BAB 34

Romance Completed 29336

"Termenung aje kerja kau. Memang orang kalau mengandung suka termenung eh? Bahaya lah, Ija. Nanti boleh meroyan, " tegur Muizah.

Aku memandang sekilas Muizah yang sedang menghirup milo. Sudah hampir lima belas minit aku menongkat dagu sambil termenung. Semuanya disebabkan kata-kata Aniq siang tadi asyik bermain di fikiran.

Aniq seolah mahu menyampaikan sesuatu kepada aku. Aku tahu dia mahu kepercayaanku pada Amirul goyah. Aku tahu Aniq sengaja berkata begitu supaya aku rasa ragu-ragu pada Amirul. Aku yakin Amirul punya sebab kukuh.

"Haa.. tu lah aktiviti dia sejak dua menjak ni. Termenung, " celah Shuda.

Aku mengerling sekilas Shuda yang duduk di sebelah Muizah atas sofa. Memandangkan aku bosan di rumah dan Amirul juga masih bekerja, di sini lah tempat aku melepak menghilangkan bosan. Rumah sewa Shuda. Muizah pun sesekali datang juga melepak di sini.

Muizah mencapai alat kawalan jauh dari atas meja ruang tamu. Tangannya menekan tiga butang nombor. Biskut dalam bekas atas meja diambil sekeping lalu disuap ke dalam mulut.

"Apa cerita pasal Khairul Ezwan bin Khairul Esmail tu? " soalnya.

Pantas aku mengerling Shuda. Dahiku sudah berkerut mendengar nama penuh Ezwan tiba-tiba meniti di bibir Muizah.

"Ezwan? "

"Ha'ah. Ezwan yang kawan Amirul tu. "

"Oh.. kenapa dengan dia? "

Muizah senyum senget. "Si peti ais hidup ni.. ada hati dekat mamat skema tu, "

Tidak semema-mena aku tersenyum lebar. "Wah... serius lah, Shu? "

Shuda mengetap bibir. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Kau tahu tak macam mana dia confess dekat mamat tu? "

"Macam mana? " soalku teruja.

Muizah berdehem beberapa kali. Lantas dia bersila lalu duduk menghadap aku.

"Kau tahu kan bullet train dekat Japan tu? "

Dahiku berkerut. "Tahu. Apa kena mengenanya? "

"Haa.. ni aku story. Masa Shu cakap dia suka mamat tu, dia cakap tu sikit punya laju macam bullet train. Bila mamat tu tercengang blur, terus dia blah. "

Makin berkerut dahiku dibuatnya. Pantas aku memandang Shuda yang sudah mengurut dahi.

"Lepas tu apa jadi? "

Shu tersenyum kelat. "Lepas tu.. "

.
. .

"Ada apa Encik Ezwan call ajak jumpa ni? "

Agak lama mereka berdua mendiamkan diri sehingga dia terpaksa memecahkan kesunyian. Soalannya bukan dijawab malah dibiarkan sepi tanpa jawapan. Hanya senyuman lelaki itu sahaja sebagai jawapan yang penuh misteri.

"Kenapa senyum? "

"Tutup mata, "

"Hah? " Shuda tercengang.

"Tutup mata lah. Tutup, tutup. "

Shuda mencebikkan bibir. Mahu tak mahu terpaksa juga dia menutup mata. Bukan-bukan saja si Ezwan ni.

"Dah, "

Senyuman Ezwan makin lebar. Pantas tangannya menyeluk saku seluarnya. Sebuah kotak baldu merah kecil dikeluarkan lalu dibelek beberapa kali. Penutup dibuka lalu diletak atas meja di hadapan Shuda.

"Cik Shuhaida, "

"Hmm, "

"Boleh buka mata, "

Perlahan-lahan Shuda membuka kelopak matanya. Dia mengerdipkan mata beberapa kali.

"Kenapa nak kena tutup.. "

Soalannya terhenti tatkala matanya tertancap pada kotak baldu di atas meja. Dia memisat matanya. Betul, sebentuk cincin.

"A.. apa ni? "

"Macam Cik nampak, cincin. "

"Oh.. awak nak minta opinion saya eh? Awak nak propose girlfriend awak eh? " teka Shuda.

"Sorry lah, Encik Ezwan. Saya tak berapa pandai sangat bab-bab barang kemas ni. Sebab saya pun bukannya jenis yang suka pakai gelang cincin bagai ni. " Shuda menggaru kepala.

Shuda mengerling Ezwan yang hanya mendiamkan diri. Diam pula? Aku salah cakap ke?

"Encik Ezwan? Saya.. salah cakap.. ke? "

Ezwan menggeleng. "Tak. "

"Oh.. betul lah Encik nak bagi dekat girlfriend Encik ni? " Shuda tersenyum kelat. Sekejap... perasaan apa ni? Kecewa?

"Tak. Eh.. betul. Saya nak bagi girlfriend saya.. "

Shuda tersenyum hambar. "Tahniah, Encik Ezwan. "

"Tak, Shu. Saya nak bagi awak. " tegas Ezwan.

"Hah? " Shuda tercengang.

"Shu, saya suka awak juga macam mana awak suka saya. Kita kahwin, "

"Hah?! "

.
. .

"Begitu lah cerita dia.. "

Aku mengherot bibir. "Padan lah kau orang dua tu. Dua-dua blur. "

Pantas Muizah menyiku lenganku. "Tak baik lah, "

"Okay, okay. Tak cakap dah. Anyway.. " aku mengalihkan pandangan kepada Muizah.

"Kau dengan Abang Naem tak nak upgrade to another level ke? "

Muizah tersenyum kelat. Tangannya naik menggaru kepala. "Er... "

***

"Takziah, Abang. "

Dahi Naem serta-merta berkerut. "Ija merepek apa ni? Takziah? Ada sesiapa meninggal ke? "

Aku ketawa kecil. "Bukan lah. Ija ucap takziah kat Abang. "

Wajah Naem terus berubah mendung. Dia menyilang tangan memeluk tubuh. "Tak baik tau doakan abang sendiri meninggal. "

Terbeliak mataku mendengar kata-kata Naem. "Eh, bukan! Bukan tu maksud Ija. " bidasku.

"Habis? "

"Pasal Muizah, "

"Kenapa? Dia.. tak nak eh? "

Aku tersenyum kelat. Serba salah mahu berterus terang dengan satu-satunya abangku ini. Takut jika dia kecewa.

"Ija? Muizah kata apa? "

Aku senyum kelat. "Dia kata.. kalau abang ni lelaki sejati, jangan gunakan orang tengah sebagai pengantara. Sebaliknya.. gunakan mulut Abang sebagai pengantara, "

Dahi Naem berkerut. "Maksud? "

"Muizah nak Abang masuk meminang kalau Abang berani, "

"Serius lah?! "

***

Amirul melangkah masuk ke dapur. Tanpa sebarang amaran, tangannya melingkar di pinggangku. Aku yang sedang menggaul lauk di dalam periuk sekadar tersenyum dengan sikap kebudak-budakannya itu.

"Sedapnya bau.. masak apa ni? "

"Favourite Abang. Asam pedas, "

"Wah, wah.. ada special event ke sampai masak lauk favourite Abang ni? " giat Amirul.

"Hmm.. nak masak lauk favourite Abang pun nak kena tunggu ada special event je ke? Kalau macam tu, dua tahun sekali lah Sayang masak asam pedas. "

Amirul tersenyum. Tangannya naik mencuit pipiku. "Amboi.. loyar buruk eh? "

"Bukan selalu, "

"Baby hari ni macam mana? Okay? Nakal tak? " soal Amirul.

"Boleh lah. Dari tengah hari tadi asyik muntah-muntah aje. Galak betul anak Abang ni, "

Amirul menarik muncung. "Ish.. apa cakap macam tu? "

Aku tersenyum. "Gurau aje lah, "

Dapur gas aku tutup. Kemudian aku mencapai bekas besar untuk aku masukkan asam pedas kegemaran Amirul. Tanganku mula menyenduk asam pedas masuk ke dalam bekas besar.

Belum sempat aku mahu melangkah mendekati meja makan, Amirul lebih dahulu 'merampas' bekas besar berisi asam pedas itu. Amboi.. yang favorite dia saja dia tolong bawa.

Aku dan Amirul sama-sama menyusun bekas berisi juadah makan malam kami di atas meja makan. Ada asam pedas, nasi panas dan sayur tumis. Ringkas tapi mengenyangkan.

Sesudah selesai, aku menyenduk nasi ke dalam pinggan lalu aku hulur kepada Amirul. Senyuman Amirul saja sudah mampu menghilangkan penatku memasak. Aisehh.. Ija.

"Okay, baca doa dulu eh? "

Aku dan Amirul kemudian menadah tangan untuk membaca doa sebelum makan. Habis saja membaca doa, Amirul terus menyuap nasi panas bersama asam pedas kegemarannya ke dalam mulut. Penuh berselera.

"Sayang tahu tak? "

"Apa dia? "

"Asan pedas ni kan, kalau Sayang yang masak, sedap berkali-kali ganda tau. "

Aku tahan senyum. "Pandai betul mengayat, "

"Eh, bukan mengayat lah. Tapi ini fakta. Sayang kalau masak.. pergh.. termimpi-mimpi! "

"Sayang nak pergi ambil air ya, "

Aku bangkit dari kerusi lantas melangkah ke dapur. Belum sempat aku mahu mencapai gelas di rak, tiba-tiba perutku terasa senak. Seakan terasa bagai dicucuk pisau berkali-kali.

Aku mencengkam bahagian sinki dapur. Mataku terpejam rapat dek sakit yang menusuk.

"Abang! "

"Ya, Sayang? Kenapa.. Ya Allah! Darah! "

Pantas Amirul berlari ke arah sinki lalu mencuci tangannya. Kemudian dia menerpa ke arahku.

"Ya Allah, kenapa ni? "

"Sakit.. " rintihku.

"Jom, jom. Kita pergi hospital, "

Tidak semena-mena Amirul mencempung aku. Tudung sarungku yang sentiasa aku letak di belakang pintu masuk rumah dia capai lalu sarungkan di kepalaku. Kunci kereta atas meja ruang tamu pantas disambar.

"Sakit.. "

"Tahan sikit ya, Sayang. Kita on the way ke hospital ni, "

Aku mengangguk perlahan. Dalam hati aku cuma mampu berharap. Berharap agar tiada apa-apa berlaku kepada anakku.

jeng jeng jeng... harap-harap ija tak apa-apa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience