BAB 25

Romance Completed 29336

"Ija, sampai bila kau nak buat tak jawab call Mirul? Jawab lah. "

Aku sekadar mendiamkan diri. Malas mahu membalas. Entah berapa juta kali Shuda berkata begitu. Hinggakan aku boleh menghafal kata-katanya.

Shuda mengeluh perlahan. "Ija, tak baik kau buat Amirul macam tu. Dia suami kau. Aku bukan nak cakap lebih, tapi kau kena jaga hati dia. "

Pantas aku menoleh. "Jaga hati dia? Hati aku, macam mana? Siapa nak jaga? "

"Astaghfirullah, Ija. Kau cakap apa ni? Jangan merepek, "

"Siapa kata aku merepek? Cuba kau cakap dekat aku, kenapa Amirul kahwin dengan aku? Mesti dia ada agenda lain, kan? "

Shuda meraup wajahnya. Dia mengeluh panjang sambil bibirnya terkumat-kamit beristighfar.

"Okay, look. Aku faham kau kecewa selama ni Aniq dengan Wardah curang. Tapi.. "

"Oh, jadi kau pun tahu? "

Tidak semena-mena aku ketawa. Aku benar-benar merasakan akulah manusia paling bodoh dalam dunia ini. Manusia yang paling mudah ditipu dan diperdaya.

"Selama kau tahu, Muizah tahu, Abang Naem tahu, Amirul pun tahu. Tapi, tak nak bagitahu aku sebab takut aku sedih? Alasan apa tu, Shu? "

Aku mendengus perlahan. Lantas aku bangkit dari sofa.

"Aku nak keluar. Jangan cari aku, "

***

Aku memejam mata. Kepala aku dongak ke arah langit. Nafas aku hela dalam-dalam.

Suasana tasik yang tenang sedikit sebanyak mengurangkan rasa resah di hati. Tatkala aku sudah menemui jalan buntu, di sini sajalah aku mampu menenangkan diri. Berharap agar gundah di hati turut sama tenang seperti tenangnya tasik ini.

"Nuirez, "

Aku tersentak. Suara itu. Aku kenal empunya suara garau itu.

Perlahan-lahan aku menoleh. "Am.. mirul.. "

"Boleh duduk sini? " soalnya.

Aku hanya mendiamkan diri. Malah membiarkan saja Amirul duduk di ruang kosong bangku tempat aku duduk.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini? "

Amirul tersenyum. "Macam saya tak tahu awak kalau ada masalah suka pergi termenung depan tasik, "

Aku mengerling sekilas. Lantas aku bangkit. Malas mahu melayan Amirul. Entah apa lagi dia mahu tipu aku.

"Saya balik dulu, "

"Eh, kejap! "

Aku mendengus geram. Mataku tertancap pada tangan Amirul yang mengenggam pergelangan tanganku. "Lepas lah. "

"No. Listen to me, " tegas Amirul.

Aku mengeluh perlahan. Aku kembali duduk di atas bangku. Kedua tangan aku silang memeluk tubuh.

"Cakap, "

"Saya tahu Wardah curang. "

"Jadi? "

"Saya tahu Aniq pun curang. "

"So? "

"Saya tahu Aniq dah bertunang. "

"Lepas tu? "

"Tapi saya tak tahu awak tunang Aniq. "

Pantas aku memandang Amirul dengan dahi berkerut. Beberapa minit kemudian aku ketawa.

"Sudah sudah lah tu, Amirul. Jangan tipu saya lagi, "

"Ya Allah, Nuriez. Saya tak tipu awak. "

"Buktikan, "

Amirul mengeluh panjang. "Mulanya memang saya tak tahu awak tunang Amirul. Masa tu, saya cuma tahu Wardah curang dan lelaki tu Aniq. "

Amirul mengenggam tanganku erat lalu diusap lembut. Aku membiarkan saja. Aku menanti bicara lanjutnya.

"Nuriez, malam tu baru saya tahu awak tunang Aniq. Saya kahwin dengan awak bukan sebab kasihan. Bukan juga sebab simpati. Tapi sebab saya rasa awak tanggungjawab saya. Kali pertama saya jumpa awak, hati saya kata saya kena lindungi awak. Saya kena selamatkan awak dari Aniq. " luah Amirul.

Aku tergamam. Perlahan-lahan aku memandang Amirul dengan mata berkaca-kaca.

"Saya tak nak hilang awak, Nuriez. Saya tak nak, " Amirul menggeleng bersungguh-sungguh.

"Amirul... "

"Please, Nuriez. "

"Amirul.. saya tak marahkan awak, "

Amirul terkesima. Matanya langsung tidak terkerdip memandang aku. Kaku tanpa sebarang pergerakan.

"Mirul? "

Aku melambai di hadapan wajahnya. Boleh pula dia termenung.

"Mirul.. awak okay tak? Sa.. "

Tanpa sebarang amaran, Amirul memeluk aku erat. Bahuku terasa basah. Dia.. menangis..?

"Mirul, awak nangis ke? " soalku tidak percaya.

Amirul menggeleng. Tangannya naik menyeka air mata. "Mana ada, "

Aku tersenyum. "Mana ada konon. Lelaki tak handsome lah menangis. "

***

"Lamanya tak ajak dating. Dah ada girlfriend baru eh? " giat Wardah.

Aniq mencebik. "Ish, apa You ni? I sibuk sikit lately. "

Wardah menongkat dagu. "Ya ke? "

"Ya.. Sayang. You tak percaya? Nak I tunjuk semua paperwork I? " giat Aniq.

"Eh, tak payah tak payah. I believe You, "

Aniq tersenyum. "Thanks, Sayang. "

"You're welcome, "

Mata Aniq melilau sekeliling mencari kelibat pelayan. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu pasangan yang cukup dikenalinya. Tangan dikepal penuh perasaan marah. Uratnya tegang tiba-tiba.

"A.. A.. Aniq, kenapa You ni? "

Aniq hanya mendiamkan diri. Bibirnya diketap kuat. bagi menahan rasa marah yang meluap-luap. Tiba-tiba dia ketawa.

"You.. kenapa ni? Tadi marab, sekarang gelak. You buat I takut lah, " luah Wardah.

Amirul.. berbahagialah sementara kau boleh berbahagia. Dan bila tiba saat bahagia kau tu tamat, aku lah manusia paling bahagia hari tu. Aku akan tunggu hari tu tiba.

***

"Ada apa Encik Ezwan nak jumpa saya? "

Tangan silang sambil bersandar di kerusi. Kening sengaja dijongket sebelah.

"Saya bawa hadiah special untuk Cik Shuhaihda. "

Shuda kerut dahi. Lama dia memandang kotak Dunkin Donut di hadapannya. Kemudian dia memandang Ezwan.

"Apa ni? "

"Macam Cik Shuhaida nampak, saya nak belanja Cik donut. "

"Don't worry. Saya bukan pengemis. Saya tak perlu belas awak, "

"Ini bukan belas. Saya ikhlas nak belanja awak donut favourite awak ni, "

Automatik Shuda menelan air liur. Aduh.. mamat ni sengaja nak menduga nafsu aku!

"Kenapa? Cik tak nak? " soal Ezwan.

Shuda berdehem. "Tak. Saya tak lapar, " tegas Shuda.

Ezwan mengangguk faham. Kotak donut dibuka perlahan. Tiba-tiba perut Shuda berkeroncong kuat. Ezwan dan Shuda berpandangan.

"Cik... "

"Saya tak lapar, " potong Shuda.

"Okay. Faham, "

Perut Shuda berkeroncong lagi. Dia mengetap bibir sambil menundukkan kepala. Malunya!

"Er.. perut dah bagi signal tu. Jom, "

Ezwan tersenyum kelat. Tangannya membuka kotak donut. Sempat dia mengerling Shuda. Dia tersenyum nipis.

***

"Nak makan apa? " soal Amirul.

"Awak lah pilih. Kan awak yang bayar, "

Amirul mengherot bibir. "Kalau saya order, nanti awak tak makan pula. "

Aku tersenyum. "Awak order apa-apa pun, saya okay. "

"Aloo... jangan buat saya macam ni.. "

"Buat apa? "

"Buat saya rasa nak pengsan, "

Dahiku berkerut. "Pengsan? "

"Yes. Your love kills my heart. "

Aku mengemam bibir. Kepala aku tundukkan memandang meja makan. Pipiku terasa berbahang.

Dia ni pun.. pandai sangat mengayat!

"Jangan main main lah. Saya lapar ni, " rungutku.

"Okay okay. Saya order, "

Amirul mencapai buku menu lalu dibelek satu persatu. Aku tersenyum. Hatiku tidak lagi resah. Malah terasa lapang setelah kami berjaya menyelesaikan salah faham ini.

"Ija? Amirul? "

Pantas Amirul menoleh. Aku sudah terkedu melihat figura yang sedang berdiri dengan dahi berkerut ini.

"Ija dengan Amirul buat apa kat sini? "

Jeng jeng jeng... problem solved!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience