BAB 8

Romance Completed 29336

"Lewat pergi kerja? "

Kakiku seolah tertanam di dalam tanah. Langsung tidak mampu bergerak. Sekujur tubuh kaku.

"Nuriez... aku cakap dengan kau ni... "

Aku mengetap bibir. Terasa seperti mahu menyumbat kepala ke dalam mangkuk tandas. Aku malu. Benar-benar malu.

Sah, bunyi pintu tadi tu memang kau kena scam.

Perlahan-lahan aku menoleh memandang Amirul yang sedang tekun membaca buku. Seperti kebiasaan, wajahnya tanpa secalit pun senyuman.

Aku tersengih. "Eh... awak tak pergi kerja? "

Amirul menutup bukunya lalu diletak atas meja kopi. Kini matanya memandang tepat ke wajahku yang bagaikan cacing kepanasan. Tangan disilang memeluk tubuh.

"Tak, cuti. "

Aku terus menundukkan kepala. Tidak berani mahu memandang Amirul yang berwajah kelat itu. Gayanya susah seperti seorang bapa mahu memarahi anaknya. Nada suaranya tidaklah setinggi mana, aku saja yang gelabah tidak tentu pasal.

"Memang sejak kebelakangan ni driver grab semua bangun lewat eh? " soalnya.

Aku menggeleng perlahan-lahan. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiranku. Adakah dia akan marah? Adakah dia akan mengamuk?

"Dah tu, kenapa kau semenjak dua menjak ni asyik pergi kerja lewat? Tak takut traffic jammed ke? " soalnya lagi.

"S.. se.. se.. sa.. c.. cu.. aa... "

"Kau nak cakap apa sebenarnya ni? "

Dahi Amirul sudah berkerut. Dia sendiri pun keliru. Sekejap 'se', sekejap 'sa', sekejap 'cu' kemudian 'aa' pula. Pening.

"Nuriez? "

Amirul terus mengeluh panjang. Dia mengerling jam dinding. Kemudian dia bangkit dari sofa. Kunci kereta di atas almari televisyen dicapai.

"Jom, aku hantar kau pergi kerja. "

Automatik aku mengangkat wajah. Terkebil-kebil aku memandang Amirul dengan raut wajah terkejut.

Dia.. langsung tidak marah?

***

Aku mengeluh perlahan. Sesekali aku menggeleng kepala. Mindaku dari tadi menerawang memikirkan Amirul.

Semakin lama aku semakin hairan dengan Amirul. Mulanya aku fikir dia seorang yang peramah, tetapi tiba-tiba bertukar dingin. Bila sudah dingin, tiba-tiba pula jadi perengus. Bila sudah jadi perengus, tiba-tiba jadi penyabar? Apa kena sebenarnya Amirul ni?

"Ija! "

"Ish, kau ni! "

Aku merengus geram. Tanganku naik menggosok bahagian bahu yang ditampar Shuda tadi. Aku bukannya dinding, suka hati saja mahu tampar.

"Bagi lah salam ke hello ke, ini main tampar je! " marahku.

"Ai? Aku bagi salam kut. Kau yang mengelamun. Fikirkan siapa? Amirul? " giat Shuda.

Aku mencebik. "Tak ada masa lah aku nak fikir pasal dia. "

Elok sangat lah menipu orang tu, Ija oi.

"Ya ke? Tengok muka kau ni, nampak sangat mengelamun pasal dia. Kalau bukan pasal dia, pasal siapa lagi? Aniq? "

Aku mengetap bibir. Sabar saja lah dengan perangai Shuda yang sedikit sebanyak membuatkan aku hilang pertimbangan. Kamera DSLR di tangan aku genggam erat.

Shuda mengerling kamera di tanganku. "Uish, kut iya pun marah, jangan sampai nak hempuk kawan sendiri dengan kamera. Tak baik, berdosa. "

"Kau nak apa sebenarnya ni? "

Shuda angkat bahu. "Bukan aku, tapi Amirul. "

Dahiku automatik berkerut. "Amirul? Maksud kau? "

"Dia tengah tunggu kau. Kebetulan aku keluar pergi ambil barang prop tadi, ternampak lah dia terjenguk-jenguk macam bangau. Aku tanya dia, dia kata dia cari kau nak ajak lunch. " ujar Shuda panjang lebar.

"Lunch? "

Shuda mengherot bibir. "Haa.. ni lagi satu. Cuba kau tengok sikit jam kau tu. Sekarang dah waktu lunch. Dah, dah. Tak payah nak buat muka terkejut. Amirul tengah tunggu kau kat pantry, "

Lantas Shuda melangkah meninggalkan aku terkulat-kulat tidak memahami situasi. Amirul... ada di sini? Cari aku? Lunch?

***

Benar kata Shuda. Amirul benar-benar ada di sini. Dari jauh aku sudah melihat Amirul yang sedang meniup kopi di dalam cawan kertas sambil bermain dengan telefon.

Aku berdehem. "Ehem.. "

Amirul menoleh. Aku tidak tahu reaksi apa yang terpapar di wajahnya. Macam kosong saja. Atau Amirul memang tidak tahu apa itu reaksi?

"Ingatkan tak nak jumpa aku tadi, "

"Eh, mana ada. "

Serta-merta aku menarik kerusi lalu duduk setentang dengan Amirul. Tiba-tiba rasa berdebar. Fuh... ujian lisan pun tidaklah gementar begini!

"Aku dah pergi mahkamah tadi urus hal hari tu, "

"Kenapa... awak tak ajak saya sekali? "

Amirul menyebak rambut ke belakang. "Hari ni kau kerja. Sebab tu aku cuti. "

"Tapi... awak boleh je cakap dengan saya. Saya boleh apply cuti, "

Tiba-tiba saja aku berasa bersalah. Rasa bersalah kerana membiarkan saja Amirul sendirian menguruskan hal dua minggu lalu. Aku pula hanya goyang kaki tidak tahu apa-apa.

"Tak payah, semua dah settle. Tapi Isnin depan kau sekali kena pergi mahkamah. Aku bagitahu siap-siap supaya nanti kau boleh apply cuti. "

Aku mengangguk tanda faham. Hampir saja aku terlupa tentang sebutan semula kes aku dan Amirul di mahkamah syariah yang sepatutnya Isnin minggu hadapan itu. Aku memang sudah memohon cuti pada hari itu.

"Dah. Tu je aku nak cakap. Aku balik dulu, "

"Eh, kejap! "

Amirul tiba-tiba kaku. Perlahan-lahan dia menoleh sebelum matanya tertancap pada tanganku yang sedang mengenggam pergelangan tangannya seakan menahan dia dari pergi.

"Nuriez.... "

"Oh, sorry sorry. Saya tak sengaja.. "

Aku menarik kedua tangan yang menggenggam pergelangan tangan Amirul tadi. Aku mengetap bibir. Aku sendiri tidak sangka aku akan berbuat begitu.

Buat lagi perangai tak senonoh tu!

"It's okay. Kau dah lunch? Kalau belum, aku nak ajak kau lunch sekali. "

"Boleh, "

"Jom, "

***

Aku tidak suka situasi ini. Sungguh, aku tidak selesa. Aku terkandas dalam situasi ini dan tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau aku tahu situasi akan jadi begini, sungguh aku tidak akan bersetuju dengan ajakan Amirul.

Menyesal!

Aku mengerling Amirul yang selamba saja mengunyah burger. Sesekali dia menyisip iced lemon tea dengan penyedut minuman. Aku menggigit bibir.

Kekok. Dan aku tidak suka situasi ini.

Amirul yang rasa diri diperhati terus memandang aku. Dia menaikkan sebelah kening. Burger diletak kembali dalam kotak. Sengaja dia menongkat dagu dengan sebelah tangan.

"Kenapa tak makan? Tengok muka aku pun dah kenyang? " usik Amirul.

Aku menggeleng laju. Tiada maknanya aku kenyang dengan hanya memandang wajah Amirul. Tanggapannya jatuh meleset, tergolek, terlentang atas tanah!

"Dah tu, makan. Nanti nampak macam aku pula yang dera kau sebab tak kasi makan, "

Ceh, dera konon.

Aku membuka kotak burger McDonald Fillet O Fish itu. Sudah lama rasanya aku tidak menghilangkan kempunan burger kegemaranku ini. Sejujurnya, aku lebih suka burger ikan berbanding ayam atau daging. Berpegang pada prinsip, ikan lebih kaya dengan omega 3.

"Mirul, "

Pantas aku menoleh memandang empunya suara yang memanggil Amirul itu. Mataku membesar sedikit kerana terkejut. Kemudian aku memandang Amirul. Lelaki itu juga tampak terkejut.

"Wa.. Wa... Wardah... "

Wardah?

jeng jeng jeng... morning semua...; )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience