BAB 26

Romance Completed 29336

"Abang tanya ni, Ija dengan Amirul buat apa dekat sini? "

Amirul tersenyum. "Jemput duduk, Bang. "

Terbeliak besar mataku melihat Amirul selamba saja mengajak Naem duduk bersama. Lantas aku membisikkan sesuatu ke telinganya.

"Kata nak makan berdua? Ni kenapa ajak Abang Naem sekali? " bisikku.

"Laa.. Abang awak, kan? Takkan saya nak halau pula? " Amirul pula berbisik.

Naem berdehem. Pantas aku dan Amirul memandang ke arah Naem yang sedang tersenyum.

"Abang kacau kau orang nak dating eh? " giat Naem.

"Eh, mana ada! Kita orang cuma discuss nak order apa je untuk Abang. " dalihku.

Amirul memandang aku dengan dahi berkerut. Pula? Tadi kata nak berdua.

Aku menjegilkan mata pada Amirul sebagai isyarat. Amirul mengherot bibir lalu dia mengangkat bahu.

"Kau orang buat apa ni? " soal Naem.

Aku menggeleng perlahan sambil tersenyum kelat. "Tak ada apa. Haa.. Abang Naem nak makan apa? Order aje, "

"Betul eh order je nak apa-apa pun? "

"Jangan yang mahal-mahal pula, " celah Amirul.

Naem tiba-tiba tersenyum lebar. "Lain macam aje kau orang ni. Hari tu bukan main lagi yang seorang tak nak jumpa yang seorang sibuk nak pujuk. Sekarang, sama-sama makan pula? Ija tak dengar cakap Mama Papa eh? " giat Naem.

"Abang! Mana ada! Ija dengar lah! " tegasku.

"Ish, relax ah. Abang cakap aje pun, "

Aku menelan air liur. Kemudian aku mengerling Amirul. Kalau Mama Papa tahu.. krek..! Kena pancung!

***

Perlahan-lahan aku melabuhkan duduk di atas sofa ruang santai. Entah mengapa kepala aku terasa berdenyut semenjak dua menjak ini. Bukan saja sakit kepala, malah penat segala sendi dan kadang-kadang mual.

Salah makan? Tak.

Food poisoning? Tak juga.

Diarrhea? Lagi lah tak.

"Entah-entah kau mengandung? " celah Shuda.

Pantas aku menoleh memandang Shuda dengan dahi berkerut.

"Mengarut. "

"Eh..! Apa yang mengarut? Make sense lah kalau kau mengandung. Kau dengan Amirul kan dah kahwin, "

"Mana ada lah. Mengarut. "

"Mengarut lagi. Ija, baik kau pergi check. " cadang Shuda.

"Nanti lah. Petang ni ada photoshoot, "

Shuda mencebik. "Suka hati kau, "

Aku perlahan-lahan bangkit dari duduk. Rasa sakit kepala masih mencengkam kuat. Pandanganku berbalam-balam.

"Shu.. "

"Apa? "

Shuda menoleh. Tiba-tiba tubuhku rebah.

"Ya Allah, Ija! "

***

"Aku dah cakap dah dekat dia. Tapi, dia degil. Okay lah apa lah nanti lah. Tengok sekarang. Siapa susah? " bebel Shuda sambil mencekak pinggang.

Muizah mendesis resah. Dia mengerling aku sebelum mengerling Shuda sambil menggaru kepala.

"Shu, dah lah tu. Kasihan lah Ija. Kau ni bebel berjela. Orang tu tengah sakit kepala. Aku pun serabut dengar. "

Shuda menyilang tangan lalu mendengus. "Kalau dia ikut cakap aku tadi, tak adanya aku nak bebel. "

"Puan Nuriez. Boleh masuk, "

Muizah bangkit lalu membantu aku berdiri. Perlahan-lahan dia memimpin aku masuk ke dalam bilik rawatan. Muizah menoleh.

"Kau tunggu luar, "

Shuda mencebik. "Ya lah, "

***

Aku tersenyum sendiri. Hari ini adalah hari paling gembira dalam hidupku. Aku tidak sabar mahu memberitahu khabar gembira ini kepada Amirul.

"Senyum sampai ke kening, " usik Shuda.

"Siapa aje tak gembira? "

Shuda silang tangan. Sengaja dia senyum mengejek. "So, kau nak mengaku kat Mama Papa kau lah yang kau naughty? "

"Shu! "

"Ya, ya. Aku tak bagi tahu. Ni mesti kes Amirul tak tahan puasa tiga bulan kan? " giat Shuda.

Aku angkat bahu. "No comment, "

"Nuriez! "

Serentak aku dan Shuda memandang ke arah. Shuda menolak bahuku lembut.

"Tu haa. Bapa budak dah sampai, "

"Ish, apa kau ni? "

"Betul lah, kan? Aku balik dulu lah eh. Bye, "

"Bye, "

Aku melihat Shuda yang melangkah berselisih dengan Amirul. Sempat gadis tinggi lampai itu membisikkan sesuatu ke telinga Amirul. Ada lah tu!

"Lama tunggu? "

Aku menggeleng. "Tak juga, "

"Shuda kata awak ada something nak bagitahu saya. Apa dia? " soal Amirul.

Aku tersenyum panjang. "Kita pergi makan dulu, nak? Saya lapar, "

***

"Banyaknya awak order. Boleh habis ke ni? " soal Amirul.

Aku tersenyum sambil mengunyah spagetti di dalam mulut. Entah mengapa pula seleraku bertambah-tambah. Segala makanan terlintas di fikiran.

"Bukan saya je yang makan, "

Amirul mengeluh perlahan. "Memang lah saya pun makan sekali. Tapi, tak rasa ke banyak sangat? "

"Tak habis, bungkus lah. Abang Naem kan perut macam tong sampah. Semua boleh sumbat, " selorohku.

Amirul ketawa kecil. "Tak baik lah, "

Aku mencapai pinggan berisi nasi goreng. Lantas aku menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulut. Mataku tertutup kerana terlalu menikmati rasa hidangan ini.

Lain macam saja sedapnya!

"Uish, bukan main lagi dia. " usik Amirul.

"Sedap lah. Awak nak rasa? "

Amirul mengangguk. Kemudian aku menyuap sesudu nasi goreng kepada Amirul.

"Macam mana? " soalku.

"Biasa aje, "

Aku mengherot bibir. Biasa atau tidak, janji dapat makan sudah.

"By the way, Sayang macam pelik lah hari ini. "

"Mesti lah pelik sebab saya ada sesuatu nak bagitahu awak, "

Amirul jongket sebelah kening. "Bagitahu sesuatu? Ish, jangan lah macam ni. Saya tak suka lah main teka-teki ni, " keluh Amirul.

"Nak tak nak kena main teka-teki juga, "

Amirul menyilang tangan. Riak wajah tidak puas hati dipamer. Dia mendengus perlahan.

"Bagi clue, "

Aku tersenyum. Beg tangan di kerusi sebelah tempat aku duduk aku capai. Lantas aku mengeluarkan sekeping kad lalu aku hulur kepada Amirul.

"Baca, "

Kad bertukar tangan. Dengan penuh perasaan ingin tahu, Amirul membuka lipatan kad tersebut. Makin tercengang dia membaca isinya.

"Welcome to fatherhood? "

Aku mengangguk.

"Maksudnya? "

"Saya mengandung, "

"Hah?! "

Tidak semena-mena Amirul jatuh pengsan. Sempat aku menahan kepalanya dari jatuh. Aku menggeleng. Beratnya!

"Amirul! Ya Allah, pengsan pula dia! "

terkejut sampai pengsan.. kau ada? hahahahhahha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience