BAB 1

Romance Completed 29336

"Sakit lah! Lepas! "

Aku meronta-ronta meminta untuk dilepaskan. Namun, semakin aku meronta Aniq semakin kuat mengenggam pergelangan tanganku.

Aku tidak tahu apa baiknya Aniq Nubhan hinggakan ibu bapaku mahu jodohkan aku dengan dia hanya kerana ibu bapaku dan ibu bapa Aniq bersahabat baik. Aniq sendiri kenalan abangku, anehnya abangku seakan kurang senang dengan Aniq. Seolah Aniq bukan kawannya pula. Hairan.

"Aniq... lepas lah, "

Pergelangan tanganku sudah mula terasa sakit. Pasti akan meninggalkan kesan merah. Seingat aku, Aniq sudah berjanji tidak mahu lagi mengasariku. Namun, janji hanya tinggal janji. Sekadar kata-kata kosong.

"Aniq... saya bagitahu Abang Naem nanti. " ugutku.

Aniq menjegilkan matanya memandangku. "Berani lah bagitahu! Bagitahu Mama Papa sekali. Macam lah dia orang percaya, " sinis Aniq.

Benar kata Aniq. Ibu bapaku seolah-olah mempercayakan Aniq lebih dari anak mereka sendiri. Aku kenal Aniq sudah cukup lama. Lidahnya yang suka memutar belit cerita itu... Ah, aku sudah lali. Mujur ada Naem menyebelahi aku.

"Awak nak apa lagi? Tak cukup ke duit saya bank-in hari tu? " soalku kasar.

"Ni bukan pasal duit. Ni pasal awak bagitahu Naem tangan awak lebam hari tu. "

Aku mengetap bibir. "Lepas, boleh tak? Sakit lah, "

"Oh, sakit? Sekarang bagitahu saya. Kenapa awak cerita dekat Naem? Tahu tak teruk saya kena tumbuk hari tu? "

Aku tersenyum sinis. Dalam hati aku sudah bersorak gembira ucap 'PADAN MUKA'. Itu baru Naem, belum lagi Papa. Kalau Papa yang menumbuk Aniq, silap-silap lelaki ini berkampung dua bulan di hospital.

"Aniq... lepas lah. Sakit... "

Aniq merengus geram. "Kau ni kan... "

"Hoi! "

Aku memejam mata serapat mungkin. Kepalaku tertunduk kerana takut dikasari Aniq lagi. Lihat saja tangannya sudah ke udara. Baru bertunang begini teruk, inikan pula kalau sudah berkahwin nanti. Silap-silap patah riuk badanku nanti.

"Bro, apa hal nak sampai nak lempang lempang ni? "

Tangan kekar lelaki itu menahan tangan Aniq dari menampar wajahku. Terus aku mendongak memandang wajah tegang lelaki itu yang sedang bermain mata dengan Aniq. Aura maskulin lelaki itu benar-benar dominan jika dibandingkan dengan Aniq.

"Bukan hal kau, "

"Sini tempat awam. So, dah jadi hal aku untuk membantu sesiapa saja yang dalam kesusahan. "

Aniq mencebik. "Kesusahan? Bro, boleh tak jangan jadi macam perempuan suka jaga tepi kain orang? Geli ah, "

Lelaki itu tersenyum sinis. "Oh, perempuan? Okay, fine. Jangan sampai yang kau panggil perempuan ni report dekat polis. " ugut lelaki itu.

Aniq mendengus geram. Sedikit sebanyak hatinya gerun mendengar ugutan lelaki itu. Tanganku yang digenggam dilepaskan kasar. Seraya itu dia melangkah mendekati keretanya.

"Ija, kita gerak. Sekarang, " arahnya.

Aku mengangguk laju. Terus aku
mengekori langkah Aniq. Sempat aku menoleh ke belakang lalu tersenyum nipis.

"Terima kasih, "

***

Aku memandang kosong nasi goreng yang sudah tersedia di depan mata. Tanganku pula sibuk memusing straw di dalam gelas tinggi berisi jus mangga. Tiba-tiba saja seleraku hilang. Pembetulan, bukan tiba-tiba tapi memang tiada selera.

"Kalau ditenung nasi tu, pandai ke dia masuk sendiri dalam mulut? "

Terus aku mengangkat wajah memandang Naem Zuhnun yang sedang merenungku. Dahinya berkerut dengan tangan memeluk tubuh.

Aku tersenyum hambar. "Tak, "

"Dah tu, makan lah. Ke nak Abang suap? "

Aku mencebik. "Ish, tak nak lah. Ija dah besar. Pandai suap sendiri, "

Naem ketawa kecil. "Tahu pun, "

Tangan kananku mencapai sudu di sisi pinggan lalu mula menyuap nasi masuk ke dalam mulut sendiri. Boleh tahan. Tidak sia-sia aku meluangkan masa makan tengah hari di sini bersama abangku.

"Abang tengok tangan Ija macam merah-merah. Boleh abang tahu kenapa? "

Terus aku mengeluh perlahan. Sudu aku letak di atas pinggan. Baru selera mahu datang, berpatah balik begitu saja.

"Aniq, "

"Dia buat apa kali ni? " soal Naem.

"Pagi tadi Ija teman dia pergi fuel station. Lepas tu Ija beli lah roti untuk makan dekat office. Masa nak masuk kereta, tiba-tiba dia marah. "

Naem jongket sebelah kening. "Sebab? "

"Abang kan tumbuk dia hari tu. Dia bengang lah agaknya, "

Naem mencebik. "Macam pondan. Depan Abang serupa pengecut, depan Ija bukan main lagi nak berkasar. "

"Alaa... tak payah lah besar-besarkan. Hal kecil je ni. Ija okay, " dalihku.

Naem memincingkan matanya memandang wajahku. "Abang tahu Ija tipu. Cakap, dia buat apa? "

Aku tersenyum kelat sambil mengerdipkan mata beberapa kali memandang satu-satunya abangku itu. Abangku ini sudah seperti ahli nujum. Pandai sungguh meneka. Pandangan mata saja sudah membuatkan aku tidak senang duduk. Tambah lagi auranya.

Aura seorang abang mithali lah katakan.

"Dia sikit lagi nak lempang Ija. Tapi, Abang jangan risau! Dia tak sempat pun, "

Tanganku sudah naik menyuruh Naem agar bertenang. Baran Naem pun bukan boleh dijangka. Bila-bila masa saja boleh sampai ke kepala. Tersilap kata, memang meletus.

"Macam mana boleh tak sempat pula? " soal Naem. Jus tembikai disisip sedikit.

Aku tersenyum. "Ada hero datang tolong, "

"Hero? "

***

Satu keluhan berat dilepaskan. Seraya itu dia meraup wajahnya. Tidak cukup dengan itu, rambut yang kemas disisir rapi digosok kasar.

Dia buntu. Buntu. Fikirannya benar-benar berserabut ketika ini. Kata-kata Wardah kelmarin terngiang-ngiang di kotak fikiran.

"Saya yang tak faham awak atau awak yang tak faham saya? Lelaki tu client saya. Mirul, saya tunang awak. Saya takkan curang dengan awak, "

Amirul mendengus geram. Fail kulit keras di tangannya dilemparkan ke atas meja. Tangan kanan naik membuka dua butang baju di bahagian kolar.

"Main lempar lempar pula dia. Kejap lagi Encik Bakar nak tengok report kau tu, " tegur Ezwan.

Terus Amirul menoleh ke belakang. Lama dia memandang wajah Ezwan tanpa memberikan sebarang respon. Ezwan sudah berpeluk tubuh dengan dahi yang berkerut. Tidak berpuas hati melihat Amirul yang sedang termenung, terus dia menampar pipi Amirul.

"Hoi, Amirul! Aku cakap dengan kau ni, "

"Kau apa hal?! " marah Amirul.

Dia menjeling tajam ke arah Ezwan. Ikutkan hati, mahu saja dia menghempuk kepala Ezwan dengan fail kulit keras di atas mejanya ini. Mujur kawan baik.

"Kau ni ada problem eh? " soal Ezwan.

Laju Amirul menggeleng. "Tak ada. "

Ezwan tersenyum. "Bro, kau nak tipu, pergi tipu orang lain lah. Sikit pun aku tak percaya. Tengok muka kau pun dah tahu, Mirul. "

Terus Amirul mengeluh perlahan. Sukar untuk dia berdalih dengan Ezwan. "Semalam, aku gaduh dengan Wardah. "

Ezwan memeluk tubuh. "Isu apa pula kali ni? "

Amirul menjeling tajam ke arah Ezwan. Dia tahu Ezwan sengaja memerli.

"Aku ternampak client dia pegang tangan dia masa lunch semalam, "

"Lepas tu? Jealous lah ni? "

"Bukan jealous. Tapi aku marah sangat sampai tertuduh dia curang. "

Ezwan menggeleng perlahan. "Memang patut pun dia merajuk. Tu lah kau, banyak kali dah aku tegur kau. Mulut kau tu, cakap main lepas je. Tak berlapis langsung, "

Amirul mendengus perlahan. "Kau ni nak tolong aku ke nak sindir aku? "

Ezwan tersenyum kelat. Tangannya naik menepuk lembut bahu sahabatnya.

"Mesti lah nak tolong, "

***

Perlahan-lahan tanganku mengunci bilik simpanan barang itu. Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan mata. Setiap hari aku berdoa, semoga ada keajaiban yang mampu membuatkan aku tidak dijodohkan dengan Aniq. Aku sudah tidak tahan lagi hidup begini.

Aku mengerling telefon yang tadi berdering sekejap. Telefon di hujung meja pejabat aku capai. Terus aku tersenyum.

'Jangan fikir tau pasal hal tu, okay? Nanti kau pula yang stres.' -Muizah.

'Ingat, kalau Aniq tu nak berkasar ke apa, tampar je dia tu. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah.' -Shuda.

Makin lebar senyumanku tatkala membaca mesej dari sahabat baikku, Muizah dan Shuda. Selain Abang Naem, dua sahabat baikku ini juga tahu sikap sebenar Aniq. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka. Sangat memahami dan paling penting sentiasa meniupkan semangat kepadaku.

Aku mengemaskan barang-barangku. Aku berkira-kira mahu pulang ke rumah memandang jam pun sudah menunjukan pukul lima petang. Belum sempat aku mahu melangkah, tiba-tiba seluruh ruang pejabat bertukar gelap.

"Argh! "

Assalamu'alaikum semua... harap semua sihat and hopefully terhindar dari Covid-19. Aminnnn.... anyway, enjoy! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience