BAB 22

Romance Completed 29336

"Bos, "

Aniq mengerling sekilas memandang seorang lelaki yang berpakaian serba hitam itu. "Duduk, "

Lelaki berpakaian hitam itu kemudian menarik kerusi restoran lalu duduk setentang dengan Aniq. Agak lama juga mereka mendiamkan diri sebelum Aniq yang bersuara memecahkan kesunyian.

"Barang yang aku minta tu ada? " soal Aniq.

Lelaki itu mengangguk. "Ada, bos. "

Lantas lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari dalam saku jaket kulitnya. Sempat dia mengerling kiri dan kanan sebelum menyerahkan sepaket serbuk berwarna putih itu.

"Kau yakin ni yang paling kuat? " soal Aniq sengaja menduga.

"Betul, bos. Ni yang paling kuat. "

Aniq meneliti paket serbuk putih itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman sinis.

***

Aku memandang Amirul yang sedang membuka kunci mangga pintu. Lantas aku menelan air liur. Entah mengapa hatiku diserang rasa takut. Untuk apa? Aku sendiri pun tidak tahu.

"Kita.. kita.. buat apa dekat sini? " soalku.

"Buat apa lagi? Tidur lah. Awak tahu tak, saya ni dah macam mat gian. Hari-hari rasa macam nak bawa awak balik sini. Rumah ni pun dah macam rumah berhantu. Mana saya pergi, confirm nampak bayang-bayang awak. Kadang-kadang sampai saya tidur kat rumah Ayah, " rungut Amirul.

Aku tersenyum. Hatiku terharu. "Awak ni.. "

Amirul menoleh. "Masuk lah dulu. Mandi ke nak solat ke. Saya nak baring sekejap. "

Aku mengangguk akur. Lantas aku melangkah masuk ke dalam rumah. Betapa aku rindu dengan suasana rumah ini. Rindu yang sudah lama ditahan-tahan.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu berwarna biru gelap setentang dengan televisyen. Perlahan-lahan aku mencapai satu bingkai gambar di atas meja kopi. Aku tersenyum.

Ini adalah gambar yang diambil sewaktu aku dan Amirul ke Genting Highlands. Kononnya mahu berbulan madu. Namun, apa yang dirancang tidak selalu berjalan lancar seperti yang kita mahukan. Percutian itu terpaksa dibatalkan kerana aku asyik muntah-muntah dan pitam. Tak sampai sehari pun di sana.

Tak apa, lain kali sajalah.

"Nak tidur pakai baju tu je ke? "

Aku menoleh memandang empunya suara yang sedang berdiri menyendeng pada dinding dengan senyuman nipis. Aku mencebik lantas aku bangkit dari sofa.

"Nak mandi lah ni, "

***

Aku mengerling kiri dan kanan. Setelah memastikan Amirul betul-betul tiada di dalam bilik barulah aku rasa selamat mahu melangkah keluar. Entah kenapa aku terlupa lagi mahu membawa pakaian salin.

Gila betul kau ni, Ija. Kalau Amirul nampak ni.. hmm.. nahas kau.

Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari bilik mandi. Mataku tepat memandang ke arah pakaianku di atas katil. Langkahku terhenti tatkala tanganku tiba-tiba dicengkam lembut.

Aku menoleh memandang Amirul yang hanya bertuala separas pinggang hingga ke lutut. Aku tersenyum kelat.

"Terlupa nak ambil baju.. "

Amirul mengangguk sambil tersenyum. "Aa.. lupa ambil baju? "

Aku mengangguk. "Be... betul. Ke.. kenapa awak pa.. pakai tu... tuala je ni? "

"Nuriez Sayang, awak mandi lama sangat lah. Sampai saya kena mandi dekat tandas sebelah dapur tu. "

Aku tersengih. "Sorry.. "

Tanganku mencapai pakaian salin di atas katil. Aku kira-kira mahu masuk ke dalam tandas kembali. Namun tiba-tiba Amirul memeluk aku dari belakang.

"Argh! "

Aku memejam mata rapat. Nafasku semakin tidak teratur. Oh Tuhan.. boleh gila aku begini!

"Syy..."

"Aw... awak buat apa ni? "

"Sekejap. "

Jantungku mula berdegup kencang. Wajahku terasa berbahang. Aku mula merasakan kandungan oksigen di dalam bilik ini semakin berkurangan. Terasa seolah-olah aku berada di kawasan bertekanan rendah.

"Awak.. saya nak pakai baju ni. Jadi bo.. "

"Nuriez, "

"Ya? "

"Kalau saya buat sesuatu malam ni, awak benarkan? " soal Amirul.

Aku terdiam. Kata-kata Amirul membuat aku tersedar sesuatu sekaligus membuatkan satu perasaan aneh menyusup masuk perlahan ke dalam hati. Satu perasaan yang aku tidak mampu gambarkan dengan kata-kata. Terlalu kompleks.

"Maaf kalau selama ni saya abaikan tanggungjawab saya sebagai suami awak. Saya cuma perlukan masa untuk hadam semua ni. Dan sekarang, saya dah sedia. "

"Se... sedia untuk? "

Amirul tersenyum. "Sesuatu yang baru, "

"Saya tahu saya terlalu memaksa tapi.. saya tetap manusia biasa. Bukan sekali awak cuba goda saya macam ni. Selama ni saya tahan aje. Tapi, kali ni... "

Amirul tiba-tiba mencempung tubuhku. Mataku terbeliak besar memandang Amirul. Lelaki itu tampak tenang saja. Wajahku ditenung dalam-dalam.

Amirul tersenyum. "Saya tak rasa saya mampu tahan lagi dah. Saya mungkin makan nasi dan tak makan orang. Tapi awak.. saya 'makan'. "

***

Aku mengerling Amirul yang masih lagi lena. Aku tersenyum sambil tangan bermain dengan rambutnya yang terjuntai di dahi. Lantas aku melepaskan keluhan perlahan.

"Kenapa ni? " soal Amirul.

Aku menggeleng. "Tak ada apa. "

"Nuriez, saya minta maaf kalau saya terlalu memaksa awak. " ucap Amirul.

Aku menggeleng lagi. Kepala aku sembamkan ke dadanya. Aku memejam mata.

"Tak.. awak tak memaksa pun. Inikan hak awak? Saya cuma jalankan tanggungjawab sebagai isteri awak, "

Amirul tersenyum. Kepala diusap perlahan sebelum ciumannya singgah di dahiku.

"Terima kasih, "

Aku mendongak. "Kasih diterima, "

Amirul mengerling jam dinding. Kemudian dia kembali memandang aku. "Dah nak masuk waktu subuh. Awak tak nak mandi? "

"Sejuk sangat lah, " keluhku.

"Hmm.. kalau macam tu.. apa kata mandi sama-sama? "

Terbeliak besar mataku setelah mendengar kata-kata Amirul. Pantas aku menolak tubuhnya.

"Awak jangan macam-macam! "

Amirul ketawa kecil. "Gurau aje lah, "

***

Aku mengerling Amirul. Aku mengemam bibir. Sejak tadi aku masih belum mampu untuk menghilangkan senyuman ini.

"Kenapa pandang macam tu? " soal Amirul.

"Salah ke? "

Amirul menggeleng. "Tak salah. Tapi pelik, "

"Pelik? Sebab? " dahiku berkerut.

"Awak nampak macam perempuan miang kalau awak pandang saya macam tu. "

Pantas aku menampar bahu Amirul. Bibir aku ketap geram. Perempuan miang? Wah.. berani betul!

"Eh! Apa pukul pukul ni? Saya tengah drive lah.. "

"Huh! Lantak lah. Ingat saya peduli? " Aku memeluk tubuh.

Amirul mengeluh perlahan. "Nuriez, saya banyak lagi tau benda nak kena settle. Kalau mati accident, macam mana? "

Aku menundukkan kepala. Timbul pula rasa bersalah. Eh? Bukankah dia punya salah panggil aku 'perempuan miang'? Mengapa aku pula yang rasa bersalah? Terbalik ni.

"Alamak.. "

Pantas aku memandang Amirul dengan kening terangkat. "Kenapa? "

"Brek tak makan, "

"Hah?! "

jeng jeng jeng... entah apa lah si aniq ni nak buat.. lesing kang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience