BAB 20

Romance Completed 29336

"Awak okay ke? "

Amirul mengangguk perlahan. Dari tadi lelaki itu hanya mendiamkan diri. Seolah sedang memikirkan masalah yang besar. Aku pula yang naik risau melihatnya begini.

"Kalau awak tak suka makan ni, saya order lain lah ya? "

Amirul menggeleng. "Tak apa. Saya okay, "

"Saya tahu lah awak tak okay. Ke.. awak nak saya pujuk Ayah supaya pendekkan tempoh tiga bulan tu? " pujukku.

Tiga bulan. Itulah tempoh yang sudah dipersetujui oleh kedua ibu bapaku dan Amirul. Mengamuk besar Amirul dibuatnya tatkala mendengar tempoh tiga bulan ini. Jauh meleset dari tempoh dua bulan yang aku katakan.

"Tak apa lah. Nanti susah pula nak atur balik. Tak apa, "

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Serba salah jadinya. Atau Amirul memang sengaja mahu buat aku rasa begini.

"Alaa.. jangan macam ni. Tengok awak sedih buat saya rasa sedih lah, "

"Ya lah tu. Awak nampak macam suka ada lah, "

Aku menelan air liur. Merajuk pula ke Amirul ni? Wah, lelaki pun pandai merajuk rupanya?

"Eh.. mana ada saya suka. Awak ingat saya suka nak jauh-jauh dengan awak macam ni? Saya dah macam pencuri, tahu tak? Awal pagi dah bersiap, lewat petang balik rumah. "

"Jadi, awak rasa terbeban dengan keadaan macam ni? "

Aku mengetap bibir. Mati akal mahu bersuara. Sentimental pula Amirul malam ini.

"Amirul... "

Tangan Amirul aku genggam erat. Aku tahu dia terasa dengan kata-kata Umi pagi tadi. Aku juga tidak mahu berjauhan dengan Amirul lama begini. Satu hari tidak berjumpa bagaikan menahan rindu seribu tahun.

"Tiga bulan sekejap aje. Apa kata kita gunakan peluang untuk bercinta macam orang lain? Pergi dating, jalan-jalan. Nak? "

Amirul pantas mengangkat wajahnya. Sedikit sebanyak dia tertarik dengan cadanganku tadi. Kedengaran bernas.

"Bercinta macam orang lain? " giat Amirul.

Aku mengangguk. "Macam orang lain. Macam boyfriend girlfriend, macam orang bertunang. Bezanya kita dah kahwin. "

Amirul tersenyum. Lega hatiku melihat senyuman lelaki itu. Tidaklah resah seperti tadi.

"Tapi saya tak janji saya boleh puasa sampai tiga bulan, "

Terkebil-kebil aku memandang Amirul. Seperti ada maksud tersirat di sebalik kata-katanya itu. Senyumannya pun mengundang rasa aneh.

***

Bercahaya mata Shuda melihat papan tanda Dunkin Donut dari jauh. Pantas kaki melangkah ke arah kiosk kecil itu. Sudah agak lama dia tidak menghilang kempunan donut kegemarannya.

"Cik, saya nak yang ni. "

"Cik, saya nak yang ni. "

Shuda terkedu. Kemudian dia menoleh ke arah empunya suara yang turut menuding jari ke arah yang sama jarinya dituding. Shuda memandang kembali donut kegemarannya dengan dahi berkerut.

Tinggal satu!

"Er.. Kak, Abang, tinggal satu aje ni. Maaflah. Kedai kami dah nak tutup. Jadi, tak buat donut baru. Macam mana ni ya? " jurujual kiosk Dunkin Donut itu menggaru kepala.

"Saya sampai dulu, " tegas Shuda.

"Eh, saya datang dulu. " tegas lelaki itu pula.

Shuda ketawa sinis. "Banyak lagi lah donut kat sini. Boleh pilih yang lain, kan? "

Ezwan kerut dahi. "Suka hati saya lah nak pilih yang mana. Ada kena mengena dengan awak ke? "

Shuda menjegilkan matanya. "Memang! Memang ada kena mengena. Ni donut favourite saya. Awak jangan berani nak rembat! "

Ezwan tersenyum. Oh.. donut favourite ya? Hehehe...

"Kalau macam tu.. dik, "

"Ya? "

"Saya nak donut ni, " ujar Ezwan selamba.

Pantas Shuda memandang Ezwan dengan mata terbeliak. "Hey! "

"Apa? "

"Siapa benarkan awak beli donut tu? "

"Tak ada. In fact, tak ada cap mohor nama awak pun dekat donut tu. Kan, Cik Shuhaida? " sindir Ezwan.

Shuda mengetap bibir. Sempat dia mengerling sekilas jurujual yang seakan sedang menahan ketawa. Tak aci! Macam tiada donut lain selain donut kegemarannya. Apa lelaki ini buta agaknya?

"Apa ni, Min? Sampai hati bagi dia donut favorite Akak? Takkan tak simpan siap-siap macam selalu? " keluh Shuda. Bibirnya sudah memuncung.

Azmin menggaru kepala. Serba salah jadinya. "Sorry, Kak Shu. Min lupa nak simpan sebab selalunya Akak whatsapp Min dulu kalau Akak nak singgah sini. " jawab Azmin serba salah.

Ezwan tercengang. Dia benar-benar tidak faham situasi ini. Shuhaida kenal lelaki ni?

"Adik kenal ke siapa Akak ni? " soal Ezwan.

Azmin mengangguk. "Kak Shu selalu singgah sini lepas balik kerja. "

"I see... "

"Nah, bang. Donut, " Azmin menghulur sebuah kotak di dalam beg plastik kepada Ezwan.

Ezwan tersenyum nipis. Sehelai not RM50 dihulur sebelum wang baki dipulangkan semula. Dia mengerling Shuda yang sedang memeluk tubuh.

"Tak apa lah, Min. Bukan rezeki Akak hari ni. Tapi ingat eh, esok simpan donut untuk Akak. Akak balik awal esok. "

"Beres, Kak! "

Shuda tersenyum nipis. Berat hatinya mahu melangkah pergi. Sudahlah hujung minggu begini overtime. Tambah pula kempunan donut.

Haih... hidup...

"Cik, "

Shuda menoleh lantas mendengus perlahan. "Apa? "

Ezwan tersenyum. "Rezeki lebih baik kalau dikongsi sama-sama. Sharing is caring, kan? "

***

"Nah, "

Shuda memandang sepi donut kegemarannya yang sudah dipotong dua. Dia mengeluh perlahan. Separuh pun separuh lah. Janji dapat makan.

"Kenapa tak makan lagi? "

"Encik ikhlas ke nak bagi saya? Tak ada agenda lain? " Shuda peluk tubuh.

Tidak semena-mena Ezwan ketawa. Wah, prejudis sungguh!

"Cik Shuhaida.. "

"Shuda je, " pintas Shuda.

Ezwan berdehem. "Cik Shuda.. "

"Shu pun boleh, " pintas Shuda lagi.

Ezwan mengetap bibir. Rasa seperti dipermainkan pula. Dia memandang Shdua sambil tersenyum sinis.

"Cik Shuhaida, "

Shuda mencebik. Tidak faham bahasa agaknya lelaki ini. Panggil sajalah Shuda ke Shu ke. Degil!

"Ya? "

"Saya ikhlas, "

Shuda tersenyum senget. "Buktikan awak ikhlas, "

"Fine. Okay.. Pertama, nama saya bukan Danish. Encik Danish kawan saya. " ujar Ezwan.

Berkerut terus dahi Shuda. Bukan Danish? Habis, siapa lelaki ini?

"Nama saya Ezwan. Nama penuh.. Khairul Ezwan. Cik? "

"Nurul Shuhaida, " jawab Shuda acuh tak acuh.

"Kedua, saya tak kahwin lagi. Single and available, "

Shuda tersentak. Terkebil-kebil dia memandang Ezwan. Lantas kata-kata Nuriez tempoh hari terngiang-ngiang kembali.

"Jadi pengapit kena orang single and available. Mana boleh yang dah berpunya. Ya lah, mana tahu kut-kut kau jadi pengapit nanti, ramai lah jejaka single nak try. "

Shuda berdehem beberapa kali. "So? "

"So, kesimpulannya, saya ikhlas nak bagi Cik donut ni. "

Shuda kerut dahi. "Apa kaitan dengan Encik Ezwan bukan Encik Danish dan masih single? "

Ezwan tersenyum. "Kalau saya Encik Danish, takkan terlintas saya nak bagi donut ni dekat Cik sebab saya ada isteri dekat rumah. Baik saya bagi donut ni kat isteri saya, kan? "

"Cik Shuhaida, ikhlas.. bukan zahir di bibir. Tapi, terlintas dalam hati. Kalau ikhlas, tak perlu canang satu dunia. Biar Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati. Sama ada ikhlas atau tidak, "

Shuda terpanar. Wah, mamat ni tengah mengayat dia ke apa? Aduh.. semacam saja jantung ni mengepam darah.

"Saya bagi Cik Shuhaida separuh donut ni. Selebihnya saya nak bawa balik dan makan. Selamat menjamu selera. Dan.. saya nak Cik Shuhaida tahu.. saya ikhlas, "

Ezwan kemudian bangkit dari duduknya lalu melangkah pergi sambil membawa beg plastik di tangan. Shuda masih terdiam. Belum pernah ada lelaki seberani Ezwan yang meluahkan kata-kata menusuk hati sebegitu.

"Pergh.. sikit punya gentleman macam tu pun Kak Shu nak reject ke? Rugi.. rugi.. " Azmin menggeleng kepala.

Shuda pantas menjeling tajam Azmin. "Sekeh kepala, nak? "

Azmin tersenyum kelat sambil menggeleng laju. "Eh... jangan. Relax, Akak. "

***

Aku mengerling abangku yang sedang tersenyum memandang skrin telefon. Macam orang sasau saja gamaknya. Aku sudah boleh meneka dengan siapa Naem saling berbalas mesej. Siapa lagi kalau bukan Cik Muizah?

"Mengeluh lagi? " tegur Naem.

"Mana ada, " dalihku.

"Ingat Abang tak nampak Ija asyik tengok Abang? Cakap lah, ada problem ke? "

Aku menggeleng. "Tak ada, "

"Cakap aje lah Ija rindu Amirul, kan? " giat Naem.

Terus aku mengeluh perlahan. "Memang pun. Dari tadi Ija tunggu dia call. Mesej pun tak reply, "

"Dia terasa lagi lah tu pasal tiga bulan tu. "

Aku kerut dahi. "Ai, lamanya merajuk? "

Naem memusing kerusinya menghadap aku. Rambutnya yang berterbangan dek bayu malam dibiarkan saja.

"Ija kena faham. Mana-mana lelaki pun, walau ego dia setinggi everest ke atmosfera ke stratosfera ke troposfera ke ionosfera ke Luh Mahfuz sekalipun, dia tetap manusia. Manusia yang ada perasaan, "

"Apa kena mengenanya? " soalku keliru.

Naem mengeluh panjang. Tangannya naik mengurut dahi. Susah juga sebenarnya bercakap dengan orang lambat faham ni.

"Ija, Amirul tetap manusia biasa. Ada perasaan, akal, nafsu. Mana-mana lelaki pun, nak ke dia berpisah lama-lama dengan isteri dia? Tiga bulan puasa lagi tu. Orang lain paling lama pun sebulan. Kalau Abang lah, dah meroyan sasau sekarang ni. "

Aku ketawa kecil. "Teringin juga nak tengok Abang meroyan macam mana, " usikku.

"Aip.. tak sayang mulut eh? "

"Eh.. sayang sayang, "

Naem mencebik. Ada saja jawapannya. Dia berdehem sebelum menyambung bicaranya.

"Dan sebagai lelaki, mereka nakkan seorang wanita yang mampu memenuhi keperluan mereka. "

"Maksud Abang? "

Naem tersengih miang. "Ija faham maksud Abang, "

Aku menelan air liur. Mendengar kata-kata Naem membuatkan aku dapat mengagak maksud kata-katanya.

"Faham... Fa.. ham.. sangat.. "

Abang naem jangan macam2.. ija silat nanti kang... HAPPY NEW YEAR 2021 ; ) Semoga tahun 2021 ini lebih baik dari tahun 2020 yang penuh cabaran. Dan semoga kesayangan semua terhindar dari covid-19. Keep support Aisya, okay? Nah hadiah 2021.. esok lagi update chapter baru.. muah muah semua.. selamat tahun baru 2021.. (Panjang pula ucapan YB ni..) #kitajagakita #kitamestimenang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience