BAB 42

Romance Completed 29336

"Siapa bagitahu Amirul aku dekat sini? "

Muizah mengetap bibir. Dia mengerling Shuda yang baru saja tiba dari Kuala Lumpur. Kemudian dia kembali memandang aku yang berwajah tegang.

"Ija.. aku minta maaf, " ujar Shuda.

"Sampai hati kau, Shu.. "

"Ija, Mirul masih suami kau. Anak kau anak dia juga, " pujuk Shuda.

"Dan kau sanggup biar aku terluka kali kedua? " giatku.

"Ija, jangan hanya fikirkan perasaan kau. Fikirkan perasaan Amirul juga. " pujuk Muizah pula.

Aku tersenyum sinis. "Kau orang tak faham perasaan aku, "

Muizah mengeluh. "Macam mana kami nak faham perasaan kau kalau kau pun tak faham perasaan orang lain? " soalnya.

Aku terdiam. Kata-kata Muizah menyangkal rasa marahku. Lantas aku mendengus geram lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Shuda mengerling Muizah. Bibir diketap serba salah.

"Zah... "

"Eh aku tak tahu lah nak kata apa lagi dekat manusia degil macam tu! "

***

Aku menarik selimut hingga menutupi sebahagian tubuh. Aku memejam mata. Tiba-tiba ruang kosong di sebelahku terasa berat. Seolah ada orang yang turut baring.

Mataku automatik terbuka. Aku mengerling Amirul yang kelihatan sedang membetulkan bantal.

"Siapa suruh awak tidur dekat sini? " soalku kasar.

"Kita kan.. suami isteri? "

"Baru sekarang awak ingat yang kita ni suami isteri? " sindirku.

"Sayang.. Sayang masih isteri Abang. "

Aku ketawa. Lantas aku duduk tegak. "Oh.. sebab saya masih isteri awak, saya kena dengar cakap awak? Patuh pada awak? Tak boleh nak buat salah walaupun awak dah buat salah dekat saya? Macam tu? " sindirku.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Mata Amirul yang sedang berkaca-kaca aku tenung. Perlahan-lahan aku menggeleng.

"Macam tu tak adil, Amirul. Tak adil, "

Aku merengus. "Saya tak nak awak tidur dekat sini. Pergi, " halauku.

Terkebil-kebil Amirul memandang aku. "Tapi.. "

Aku memintas, "Kalau awak tak nak pergi, biar saya yang pergi. "

Aku bangkit dari baring. Satu bantal aku capai lalu aku turun dari katil. Belum sempat aku mahu beredar, Amirul menghalang. Tanganku dicengkam lembut.

"Tak apa. Biar Abang tidur dekat bawah, "

Amirul mencapai bantal lalu turun dari katil. Lantas dia merebahkan tubuh atas tikar mengkuang yang menjadi alas di lantai.

Aku kembali merebahkan tubuh. Selimut aku singkap hingga ke kepala. Apa mahu jadi, jadi lah!

***

"Nuriez macam mana? Dia okay? "

Shuda mengeluh panjang. "Mengamuk dia bila tahu yang saya bagitahu dekat Amirul dia dekat sini, " keluhnya.

Ezwan tersenyum nipis. Wajah muram Shuda melalui panggilan video itu ditenung.

"Biasa lah orang mengandung. Emotional sikit. Lagi-lagi lepas apa Amirul buat dekat dia, "

"Tapi.. dia macam betul-betul tak nak berkompromi dengan Amirul. "

"Saya tahu Amirul tu kadang bodoh juga. Saya pun bukan nak sebelahkan dia. Tapi, faham-faham ajelah perasaan dia mas dia tengok video tu. Nak-nak lagi yang video tu betul bukan edit. "

Shuda mengherot bibir. "Itu lah pasal. Saya dengan Muizah pula yang stres stuck kat tengah-tengah, "

Ezwan tersenyum. "Alolo... stres eh? Tak apa.. awak balik sini cepat-cepat.. kita pergi date. Nak? "

Shuda mengangguk laju. Bibirnya tersenyum lebar. "Gila tak nak? Awak nak date dekat mana? " soalnya teruja.

Ezwan herot bibir. "Saya rasa nak date dekat rumah parenta awak lah, "

Dahi Shuda berkerut. "Eh? Kenapa pula? Kata date? "

"Hujung minggu depan saya nak date dekat rumah parents awak sebab saya nak suruh parents saya hantar rombongan meminang. Date lah tu. Save the date, " seloroh Ezwan.

"Nak! Mesti lah! Awak ni... sweet sangat lah.. "

Ezwan ketawa kecil. "Saya sweet dengan awak je, "

***

Pintu bilik air rumah Nek Maryam aku tutup. Saat aku mahu melangkah ke bilik, aku terserempak dengan Nek Maryam yang menyarung telekung. Mungkin baru selesai solat Subuh barangkali.

"Ija dah solat? "

Aku menggeleng. "Baru nak solat, "

"Ajak Amirul solat sekali. Lagi bagus kalau Ija berjemaah dengan dia. Banyak pahala, "

Lantas aku mengeluh panjang. Hilang terus 'mood bahagia' kalau sudah awal pagi lagi nama Amirul disebut-sebut.

"Besar mana pun salah dia pada kamu, dia tetap manusia biasa. Takkan terlepas dari buat salah. Nenek nak tanya kamu, kamu tak pernah ke buat dosa? " soal Nek Maryam.

Aku terkedu. Huish... makan dalam sungguh.

"Ija, jangan layankan rasa marah tu. Makin kamu marah, makin lah syaitan suka nak menghasut. Walaupun Amirul buat salah pada kamu, itu tak bermaksud yang kamu boleh balas balik apa yang dia buat pada kamu. Hanya Allah mampu balas apa yang dia buat pada kamu. Kalau kamu berkeras juga, kamu pun tak ubah macam nak membunuh kebahagiaan anak kamu sendiri, " hambur Nek Maryam.

Nek Maryam mengeluh perlahan lalu melangkah masuk ke dalam biliknya meninggalkan aku terkulat-kulat. Nah.. tu lagi ayat makan dalam dari Nek Maryam.

"Sentap, "

uish... legend nenek muizah ni.. tapi betul juga.. semua orang buat salah.. maafkan amirul eh? (-‿◦)ツ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience