BAB 17

Romance Completed 29336

Tanganku berhenti mengemas. Aku mengerling Amirul. Kemudian aku menyambung semula aktiviti yang tergendala tadi.

Tak selesa betul lah kena tenung macam ni!

"Amirul.. "

"Yes? "

"Kalau awak keluar sekejap boleh? Saya nak kemas baju ni, "

Amirul jongket kening. "Laa.. kemas baju aje? Salah ke saya tengok? "

Aku mengetap bibir. Susah benar mahu berkompromi dengan orang bengap!

"Amirul, saya nak kemas baju ni. "

"Kemas aje lah. Kenapa? Nak saya tolong ke? " Amirul yang tadi duduk di birai katil sudah menapak selangkah.

"Eh, eh! Tak apa! Saya boleh buat sendiri. "

Amirul mengherot bibir. Lantas dia melangkah keluar dari bilik tidur. Macam kena halau dari rumah sendiri pula rasanya!

Aku menarik nafas lega. Hampir saja aku diserang panik. Aku sendiri hairan. Entah apa motifnya Amirul menyuruh aku tidur di biliknya. Sudah lah memaksa aku memindahkan segala barang ke dalam biliknya juga.

Aku bukannya tidak suka perubahan Amirul. Cumanya bila jadi romantik, terlebih romantik. Faham? Bila prihatin, terlebih prihatin pula. Kadangkala macam orang sewel gamaknya. Aku pula yang meremang bulu roma.

"Kemas ke mengelamun? "

Pantas aku menoleh memandang Amirul yang menjengulkan kepala di pintu. Nyaris-nyaris aku terkena serangan jantung. Suka benar buat orang terkejut!

"Kemas lah, "

"Banyak lagi ke nak kena kemas tu? " soal Amirul.

"Tak banyak dah, "

"Nak saya tolong? "

Aku menggeleng sambil tersenyum kelat. "Tak apa, Encik Amirul. "

"Betul ni? " giat Amirul.

Aku mengangguk. "Ya, betul. "

"Ke awak nak saya tolong kemas baju lain? " giat Amirul lagi.

Aku kerut dahi. "Baju lain? "

"Haa... baju lain. Baju lain lah. "

Terkebil-kebil aku memandang Amirul. "Baju lain apa? "

"Alaa... baju lain. Baju tu awak je ada. Saya tak ada, "

Aku terdiam seketika. Cuba mencerna kata-kata Amirul. Tiba-tiba mataku terbeliak besar. Dasar otak kuning!

"Awak ni! "

Spontan aku melempar botol losyen ke arah Amirul yang sedang tersengih miang. Mujur lelaki itu sempat mengelak. Jikalau tidak, sia-sia saja kepala benjol.

"Uish! Ganasnya! Main baling-baling pula. Betul lah saya cakap baju lain. Ke... awak tak ada baju tu? " usik Amirul.

"Amirul! "

***

Amirul berkalih ke kiri. Bibirnya menguntum senyuman miang. Dia mencebik tatkala melihat aku sudah memejam mata.

"Marah lagi eh? " giatnya.

"Muka ni nampak macam tak marah ke? " sindirku.

"Sorry lah. Takkan nak gurau pun tak boleh? "

"Tak. Tak boleh, "

Amirul mengherot bibir. Matanya tertancap pula pada satu bantal panjang yang berada di tengah-tengah katil. Aku yang meletakkan bantal itu sebagai tanda sempadan.

"Nuriez, kenapa letak bantal ni? " soalnya.

"Nanti awak peluk saya lagi, "

Dahi Amirul berkerut. Aku? Aku peluk?

"Mana ada saya peluk, "

"Awak ni amnesia ke alzheimer, Encik Amirul? Dekat rumah Ayah. Dua malam tidur dekat sana, dua malam jugalah awak peluk saya. Mujur saya tak mati sesak nafas, "

Amirul mencebik. "Jual mahal, "

Aku membuka mata. Amirul di sebelah aku kerling sekilas lalu mencebik. Suka hatinya saja mahu panggil aku jual mahal. Sudah lah bergurau salah topik.

"Sejak kita tidur sekatil dekat rumah Ayah, saya rasa pelik kalau tidur seorang-seorang. Katil ni dulu kalau saya tidur seorang okay je. Sekarang kalau tidur seorang, rasa katil ni luas sangat. Rasa macam ada sesuatu yang kurang. "

Aku tersenyum. Aku juga rasa perkara yang sama. Rasa aneh jika aku tidur seorang diri di atas katil. Seakan ada sesuatu yang tidak lengkap.

"I won't force you if you're not ready. No need to rush. Lima tahun pertama, kita kena kenal diri masing-masing. "

Amirul berkalih ke kiri. Bantal panjang yang menjadi tandas sempadan di buang ke lantai. Serta-merta mataku terbuka.

"Eh.. kenapa buang bantal tu? "

"Biar lah. This is my room. There is no rule about putting a pillow as a border. No, "

Aku menelan air liur sendiri. Kelat di tekak. Aku menundukkan kepala. Tidak mahu memandang wajah Amirul yang tiba-tiba tegang itu.

"Ada sesuatu pada awak yang membuatkan hati saya kata saya tak patut tinggalkan awak. Bukan sebab awak isteri saya, tapi sebab awak istimewa. Awak tak macam perempuan lain yang saya pernah kenal. Bila saya tengok muka awak, hati saya kata saya perlu lindungi awak. Saya mengaku, dulu saya ego. Terlalu ego sampaikan tak nampak yang mana kaca yang mana permata and Nuriez, awaklah permata. " luah Amirul.

Aku terkedu. Tidak tahu reaksi apa harus diberi. Terkejut? Gembira?

"Nuriez? "

"Haa? Ya? "

"If you keep staring at me like that, I'm very sure I can't sleep. "

Aku mencebik. Tidak boleh tidur konon! Pirahhh!

***

Dahiku berkerut. Tidurku sudah terganggu dengan bunyi penggera telefon yang berbunyik tidak henti. Lambat-lambat aku mencapai telefon atas almari kecil sebelah katil.

Aku memisat mata sebelum mengerling jam telefon; 6:15. Aku menguap kecil.

"Awak... "

"Hmm? "

"Dah Subuh... "

"Ya.. "

Aku mengherot bibir. Takkan lah dia datang bulan pula?

"Awak... "

Aku menggoncang badan Amirul. Lantaklah bergegar otak ke apa. Janji bangun.

"Hmm... Awal lagi... "

"Eh, mana boleh lewat-lewatkan solat. Tak elok lah. Awak tahu tak, pagi-pagi macam ni lah ba... argh! "

Jantungku berdegup kencang. Terkejut dengan Amirul yang tiba-tiba menarik tanganku. Wajahku hanya tiga inci saja dari wajah Amirul.

Aduh... apa dia nak buat ni?

"Semalam saya tak boleh tidur. And it's your fault, "

Tercengang aku dibuatnya. Aku pula yang salah? Dia yang tidak boleh tidur, aku punya salah?

"Lagi 10 minit. Nanti solat sama-sama. Kalau awak kacau saya tidur, saya cium awak. "

Aku menelan air liur. Memikirkan saja aku sudah kecut perut. Aku menggeleng laju.

"Saya tak kacau, "

Melihat Amirul yang sudah kembali lena, barulah aku dapat menarik nafas lega. Lantas aku perlahan-lahan turun dari katil.

"Nak pergi mana tu? " soal Amirul.

Aku menoleh. "Pergi buat sarapan. Dah awak kata nak tidur 10 minit, baik saya buat sarapan daripada buang masa. "

Amirul menggeleng. "Jangan, "

Terlopong terus mulutku. Itu jangan, ini jangan. Habis tu, mahu aku buat apa?

"Tidur sekali, "

Terbeliak besar mataku. mendengar kata-kata Amirul. "Eh, mana boleh. Lagi bagus kalau saya prepare bahan sara... "

Aku dah terkedu. Dengan Amirul langsung tidak boleh berkompromi. Apa yang dia kata, dia akan buat.

"Reward sebab jadi bontot ayam, " Amirul tersenyum.

Aku mengetap bibir. Pantas aku menampar lengannya.

"Jahat lah awak ni! "

***

Aku mengerling sekilas telefon atas meja. Aku mencebik tatkala melihat mesej dari Amirul. Sudah beratus mesej.

"Apa hal muka kau semacam je tu? " tegur Shuda.

"Amirul lah, "

Shuda tersengih. "Oh... ni mesti kes gaduh manja kan? "

Aku mencebik. "Gaduh manja? Tak ada makna nak gaduh manja. "

"Ei... betul lah kan? So, kau merajuk lah ni? " teka Shuda.

Aku ketawa sinis. "Aku? Merajuk? " Aku menunding jari telunjuk ke wajah sendiri.

"Dah tu apa? Dari tadi aku tengok mesej Amirul dok masuk tak henti-henti. Kau pula buat derk aje. Merajuk lah namanya tu Ija oi. "

Aku mengetap bibir. Lantas aku bangkit dari kerusi pejabat. Telefon aku biarkan saja atas meja.

"Laa.. takkan biar je mesej ni semua? Mana tahu kut-kut dia tengah tunggu kau ke luar ke? " giat Shuda.

Aku mencebik. "Biar lah dia. Lantak dia. Hati aku panas! Panas! "

Shuda menggeleng sambil ketawa kecil. "Haih.. susah macam ni.. "

panas kan kat Malaysia ni.. hahahahah.. sorry lah ye lambat update.. line tenat sejak kebelakangan ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience