Semua yang awak katakan kepada saya itu bohong saja. Sayang konon."
"Tak sayang..Abang cuma.."
"Sudahlah Ariff! Saya dah penat dengan semua pembohongan awak!" Marah Isya.
"You..ni isteri you ke?" Tanya Anne. Dari tadi itu menjeling Isya dari atas bawah.
"Yes! I'm his wife. !. Kalau kau dah tahu dia ni dah kahwin apasal kau terhegeh-hegeh lagi dengan dia. Kau tak malu ke hah?!" Tengking Isya.
"Sayang..kami kawan je. Tak lebih dari tu pun " Ariff bersuara.
Isya tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Dia terus berlalu dari sini. Akhirnya, air mata yang ditahannya tadi kerana tidak mahu Ariff dan Anne nampak dirinya lemah, air mata itu menitis jua dipipi. Dikesat dengan telapak tangannya .
"Sayang.." Ariff mengejar isterinya. Ditinggalnya Anne seorang diri di situ
Dia tidak langsung kisah dengan pelanggan-pelanggan yang memandangnya pelik.
Isya hanya mengabaikan sahaja panggilan itu. Dia terus ke arah keretanya dan masuk ke dalam kereta lalu menguncinya. Nasib baik Isya meletakkan kereta dihadapan restoran itu sahaja. Berkali-kali Ariff mengetuk tingkap cermin kereta Isya.
ARIFF tetap mengejar isterinya dari restoran sehinggalah sampai ke hotel.
"Sayang, wait! Please, let me explain!" Ariff tetap mengejar Isya yang sudah berjalan dengan lajunya.
Sampai sahaja di bilik Suite. Isya membuka pintu bilik Suite nya lalu masuk ke dalam dan menguncinya .
"Sayang, bukalah pintu ni. Bagi abang explain. Sayang dah salah faham ni"
"Salah faham apanya. Saya nampak sendiri dengan mata saya" Sebak Isya. Namun, masih cuba kawal emosinya sekarang ni.
"apa yang sayang nampak tu bukan apa yang sayang fikirkan."
"Sudah ! Saya taknak dengar apa-apa lagi"
"Takpalah. Sayang tenangkan diri dulu. Nanti kita bincang baik-baik. "
Senyap.
Tak lama selepas itu tiada lagi kedengaran suara di luar. Isya membuka pintu perlahan-lahan.
Kosong! Ariff tiada di situ.
Isya menutup pintu kembali.
Beg tangannya di lempar ke atas sofa. Lalu, dia duduk di sofa. Kedua belah tangannya menekup mukanya. Air matanya mengalir jua.
Dia datang ke sini untuk berbaik dengan suaminya. Namun, lain yang dia dapat.
Sepatutnya dia yang memujuk suaminya yang merajuk dengannya. Tapi , sekarang terbalik pula! dia pula yang perlu dipujuk kerana merajuk.
Setelah puas menangis, dia bangun masuk ke biliknya. Dia melangkah ke bilik air untuk mandi bagi menyejukkan api yang membara sekarang ini dalam dirinya.
SELANGKAH Isya melangkah keluar dari bilik air...
"Aaa!" Terkejut dia melihat Ariff duduk bersandar di kepala katil sambil kakinya disilangkan. Kedua tangannya pula diletakkan ke belakang kepala sambil tersengih. Selesa nampak!
"Hai sayang" Dengan selambanya. Ehh geram pulak hati kita!
"Macam mana awak masuk?"
"Rahsia.."
Rahsia lah sangat!
"Sayang.. sini jap"
Isya yang dari tadi berdiri sahaja di depan bilik air terus melangkah ke arah Ariff.
"Apa?"
"Amboi garangnya"
Isya menjeling sekilas.
Namun, Isya menjerit kecil apabila Ariff menarik tangannya sehingga dia jatuh ke atas Ariff. Ariff memeluk tubuh kecil yang berada di atas badannya. Manakala, Isya pula sedaya upaya menahan kedua belah tangannya di atas katil supaya badannya tidak terlalu rapat dengan Ariff.
"Seksi la sayang"
Isya pandang tubuhnya. Dia baru perasan yang dirinya hanya berkemban sahaja memakai kain batik. Kain batik yang dipakai hanya menutupi paras dada sehingga paras lutut sahaja.
Bagaimana pula dia boleh tak perasan. Tak pasal-pasal Ariff melihat pemandangan sebegitu .
Isya cuba untuk bangun namun Ariff makin mengeratkan pelukannya.
Bahu Isya yang terdedah itu dikucup lama.
Kemudian, Ariff menolak perlahan tubuh Isya terletak di atas katil sebelahnya. Lalu, dia mengangkat tubuhnya menidih tubuh kecil yang berada di bawahnya sekarang. Tangan telah ditekapkan sebelah kiri dan kanan Isya bagi menjarakkan sedikit tubuhnya supaya tidak terhempas ke atas badan isterinya.
Mata mereka saling bertaut. Begitu lama.
Serentak dengan itu....
Auchh!
Isya mengosok dahi yang baru dijentik oleh Ariff
Suka hati dia je nak jentik dahi orang. Sakit tahu tak!
"Abang tahulah abang ni tampan. Tapi, tak perlulah pandang abang macam nak telan je..Mata tu tak berkelip langsung."
Perasan! Tak malu puji diri sendiri.
Cakap orang je. Dia tu pun sama je. Pandang-pandang orang jugak!
"So, sayang dah tak marah abang kan?"
Sebenarnya, kalau ikutkan hati nak teruskan aja merajuk tu. Tapi, setelah Zarul whatsApp beritahu yang dia juga ada bersama Ariff dan Anne di restoran tadi. Sekarang, tak jadi dah nak marah-marah.
Jadi, memang betullah apa yang Ariff katakan tadi yang dia dan perempuan itu sekadar berkawan.
Lagi pula, kejadian yang sebenarnya adalah Anne tiba-tiba mahu rebah kata Ariff dan semasa mahu rebah dia menarik lengan Ariff secara mengejut menyebabkan Ariff tidak sempat seimbangan badannya dan terjatuh di atas Anne. Disebabkan itu, dari jauh Isya ternampak Ariff memeluk anne.
Melihat Isya yang masih mengelamun mengingati sesuatu. Ariff mengambil peluang mengucup pipi isterinya disebelah kanan.
Cup!
Isya terkesima lalu jeling sekilas.
Suka hati je nak cium orang. Ingat aku ni anak patung teddy bear boleh cium sesuka hati.
"Tepilah, saya nak pakai baju sekejap"
"Cakap dulu..marah abang lagi tak?"
Isya diam. Hanya memandang wajah tampan itu. Kenapalah bila lagi dekat macam ni nampak lagi tampan?
Ahh berangan lagi!
Cup! Pipi sebelah kiri Isya pula dicium oleh Ariff.
"Sayang.." Ariff baru sahaja mahu mendekatkan bibirnya ke bibir isterinya. Serentak itu..
"Okay-okay saya jawab" Isya menutup mulutnya.
"Tak.." Perlahan sahaja kedengaran jawapan Isya. Namun, cukup didengari oleh Ariff.
"apa? Tak dengar." Sengaja Ariff berpura-pura.
"Saya ..dah..tak..marah..awak" Satu persatu Isya menyebut perkataan itu dengan jelas.
"Takda gunanya nak marah-marah lagi. Bila marah je gaduh. Penat dah rasanya asyik gaduh je." sambung Isya lagi berkata.
" Tahu pun..Ingat suka je asyik cari gaduh dengan abang"
Amboi, perli aku kah!?
" Yeee saya tahu..Salah saya tuduh awak melulu tanpa dengar perjelasan awak. Saya minta maaf juga pasal pergaduhan malam tu. Saya tak sepatutnya tinggikan suara pada awak."
Isya diam seketika..
"Dan.." kata Ariff
"Err, sebenarnya saya marah dan benci akan awak sebelum ni sebab pasal hal 5 tahun lepas. Saya ingatkan dulu awak sekadar mahu permainkan perasaan saya sebab..." Isya malu sebenarnya mahu mengaku hal tersebut.
"Sebab"
"Sebab saya ingat awak suka akan saya masa tu." Isya tutup mukanya dengan kedua belah tangannya.
Ariff menarik tangan Isya.
Ariff bangun daripada menidih Isya lalu duduk bersila di atas katil. Isya turut bangun dan duduk di hadapan Ariff.
Mereka saling berpandangn antara satu sama lain.
Jadi, sayang ingat abang cuma berpura-pura masa tu buat sayang nampak abang sukakan awak. Sayang ingat yang abang ambil berat pasal sayang tu cuma lakonan je? Sedangkan, abang memang sebenarnya ikhlas suka akan sayang masa tu."
Isya mengangguk perlahan.
"Habis tu macam mana sayang tahu yamg abang ikhlas sayangkan sayang masa tu?"
"Sebenarnya..saya ada jumpa Kak Maisara. Dia dah beritahu semuanya termasuklah pasal ugutan dia pada awak tu"
Ariff mengeluh berat. Jadi, Isya dah tahu pasal tu!
Isya menarik tangan Ariff perlahan dan mengenggam tangan tersebut.
"Saya betul-betul minta maaf atas semua silap saya pada awak. Saya tak sepatutnya tinggikan suara apabila bercakap dengan awak, marah pada awak, menolak hak awak sebagai suami. Walaupun saya tahu yang syurga saya ada pada awak."
Air mata Isya terjatuh di pipinya.
Ariff mengesat air mata yang jatuh itu dengan ibu jarinya. Tangannya menyentuh pipi isterinya.
"Bagi abang, sayang adalah isteri yang baik. Sayang tak pernah lupa tanggungjawab sayang sebagai isteri. Setiap pagi, siang dan malam sayang jaga makan minum abang. Lepastu, siapkan baju kerja abang setiap hari."
Isya menarik tangan Ariff dipipinya. Lalu, kedua tangan Ariff di bawa ke bibirnya dan dikucup lama.
Ariff terharu melihatnya. Dalam hati tidak berhenti mengucap syukur pada Tuhan kerana telah makbulkan doanya . Akhirnya, Tuhan bukakan pintu hati isterinya untuk ikhlas menerima sebagai suami.
Ariff turut kucup dahi isterinya. Isya pejamkan mata. Dia dapat rasakan betapa ikhlas suaminya menyayanginya.
Kucupan itu dilepaskan.
"Kita mulakan hidup baru ye? Buka buku baru. Lupakan perkara yang dah lepas." Ariff menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan. Dipeluk isterinya dengan erat.Isya membalas pelukan tersebut.
Ariff mencium di tepi kepala Isya berkali-kali.
Isya pejamkan mata. Dia dapat rasakan hangat tubuhnya apabila dipeluk erat oleh Ariff. Jika inilah kegembiraan yang dia akan rasakan, sudah pasti pada awal perkahwinan mereka lagi Isya menerima Ariff sebagai suami dengan baik.
"I love you sayang" Ucap Ariff perlahan di telinga isterinya. Ikhlas dari lubuk hatinya.
"I love you more , Ariff Rayyan" Kata -kata itu hanya berlalu di hatinya.
Mungkin ini bukan masanya untuk diluahkan sekarang . Walaubagaimanpun, akan tiba juga masanya nanti!
Happy reading.. Follow ig qaysha_eliyaa untuk dapatkan info update.. Tq
Share this novel