BAB 32

Romance Completed 29336

"Awak buat apa kat sini? "

Hampir luruh jantungku melihat Aniq di depan mata. Bermacam soalan mula bermain di benak. Mengapa dia di sini? Berapa lama dia akan berada di sini?

"Saya ada trip kat sini. Awak? "

Aku tercengang. Masih lagi tergamam. Entah mengapa suaraku susah pula mahu keluar.

"Saya... "

"Mesti awak honeymoon, kan? " teka Aniq.

"Haa... betul betul.. " Aku tersenyum kelat.

Ish, psycho gila Aniq ni. Stalker ke apa? Macam tahu-tahu je aku kat sini.

"Oh, yes. Mana Amirul? Tak nampak pun dia? " Aniq mengerling kiri dan kanan mencari kelibat Amirul.

"Dia dah keluar... "

"Laa.. ya ke? Kalau macam tu, apa kata Ija ikut saya dinner. Saya belum dinner lagi, "

Aniq tiba-tiba mencengkam pergelangan tanganku. Mataku terbeliak memandang Aniq yang kelihatan bersahaja.

Apa pula ni? Sah.. Aniq ni dah gila.

"Aniq.. apa ni? Lepas lah.. " aku cuba merentap tanganku.

Aniq kerut dahi. "Saya ajak makan aje. Bukan buat apa pun. Susah sangat ke nak ikut? "

"Bu.. bukan macam tu. Tapi, saya dah janji dengan Amirul nak dinner sama. "

Aniq tersenyum sinis. "Alaa.. bila-bila pun Ija boleh dinner dengan dia. Tapi kalau dengan saya.. susah tau nak jumpa. Kalau saya ajak pun, belum tentu awak nak sebab Amirul tak kasi. "

Aku menelan air liur sendiri. Ish.. apa benda Aniq merepek ni? Seram sejuk aku.

"Aniq.. "

"Saya cakap ikut tu.. ikut je lah! " tengking Aniq.

Bahuku terhenjut. Saat ini hanya Allah sja yang tahu betapa takutnya aku. Jantungku sudah mula berdegup kencang.

"Aniq.. lepas... "

"Ikut je lah! "

"Hoi! "

Pantas aku menoleh. Serta-merta aku tersenyum melihat Amirul yang sedang melangkah dengan wajah bengisnya.

"Kau buat apa ni? " soalnya kasar.

"Tak nampak? Aku nak ajak Ija makan lah, " jawab Aniq dengan nada memerli.

Kerutan di dahi Amirul semakin bertambah tatkala melihat tanganku yang dicengkam Aniq. Sempat dia mengerling aku sekilas.

"Ajak makan pun sampai nak pegang tangan ke? Kau tahu tak Nuriez isteri aku? "

"Tahu lah. Aku nak ajak dia makan je. Tak luak pun, " Aniq menjawab selamba.

Buk!

Tanpa sebarang amaran, tumbukan padu Amirul mengena tepat ke pipi kiri Aniq. Lelaki itu tersungkur ke lantai. Tangannya naik menyentuh pipi yang terasa menyengat. Aniq tersenyum sinis.

"Bro, chill lah. Asyik-asyik nak guna keganasan je. Tak jantan lah, "

Amirul mendengus geram. Pantas dia merenggut kolar baju Aniq. Matanya merah menyala memandang Aniq penuh perasaan marah. Aniq ketawa sinis.

"Masih nak guna cara kasar juga? " giatnya.

"Kau apa hal, hah?! " jerkah Amirul.

"Bro... chill.. relax.. "

Lantas satu lagi tumbukan dilayangkan ke wajah Aniq. Aniq tersenyum sinis.

"Relax lah, bro. Tak payah marah-marah, "

Amirul mendengus kasar. Dia menjeling tajam kepada Aniq. Lantas dia menarik tanganku.

"Jom. Kita pergi, "

***

Sesekali aku mencuri pandang Amirul yang sedang sibuk menyuap makanan ke dalam mulut. Wajahnya masih tegang. Mungkin rasa tercabar dengan sikap kebudak-budakan Aniq.

"Abang.. "

"Hmm.. "

"Abang okay ke? "

Amirul tersenyum hambar. "Okay, "

"Kenapa Sayang rasa macam Abang tak okay? Macam.. ada something wrong, "

Serta-merta Amirul meletakkan sudu dan garpu. Jari-jemari disulam lalu diletak atas meja. Matanya menatap wajahku dalam-dalam.

"Tell me. What happened just now? "

Aku mengeluh perlahan. "Tak tahu lah. Tiba-tiba dia muncul. "

"Nak report polis? " soal Amirul.

Pantas aku menggeleng. "Jangan lah.. kasihan Aunty Hafizah, "

Amirul jongket kening. "Habis tu, kasihan dekat Aunty Hafizah aje? Dekat diri Sayang? Dekat baby? "

Aku mengetap bibir. Lantas aku menghela nafas dalam-dalam.

"Bukan macam tu. Sayang rasa dia tak puas sebab Sayang tahu yang dia curang tapi tak bagitahu dekat Uncle Anuar dan Aunty Hafizah. Dulu dia pernah jumpa Sayang dekat studio, "

"Dia jumpa Sayang?! "

"Kejap... bagi Sayang explain dulu.. "

Amirul mengherot bibir. Tangan disilang memeluk tubuh. Dia bersandar di kerusi. "Hmm, "

"Dia kata tak adil kalau Sayang aje tahu rahsia dia tapi dia tak tahu rahsia Sayang. Lepas tu dia asyik kata Sayang ni pura-pura baik. Pura-pura macam tak pernah buat salah, "

"Lagi? "

"Lagi... dia pernah kata.. "

"Kata apa? "

"Kata yang... kalau dia tak dapat Sayang.. sesiapa pun takkan dapat, "

Amirul mencebik. "Psycho ke apa, "

"Ish.. tak baik lah. Dia bukan macam tu.. " dalihku.

"Haa.. nak bela dia lah tu. " rajuk Amirul.

Aku tersenyum. "Bukan lah.. Tapi kadang-kadang dia tu sewel sikit. " aku ketawa kecil.

Amirul pula tersenyum. "Eleh, cakap orang. Dia pun sama, "

"So.. dah tak marah, kan? " soalku.

Amirul mengangguk perlahan. "Tapi, esok kita balik..boleh, kan? "

"Boleh, " Isyarat jari tanda 'okay' aku tunjuk pada Amirul.

***

Dari tadi Aniq mundar-mandir di lobi hotel. Sejak pagi lagi dia menanti munculnya kelibat Nuriez dan Amirul. Dia kerling jam tangannya.

Sudah hampir jam 9 pagi. Matahari pun sudah tinggi. Takkan lah masih tidur lagi?

"Ish.. tak boleh jadi ni.. "

Aniq melangkah ke arah kaunter informasi. Bibirnya dipaksa untuk senyum.

"Ya, selamat pagi. Ada apa boleh saya bantu? "

"Er... guest dekat bilik 342 tu ada tak? " soal Aniq tanpa berselindung.

Pekerja wanita itu kerut dahi. "Kenapa ya, Encik? "

"Aa.. saya kawan dia.. "

Pekerja wanita itu diam sejenak. Mindanya melayang memikirkan perbualannya dengan sepasang suami isteri awal pagi tadi.

"Kalau ada lelaki datang tanya pasal kami, cakap aje tak tahu.. atau cakap kami ke hotel lain. Jangan cakap kami dah check out, "

Ya, pergi ke hotel lain!

"Er.. rasanya guest kat situ dah pergi hotel lain. "

"Bila? " soal Aniq dengan nada terkejut.

"Entah lah. Hari ni syif saya lewat sikit. So, saya tak tahu. Maaf ya, Encik. "

Aniq mengetap bibir. Dia tersenyum kelat lalu menggeleng. "It's okay. Thanks, "

Pekerja wanita itu menunduk sedikit. "Sama-sama, ".

Aniq mengepal penumbuk. Gigi diketap kuat. Dadanya turun naik menahan amarah yang memuncak.

Kalau aku tak dapat Ija, kau pun takkan dapat, Mirul.

***

"Sedapnya bi hun sup! "

Amirul tersenyum nipis. Kopi O suam diteguk perlahan. Tergeleng-geleng kepalanya melihat aku yang begitu kusyuk menikmati bi hun sup.

Sudah lama aku mahu makan bi hun sup. Paling aku mahu bi hun sup di RnR Genting Sempah ini. Memang sedap. Mujur Amirul sanggup pusing semata-mata mahu datang ke sini.

"Abang nak sikit? "

Amirul menggeleng. "Sayang makan. Tengok Sayang makan pun Abang dah kenyang. "

Aku mencebik. "Mengada, "

Sup aku hirup sedikit. Kemudian aku mengerling Amirul. Aku mengherot bibir.

"Abang rasa Aniq sekarang macam mana? " soalku.

Amirul terus ketawa. "Gelabah lah. Apa lagi? "

Tak lama kemudian aku juga turut ketawa. Tak sia-sia kami sama-sama menyusup keluar dari hotel awal pagi semata-mata mahu lari dari Aniq. Semua idea Amirul. Siap suruh pekerja hotel lagi supaya menipu Aniq jikalau dia bertanya tentang kami.

Amirul mencebik. "Siapa suruh dia? Padan muka, "

bijak Amirul.. hahahahah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience