BAB 33

Romance Completed 29370

"Uish, biar betul Amirul buat macam tu? "

Aku mengangguk. Seraya itu tawa Shuda main kuat. Dari tadi gadis ini tidak berhenti ketawa mendengar aku bercerita tentang peristiwa di Cameron Highlands.

"Tapi, aku rasa baik kau ikut je cakap Amirul tu. "

"Ikut pasal apa? "

"Alaa.. pasal report polis tu lah. Kau macam lah tak kenal Aniq tu. Kalau dulu dia boleh berkasar dengan kau, sekarang ni lebih dari tu pun dia boleh buat. "

Aku terdiam seketika. Betul juga kata Shuda. Aniq bukanlah bokeh dijangka. Panas baran pula tu. Baik aku ambil langkah berjaga-jaga.

"Kalau tak report, tak boleh? Kasihan lah nanti dekat Aunty Hafizah. "

Shuda tayang muka bosan. "Kau ni lagi sayang baby kau ke lagi sayang Aunty Hafizah tu? Kalau kena tangkap polis ke apa ke, salah si Aniq tu lah. Siapa suruh fikir guna kepala lutut, " bebel Shuda.

Aku tersenyum kelat. "Ya lah.. nanti aku fikir. "

***

Aku memandang sekeliling restoran kemudian aku mengerling jam tangan. Sudah lebih 10 minit berlalu. Aku mengeluh perlahan.

Entah atas sebab apa Aniq mahu ajak aku berjumpa. Katanya mahu berbual. Dan seperti biasa, lelaki itu pasti lewat. Nasiblah aku sudah meminta cuti separuh hari dari Encik Razak.

Aku sudah maklumkan pada Amirul. Lokasi dan masa. Ya lah, kalau-kalau si Aniq tu buat perkara yang bukan-bukan. Siapa tahu?

"Ija! "

Aniq melangkah sambil tersengih dengan wajah tidak bersalahnya. Tidak tahukah dia yang dia lewat? Buang masa aku saja.

Lelaki itu menyebak rambutnya yang terjurai di dahi ke belakang. Kemudian dia duduk di kerusi setentang denganku.

"Cakap apa awak nak cakap, "

Aniq tersenyum. "Kejam sangat awak ni. Saya baru sampai kut. Bagi lah saya order makanan ke minuman dulu, "

Aku mendengus perlahan. "Order cepat, "

***

"Asal kau ni macam cacing kepanasan ni? Kejap duduk, kejap berdiri. Jangan nanti berlari pula sudah lah, " tegur Ezwan.

Amirul mengerling sekilas Ezwan yang sedang menaip di komputer. Dia menggigit bibir. Dari tadi hatinya resah sejak menerima mesej dari Nuriez yang mengatakan Aniq mahu berjumpa.

Dia tahu di mana. Dia tahu bila. Pun begitu resahnya masih juga tidak hilang-hilang. Malah bertambah parah sementelah mesejnya tidak dibalas Nuriez. Mahu fokus pada kertas kerja pun sudah tidak mampu.

"Hoi, aku tanya ni.. " bahu Amirul ditepuk perlahan.

"Hah? " Amirul tercengang.

Ezwan tayang muka bosan. "Haa sudah.. jadi bendul pula dia, "

"Kau cakap apa tadi? " soal Amirul.

"Kau ni ada masalah ke? Dari tadi aku tengok kau macam tak senang duduk je, "

"Memang ada! "

Ezwan berhenti menaip. Kerusi pejabat dikalihkan menghadap Amirul. "Pasal Nuriez? " tekanya.

Amirul mengangguk. Tangannya sekejap-sekejap membuka aplikasi mesej dan panggilan telefon. Mesej masih tidak dibalas. Panggilan masih tidak diangkat.

"Apa halnya? "

"Aniq ajak Nuriez jumpa. Aku mesej, aku call, satu pun tak balas. " keluh Amirul.

Ezwan mengherot bibir. "Aku rasa baik kau pergi sana lah. Kau tahu kan kat mana? "

Amirul mengangguk. "Tahu, "

"Haa.. dah tu tercegat apa lagi? Pergi lah! "

Serta-merta Amirul berdiri tegak. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Lantas dia berlari keluar dari pejabat.

"Thanks, Wan! "

Ezwan mengeluh panjang. "Aku yang bujang ni pula jadi penasihat cinta dua mat sentul ni, "

***

Aku memusingkan straw di dalam gelas. Sesekali aku mengerling jam tangan. 15 minit sudah berlalu. Namun, Aniq hanya berbual kosong.

Aniq sememangnya seorang yang suka bermegah. Selama 15 minit ini, lelaki itu hanya bercerita tentang kerja barunya, kereta barunya dan macam-macam lagi perkara aku tak ingin pun mahu tahu.

"Awak nak cakap apa sebenarnya ni? " aku mencelah.

Aniq yang dari tadi sibuk bercakap terua terdiam. "Er... saya.. "

"Kalau tak ada apa-apa benda penting nak cakap, saya balik dulu. "

Seraya itu aku bangkit lalu aku mencapai beg tangan. Aniq tersenyum sinis.

"Percaya betul awak dengan Amirul tu, kan? Sampai awak sanggup butakan mata untuk tengok keburukan dia, "

Aku berhenti melangkah. Perlahan-lahan aku menoleh. Lantas aku kembali duduk.

"Maksud awak? "

Makin lebar senyuman sinis Aniq. Jerat terkena!

"Maksud saya.. awak mesti tak tahu kan yang selama ni Amirul jumpa Wardah belakang awak? "

Aku terdiam. Kata-kata Aniq benar-benar membuatkan aku panas hati. Tangan aku kepal jadi penumbuk.

Aniq menyisip sedikit jus tembikai. Sempat dia mengerling aku yang sudah tidak senang duduk. Ini baru warm up, Ija.

"Wah.. dah banyak berubah eh awak sekarang ni? Dulu masa kita bercinta tak ada pun awak nak butakan mata sebab tak nak tengok kekurangan saya. "

Dahiku berkerut marah. "Apa masalah awak ni? "

"Masalah saya? " Aniq angkat bahu. "Saya tak ada masalah. Bukan saya yang ada masalah. Tapi, awak. Awak ada masalah, Ija. "

"Maksud awak? "

Aniq bersandar di kerusi. Tangan disilang memeluk tubuh. Dia tersenyum sinis.

"Ija, Ija. Dari dulu sampai sekarang, ini lah satu-satunya masalah awak. Awak tahu tak awak ni ada sikap terlalu percayakan orang? Terlalu percayakan orang kadang-kadang boleh memakan diri tau, "

Aku mengetap bibir. Aku sudah jangka. Takkan Aniq saja saja mahu berjumpa. Pasti ada niat lain.

"Awak boleh kutuk saya sebanyak mana awak nak, Aniq. Tapi jangan sekali-kali awak kutuk Amirul. Cermin diri awak balik nanti. Amirul beratus kali ganda lagi bagus dari awak, "

"Walaupun dia jumpa perempuan lain belakang awak? " giat Aniq.

"Nuriez! "

Pantas aku menoleh. Kelihatan Amirul sedang melangkah ke arah meja tempat aku dan Aniq duduk.

"Sayang okay? " soal Amirul prihatin.

Aku mengangguk. Sempat aku menangkap Aniq yang mencebik tadi.

"Jom, balik. Dah tak ada apa-apa kan kau nak cakap? " Amirul mencerlung memandang Aniq.

Aniq tersenyum. "Tak ada. Tapi.. oh ya, Ija. Lupakan lah eh apa saya cakap tadi? "

Aniq kemudian bangkit lalu melangkah keluar dari restoran. Amirul kerut dahi. Lupakan apa?

"Apa maksud dia lupakan apa dia cakap tadi? "

Aku tersenyum hambar lalu menggeleng. "Tak ada. Jom, balik. "

harap-harap lah ija tak termakan dengan hasutan aniq..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience