BAB 21

Romance Completed 29336

"Tapi saya tak janji saya boleh puasa sampai tiga bulan, "

Kata-kata Amirul tempoh hari terngiang kembali di fikiran. Pantas aku menggeleng laju. Sedaya upaya cuba menghilangkan segala bayangan di minda. Memikirkan saja sudah buat aku rasa takut.

"Dan sebagai lelaki, mereka nakkan seorang wanita yang mampu memenuhi keperluan mereka. "

Argh... Abang Naem!

Pantas aku menggosok kedua telinga. Mindaku sudah tercemar dengan kata-kata Naem. Apa sebenarnya yang Amirul dan Naem cuba sampaikan?

"Ija... Kau apa hal ni? Kejap geleng kejap gosok telinga. Dah macam meroyan, " tegur Muizah.

"Ma.. mana ada! " tegasku.

"Ya lah tu.. kau ingat aku buta? Mesti pasal Amirul, kan? " giat Shuda.

Lambat-lambat aku mengangguk. Baru dua minggu berjauhan begini sudah terseksa yang amat. Masih berbaki sepuluh minggu lagi.

"Kau mungkin boleh kawal perasaan kau. Tapi, Amirul? Mampu ke dia kawal perasaan dia? " soal Shuda sambil tersenyum.

Pantas aku memandang Shuda. Sebelah kening sudah terangkat tinggi. "Sejak bila kau pandai bercakap pasal isu ni? "

Shuda mengerdipkan mata beberapa kali. "Isu apa? " soal Shuda sengaja buat-buat tidak tahu.

Aku mencebik. "Tak ada apa lah, "

***

Amirul keluarkan telefon dari dalam saku seluar. Skrin telefon ditatap lama. Lantas dia mengeluh perlahan.

Sejak pagi tadi, satu panggilan telefon pun Nuriez tidak balas. Dia sudah mengajak isterinya itu makan tengah hari bersama, namun ditolak mentah-mentah. Adakah kata-katanya tempoh hari terlalu keterlaluan?

Kalau iya pun marah, janganlah sampai mahu lancarkan perang dingin. Dia yang tidak senang duduk siang malam kerana terlalu rindukan Nuriez.

"Mirul, "

Amirul mengerling sekilas. Serta-merta hatinya terasa panas. Rasanya sudah berkali-kali dia menegah Wardah supaya jangan mengganggunya lagi.

"Wardah buat apa kat sini? "

Sungguh, dia benar-benar tidak selesa dengan kehadiran Wardah di pejabatnya. Risau jika ada yang melihat. Nanti dia juga yang jadi bahan cerita.

"Wardah tahu Mirul marahkan Wardah. Tapi.. takkan sampai macam ni Mirul nak layan Wardah? "

Amirul ketawa sinis. Geli hati mendengar kata-kata Wardah. Lantas dia menoleh memandang Wardah.

"Siapa yang salah sekarang ni? Mirul ke Wardah? Wardah tahu tak, lelaki tak guna tu bekas tunang Nuriez? Sebabkan sikap penting diri Wardah ni, orang lain yang menderita! Isteri Mirul sendiri! " bentak Amirul.

Wardah terkedu. "Wa.. Wardah.. Wardah tak tahu.. "

"Memang lah tak tahu kalau dah ambil hak orang lain! Tahu tak betapa besarnya harapan Nuriez? Dia berharap sangat satu hari nanti Aniq tu berubah. Tapi, apa yang jadi? Aniq curang dengan dia. Wardah curang dengan Mirul. Mirul tak boleh bayang lah macam mana kalau Nuriez tahu semua ni, " Amirul mendengus geram.

"Wardah tahu Wardah salah. Please, Mirul. Bagi Wardah peluang. Wardah akan betulkan semua keadaan ni. Wardah akan putus dengan Aniq. Wardah janji Wardah akan setia dengan Mirul. Please, Mirul. Jadi isteri nombor dua pun Wardah sanggup. "

Amirul tersenyum sinis. Isteri nombor dua? Wardah benar-benar sudah hilang akal.

"Sudah lah, Wardah. Mirul tak nak dah Wardah jumpa Mirul macam ni. Tolong jangan ganggu Mirul lagi sementara Mirul masih cakap elok-elok dengan Wardah. "

Lantas Amirul melangkah menuju ke arah lif meninggalkan Wardah terpinga-pinga sendirian. Dia tekad. Dia sudah tidak mahu lagi memikirkan kisah silam.

Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Dia cuma mahu mencari kebahagiaan bersama Nuriez. Nuriez layak untuk bahagia.

***

Shuda tersenyum sambil memandang skrin telefonnya sekaligus mendatangkan kerutan di dahiku. Hairan. Tidak pernah-pernah pula Shuda tersenyum begini lebar. Kalau senyum pun, senyum sinis.

"Shu, kau kenapa ni? " tegurku.

Bimbang jika Shuda jadi sewel atau sasau. Ya lah, tiba-tiba saja senyum seharian. Aku pula yang risau.

"Ija, "

"Hmm. Apa? "

Cawan kaca berisi kopi Nescafe 3 in 1 yang sudah siapa dibancuh aku letak di satu sudut atas meja. Tanganku kemudian mengeluarkan komputer riba dari dalam beg galas lalu aku letak atas meja kerja. Lantas aku menekan butang on.

"Macam mana kau tahu kau jatuh cinta dengan Amirul? "

Makin berkerut dahiku mendengar soalan Shuda. Sah, Nurul Shuhaida sasau!

"Soalan apa ni? "

"Ish, aku serius ni. Macam mana? "

Aku tersenyum. Kopi dalam cawan aku sisip sedikit.

"Cinta ni satu miracle. Langsung tak boleh dijangka. Boleh dilihat dengan mata hati dan bukan mata kasar. "

Shuda silang tangan. "Kau ni.. suka cakap belit-belit. Bagi tahu lah, "

Aku mengeluh panjang. "Ya lah.. masa aku kahwin dengan Amirul, rasa macam aku naik roller coaster. Semua berbeza 360 darjah, huru-hara. Mulanya memang aku fikir, perkahwinan ni takkan bertahan walau setahun pun. Tapi, lama-lama.. aku macam nampak satu vision. Vision yang aku akan lebih bahagia dengan Amirul daripada Aniq. Entah kenapa, aku happy kena tangkap basah dengan Amirul. Mungkin sebab akhirnya aku takkan ada kaitan lagi dengan Aniq. "

Shuda ketawa kecil. "Happy? Tak betul agaknya kau ni, Ija. "

"Ish, aku tak tipu. Amirul memang lah macam dingin sikit dengan aku masa mula-mula kahwin tu. Ya lah.. dia kan cinta mati dengan Wardah. Dalam dingin dia tu pun, dia sebenarnya caring sangat. Caring sampai tahap dengan aku-aku sekali hanyut. "

"Habis tu, sekarang Amirul macam mana? " soal Shuda.

"Alhamdulillah, dia dah boleh terima hakikat yang aku ni isteri dia dan dia suami aku. Kami dah janji untuk kenal each other, kongsi semua masalah. Lagipun, aku kasihan dengan dia... "

Shuda kerut dahi. "Sebab? "

"Ezwan cakap yang Wardah tu curang. Kau ingat tak yang Amirul pukul aku tu? "

Shuda mengangguk laju. "Ingat. Kenapa? Ada kaitan dengan Wardah? "

Aku pula mengangguk. "Dia marab sangat masa tu. Aku pula pergi ungkit kat dia. Dah lah dia tu angin Monsun. Memang mengamuk lah dia, "

"Ija, aku nak cakap sesuatu ni, tapi kau jangan marah pula eh? " Shuda tersengih serba salah.

"Cakap je. Apa? "

"Hari tu, aku nampak Aniq dengan seorang perempuan ni. Kebetulan perempuan tu perempuan sama yang kita nampak bersembang dengan Amirul masa hari nikah kau tu, "

Aku tersentak. Pantas aku memandang Shuda. "Aniq?! "

***

Danish mengerling Amirul yang dari tadi hanya diam tanpa sepatah kata. Mahu kata bisu, Amirul sendiri yang mengajak dia ke masjid. Katanya bosan di rumah.

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Masih ada masa lagi untuk kita buat sedikit tazkirah sebelum masuk waktu Isha. Saya harap, tuan-puan semua tak keberatan lah. "

Amirul hanya mengeluh perlahan mengenangkan Nuriez yang seakan tidak peduli dengan keadaan mereka sekarang. Seolah suka mereka berjauhan begini. Dia pula rasa bertepuk sebelah tangan.

"Hari ni saya nak memberi sedikit penerangan ringkas tentang perkahwinan, " ujar ustaz yang tadi mengimamkan solat maghrib berjemaah.

Amirul tersentak. Dia mengerling Danish yang seakan teruja mendengar tazkirah yang ingin disampaikan ustaz berbaju Melayu hijau gelap itu.

"Perkahwinan ini satu ibadah. Kalau niat yang betul dan ikhlas, maka besarlah ganjaran pahalanya. Kalau niat yang sebaliknya, maka tiada lah erti perkahwinan itu. Sepertimana hadith dari Aisyah ra, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, "Perkahwinan itu adalah sunnahku. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku. "

"Tuan-tuan sekalian, isteri ini adalah amanah dari Allah. Sebagaimana kita tahu, Hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam alaihissalam. Bukan dari kaki untuk dipijak dan ditendang. Bukan dari kepala untuk dipuja dan dijunjung. Tetapi dari rusuk untuk dilindungi dan dekat di hati. "

Amirul benar-benar rasa terkesima. Seolah-olah kata-kata itu ditujukan kepadanya. Tepat pada sasaran.

"Perkahwinan ini merupakan sebuah tanggungjawab yang besar. Ramai yang mengambil enteng perkara ini. Sebagai seorang suami, kita perlu menyediakan nafkah zahir dan batin, tempat tinggal, makan dan minum, pakaian serta keperluan isteri. Sebagai isteri pula, janganlah leka. Suami perlu dilayan seikhlas hati. Menjaga makan pakai suami, memberi nafkah batin, menjaga batas dengan yang bukan muhrim. "

"Seperti hadith riwayat Ibnu Majah, "Telah menceritakan kepada kami; Hisyam bin Ammar berkata, telah menceritakan kepada kami; Sadaqah bin Khalid berkata, telah menceritakan kepada kami; Uthman bin Abu Al 'Atikah dari Ali bin Yazid dari Al Qasim dari Abu Umamah dari Nabi Muhammad saw baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang bermanfaat bagi seorang mukmin setelah takwa kepada Allah selain isteri yang solehah. Jika suami menyuruhnya dia akan taat, jika dipandang dia menyenangkan, jika dia memberi (giliran) untuknya dia menerimanya, dan jika semasa ketiadaan suaminya dia menjaga kehormatan diri dan hartanya. "

Ustaz itu kemudian mengerling jam tangannya lalu membisikkan sesuatu kepada seorang lelaki yang turut berbaju Melayu dan kain pelikat.

"Sampai di sini dulu lah ya tazkirah pendek kita malam ini. Sekarang pun dah masuk waktu Isha. Sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri, "

***

Telefon yang berdering membuatkan Amirul terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan. Kalau kemalangan, sia-sia saja hidup. Dia tersenyum lebar melihat nama isterinya di skrin telefon.

"Assalamu'alaikum.. "

"Wa'alaikumussalam. Saya ingatkan awak dah tak nak call saya lagi.. " rajuk Amirul.

Pintu gelangsar balkoni aku tarik perlahan. Lantas aku melabuhkan duduk di satu kerusi di hujung balkoni. "Eh, mana ada. Saya ada good news untuk awak, "

Makin lebar senyuman Amirul. "Good news? "

"Ini good news paling good news sekali. "

"Apa dia? Cakap lah cepat. Awak ni cakap belit-belit lah, " keluh Amirul.

Aku mengetap bibir. Cakap belit-belit? Memang aku suka cakap belit-belit ke?

"Malam ni saya free, "

"Really? Macam mana pula boleh free? " soal Amirul.

"Saya cakap dekat Papa yang saya nak jumpa awak. Papa kata boleh and... "

"And...? "

"And dia kata saya tak balik rumah malam ni pun tak apa, "

"Yes!! "

Aku pantas menjarakkan sedikit skrin telefon dari telinga. Teruja benar bunyinya. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman. Berbaloi jugalah aku merayu bagai nak rak pada Papa tadi.

"Datang cepat tau? Kalau tak, saya merajuk. "

"Okay, okay. Sekejap eh, Sayang? Saya datang sekarang juga! "

gembira macam nak bulan.. hahahah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience