BAB 24

Romance Completed 29369

Aku menongkat dagu dengan tangan kanan. Mataku tertumpu pada tasik Putrajaya yang tampak tenang. Kalau lah hatiku setenang tasik itu.

Aku memejam mata. Perbualan aku dan Muziah tengah hari tadi masih segar dalam ingatan. Malah terngiang-ngiang di gegendang telinga.

"Cakap lah. Apa dia? "

Muizah berdehem beberapa kali. "Aku rasa kau mesti tahu pasal tunang Amirul curang, kan? " soal Muizah.

Aku mengangguk. "Ahaa.. kenapa? "

"Kau tahu nama dia Wardah, kan? " soal Muizah lagi.

"Tahu. Ke.. kenapa kau tanya macam ni? Kau buat aku takut lah, Zah. " aku tersenyum kelat.

Muizah menarik nafas panjang. "Aku dah lama siasat benda ni. Dan apa yang aku boleh cakap.. sebenarnya.. "

"Sebenarnya? "

Muziah memejam mata sambil menunduk. "Aniq curang dengan kau. Dari awal lagi. Dia curang dengan tunang Amirul. Amirul pun tahu hal ni. Tapi, dia tak sampai hati nak bagi tahu kau. "

"Cu.. cu.. curang? "

Aku tergamam. Lantas aku tersandar di kerusi. Seluruh tubuh terasa lemah tiba-tiba. Seakan langsung tiada kudrat untuk menegakkan jari kelingking sekalipun. Pelbagai persoalan tidak masuk akal mula bermain dalam fikiran.

"Maksud kau.. Aniq dengan Wardah curang? "

Perlahan-lahan Muizah mengangguk. Tidak semena-mena aku ketawa. Air mata yang mengalir aku seka kasar.

"Aniq.. curang dengan Wardah? Dan Amirul tahu.. tapi tak nak bagi tahu aku? " soalku masih ketawa.

"Ija.. Mirul bukan tak nak bagitahu kau. Tapi dia cuma tak nak kau sedih.. itu je.. "

"Oh.. sedih? Maknanya selama ni, mesej-mesej yang Aniq salah hantar tu.. itu mesej untuk Wardah? "

Muizah menggigit bibir. "Ija.. dengar dulu... "

"Maknanya selama ni, Amirul tahu Wardah curang? Dia tahu tapi tak bagitahu aku? Jadi.. apa tujuan dia kahwin dengan aku?! " aku membentak.

"Ija.. sabar. Aku nak explain ni.. "

Aku mendengus geram. "Aku tak perlukan apa-apa penjelasan dari sesiapa pun! "

Beg tangan di kerusi kosong sebelah tempat aku duduk aku capai lalu aku berjalan keluar dari restoran masakan Timur Tengah itu.

"Ija! "

Aku mengeluh panjang. Kepala aku dongak ke langit. Mata aku pejam rapat. Harapnya suasana tenang ini mampu menghilangkan segala perasaan yang berkecamuk dalam diri.

***

Amirul menggigit bibir. Sejak tadi dia cuba menghubungi Nuriez. Namun, semuanya panggilan hanya masuk ke dalam peti suara. Hatinya tiba-tiba resah.

Entah atas tujuan apa dia resah. Hatinya merasakan ada sesuatu yang terjadi pada isterinya itu. Jikalau tidak, mengapa sampai kini satu panggilan pun langsung tidak dijawab. Bahkan mesej langsung tiada balasan.

"Naem! "

Pantas dia mendail nombor Naem. Harap-harap abang iparnya itu tahu di mana keberadaan Nuriez.

"Cepat... cepat.. "

"Haa.. assalamu'alaikum. Nak apa? "

"Wa'alaikumussalam! Abang, Mirul nak tanya ni. "

"Tanya cepat. Aku banyak kerja ni, "

Amirul menggaru kepala. Tiba-tiba saja lidahnya kelu. "Er... "

"Kau jangan main-main, Mirul. Aku betul sibuk ni, " ujar Naem memberikan amaran.

"Nuriez ada kat rumah? " soal Amirul.

"Oi, soalan apa kau tanya ni? Tu kan isteri kau, bukan kau pergi jalan-jalan dengan dia ke? "

Dahi Amirul berkerut. Jalan-jalan? Bila masa?

"Eh.. mana ada, "

"Habis tu, adik aku pergi mana? Kalau tak dengan kau, dengan siapa lagi? "

Amirul menggigit bibir. Hatinya resah. Andai Naem tahu.. habislah!

"Dah berapa jam Ija keluar? " soal Amirul.

"Nak dekat sejam dah. Kenapa? Ada apa? "

"Eh, tak ada apa lah, Bang. Sorry kacau. Maybe dia keluar dengan Shuda kut. Mirul ada hal ni. Bye, "

"Eh, jap! Mirul! "

Amirul memasukkan telefon ke dalam saku seluarnya. Satu keluhan berat dilepaskan.

***

"Sekejap! "

Shuda pantas berlari ke arah pintu utama rumahnya. Kunci di bahagian atas dan bawah pintu dibuka. Tombol dipulas perlahan.

"Siapa.. Ija?! "

"Boleh aku masuk? " soalku.

Shuda mengangguk perlahan. "Masuklah, "

Aku melangkah longlai mendekati sofa kecil di satu sudut rumah sewa Shuda. Lantas aku merebahkan tubuh. Mata aku pejam rapat.

"Kenapa tiba-tiba datang ni? " soal Shuda.

"Kenapa? Kau sibuk ke? "

Shuda menggeleng laju. "Eh, mana ada! Pintu rumah aku ni sentiasa terbuka untuk kau datang, " selorohnya.

Aku tersenyum nipis. "Terbuka konon, "

"Oh, ya. Kenapa kau tiba-tiba datang sini? " soal Shuda lagi.

"Saja. Tak boleh? " giatku.

"Bukan tak boleh. Tapi, kau faham faham aje lah. Papa kau bagi ke tidak kau datang rumah aku ni? "

Aku menggeleng. "Aku cakap aku outstation, "

Shuda meraup wajah. "Ya Allah, Ija. Sanggup kau tipu Papa kau sendiri? "

Aku membuka mata. Lantas aku memandang Shuda dalam-dalam. Tangannya aku raih lalu genggam erat.

"Shu, boleh tak malam ni aku tidur kat sini? "

"Tidur sini? " dahi Shuda berkerut.

Aku mengangguk. "Tidur sini. "

Shuda,tersenyum kelat. "Bo.. bo.. boleh. Apa salahnya? "

***

Aku memandang keluar tingkap sambil memeluk lutut. Hatinya dari tadi tidak tenang. Seakan wujud satu perasaan yang aku sendiri pun hairan mengapa perasaan ini wujud.

Rasa dikhianati.

Aku mengerling sekikas telefon yang dari tadi tidak henti-henti berdering. Aku tahu itu panggilan dari Amirul dan Abang Naem.

"Tak nak jawab? " tegur Shuda.

"Biar. Aku nak tenangkan fikiran malam ni, "

Shuda tersenyum nipis. Ruang kosong di sebelahku menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

"Muizah ada cerita dekat aku. "

"Jadi, kau nak sebelahkan siapa? Aku? Amirul? Aniq? Atau Wardah? "

Shuda mengeluh perlahan. "Ija, bukan tu maksud aku. "

"Habis tu? Kalau bukan itu maksud kau, apa lagi? "

"Ija.. Amirul kahwin dengan kau bukan sebab dia kasihankan kau. Malah dia tak tahu pun kau tunang Aniq masa tu. "

Aku tersenyum sinis. "Tak tahu? "

Shuda sungguh-sungguh mengangguk.

"Shu, aku tak minta banyak pun. Aku cuma nak ruang. Ruang untuk aku fahamkan satu-satu semua benda ni. Aku.. "

Lantas Shuda mendakap aku erat. Kepalaku diusap lembut.

"Aku faham.. aku faham.. "

Air mataku mula mengalir. Rasa sebak menghambat hati.

"Aku.. aku.. semua ni.. "

"Aku faham, Ija. Aku faham apa kau rasa. Kalau dengan menangis mampu buat kau rasa lebih baik, menangis lah. Aku ada untuk teman kau. "

Air mataku semakin deras mengalir. Hanya Allah saja yang tahu betapa kecewanya aku. Hanya Allah saja yang tahu betapa terkilannya aku. Hanya Allah saja yang tahu.

ija janganlah nangis.. nanti kita pun nangis jugak .. huhu.. : ' (

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience