BAB 14

Romance Completed 29369

Aku mengerling Amirul yang sedang tekun memandu. Kemudian aku memandang tangan Amirul yang sedang menggengam tanganku.

"Awak... tak bahaya ke drive sebelah tangan? " soalku.

Amirul tersenyum. "Kalau awak ada, nothing is dangerous. "

Aku tersenyum kelat. Nothing is dangerous? Jangan sebarang cakap saja. Silap-silap terjunam masuk gaung.

"Amirul, "

"Yes? "

"Boleh saya tanya awak sesuatu? "

"Nuriez, you don't need permission to ask. Tanya apa saja soalan yang awak nak tanya, "

"Masa office black out hari tu, macam mana awak boleh ada dekat situ? " soalku.

Makin lebar senyuman Amirul. "I've told you. Saya nak jumpa Encik Razak. "

"Jumpa Encik Razak sebab? "

"Kawan saya nak buat wedding photoshoot. Kebetulan, Encik Razak tu kawan ayah dia. Hari tu dia tak sempat nak pergi sebab busy. So, dia minta tolong saya. "

Aku mengangguk faham. "Oh... "

"Ada rasa nak muntah lagi ke? " soal Amirul.

Aku menggeleng. "Tak. Dah okay, "

Aku sendiri pun hairan. Kebiasaannya aku akan berasa loya dan sakit perut. Namun kali ini langsung tiada apa-apa. Loya pun tidak. Mungkin inilah yang dinamakan miracle.

"Nak singgah makan? " soal Amirul lagi.

"Awak lapar ke? " aku menyoal kembali.

"Tak juga. Tengok muka awak dah rasa kenyang, "

Aku terkedu. Aku tidak nafikan, perubahan drastik Amirul kadangkala membuatkan aku sendiri rasa janggal. Amirul sudah seperti disampuk gamaknya.

***

"You datang sini nak ajak I makan ke nak main telefon? " tegur Wardah.

Aniq mengerling sekilas. "Kejap lah. Banyak mesej client I nak kena jawab ni. "

Wardah mengherot bibir. Timbul rasa kecewa dalam hati. Kadangkala dia merasakan seperti dia keluar bertemu janji sendirian, bukan dengan Aniq.

Sejujurnya, Aniq lebih pandai bermain kata berbanding Amirul. Kerana itulah hatinya terpaut. Dia akui, Aniq jauh lebih romantik berbanding Amirul.

"Aniq... "

Aniq mendengus perlahan. "Wardah, please. Tak nampak ke I tengah sibuk ni? "

Wardah terkedu. Selama ini sekalipun Aniq tidak pernah meninggikan suara padanya. Inikan pula menengking.

"I'm so sorry, Wardah. Okay? I'm sorry. I cuma stress sangat dengan kerja. Sorry again. I betul-betul tak ada niat nak tengking You ke atau nak marah You. Sorry, Sayang. "

Wardah tersenyum nipis. "Tak apa. Saya faham. "

***

"Naem nak pergi mana tu? "

Naem merengus geram. Sejak kebelakangan ini, Papanya sudah seperti bodyguard. Ke mana saja dia mahu pergi, pasti akan disoal terlebih dahulu. Macam lah dia mahu membuat perkara yang bukan-bukan.

"Kenapa Papa tiba-tiba nak tahu ni? "

"Papa tanya, jawab lah. "

Naem berdehem. "Naem nak jumpa Ija. "

"Papa nak ikut, "

Naem mengerutkan dahi. "Bukan Papa dah buang Ija ke dulu? Kenapa sekarang Papa sibuk nak ikut Naem jumpa Ija pula? "

"Naem, you're talking to your father. Jangan kurang ajar, "

Naem tersenyum sinis. "Papa nak kata Naem kurang ajar? Naem jadi kurang ajar sebab ikut perangai Papa lah! "

"Cukup, Naem! " bentak Nazmie.

Nazmie memejam matanya rapat. Tiba-tiba saja dia terasa sukar untuk bernafas. Perlahan-lahan dia duduk di atas sofa.

"Na... Em... "

Naem menoleh memandang Papanya. "Okay, fine. Naem minta maaf. Naem tak senga.. Papa! "

***

"Awak rehat dulu. Saya nak bawa masuk beg ni semua, "

Aku mengangguk perlahan. Masuk saja ke dalam rumah, aku terus duduk di atas sofa. Tidak memandu pun tetap terasa penat. Segala urat sendi terasa tegang.

Tanganku naik mengurut tengkuk yang terasa sakit. Mata aku pejam rapat. Aku melepaskan satu keluhan berat.

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. Apa sebenarnya hubungan Aniq dengan Wardah? Dan mengapa Amirul seperti merahsiakan sesuatu dari aku? Adakah hubungan Aniq dan Wardah satu perkara yang tidak sepatutnya aku tahu?

Telefon yang tiba-tiba berdering menyebabkan aku tidak jadi mahu melelapkan mata. Lantas aku mencapai beg tangan di atas meja kopi lalu mengeluarkan telefon.

"Abang Naem? "

Ikon telefon aku seret ke bahagian kanan. Skrin telefon aku lekapkan ke telinga.

"Assalamu'alaikum. Ada apa Abang call ni? "

"Wa.. wa'alaikumussalam. Ija.. "

Dahiku berkerut. Pelik mendengar suara Naem yang kedengaran sedih. "Kenapa ni? "

"Papa... "

Jantungku mula berdegup kencang. Hatiku mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. "Ke.. kenapa dengan Papa? "

"Papa masuk hospital, "

"Hah?! "

Automatik aku berdiri tegak. Mata jadi segar bugar. Galau hatiku dibuatnya.

"Papa masuk hospital? Hospital mana? Sebab apa? Sejak bila? " soalku bertubi.

"Ija.. calm down. Tenang dulu. Ija jangan risau pa... "

"Jangan risau macam mana? Papa masuk hospital! "

Aku memintas kata-kata Naem. Mahu suruh aku bertenang? Orang gila saja yang mampu bertenang bila ayah kandung sendiri ditahan di wad hospital.

"Ya.. sebab tu Abang suruh Ija calm down. Macam ni, Abang send location lepas tu Ija dengan Amirul datang sini. "

Aku mengangguk laju. "Ija datang sekarang, "

"Kenapa tu? " tegur Amirul.

"Papa... "

"Kenapa dengan Papa? " dahi Amirul berkerut.

"Papa masuk hospital. "

"Hah?! "

Ow ow... sorry kalau chapter kali ni pendek sikit.. nampaknya Ija dah mula tertanya-tanya.. hmm apa agaknya yang jadi dekat Papa Ija kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience